Thursday, March 6, 2008

PELUKLAH DADAKU

TELAHKU PUTUSKAN UNTUK BERSAMAMU
MENJADI SURI SEORANG WIRA
DAN MENJADI APA JUA YANG BERNAMA ISTERI.

LAKARAN KEBAHAGIAAN INI
CUKUP BERMAKNA
DENGAN CITRA KASIHMU
DENGAN
DENGAN KURNIA CAHAYA MATA YANG LIMA

NAMUN TAKDIR PERKONGSIAN LERAI JUA
PERGINYA TANPA DIMINTA

PERGIMU KERANA NEGARA
PERJUANGANMU KERANA NEGARA
PENGORBANANMU HANYA UNTUK NEGARA
DEMI NEGARA KAU KORBANKAN SETIAP URAT NADI
DEMI NUSA KAU
DEMI AGAMA KAU

KAU PERGI BERSAMA MERAH PAHLAWAN SATRIA
KAU PERGI BERSAMA SEMANGAT JUANG YANG TAK PERNAH PATAH
DIIRINGI PINGAT
NAMUN APAKAH YANG SEDANG MENANTI KAMI YANG BERLIMA ?

DIMANA HARUS KU LABURKAN DERITA INI
PADA
TIADA BUMBUNG MENGHALANG HUJAN DAN MENTARI
TIADA
KEMANA ARAH KAMI BERLIMA

BETAPA HEBAT TAKDIR MENERJAH KEHIDUPAN INI
ENTAH BALA APA YANG SEDANG MENANTI

IBU INI PASRAH MENERIMA SEGALA-GALANYA
MENANGGUNG SEGALA

KINI TELAH 6 TAHUN KAMI YANG BERLIMA
HILANG DAHAN SASA
TELAH ENAM TAHUN KAMI HILANG TEMPAT BERMANJA
TELAH ENAM TAHUN KAMI HILANG SEGALA-GALANYA

SESEKALI TERASA JUA GETIRNYA
MENGHARUNGI BADAI HIUDP TANPANYA
SEGALANYA PERLU DISEDIA
SEGALANYA PERLU DIKOTA
DEMI MEMBUKTI HIDUP BEGINI TIADA SENGSARANYA
NAMUN SIAPALAH AKU INSAN HIBA
YANG PASRAH DENGAN TAKDIR ILLAHI

SESEKALI TERASA JUA RINDU PADANYA
MERESAPI LELIANG NADI
KENANGAN BERSAMA YANG UTUH DAN ABADI
KASIH INI TAK MUNGKIN PUDAR
KASIH INI TAK MUNGKIN
KASIH INI AKAN DIBAJA
BERSAMA ZURIAT KITA YANG LIMA


TELAH TEBAL RASA PASRAH INI
MENERIMA KETENTUANNYA
MESKI BERAT TANGGUNGAN DIRI
MENGHADAPI

SEHEBAT

No comments: