Tuesday, January 18, 2011

Latihan Akhir Platun Harimau

[Platun Harimau berlatih di Kem Komando. Mempersiapkan diri, mental dan fizikal bagi menyelinap ke dalam kem musuh - membunuh atau terbunuh]

Setelah mendapat khabar malang dari sahabat-sahabat di perbatasan, Platun Harimau yang sedang menjalani latihan lanjutan khas di Kem Komando, Sg Udang, menamatkan latihan lebih awal.

Kata Jurulatih Komando:

"Hari ini, sudah sampai masanya, anak-anak harimau kembali ke hutan. Ingatlah pesan terakhir, anda hanya ada dua pilihan iaitu 'membunuh atau terbunuh"

Latihan diteruskan dengan pelbagai kaedah penerjunan tali.

Kata jurulatih PARPU komando:

[Belantara tidak menyediakan tilam dan karpet merah untuk anda. Jangan hebat di atas tetapi jika jatuh ke bawah, anda tidak hebat. Nyawa di tangan anda sendiri]

Maka itu keseluruhan pelakon drama Platun Harimau mengambil masa lebih seminggu terjun dari menara tertinggi di pusat latihan komando, siang dan malam. Latihan ini diperlukan sebelum terjun dari pesawat NURI.

[Gambar kanan: Zul Huzaimi dan Yus Waisar terjun gaya spider. Memerlukan keberanian dan latihan yang gigih]

Kata Jurulatih PARPU:

"Zul Huzaimi dan Yus Waisar, anda telah lulus dan layak terjun dari pesawat. Tetapi ingat, nyawa ditangan anda sendiri. Jika jatuh adalah maut".


[Kesemua anggota Platun Harimau berjaya di turunkan dengan pesawat di tiga lokasi; tasik Banding, Hutan Pahang dan Sempadan negara. Empat buah pesawat NURI terbang rendah iaitu 'tactical flying' membawa empat KTK Platun Harimau ke kawasan musuh] Gambar kanan: Kapten Fauzi (Zul Huzaimi) orang yang pertama turun bagi menyelamatkan kawasan sebelum anggota lain turun. Begitulah budaya Platun Harimau]

Krew NURI: "Tuan, pesawat hanya boleh ke turun ke jarak 300 meter kerena pucuk pokok terlalu tinggi"
Lt Fauzi: "Terlalu tinggi. Tali tidak sampai. Turun lagi 50 meter"
Krew NURI: "Negatif tuan. Turun dan terjun"
Lt Fauzi: "Harimau! Turun dan terjun. Go! go! go!"
[Hero dan Heroin Platun Harimau. Yatt sebagai Kapten (Dr) Baini dan Zul Huzaimi sebagai Lt Fauzi]