Thursday, March 6, 2008

SERUAN KASIH

BERJANJILAH WAHAI KASIH
UNTUK TERUS SETIA
MEMBINA HARAPAN CINTA PALING UTUH
KASIH BERTAUT, JANJI DITEPATI.

AKAN KITA UKIR
CINTA LAILA DAN MAJNUN
MEMBINA ISTANA BAHAGIA SELAUTAN CINTA
KITA KECAPI MANISNYA MADU JANJI SETIA.

SAYANGKU
AKAN KU RENTAS
SEJUTA PERJALANAN MENGAPAI IMPIAN
AKAN KU CAPAI WALAU DI DADA LANGIT
AKAN KU KORBANKAN SELAUTAN KASIH
DEMI CINTA KITA, TEGUH DAN BERSERI.

KEKASIHKU
MENGAPA KAU BERUBAH
HINGGA JANJI TERUNGKAI
KESETIAAN BELUM TERUJI
TAPI KAU TELAH JAUH PERGI
MENINGGALKAN DIRIKU SENGSARA
DEMI KEBAHAGIAN ORANG LAIN
HENTILAH, WAHAI SAYANGKU
HENTILAH SAYANGKU
KERANA PEMERGIANMU TELAHPUN KURELAKAN
PERGILAH KAU JAUH SELAMA-LAMANYA
JANGAN KAU DATANG LAGI
MENGOCAK KOLAM KASIHKU

SEMUGA KAU BAHAGIA DENGAN DUNIAMU
SEMUGA BAYANG KASIH KITA
TIDAK DATANG BERKUNJUNG
SAYANGILAH DIRIMU
SAYANGILAH KEKASIH BARUMU
NAMUN AKU TETAP MENYAYANGIMU.

ANDAINYA KEBAHAGIAAN TIDAK KAU TEMUI
PULANGKAN KASIHMU
DI SUDUT HATIKU YANG SENTIASA TERBUKA
KEMBALILAH SAYANG
KERANA CINTAKU
TERLALU AGUNG SELAMA-LAMANYA.




MARANG
KUALA TERENGGANU
15 SEPT 2001

No comments: