Thursday, March 6, 2008

CERPEN: SURAT BUAT KEKASIH, SURIKU

(Telah disiarkan dalam majalah wanita)

Dengan nama Allah yang maha penyayang lagi pemurah, Abang menciptakan warkah kenangan ini untukmu. Semoga kata-kata usapan kerinduan akan membuka hatimu.

Sayang, setelah dua puluh tiga tahun tidak menjengah kampung ini, kampung yang telah kita buang dari ingatan. Ketika itu, kampung ini gelap-gelita ketika malamnya. Yang ada hanyalah bunyi mergastua. Tatkala jari sang suria melabuhkan tirainya, riuhnya seperti perang. Tiada sesiapa pun pernah mengira berapakah jumlah mergastua yang berpesta menyambut kedatangan malam. Rata-ratanya mengatakan yang berbunyi itu adalah reriang hijau dan orang-orang tua menggunakan bunyi tersebut untuk menAbangtkan anak-anak kecil termasuklah dirimu dan diriku, ketika kita kecil. Tidak ada tempat yang lebih cantik melainkan paya rumbia dan caruknya yang jernih dengan anak-anak ikan seluang, pelaga siam dan belacak berenang dengan bebas menyaksikan sejarah persahabatan kita terjalin. Bukan setanak nasi jauhnya, bahkan melebihi hayat pokok remia yang bangun dengan megah di simpang tiga. Simpang tiga itu memang bersimpang tiga. Dari arah Bukit Enggang terbentang jalan masuk ke kampung kita yang jaraknya tiga batang rokok daun. Simpang ke kanan menuju ke ke Kampung Teloi Tua dan bertemu dengan jalan besar menuju ke Baling. Manakala simpang kiri pula menuju ke Kampung Charuk Padang yang sebahagian dihuni oleh masyarakat Siam. Itulah jalan yang paling tidak digemari oleh mu, kekasihku, kerana ketika melintasi kawasan rumah-rumah siam, kita akan melihat hampir lima puluh anak-anak babi sedang menyondol selut di bawah pokok-pokok kopi yang ditanam di kanan jalan. Anak-anak babi yang berwarna putih kemerahan merupakan binatang ternakan penduduk bangsa siam dan ini akan menyebabkan dirimu loya dan tidak selera untuk menjamah makan. Kadang-kadang mualmu berlarutan hingga ke minggu.

Jalan itu adalah satu-satunya jalan yang boleh dilalui untuk ke bandar ketika kampung kita dilanda bah kerana dua jalan lagi ditenggelami air. Abanglah yang paling suka bila bah melanda kerana ia akan menenggelamkan semua sawah padi, retak, dan jalan. Kelihatan seperti laut. Maka abang bersama Jat, Senun, Dolah akan menjadikan padang air tersebut tempat kami bertarung kapal layar yang dibuat dari mayang kelapa. Kau, Sania, Noriah dan Jah akan melihat dari tebing di tepi Simpang Tiga sambil menutup mulut kerana kadang-kala ada kapal layar yang tenggelam. Memang, pertandingan itu sering kali dimenangi oleh Jat kerana dia memang pandai memilih mayang dan bijak mengagak berat selut yang perlu digunakan untuk mengimbangi kapal layar, lagipun dia lebih tua dari kami. Sawah itu juga akan menyaksikan kami berlumba mengejar burung puyuh, bermain wau kemetek dan menyusuri sungainya mencari rebung muda. Suasana ini akan berlAbang selepas padi dituai. Suasana itu terakam indah dalam minda kita kerana kita membesar bersamanya. Kita membesar bersama pokok remia, sungai, paya rumbia, sawah padi dan anak-anak ikan.

Sayangku, malam ini iaitu selepas dua puluh tiga tahun, Abang kembali mengatur langkah menuju ke kampung yang telah kita tinggalkan. Sengaja Abang melalui jalan yang sama kita gunakan ketika meninggalkan kampung dulu. Sebenarnya, ketika di Pekan Gurun tidak ada lagi teksi atau kereta sapu yang sanggup menghantar penumpang pada waktu malam kerana bimbang ditahan penyamun di tengah perjalanan. Setelah meyakinkan seorang Pak Cik Tua yang memandu teksi lama, beliau akhirnya sanggup menghantar Abang ke simpang masuk ke kampung kita dengan syarat Abang membayar jumlah tambang untuk empat orang penumpang. Abang tidak ada pilihan dan bersetuju. Dalam perjalanan, kami berbual tentang banyak perkara. Perkara pertama yang ditanya kepada Abang ialah apakah tujuan Abang nak ke kampung itu. Kata Abang hanya nak menziarahi sahabat lama. Berbohong sebenarnya tapi malas hendak berbual.

Ketika teksi menurunkan Abang di simpang itu, azan maghrib berkumandang dari surau yang di tepi jalan yang bersebelah dengan tanah perkuburan. Di situlah ibu dikebumikan ketika Abang berumur dua tahun. Selepas itu, bagiku ibumu adalah ibuku juga. Abang melangkah dalam samar-samar remang senja, kelihatan deretan dua buah kedai papan yang hampir sama seperti masa kita tinggalkan. Tidak banyak berubah, Cuma ianya diterangi oleh cahaya lampu kalimantang. Dalam pertengahan jalan, ketika melintasi pokok sentul Abang berehat sekejap dan tunggul kayu yang kita duduk berehat malam itu telah tidak ada lagi. Abang cuma berdiri, melihat sekeliling dan melangut ke atas. Dah tinggipun pokok sentul itu, sayang.

Jika kau masih ingat jambatan yang menghubungkan jalan untuk ke kampung kita dipanggil retak. Bukan sebak ia retak tetapi begitulah bahasa kampung kita. Ada juga yang panggil titi tetapi rata-ratanya memanggil retak. Retak itu akan memanggil sesiapa sahaja untuk menoleh ke arahnya ketika ada basikal atau motosikal yang melintasinya kerana ia akan mengeluarkan bunyi yang boleh didengar hingga ke tengah kampung. Retak ini rasanya telah beralih tempat, rasa Abang retak yang menakutkan kita malam itu terletak sedikit ke hujung selekoh sungai tapi yang ini hampir selari dengan jalan. Malam itu kau memaut erat tangan abang ketika melintasinya kerana retak itu terlalu banyak lubang kerana banyak juga kayunya yang telah patah. Lubang-lubang itu adalah tempat kegemaran Jat dan Dolah untuk mengintai dirimu, Sania, Tijah dan kadang-kadang Tok Esah pun mereka intai tatkala melintasi lubang retak itu. Retak ini dah besar dan kukuh tetapi rasa Abang masih memberi bunyi sungguhpun tidak sekuat retak yang lama.

Kekasihku, debaran jantung abang semakin kencang ketika langkah mula merapati rumah pusaka ibu. Bermacam-macam jenis soalan datang dengan tiba-tiba ke minda dan bermacam-macam pula jawapan yang timbul hingga Abang jadi tidak selesa. Telah menjadi kebiasaan ayah tidak menutup pintu pagar rumah kami, juga mungkin rumahmu dulu. Rumah itu senyap dan sunyinya seperti dulu juga tetapi telah tidak ada lagi nyanyian mergastua yang menakutkan kita.
“Assalamualaikum!” lalu Abang memberi salam.
“Mualaikumusalam” bunyi suara yang agak garau. Agaknya seperti suara ayah. Ketika pintu rumah tua itu dibuka, kelihatan seorang tua yang masih gagah dengan ketayap putih di atas kepala. Itulah ayah dan seumur hidup abang tidak akan silap menelah sungguhpun jika di lihat dari belakang. Ayah merenung tajam.
“Astafirullahul azimmmmmm, Adi!” ayah istighfar panjang. Lalu disambutnya tanganku yang sedikit sejuk dan Abang mencium tangan tua itu setelah dua puluh tiga tahun tidak mencium dan memeluknya. Lansungnya airmata menitis dan Abang berusaha kuat untuk menahan sebak. Lalu kami duduk di ruang dapur.
“Pergilah mandi dan solat dulu, lepas tu kita makan” cakap ayah dengan perlahan.

Esuknya tanpa sempat matahari melepasi kepala, berita kepulangan abang telah tersebar hingga ke rumah Pak Lang Kecik iaitu rumah yang paling akhir di kampung kita. Sejak itu, rumah tua ayah dikunjungi tetamu hingga ke senja. Orang yang pertama sampai ialah Tok Lang Piah iaitu insan yang menjaga Abang setelah emak kembali ke rahmatullah. Setakat ini tidak ada sesiapa pun yang bertanyakan tentang dirimu, termasuklah ayah dan ibumu. Ketika bersalam dengan ibumu, Abang menggenggam tangan ibumu dengan erat sekali dan menciumnya agak lama. Ibumu mengusap kepala abang. Abang rasa mungkin mereka memang dah tahu apa yang telah terjadi padamu. Justeru Abang tidak ditanya langsung dan Abang sebenarnya tertunggu-tunggu untuk ditanya kerana batin meronta-ronta untuk menerangkan apa yang telah berlaku. Jat sejak dari dia sampai awal pagi tadi sehingga kini, dia masih ada, tersandar di dinding sebelah kiri ruang tamu rumah tua itu. Barangkali melepaskan rindunya pada seorang sahabat lama ataupun menunggu masa yang luang untuk berbual lebih panjang dengan abang. Jat dah kahwin dan dikurniakan lima anak. Dia telah pun bekerja sebagai pencuci tali air di kawasan kampung kita, di samping bertanggungjawab menjaga rumah enjin air.

Sayang, Abang tidak berhajat untuk bercerita terlalu panjang tentang kampung kita kerana Abang amat mengharapkan agar Ina pulang dan menyaksikannya sendiri. Setelah tiga hari di kampung, akhirnya soalan tentang dirimu diluahkan juga oleh ayahku. Abang bercerita dari awal hingga akhir seperti yang dikehendaki oleh dirimu kekasihku.

“Ayah, terlebih dahulu Adi memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki atas kesilapan lalu dan Adi kembali adalah untuk membina satu dunia yang baru dengan restu ayah juga”.
“Yang lalu tu biarlah berlalu Adi, ayah pun dah tua untuk mengingatkannya”. Jawab ayah dengan tenang.

Abang pun meneruskan cerita.
“Ina masih di kota tetapi bukanlah Ina yang ayah kenal dua puluh tiga tahun yang lalu; sopan santun dan sendat dengan budi. Dia dah jauh berubah dan kami tidak lagi bersahabat atas sebab pendapat dan haluan yang berbeza” jelas abang dengan jujur.
“Kami berkahwin secara yang sah tetapi bahtera kami tidak lama kerana hidup di kota sering mencabar kami, lebih-lebih lagi Ina tetapi kami tetap bersahabat dengan baik. Maklumlah cucu-cucu ayah dah besar”.
Mulut ayah ternganga luas. Tanpa dapat bersabar dia bertanya macam peluru.
”Kenapa tak bawa balik?”. Berapa orang semua sekali?”. Berapa lelaki, berapa perempuan?. Yang kecil umur berapa tahun?. Yang sulung kerja apa?”. Tanya ayah terburu-buru.
Kau sepatutnya membenarkan Abang membawa mereka pulang berjumpa dengan satu-satunya datuk mereka. Kalau tidak pun, bagilah Abang bawa Risya sebab dia lebih bijak dan bersopan. Ayah mesti tertawan dengan sikapnya yang saling tak tumpah seperti arwah ibu.

“Ayah, kami dikurniakan tiga orang anak, dua perempuan dan satu lelaki. Yang sulung bernama Risya Nurain, telahpun bekerja sebagai seorang doktor di Hospital Besar di Kota. Inilah anak yang menyebabkan kami lari dari kampung ayah”. Sambung abang.
“Dahlah tu, jangan dikenang-kenang lagi”. Pinta ayah.
“Anak yang kedua juga perempuan, bernama Risya A’idah, telahpun bekerja sendiri iaitu membantu ibunya dalam mengurus butik kami. Manakala yang bongsu adalah lelaki bernama seperti nama ayah. Kini berada di London sedang belajar dalam jurusan sejarah. Itulah cucu-cucu ayah yang sempat Ina lahirkan selama dua puluh tiga tahun kami berumah tangga”. Abang akhiri kata dengan penuh debar dan harapan.

Kekasihku, Abang percaya ayah akan sayang cucu-cucunya kerana Abanglah satu-satu zuriatnya kerana dengan melihat suasana rumah tua ini, Abang yakin ayah masih membujang. Gambar arwah ibu yang masih tergantung di dinding meyakini Abang. Selepas itu, ayah mohon diri, katanya nak ke surau ada mesyuarat kenduri kahwin. Begitulah kampung kita Ina, surau menjadi tempat mesyuarat sejak dulu lagi.

Ina, sungguhpun kita tidak bersama lagi, pulanglah ke kampung dan bawalah bersama cucu-cucunya. Abang percaya sejuk kaki Bukit Enggang akan mengembalikan kesopanan kepadamu. Abang yakin Pak Teh dan Mak Teh juga tak sabar nak melihat dirimu dan cucu-cucu mereka setelah hilang dua puluh tiga tahun. Esuk, lusa adalah hari mengetam padi, cuma dua hari sahaja lagi. Pulanglah Ina kerana hari mengetam padi adalah ketika yang paling baik untuk kita merungkai kekusustan. Itulah amalan di kampung kita. Semua orang kampung telah melupakan cerita kita. Maruah kampung dan keluarga kita yang tercalit dulu telah dilupakan orang. Yang ada hanyalah muka-muka kerinduan dan air mata menagih kepulanganmu. Sungguhpun hatimu telah tertutup tetapi Abang percaya hatimu tidak tertutup untuk kedua orang tuamu. Apa yang boleh Abang buat melainkan penyesalan yang amat sangat atas kesilapan yang Abang buat iaitu melukakan hatimu kerana nafsu syaitan yang menyesatkan. Abang tahu kau telah bersabar untuk selama dua puluh tiga tahun dan di sepanjang itu juga kau telah bersabar dan dirimu sering ditemani air mata yang tak pernah dipinta. Kesabaranmu akhirnya pecah juga dan terus menutupi hatimu untuk ku. Kehilanganmu mula menyedarkan Abang akan pentingnya dirimu padAbang.

Kekasihku, maafkanlah Abang dan pulanglah.








Abang
Kampung Tanjung
14 Nov 2003

cerpen: KEMBOJA DI LAMAN CHIN PENG

(Lt Kol Mohd Radzi bin Abd Hamid)

‘.......Sekeluarga Dengan Besar Hati Menjemput YBhg Dato’ Seri Jen Abdul Rahman bin Mustaffa dan keluarga ke Majlis Perkahwinan Anak Kami iaitu Kapt Sulaiman bin Sharif’.

Demikian antara bait ucapan undangan perkahwinan yang tercatat kemas dengan tulisan warna emas dalam kad jemputan yang di terima pada dua minggu lepas. Di sudut atas kanan kad terdapat gambar timbul dua ekor burung merpati menggigit dua kuntum bunga dan di bawah burung tersebut tertera nama kedua-dua bakal mempelai iaitu Sulaiman dan Fatihah. Selepas membaca kad tersebut, saya termenung seketika kerana di dada kad tercatat nama aibu bapa mempelai iaitu “Puan Melia binti Muis dan Allahyarham Lt Sharif bin Osman PJK....”
Dua puluh tiga tahun yang lalu, saya dan bapa bakal mempelai lelaki menjalani latihan pegawai kadet di Maktab Tentera Diraja (MTD). Sharif yang datang dari Sik, Kedah merupakan Pegawai Kadet yang paling tinggi iaitu enam kaki empat inci. Lantaran itu Sharif mendapat nama jolokan ‘camel’. Beliau merupakan seorang pegawai kadet yang yang amat aktif di dalam bidang sukan dan tipikal produk dari MTD – ‘work hard, enjoy hard’. Setelah ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda, kami ditukarkan ke pasukan yang sama iaitu Batalion Kedua Askar Melayu di Kem Mentakab, Pahang. Sharif ditempatkan di Platun Helang Kompeni Alpha dan saya di Platun Harimau Kompeni Charlie. Dua tahun kemudian, Sharif dinaikkan pangkat ke Leftenan lebih awal. Ketika itu saya sedang menjalankan Operasi Khas bersama Platun Harimau di timur hutan Pahang.
Ketinggian beliau menyukarkan Sharif untuk mendapat buah hati. Jika adapun anak-anak gadis negeri Pahang yang diminatinya, terpaksa dilupakan kerana perbezaan ketinggian yang ketara. Justeru tatkala menemui seorang jururawat yang bekerja di Hospital Mentakab yang mempunyai ketinggian hampir sama dengannya, peluang tersebut di genggam erat.
“Eeerr, Cik, kat mana Wad 8 ye?”. Tanya Lt Sharif kepada jururawat bertugas. Ketika itu, saya sedang berdiri di belakangnya.
“Encik boleh ikut saya kerana saya pun nak ke Wad 8”. Jawab jururawat bertugas dan ketika ia bangun, saya nampak namanya ialah Melia. Itulah perbualan pertama Lt Sharif dan Cik Melia binti Muis. Bermula dari saat itu, Lt Sharif dilanda mabuk asmara dengan Cik Melia. Tiga bulan selepas itu, kami sibuk menguruskan perkahwinan Lt Sharif. Selepas kahwin, Lt Sharif mabuk dalam saga cinta pada Melia. Warkah rindu Lt Sharif dari perbatasan kepada isteri seperti tidak pernah putus. Pantang ada singgahan pesawat NURI di Markas Kompeni, Lt Sharif sanggup meredah hutan dan lurah, melebihi 50 km untuk menentukan warkah rindunya dikeluarkan dari hutan. Adakalanya beliau mengutus tidak kurang dari 9 ke 10 pucuk surat segaligus. Itulah saga cinta Lt Sharif dengan Melia. Beliau sentiasa ingat jumlah surat yang dihantar. Sebenarnya, kadang-kadang dunia saga cintanya yang terlalu kuat ini menyusahkan pegawai-pegawai atasan kerana sikap beliau sentiasa diungkit oleh isteri-isteri pegawai yang lain yang mana mereka menuntut perkara yang sama dari suami masing-masing.
Tanggal 12 Ogos 1989, kami diterbangkan khas dengan NURI ke belantara di sempadan Thailand bagi memburu Chin Peng dan anjing-anjingnya. Platun Harimau diturunkan di Marker Lima Zulu dan Platun Helang diturunkan di Marker Lima Alpha. Jarak antara kedua-dua lokasi lebih kurang tujuh hari perjalanan tanpa bebanan meredah hutan tebal dan sekurang-kurangnya 11 buah gunung terpaksa didaki. Justeru kami hanya dapat berhubung dengan menggunakan radio. Boleh di katakan setiap dua hari sekali kami akan berhubung dengan kata kod ‘masuk rumah’. Bila dapat kod ‘masuk rumah’, frekuensi radio akan ditukar ke frekuensi yang kosong dan hanya diketahui kami berdua. Dengan menggunakan frekuensi ini kami boleh berbual dengan bebas. Sharif sebenarnya tertekan dengan kerinduan saga cinta kepada isterinya. Maklumlah beroperasi di tengah hutan selama tiga ke empat bulan. Pada hari-hari terakhir operasi kami, Sharif agak kerap berhubung dengan saya. Beliau menceritakan perkara-perkara yang akan dilakukan oleh beliau setelah kembali dari operasi. Pada saat itu saya rasakan Sharif tidak lagi boleh menanggung bebanan rindu pada Melia yang bertahi lalat di bibir atas sebelah kiri. Sharif berhasrat untuk memperuntukkan masa sepenuhnya melayani isterinya ke pasar, bersiar-siar di taman, menonton wayang dan macam-macam lagi. Dan yang paling menggembirakan beliau ialah permohonan isterinya untuk bertukar tempat kerja yang berhampiran dengan kem telah diluluskan. Lt Sharif menitiskan air mata ketika memaklumkan berita gembira tersebut.
Selepas cukup tempoh operasi, kami diterbangkan ke Kem Transit, Klian Intan sementara menunggu kereta api khas untuk membawa kami pulang ke Kem Mentakab. Platun Sharif diterbangkan keluar lebih awal kerana kedudukannya agak jauh ke dalam hutan. Manakala platun saya dikeluarkan seminggu selepas itu kerana masalah kabus tebal yang membahayakan pendaratan NURI. Ketika helikopter mendarat di Kem Transit, dari jauh lagi saya telah melihat Lt Sharif sedang menunggu di tepi padang. Kami bersalam dan berpelukan, kehangatan dan genggaman tangannya dapat membayangkan betapa rindunya pada saya. Selama seminggu di Kem Klian Intan, saya lihat Sharif setiap petang pergi ke Pekan Grik dan ada-ada saja barang yang dibelikan untuk isteri dan anaknya - SULAIMAN. Untuk isterinya, antara barang yang dibeli ialah sebuah kalkulator solar bagi memudahkan kerja-kerja isterinya di bank. Untuk Sulaiman, dibelinya sebuah jam tangan Citizen. “Dia dah besar sekarang”, Sharif memberitahu kami dengan pancaran kegembiraan melimpah di matanya.
Cahaya matahari seperti merangkak terlalu perlahan pada hari terakhir kami berada di kem transit. Cuaca yang agak panas amat meletihkan kami yang sedang memunggah barang ke dalam gerabak kerana kereta api akan berlepas selepas makan tengahari. Setelah tiga bulan beroperasi di hutan, meronda perbatasan saban hari, menimba pengalaman, semua anggota tidak sabar lagi untuk tiba di rumah memeluk anak dan isteri. Suara-suara gembira dan jenaka nakal dilontar seperti ‘balik rumah terus banjir’, ‘balik tabur kacang’, dan macam-macam lagi. Suasana ceria itu, tiba-tiba pecah dengan bunyi tembakan yang tidak pasti dari arah mana. Kami bersusup sasap mendapatkan senjata dan berlari ke kubu pertahanan masing-masing. Rupa-rupanya operasi belum selesai.
Pelan Tindakan Pertahanan Serta Merta pun dilaksanakan. Setiap anggota berlari ke kubu dengan senjata. Ada yang tidak sempat memakai kasut. Dalam tempoh tidak sampai satu minit, Kem Transit siap untuk di pertahankan. Platun Mortar di dalam kubu khas siap dalam kedudukan untuk menembak. Pada tahap ini, semua anggota akan berada di kubu sehingga penggeledahan selesai oleh Platun Harimau. Tidak ada sesiapa pun dibenarkan berada di luar kubu.
“Arah tembakan datang dari lereng bukit Pt 652, bering 567 mils, jenis senjata ialah Karbine”. Jelas Pegawai Risik kepada saya sambil menunjuk kepada peta yang tergantung di dinding Bilik Operasi.
“Tuan, Platun Harimau akan di pecah kepada empat, dua kumpulan memasang serang hendap di simpang denai dan Ladang Pulai. Dua kumpulan lagi akan menggeledah. Kami bergerak sekarang”. Dengan penerangan ringkas tersebut, saya berlari ke lokasi pengumpulan kecemasan Platun Harimau yang telah sedia menunggu. Dengan arahan yang ringkas, kami pun bergerak ke sasaran masing-masing. Operasi menggeledah selama lebih tiga jam tidak mendapat hasil. Kesan tapak kaki pemburu dan penduduk tempatan berselirat di merata tempat dan bercampur dengan kesan penembak curi dari kumpulan Chin Peng yang lebih dikenali dengan ‘Black Jacket’..
“Hallo! One di sini Harimau, sasaran hilang, Harimau kembali ke sarang, over”. Lapor operator radio ke Markas Operasi.
“One, Harimau satu tinggal, Harimau dua, tiga dan empat kembali ke sarang, out”. Suara Pegawai Risik jelas di dengar dari set perhubungan Platun Harimau.
“OK! Harimau satu tinggal, yang lain ikut saya” saya memberi arahan kepada Platun Harimau.
“Tuan, sasaran telah digeledah hingga ke puncak bukit Pt 652. Terlalu banyak kesan tapak kaki manusia. Ini menyukarkan anggota pengesan meneliti kesan yang ada.”. Lapur saya kepada Pegawai Risik, sebaik tiba di Markas Operasi.
“Hallo! semua stesen, semak kekuatan dan lapor”. Arah Pegawai Risik melalui radio perhubungan kepada semua ketua kubu.
“Hallo One, disini dua dua, Lima Tanggo (Lt) Sharif tak ada di kubunya”. Suara Penolong kepada Lt Sharif jelas didengar melalui corong suara radio. Saya bingkas melompat keluar dari kubu dan berlari ke kubu Lt Sharif.
“Harimau dua dan tiga ikut saya”. Jerit saya kepada Platun Harimau. Dua kumpulan kecil dari Platun Harimau bergegas mengikuti larian saya ke permatang sebelah kiri Kem Transit.
“Di mana kamu nampak Lt Sharif kali terakhir?”. Tanya saya kepada anggota yang berada di dalam kubu Lt Sharif.
“Di bawah Tuan, dekat sungai”. Jawab Pbt Musa.
“Harimau Dua! Geledah kawasan jambatan, Harimau Tiga ikut saya”. Sambil berlari ke lembah sungai, saya menjerit arahan tersebut. Di situ, Lt Sharif selalu duduk berbual dengan penduduk tempatan yang tinggal berhampiran.
“Masya-Allah”. Ucap saya sambil beristighfar panjang. Kami menemui Lt Sharif terbaring dengan berlumuran darah di kepala dan badannya. Lt Sharif terus kami angkat ke atas bukit. Langsungnya bergegas ke Hospital Grik dan doktor bekerja keras untuk menyelamat Lt Sharif. Lt Sharif, seorang sahabat, seorang ayah dan seorang suami yang penyayang. Seorang suami yang mendambakan saga cinta dan rindu pada isterinya, cedera parah. Saya duduk di sebelah kiri kepala dengan memegang tangannya dan berbisik dengannya. Matanya merenung saya dengan sayu dan mendalam seakan-akan beliau membayangkan satu harapan kepada saya. Pastinya, fikiran Lt Sharif mengingati isteri dan anaknya. Terkenang saya pada jam citizen dan kalkulator solar. Sehinggalah jam 5.30 petang, di Hospital Grik, Lt Sharif kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah. Ia amat memeranjatkan kami khususnya Platun Helang. Kepada Puan Melia dan Sulaiman semestinya kiamat yang berlorong gelap menimpa mereka. Hakikatnya, dunia ceria mereka telah berakhir.
Saya diarahkan mengurus jenazah Allahyarham Lt Sharif mengikut tradisi ketenteraan di tanah kelahirannya iaitu Kampung Belantik, Sik, Kedah. Setelah mendapat arahan dari Pegawai Memerintah dan menerima Bendera Malaysia, kami pun bergerak ke kampung Lt Sharif. Pengebumian jenazah Lt Sharif dilakukan penuh dengan tradisi, tujuh das tembakan dilepaskan, tetuang dibunyikan bersahut-sahutan, bendera Malaysia tercinta dilipat tiga segi saya kilik dan berjalan penuh tertib dan sayu menuju kepada Puan Melia dan Sulaiman. Saat itu, airmata saya bertunda-tunda ingin melimpah keluar.
“Puan! Saya bagi pihak Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Negara Malaysia dan seluruh rakyatnya, bagi pihak Angkatan Tentera Malaysia khususnya Tentera Darat dan seluruh warganya, bagi pihak Rejimen Kedua Askar Melayu Diraja, dengan kalimah Allah, kami serahkan Bendera Malaysia yang mana kerananya Lt Sharif bin Osman telah berjuang dan terkorban. Negara Malaysia dan seluruh rakyatnya, bernafas dengan nyawanya”. Lalu bendera diserahkan pada Puan Melia. Pada saat itu saya tidak berkekuatan untuk memandang raut muka Puan Melia, kerana jika di pandang, nescaya akan gugurlah kesedihan yang saya bendung sejak dari tadi. Sejak itu, saya tidak lagi bertemu dengan Puan Melia dan Sulaiman kerana ditugaskan sebagai pensyarah jemputan di ‘Royal Military University of Scotland’.
Anak lelaki Lt Sharif iaitu Sulaiman adalah seorang anak yang pintar, lulusan Universiti Teknologi dalam jurusan Teknologi Angkasa. Sulaiman di tawarkan kerja di Jabatan Angkasa Lepas Negara tetapi di tolaknya. Beliau kemudian menyuarakan hasratnya untuk menyertai Tentera Darat. Puan Melia ternganga.
“Masuk askar selepas semua ini?” tanya ibunya.
“Ya” jawab Sulaiman dengan bulat dan jujur. Puan Melia merajuk hampir sepuluh hari.
“Ibu, Sulaiman anak ayah. Seluruh darah yang mengalir di badan Sulaiman adalah sama seperti ayah. Ayah telah berjuang dan mengorbankan dirinya demi negara dan keamanan yang kita kecapi hari ini” Kata sulaiman pada satu petang.
“Tapi ibu tidak mahu lagi merasakan derita kehilangan. Dulu, Ibu kehilangan ayah tetapi ibu masih punyai Sulaiman. Selepas ini, sekiranya ibu kehilangan Sulaiman, Ibu takkan punyai sesiapa lagi”. Jelas Puan Melia.
“Sulaiman anak jantan, Ibu!. Sekiranya darah dan nyawa ayah tidak dibela, hidup Sulaiman tidak bermakna. Lagipun pembunuh ayah, Chin Peng, masih bebas. Sulaiman masih berpeluang untuk menuntut bela”. Tegas Sulaiman.
“Negara telah sekian lama merdeka, yang sudah tu sudahlah. Tidak perlulah kita berdendam” tersekat-sekat suara Puan Melia.
“Ini bukan soal dendam mak. Selagi darah ayah mengalir dalam diri saya, kematian ayah wajib saya bela. Chin Peng dan anjing-anjingnya wajib saya buru hingga akhir hayat” Jitu suara Sulaiman. Akhirnya dengan berat hati Puan Melia merestui Sulaiman menjalani Latihan Pegawai Kadet Graduan di Kem Sg Besi. Kapt Sulaiman, datang ke pejabat saya pada pagi dua minggu lepas untuk menjemput saya ke majlis perkahwinannya. Majlis perkahwinan Kapt Sulaiman berjalan dengan lancar, penuh tradisi dan penuh meriah. Ketika melihat Kapt Sulaiman dan surinya melangkah di bawah pedang, dengan tiba-tiba hati saya menjadi sebak dan mata digenangi air mata. Itulah Lt Sharif pada dua puluh tahun yang lalu dan saya menjadi pengapit ketika beliau bersanding. Semoga Allah sentiasa memberkati roh Lt Sharif. Semoga Puan Melia dan Sulaiman tabah menghidu bau kemboja dari Chin Peng di

