Thursday, March 6, 2008

Perang Petir

Petang tadi
perang petir telah bermula dan pecah
kilat bergaduh di dada langit
guruh berguling di laman gapena
ketakutan tumbuh merata

Siapakah yang dapat menyuluh kilatan petir?
dan melihat strategi perang petir?
kilatan pedang petir mecantas alam jagat
guruh bertempik semangat harimau
polong di bukit gapena
pantas lintas sembunyi
teduh pohon tumpang
panglima petir menghunus pedang
kilatannya menikam mata alam jagat
guruh bertempik ‘allahuakbar’
mata pedang berlaga
memecahkan sengsara polong

Di bawah teduh pohon
percikan api berserakkan
menampakkan pangkal pohon cemara tua
dan polong terputus kepalanya
petir; senjata tuhan
menetak, melibas syaitan yang berkeliaran
darah membuak, cedera ngeri

Setelah bala tentera petir berlalu
beribu syaitan meraung seksa
diangkut beratus kereta jenazah
yang didindingnya tertulis
“khas untuk keluarga dajal”
rumah sakit syaitan sarat
pastinya tiada yang mati
itulah janji tuhan.


RUMAH GAPENA
13 OGOS 2001

No comments: