KESETIAAN KITA ADALAH KERINGAT, AIRMATA DAN NYAWA
BUKAN UNTUK SEBUTIR BINTANG
ATAU NAMA YANG INGIN DIKENANG
KESETIAAN SATRIA MEMBELAH ANGKASA
MELAMPAUI BUKIT DAN GUNUNG GANANG
MARA BERSAMA DOA DAN SUMPAH GAGAH SETIA
SESEKALI BANGKIT SATRIA SETIA
TEKADNYA BEGITU KUKUH MEMBINA PERIBADI NUSA
MARI KITA CIUM HANYIR DARAH DI PULAU TAMBISAN
KETIKA DINGIN SUBUH 27 OGOS 93
MENGGIGIT SUM-SUM ALAM
SATRIA SETIA, SUHAIDI, RAZAK, AZIM MENGINTP SERIGALA
DENGAN BISA KUKU DAN TARING
MUSUH DI GEMPUR HINGGA LEBUR
BERSELIRAT AYAT PENUH AZIMAT
RENTUNG DAN TAWAR SEGALA BISA
KINI,
KITA MELIHAT NUN SEBUAH TUGU BERDIRI GAGAH
LAMBANG PENGHARGAAN JASA YANG TERCURAH
TETAPI WAJARKAH SEKADAR BERBANGGA TERTEGAKNYA TUGU
SEDANGKAN HAKIKATNYA MASIH RAMAI PARA BALU
DAN ANAK-ANAK YANG PERLU DIBANTU
SESUNGGUHNYA KITA HANYA MAMPU
BERDIRI DI BELAKANG JASA MEREKA
BERSAMA IRINGAN DOA
SEMOGA BERSEMADI DENGAN SEJAHTERA DAN AMAN
SEMOGA DIMASUKKAN DALAM KUMPULAN PARA SALIHIN
DAN PERGI SEBAGAI MUJAHID
SEMADILAH KAU SATRIA, KERANA MARUAH BANGSA AKAN KAMI PELIHARA
SEMADILAH KAU SATRIA, KERANA NUSA AKAN KAMI JAGA
KETAHUILAH WARGA SATRIA SETIA
DI SEBALIK KEMEWAHAN PERADAPAN NEGARA
ADA TUGAS BARU MENANTI
SUNGGUHPUN BUMI YANG DIPIJAK
ADALAH ANUGERAH TUHAN
PASTINYA IA HARUS DI PERTAHANKAN WALAU SEGENGGAM
KERANA SATRIA GAGAH SETIA ADALAH LAMBANG NUSA
NUSA ADALAH WARGA
WARGA ADALAH KITA
KITA ADALAH PAHLAWAN
KARYA:
MEJ MOHD RADZI ABD HAMID
MKTD – CSM
18 Feb 1998
No comments:
Post a Comment