CERPEN: DI HUJUNG DIARI PERANG LT ADNAN SAIDI

cerpen:“ADNAN MASIH HIDUP”

(TELAH DISIARKAN DALAM BERITA HARIAN)

HEBOH satu negara. Gempar masyarakat Ulu Langat. Begitu juga di Sg Ramal, kecoh macam ayam terkejut ular masuk reban. Ahli-ahli sejarah negara berpecah dua tetapi ramai yang menidakkan khabar tersebut. Di Kementerian Pertahanan, dari kantin di belakang muzium hinggakan ke tingkat 20, isu ini menjadi topik hangat mengalahkan isu pembelian helikopter baru. Telefon di Cawangan Perhubungan Raya, bunyi macam bertih meletup atas belanga. Orang-orang kuat PR MINDEF, bayang pun tidak nampak; semua lari ke Sg Rengit, Pengerang. Berita yang disiarkan oleh Radio FM Klasik semalam, menggemparkan negara. LT ADNAN dan SHAHIBUL KAHFI. Begitulah bunyinya tajuk besar muka depan semua media bertulis negara pada pagi ini. BH memperuntukan lapan muka surat termasuk seluruh muka depan memaparkan gambar dan berita penemuan Lt Adnan Saidi di dalam ‘survival room’ di kubu bawah tanah pertahanan British di Bukit Pengerang. Surat Khabar negara jiran memaparkan gambar Lt Adnan sedang bersandar di tiang seri rumah Penghulu Sg Rengit.
Berita ini menyebabkan Tentera Darat terpaksa menangguhkan latihan perbarisan sambutan hari kemerdekaan. “Kalau betul wira kita masih hidup, kita bawa dia ke perbarisan merdeka tahun ini” cadang seorang ahli Parlimen dalam sidang kabinet pagi tadi. Satu mesyuarat tergempar di adakan di Kementerian Pertahanan.
“Nak siasat apa lagi, barang-barang bukti semua jelas. Senapang, benet, topi hutan, botol air, disc pengenalan dan pakaiannya, 100% mengesahkan dia adalah wira bangsa melayu – Lt Adnan.” Tegas Hj Musa, Penghulu Sg Rengit kepada suara-suara sumbang dari pemberita luar negara. “Pakar sejarah negara Prof. Dr. Mursyid Ali telah mengesahkan bahawa beliau adalah Lt Adnan bin Saidi” tambah Hj Musa lagi dengan meninggikan suaranya apabila menyebut perkataan bin.
“Penemuan ini adalah anugerah Ilahi dan rahmat kepada negara khusus Bangsa Malaysia. Keajaiban Pemuda Shahibul Kahfi di anugerahkan Tuhan kepada wira kita, bersyukurlah” Begitulah kenyataan seorang senator yang di paparkan di TV. Kalau semalam lapan muka surat, hari ini BH menyediakan sisipan khas setebal 14 muka surat yang menerangkan alkisah Lt Adnan Saidi bermula dari dalam kandungan ibunya hingga ke detik bagaimana beliau di temui dalam ‘survival room’ di Bukit Pengerang yang tinggi hanya 186 meter dari aras laut. Temu ramah dan pendapat dari semua pakar sejarah juga disiarkan. Bahkan ‘gesa’ yang dirasakan oleh anak Lt Adnan iaitu Kapten Razali bin Adnan turut disiarkan. SAYA RASA DIA ADALAH AYAH SAYA. Begitulah ucap Kapten Razali bin Adnan dalam temu ramah dengan TV 10.
Kubu pertahanan Tentera British, di Bukit Pengerang di bina semasa era mempertahankan Malaya dari penaklukan Jepun. Keseluruhan atas bukit tersebut di penuhi dengan kubu-kubu konkrit yang bermula dari Bukit Pengelih hinggalah ke puncak Bukit Pengerang. Manakala di dalam tanah pula terdapat lorong-lorong perhubungan dari kubu ke kubu yang lain, bilik gerakan, bilik rawatan, Mess Pegawai, gelanggang bola keranjang dan lapang sasar 25 meter. Di belakang bukit pula terdapat lapangan terbang. “Di mana letaknya ‘survival room” Yang Berhormat?” tanya seorang pemberita dari surat khabar parti pembangkang. “’Survival Room’ terletak di bawah lapang sasar 25 meter di sudut kanan, dianggarkan berada 100 meter ke dalam tanah.”, jawab YB dengan senyum lebar. “Macam mana YB boleh pergi dalam hutan di bukit tu?” tanya pemberita parti pembangkang sekali lagi sambil senyum sinis. “Sebenarnya, saya mempunyai rancangan untuk membangunkan kawasan tersebut sebagai kawasan bersejarah dan mungkin menjadi daya tarikan pelancong ke Pengerang. “Esuk, Lt Adnan Saidi sendiri akan membuat pengumuman dan menceritakan sendiri rentetan perjuangan di Bukit Candu, terima kasih” YB mengakhiri sidang akhbar tersebut dengan mula bersalam dengan penduduk Kg Sg Rengit.
Rancangan Malaysia Hari Ini oleh Siaran TV termasyhur negara dibuka dengan penuh debaran dan sejarah pada pagi Ahad. Jalan raya utama di seluruh negara lengang, selengang-lengangnya. Di ibu kota tidak ada sekelumit bayang manusia pun yang melintas. Kutipan Plus tol pada pagi tersebut adalah sifar. Bahkan seluruh penghuni Rumah Insan Cacat Penglihatan di Wangsa maju, berhimpit-himpit di depan TV di kantin. Di kaca TV kelihatan seorang tua yang masih sasa memakai baju kebangsaan butang lima seragam hitam, bersongkok hitam tinggi senget sedikit ke kanan, dan bersamping hitam Askar Melayu. Di sebelah kanannya ialah Jen Tan Sri Datuk Seri Abd Hamid Salleh, iaitu Panglima Angkatan Tentera dan di sebelah kiri pula ialah Prof. Dr. Mursyid Ali, Pensyarah Sejarah Kenegaraan dari Universiti Negara. Di kiri sekali ialah pengacara popular negara iaitu Cik Risya Zu Nurain. Bermula dengan sedutan pendek pertempuran di Bukit Candu yang dipetik dari Filem Lt Adnan. Disusuli dengan pandang soal antara juruacara dengan Panglima Angkatan Tentera, Pensyarah Sejarah Kenegaraan, soal jawab telefon dengan penonton di rumah dan diakhiri dengan pengisahan oleh Lt Adnan Saidi sendiri.
“Assalamualaikum dan Salam Hormat kepada semua rakyat Malaysia. Sebagai mukadimah kepada alkisah yang sarat dengan sejarah negara khususnya semangat kepahlawanan melayu, marilah kita bersama-sama menyedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada rakan-rakan saya yang telah gugur, Al-Fatihah!”. Terasa suasana amat bening di studio TV dan kelihatan mata Lt Adnan Saidi bergenangan dengan air mata. “Sebenarnya, kami tidak tewas di Bukit Candu dan saya tidak digantung. Percayalah! Demi Tuhan Sekalian Alam, saya adalah Lt Adnan bin Saidi, Ketua Platun No 7, Kompeni C dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu DiRaja yang bertempur di Bukit Candu” ucap Lt Adnan dengan penuh yakin.
“Malam itu iaitu 16 Feb 1952, saya dan 12 lagi anggota Kompeni C, Batalion Pertama Askar Melayu berada dalam keadaan yang amat letih kerana kami telah bertempur dan berundur sejak dari Serimbun lagi. Hanya semangat sahaja yang menjadikan saya masih tegak dan berusaha untuk membakar semangat perjuangan anggota-anggota yang lain. Setelah berundur dari Ridge Park iaitu di Pt 276, kami terus berundur ke kilang ais di kaki Bt Candu dan pada malamnya memutuskan untuk bertahan di puncak Bt Candu.
“Maeilll! Kita akan berkubu di sini. Kerahkan semua anggota, siapkan kubu” bisik saya pada Leftenan Muda Ismail yang mana platunnya hanya tinggal 5 orang sahaja lagi. Sambil itu mata saya liar ke kiri dan ke kanan mencari baki anggota platun Leftenan Muda Ismail. Kelihatan dua darinya sedang berjaga di balik batang pokok di sebelah atas kanan. “Macam mana dengan bantuan peluru kita tuan? Saya dan anggota saya ada hanya beberapa butir sahaja lagi”. Soalan Ismail itu tak dapat saya jawab, hanya dengan berdeham saya katakan pada Ismail “siapkan kubu cepat!”. Bermula dari saat itu, kami mula bertungkus lumus menyiapkan kubu pertahanan kerana kami tahu tentera Jepun akan datang menyerang pada bila-bila masa sahaja. Pada ketika itu kapal terbang Jepun berlegar-legar di ruang angkasa Pulau Singapura dan sesekali kedengaran letupan meriam British yang berada di Fort Batrei.
Kami membahagi-bahagikan saki baki peluru yang ada dan saya memaklumkan kepada Kapten Goerge, “Tuan, peluru mesin gun hanya tinggal sedikit sahaja. Kalau bertempur lagi, saya rasa tak sampai lima kali semburan, mesin gun ni tak ada guna lagi”. “Adnan! Gunakan ia dengan bijak, dua peluru untuk satu semburan”. Jawab beliau sambil bergegas ke arah kubu yang paling kiri sekali. Kami telah bertempur sejak dari Kota Bharu lagi. Dalam pertempuran, mesin gun tidak boleh ditembak secara jimat kerana sekali tembak, 10 ke 15 butir peluru akan dimuntahkan. Saya pasti, Kapten Goerge amat maklum tentang hal ini kerana senjata mesin gun dibuat di negaranya. Saya bergerak dari kubu ke kubu mengarahkan itu dan ini berpesan pada anggota-anggota :

“Sahabat-sahabat semua, perjuangan kita kali ini adalah perjuangan antara hidup dan mati kerana kita adalah kumpulan yang terakhir bertahan dengan serba-serbi kekurangan. Jadi bersiaplah untuk bertempur dan mati di sini. Ingat moto pasukan kita ‘Tentera Darat Teras Utama Kedaulatan Negara”.

