Thursday, March 6, 2008

PESANAN KEPADA KHALIFAH DI FAJAR MAULIDUR RASUL

PESANAN KEPADA KHALIFAH DI FAJAR ISLAM HADHARI

“DAN DIALAH YANG TELAH MENJADIKAN KHALIFAH DI BUMI DAN MENINGGIKANNYA SETENGAH KAMU ATAS SETENGAHNYA YANG LAIN BEBERAPA DARJAT KERANA IA HENDAK MENGUJI KAMU PADA APA YANG TELAH DI KURNIAKANNYA KEPADA KAMU.....”.

SURAH AL-AN’AAM
JUZUK KE 8
AYAT 165

WAHAI KHALIFAH YANG MEMINJAMKAN AKU SEBATANG TULANG RUSUK
RUSUKKU FITRAHNYA BENGKOK
JIKA DIBIARKAN - AKU TERUS KE LEMBAH YANG KELAM
JIKA KAU TIDAK SABAR, AKU AKAN TERLANTAR
KERANA RUSUKKU PATAH
JIKA RUSUK KU PATAH
TIDAK MUNGKIN KAU AKAN MEMINJAMKAN AKU SEBATANG LAGI TULANG DARI RUSUKMU
KERANA IA AKAN MENENGELAMKAN DADAMU YANG SASA

WAHAI KHALIFAH YANG MEMINJAMKAN AKU SEBATANG TULANG RUSUK
PADA ZAMAN SERBA PANTAS
ZAMAN MELINTAS SEMPADAN KUASA DAN MASA

ADA LIMA GOLONGAN ISLAM

PERTAMA: MENGAKUI ISLAM TETAPI TIDAK MENGKAJI SEDALAM-DALAMNYA AJARAN ISLAM, LALU MEMINJAM DAN MEMPERTAHANKAN IDEOLOGI SARJANA.

KEDUA: MENGAKUI ISLAM DAN AJARAN MUHAMMAD SAW ADALAH YANG TERBAIK TETAPI TIDAK COCOK DENGAN ZAMAN DAN MASYARAKAT KITA.

KETIGA: MENGAKUI MENGAMALKAN AJARAN RASULULLAH BERTERASKAN ALQURAN TETAPI MERUBAH DAN MENYESUAIKANNYA DENGAN IKLIMNYA SENDIRI.

KEEMPAT: BAHKAN ADA YANG MENGATAKAN ADA IDEOLOGI LAIN YANG SESUAI DENGAN ISLAM.

KELIMA: MENGAKUI ISLAM TETAPI ISLAM HANYA SESUAI UNTUK MASAYARAKAT ARAB SAHAJA.

WAHAI KHALIFAH YANG MEMINJAMKAN AKU SEBATANG TULANG RUSUK
ISLAM ADALAH AJARAN YANG DATANG DARI LANGIT
MENGANDUNGI SYARIAAT DAN IBADAT, MUAMALAT DAN KENEGARAAN
SEMUANYA DATANG DARI SATU SUMBER IAITU TAUHID, KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH
KAU PILIHLAH APAPUN GOLONGAN YANG LIMA ITU
AKU, HAWA MU TETAP MENGIKUTI MU
JIKA KAU KE LANGIT, MAKA KELANGITLAH AKU
JIKA KAU KE LAUT, KELAUTLAH AKU
JIKA KAU KE BELANTARA, KE BELANTARALAH AKU
JIKA KAU JATUH, AKU PUN JATUH
JIKA KE TENGELAM, AKU TURUT KARAM
JIKA KAU SESAT, SESATLAH AKU

WAHAI KHALIFAH YANG MEMINJAMKAN AKU SEBATANG TULANG RUSUK
KETAHUILAH, RASULULLAH SAW TIDAK MASUK KEPADA SALAH SATU GOLONGAN MANAPUN
TETAPI AKU, HAWA MU AKAN MASUK KE GOLONGAN YANG KAU PILIH
PILIHLAH YANG MANAPUN KERANA AKU MENTAATIKU
KETAATANKU ADALAH SEDEKAH
SEDEKAHKU DIJANJIKAN TUHAN
UMPAMA MENANAM SATU BENIH KE TANAH
LALU BERANGKAI TUJUH
SETIAP RANGKAI BERBUAH SERATUS
DARI BIJINYA LAGI AKAN MENGHASILKAN 700 BUAH LAGI
AKU INGIN JADI SEPERTI ABU BAKAR DAN UMAR

WAHAI KHALIFAH YANG MEMINJAMKAN AKU SEBATANG TULANG RUSUK
KAU BUKAN KHALIFAH ALLAH
KAU ADALAH KHALIFAH PENGGANTI TUGAS NENEK MOYANG
TUGAS KAU ADALAH MERAMAIKAN BUMI
MEMERAS AKAL BUDI BUAT MENCIPTA, BERUSAHA, MENCARI,
MENAMBAH ILMU DAN MEMBANGUN, BERKEMAJUAN DAN BERKEBUDAYAAN
MENGATUR SIASAT NEGERI DAN BANGSA DAN BENUA
PATUHILAH AJARAN AL QURAN DAN SUNNAH RASULULULLAH
KERANA ADA KETIKANYA UMURMU AKAN SAMPAI
KAU AKAN KEMBALI KE HADRAT ALLAH
DAN ALLAH TELAH MENJANJJIKAN KEPADA MU DI AKHIR AYAT 165

“SESUNGGUHNYA TUHAN MU AMATLAH CEPAT AZAB SEKSANYA, DAN SESUNGGUHNYA IA MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI”



KARYA: LT COL MOHD RADZI ABD HAMID

No comments: