Kujanji gadaikan nyawa pada lautan
kerana hidup harus terus dijulang
meskipun nyawa ibarat sebatang pencolek gigi
ketika perjudian kolek tua dicagar ombak
nafas bergalang, doa bersilang
nyawa, kolek tua dan laut bergantung harap
segala-galanya dengan izin tuhan
Ketika kelam mengikat haluan
ombak mencabar tekong muda
laut saujana mendalang hajat
kerdipan bintang menghulur salam
kejauhan, beting pasir dan sinar api membungakan harapan
langkah diatur resah dan cemas terungkai
kini aku menjadi dedalu
menagih simpati pohon dan limpah hujan
simpatinya belum tentu
limpahnya belum tahu
Pos Teluk Pelanduk
Sep 2001
No comments:
Post a Comment