Thursday, March 6, 2008

PULANGLAH ANAKU

PULANGLAH ANAKKU, AISYAH


SUNGGUH PUN SYAWAL BUKAN LAGI MILIKMU
TAPI KAMI MASIH TETAP MENANTI
MENTAFSIR ERTI KEINDAHAN SEBUAH KELUARGA
PULANGLAH ANAKKU DI TANGGA SYAWAL YANG KIAN MENJELANG
MUNGKIN INILAH SAAT AKHIR BAGI KITA
KERANA PANGGILAN TUHAN TIDAK BOLEH DITELAH

PULANGLAH ANAKKU
WALAU KINI BERLAIN AGAMA BERBEZA TUHAN
KAMI PASRAH DAN REDHA
MENERIMA TAKDIR YANG SARAT DENGAN DERITA
TELAH 4 TAKBIR SYAWAL KAMI NANTIKAN KEPULANGANMU
PULANGLAH ANAKKU
BERMAAF-MAAFANLAH KITA

KETAHUILAH, KAMI TELAH LAMA
MEMAAFKAN MU DI MANA JUA
DENGARLAH PANGGILAN INI
DAN MERIAHKANLAH SYAWAL TUA KAMI
PULANGLAH ANAKKU

No comments: