PUTIHNYA BATU ITU
TIDAK SEPUTIH JIWA
KERASNYA BATU ITU
TIDAK SEKERAS HATI
APAPUN GELARNYA
KAMI ADALAH EMPUNYA BATIL HAKNYA
DITITIPKAN NENEK MOYANG
KEJAP TERPASAK DALAM LIPATAN INGAT
WARISAN PUSAKA LAMBANG MELAYU
BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT
BIAR NYAWA DIKANDUNG BADAN
JANGAN HILANG WARISAN
JANGAN KAU KOTORKAN WARNA PUTIHNYA
KERANA PUTIHNYA ADALAH JIWA KAMI YANG BERSIH
KERANA BATUNYA TELAH MOYANG KAMI TANAM
SEBAGAI SEMPADAN SEBUAH PERSAHABATAN
JANGAN KAU LANGGAR BATU ITU
KERANA BATU BUKAN SEBARANG BATU
BATU BELAH BATU BERTANGKUP
SEKALI TERSADUNG TERSIMBAH DARAH
SEKALI TERTANGKUP TARUHANNYA NYAWA
BERINGATLAH PESAN POYANG MOYANG
BERKAMPUNG TERITIP DI PUTIH BATU UMPAMA DEDALU
DALAM RAYU ADANYA CUKA
“SESAL DULU BERPENDAPATAN
SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA”
LT KOL MOHD RADZI ABD HAMID
TG SEPANG, PENGERANG
No comments:
Post a Comment