KAMASUTRA: BAB 1 BAHAGIAN 2
BERJUDUL: SENGGAMA BUSH DENGAN ISRAEL
CERITANYA AMAT LAMA TETAPI BARU BERMULA
BERLAKU PADA KURUN KE 9 MASIHI
MALAM ITU TIADA BINTANG TIADA CAHAYA
TIADA UNGGAS YANG MELINTAS
MAKA BERLAKULAH SENGGAMA PENUH KEDURJANAAN
BUSH DENGAN ISRAEL
KUTANG BUTANG DI BUKA SATU PERSATU
ISRAEL MENELANJANGI BUSH
BUSH MENELANJANGI ISRAEL
BUSH MENCAKAR HARIMAUKAN ISRAEL
ISRAELPUN MENGAUM - AUMMMMMMM
TETAPI YANG TERCAKAR ADALAH BUMI ISLAM SELURUHNYA
YANG TERCAKAR ADALAH BANGSA PALESTIN
IRAQ – TERCALAR BALAR BADANNYA
PALESTIN – ROMPENG MUKANYA
LEBANON – TERCARI-CARI ANU-ANUNYA
ISRAEL MENGURUT LABAH-LABAHKAN BUSH
TETAPI YANG DIURUT IALAH MEREKA YANG BERNAMA ISLAM
TETAPI BUTA MATA HATINYA, BUTA JIWANYA.
KETIKA SUBUH MENJELANG
DETIK ROMANTIKA SENGGAMA BUSH DENGAN ISRAEL HAMPIR SELESAI
PELUH MENITIS HINGGA KE KANGKANGNYA
KETIKA BUSH MEMANCUTKAN BERAHINYA
TERPANA RAHANG RONGA ISRAEL
DUNIA ISLAM PUN BERGEGAR SELURUHNYA
9 PURNAMA BERLALU,
HASIL SENGGAMA PENUH KEDURJANAA ITU
MAKA LAHIRLAH SEEKOR ULAR BERKEPALA DUA
YANG EKORNYA BERDESIR
KEPALA KIRINYA BERBENTUK KEPALA NAGA
YANG MENYEMBUR API MENYALA-NYALA
MENYAMBAR, MEMBAKAR, MENGHANGUSKAN
SEGALA-GALANYA YANG BERNAMA ISLAM
MERENTUNGKAN SEGALA KEBAIKAN DAN SUSILA BANGSA DUNIA
KEPALA KANANNYA BERBENTUK KEPALA MANUSIA MANUSIA MANUSIA
YANG SENTIASA MELEMPARKAN KATA-KATA FITNAH, NISTA, MELAGA-LAGAKAN SELURUH DUNIA
BARAT, TIMUR, UTARA DAN SELATAN TERBAKAR AMARAHNYA
MERUAP-RUAP BAGAI LAHANG BERAPI
MARILAH KITA
SIAPA SAHAJA YANG BERNAMA MANUSIA YANG MEMILIKI SUSILA
SESIAPA SAHAJA YANG BERNAMA ISLAM
SESIAPA SAHAJA TANPA MENGIRA APA PUN AGAMANYA TETAPI BERDIRI ATAS LANDASAN KEBENARAN DAN HAK
MARILAH KITA PANCUNG ULAR BERKEPALA DUA
MARILAH KITA PANCUNG ULAR BERKEPALA DUA
TETAPI BERHATI-HATILAH DENGAN EKORNYA YANG BERDESIR
YANG BOLEH MEMEKAKKAN SESIAPA YANG MENELINGA.
MARILAH KITA PANCUNG ULAR BERKEPALA DUA
MARILAH KITA PANCUNG ULAR BERKEPALA DUA
LT KOL MOHD RADZI ABD HAMID
SENAWANG
25 APR 04
No comments:
Post a Comment