PERJALANAN HIDUP INI MASIH PANJANG
KU GAPAI TAKAH INI DENGAN SUKAR SEKALI
CUMA BERBEKAL KUDRAT DAN TEKAD
KU TERJAH HALANGAN YANG MELANDA
SUAMI
AKU TERIMA MU SUAMI DENGAN AIRMATA SURAM YANG KELAM
WAJARKAH AKU TERUS TENGELAM DENGAN SEBAK MEMANJANG
SEDANG ZURIAT KITA YANG LIMA
MASIH PERLU SUAPAN HARAPAN
HARUSKAH AKU MEMINTA-MINTA
SEDANGKAN MEREKA BAGAI ALPA
BETAPA KERINGATMU PERNAH DIPERAH
DI LAPANGAN INI AKU MENGHANTARMU DENGAN AIRMATA
HARAPAN YANG KENTAL
BERBEKAL DOA DAN PASRAH
AKU AKUR DENGAN TUNTUTAN TUGASMU
MENGHARUM DUNIA KEPAHLAWANAN
BERKORBAN DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA
SUAMI
PURNAMA BERLALU JUGA DAN
TARIKH INI AKU KEMBALI LAGI
DI LAPANGAN INI
NAMUN KALI INI
BERTEMANKAN AIRMATA YANG SURAM DAN KELABU
ENTAH DUNIA YANG BAGAIMANA AKAN KU HADAPI
MENYAMBUT SUAMI KU JASAD KAKU
PADA SIAPA HENDAKU ADU DOMBAKAN
TENTANG KEKOSONGAN JIWA
TENTANG DERITA HATI
TENTANG SENGSARA HIDUP INI
TENTANG KELAPARAN CAHAYA MATA KITA
PADA SIAPA?
MESKI DIDADA MEDIA
KAU DANGKAT SEBAGAI WIRA
DIANUGERAH PINGAT SEGALA
UCAPAN TAKZIAH BERJUTA
TAPI IANYA HAGUS DIBAKAR DENGAN UCAPAN TAKZIAH
TAPI TAHUKAH MEREKA BAHAWA ITU SEMUA
BUKAN PERKARA UTAMA
TAHUKAH MEREKA BAHAWA ITU HANYA SEMENTARA
JIKA MUSIM BERGANTI
AKU SENDIRI YANG MENANGGUNG SEKSA
MENCARI DAN MEMINTA…..
ENTAH SIAPA YANG AKAN BUKA MATA
TENTANG NASIB KAMI BERLIMA
HILANG SUAMI
HILANG BAPANILAI UCAPAN TAKZIAH YANG KU TERIMA INI
DESA AMAN
15 FEB 2002
1 comment:
so sad.....too bad, if am a wife of an army..it would be an honour to have a patriot as a hubby tht served the country. My doa to you tuan, wht ever happen in ur life will make you stronger. My salute to all Malaysian armies men and women alike!!!!
Post a Comment