Ketika berada di dalam kubu, memori perpisahan dengan isteri di Stesen Kereta api Tanjung Pagar datang mengimbau. Beliau sedang mengandung anak kami yang ketiga. Saya katakan pada isteri saya,
“ Pulanglah ke Sg Ramal kerana di sini tidak selamat lagi dan jagalah anak-anak kita kerana saya mungkin tidak lagi dapat pulang ke rumah. Andai kata ini adalah pertemuan yang terakhir antara kita, saya memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Jika kau sayangkan saya, jagalah anak-anak dengan baik, jangan biarkan Razali terlalu nakal. Kereta api pun sampai, kami bersalaman dan berpelukan dan itulah pertemuan terakhir saya dengan isteri saya. Isteri saya memberikan saya se pucuk surat yang tak sempat saya baca ketika itu kerana bimbangkan kapal terbang Jepun. Insya-Allah di akhir rancangan ini, akan saya bacakan kandungan surat isteri saya.
Seusai senja, kedudukan kami dihujani oleh tembakan meriam Jepun. Kubu di sebelah kanan terkena serpihan bedilan meriam Jepun dan ada anggota yang cedera. Kelihatan dalam samar cahaya lampu dari kampung di kaki bukit, benda-benda putih yang sedang bergerak. Keadaan tanah kebun getah milik British yang dijaga oleh buruh dari India adalah cerah. Di aras bawahnya memberi penglihatan hingga ke jarak 75 depa. Bunyi ranting getah yang patah akibat dipijak memecah suasana yang amat genting ketika itu menunjukkan tentera Jepun telah amat hampir dengan kedudukan kami. Tiba-tiba kedengaran bunyi tembakan senjata di sebelah kanan kubu. Tembakan tersebut disusuli dengan bunyi bising senjata Jepun dan akhirnya sunyi menghuni semula kaki Bukit Candu. Lebih kurang 6 minit kemudian, kelihatan lebih kurang 10 ke 12 orang Jepun sedang mendaki ke kawasan utama pertahanan kami. Sambil menjerit tembakkkkkk!.
Dengan mulanya arahan saya, maka bening malam pun pecah dan Bkt Candu menjadi terang dan bingit dengan bunyi letupan senjata. Pertempuran amat sengit dan saya lihat secara tiba-tiba sahaja Lt Abas telah berada di sebelah saya kerana Pbt Abu yang bersama saya dalam kubu telah pun ditembusi peluru Jepun. “Bas, kamu tolong pasangkan magazin mesingan ni dan saya akan teruskan tembakan”. “Baiklah, Nan”. “Bas, saya sanggup berjuang dan mati malam ni dengan syarat ada orang yang akan jaga keluarga dan anak-anak saya”. “saya pun begitu juga Nan. Selepas itu, Lt Abas pun berlari semula ke kubunya.
Tentera Jepun semakin ditembak, semakin ramai yang datang. Maka ini biarlah saya ceritakan saat-saat terakhir saya di Bukit Candu. Peluru mesin gun dah habis, hanya senjata peribadi saya yang ada cuma 4 butir peluru lagi dan saya menjerit ke kubu belakang “balingkan peluru kamu pada saya”. Jawab Pbt Hassan “Tuan kami pun dah tak ada peluru”. Saya terus menjerit “pasang benet “ dan selepas itu saya lihat anggota saya di belakang bangun dengan tiba-tiba menghunus benet dan bertarung dengan Jepun yang tidak tahu datangnya dari arah mana. Saya menghabisi empat peluru terakhir saya dengan menumbangkan lagi 3 tentera Jepun dan peluru terakhir saya tidak pasti kerana ketika saya melepaskan tembakan terakhir saya ada 5 ke 6 tentera Jepun yang menerkam ke arah saya. Dan kami bergelut dan saya sempat menikam ke arah seorang tentera Jepun dan merampas senjatanya. Lalu saya tembak 4 orang tentera Jepun yang menerkam ke arah saya.
“Withdraw! Withdraw!” kedengaran suara Kapten Goerge jauh dari bawah bukit. “Samat, Ismail! ikut saya” laung saya kepada Pbt Samat dan Leftenan Muda Ismail. Kami bertiga berundur perlahan-lahan. “Tuan, ada tentera Jepun ikut kita”, bisik Samat kepada saya. “Kita tidak ada pilihan lagi melainkan berundur menyusuri pantai” tegas saya. Kami mula berundur menyusuri pantai dari Tanjung Rhu terus ke Bedok. Malangnya di Bedok kami terserempak dengan sekumpulan Tentera Jepun. Pbt Samat terkena tembakan di perutnya. Saya dan Lt M Ismail bergilir-gilir memapah Pbt Samat hingga ke Kg Tanah Merah Besar. Di sini Pbt Samat menghembuskan sisa-sisa nafasnya dan kami ke bumikan di situ. Dari Kg Tanah Merah Besar kami meneruskan pengunduran ke Changi. Setelah berehat 2 hari di hutan Changi, kami mengambil keputusan untuk berenang ke Pulau Tekong Besar. Setelah hari beransur gelap, kami meneruskan renangan. Menjelang subuh, kami tiba di pantai Pulau Tekong Besar. Setelah berehat, kami menyambung renangan ke Kg Pasir Gogok. Dari Kg Pasir Gogok, dengan menggunakan perahu nelayan, kami mendayung menyeberangi Kuala Santi ke Tanjung Pengelih. Di situ kami menemui Kubu Pertahanan British yang diceritakan oleh Kapten George. Saya bernasib baik kerana dimaklumkan oleh Kapt George berkaitan bilik rahsia yang di panggil ‘survival room’ dan kami berjaya menemuinya. Malangnya bilik survival tersebut tidak boleh di buka dari dalam. Di situlah saya ditemui oleh YB tiga hari yang lepas.
Akhir kata izinkan saya memaklumkan kandungan surat terakhir isteri saya dan juga merupakan bukti bahawa saya adalah Lt Adnan bin Saidi. Isteri saya menitipkan sebuah puisi pendek yang berbunyi begini:

Abang,
Berjalan, peliharalah kaki
Berpisah, peliharalah janji
Adat pahlawan, nyawa dipertaruhkan
Adat berjuang, negara dipertahankan
Jika kita dekat, kita ingat mengingat
Jika kita jauh dan berpisah, keakraban dijalin oleh zuriat
Abang telah berjuang dan mungkin mati kesudahannya
Maka kami yang tinggal akan ingat mengingat
Cukuplah darah, sengsara dan nyawa abang
dan sahabat-sahabat yang lain
Yang tidak dapat kami tulis dan tidak tertinta
Saya dan anak-anak tidak lagi akan leka dan cuai. Insya-Allah.

Salam Sayang dari kami sekeluarga
11 Feb 1952


“Tuan! Tuannn! Bangun Tuan”, seru Pbt Samad sambil menggoncang badan saya.
“Tuan bermimpi baca sajak ke?”, tanya Pbat samad.
“ Allahuakbar!, saya mengigau, maafkan saya”, jawab saya.

CERPEN: “JIKA ADNAN MASIH ADA BANYAK PELURU”

(Lt Kol Mohd Radzi bin Abd Hamid)


Sebagai pembuka kepada cerita yang sarat dengan sejarah, izinkanlah saya mulakan dengan menceritakan keadaan diri saya sekarang ini. Mungkin pembaca-pembaca semua telah pun sedia mengenali saya melalui filem Lt Adnan ataupun dari acara-acara teater dan pantomin yang dipentaskan, sebenarnya Lt Adnan yang pembaca-pembaca kenal itu adalah Lt Adnan yang kehabisan pelurunya di pertahanan Bukit Candu. Apa yang akan saya ceritakan ialah keadaan diri saya sekarang ini iaitu Lt Adnan yang masih ada banyak peluru ketika menentang Jepun di Bukit Candu.

Nama saya ialah Jen Tan Sri Dato’ Seri Adnan bin Saidi MC SP PGB KAT BCK Msc Def Stud (India) Ms Mil History (UK) psc. Saya telahpun bersara dari perkhidmatan yang amat saya sayangi iaitu Angkatan Tentera Malaysia. Jawatan terakhir saya dalam Angkatan Tentera Malaysia ialah Panglima Angkatan Tentera dan juga Panglima Tentera Darat. Saya adalah merupakan anak melayu yang pertama menjawat jawatan seumpama itu dan juga pegawai tentera yang pertama menjawat dua jawatan penting dalam satu masa. Buat masa ini saya tidak merancang untuk bekerja lagi kerana hari ini adalah hari pertama saya bersara iaitu meninggalkan perkhidmatan tentera. Mungkin esuk ataupun lusa fikiran saya berubah untuk bekerja semula bagi mengisi masa lapang, saya tidak dapat nafikan. Kalau boleh saya ingin bersara ‘for good’.

Maklumlah sebagai hero negara yang satu-satunya menerima 2 anugerah pingat keberanian sekaligus, saya menjadi perhatian di mana sahaja. Perdana Menteri telah empat kali bercakap dengan saya berkaitan tawaran kerajaan untuk saya mengisi 2 jawatan penting kerajaan. Saya bulat-bulat menolak tawaran tersebut. Ini bukanlah bermakna saya tidak menghargai tawaran PM tetapi saya sebenarnya terlalu letih dan ingin berehat dan berada bersama-sama isteri dan anak-anak cucu saya. Oppp! Lupa pula nak cakap, saya telahpun memilki 9 anak dan 5 cucu.

Saya berhasrat untuk mengisi masa lapang saya dengan memberi ceramah-ceramah di sekolah-sekolah, kem-kem tentera, Universiti-universiti dan temu bual di kaca TV berkaitan pertempuran saya di Bukit Candu yang mana ianya dicatat dalam sejarah dunia. Saya berharap pembaca-pembaca bersabar untuk menunggu cerita detik-detik kritikal pertahanan di Bukit Candu yang kumpulan saya berjaya menewaskan tentera Jepun dan seterusnya kami mengantung Jen Yamashita di salah satu pokok getah yang masih ada lagi sekarang di puncak Bukit Candu. Sekiranya pembaca-pembaca berkunjung ke Bukit Candu, pokok getah berkenaan berada betul-betul di sudut kanan Bangunan Interprecentive Centre yang baru dibina oleh Kerajaan Singapura bagi mengkaji kejayaan saya dan rakan-rakan. Di situ ada papan kenyataan yang di atasnya tertulis begini:

“Pokok getah ini adalah merupakan pokok getah dimana Jen Yamashita telah digantung dan dihukum mati oleh satu tribunal tentera yang diketuai oleh Lt Adnan bin saidi. Dahan yang dijadikan tempat gantungan telah pun patah dalam satu hujan ribut yang melanda Bukit Candu. Di perdu pokok ini kelihatan bekas-bekas peluru senjata Jepun yang menyerang pertahanan Bukit Candu.”.

Selepas berjaya membunuh saki baki tentera Jepun di Singapura, Kerajaan Malaya yang ketika itu di ketuai oleh PM Tunku telah menganugerahkan 15 ekar tanah kepada semua anggota-anggota tentera yang terlibat dalam kejayaan mempertahankan Bukit Candu, termasuklah saya. Walau bagaimanapun tanah anugerah tersebut telah saya jual kerana agak jauh ke dalam hutan iaitu di Temerloh, Pahang. Hasil duit dari menjual tanah di Temerloh itu, telah saya gunakan untuk membeli tanah di Sg Ramal iaitu di mana saya tinggal sekarang. Maklumlah Sg Ramal ni tanah lahir saya, jadi saya sememangnya telah lama menanam hasrat dalam fikiran saya untuk tinggal di Sg Ramal setelah bersara kelak. Saya mempunyai 8 ekar tanah di Sg Ramal, sebahagiannya telah saya jadikan dusun buah-buahan dan di hujung sebelah kanan saya bina rumah yang saya duduki sekarang. Terus-terang dari hati ke hati saya katakan rumah dan tanah ini dibeli dan dibina dengan menggunakan wang hadiah dari kerajaan. Kalau kalau tuan-tuan melintas di dusun saya ketika musim buah, janganlah segan-segan untuk mengambilnya. Tawaran saya ini ikhlas. Ambillah sepuas-puasnya kerana ianya adalah percuma. Memang itulah niat asal saya ketika mula menanam benih-benih pokok buah-buahan.

Semasa perbarisan persaraan saya sehari sebelum hari ini, saya ada bertemu Timbalan saya iaitu Lt Jen Dato Sri Abas bin Manan psc MC PGB Msc (london). Dia pun akan bersara sehari dua lagi. Kami banyak berbual semasa jamuan minum teh selepas perbarisan tersebut iaitu pasal detik-detik terakhir kekalahan Jepun. Saya sendiri pun tak sangka beliau juga dapat terus hidup.

Tentera Jepun yang hanya tinggal saki baki sahaja menyangka pertahanan di Bukit Candu tidak sampai 7 ke 8 orang sahaja. Justeru, mereka menyerang Bukit Candu tanpa perancangan yang teliti. Kedatangan tentera Jepun ke Bukit Candu, kami sambut dengan kemeriahan letupan senjata mesin gun. Tembakan tanpa ditenang sekalipun akan hinggap di dada Jepun juga kerana terlalu ramai. Ketika platun saya membalas tembakan Tentera Jepun, Kapten George semasa itu sedang menikmati cigarnya di puncak Bukit Candu. Ketika kami asyik menembak ke arah musuh, kedengaran suara Kapten George “ Adneann, take your own sweat time”.

Sebenarnya, pertempuran di Bukit Candu adalah pertempuran yang paling mudah kami hadapi kerana Tentera Jepun ketika itu amat keletihan dan berada dalam serba kekurangan. Saya rasa pertempuran kami di Kuala Pak Amat lebih sengit.

“Minta maaf Tan Sri, PM is free and waiting to meet you”. Minta maaflah pembaca sekalian, saya terpaksa berhenti di sini kerana saya ada temu janji dengan PM. Dia nak sangat jumpa saya, saya pun tak tahu sebab apa. Barangkali dia nak saya jadi timbalannya, entahlah. Saya permisi dulu. Maafkan saya.

PESANAN KEPADA KHALIFAH DI FAJAR MUHARRAM

(Telah di deklamasikan semasa sambutan Maulidurrasul Peringkat Kebangsaan dan Negeri Melaka)

(SILA BACA SURAH AL-ANAAM JUZ KE 8 AYAT 165)

FIRMAN ALLAH SUBHANAHUWATAALA (SWT) YANG BERMAKSUD:

“DAN DIALAH YANG TELAH MENJADIKAN KHALIFAH DI BUMI DAN MENINGGIKANNYA SETENGAH KAMU ATAS SETENGAHNYA YANG LAIN BEBERAPA DARJAT KERANA IA HENDAK MENGUJI KAMU PADA APA YANG TELAH DI KURNIAKANNYA KEPADA KAMU.....”.

SURAH AL-AN’AAM
JUZUK KE 8
AYAT 165

WAHAI KHALIFAH YANG MEMINJAMKAN HAWA SEBATANG TULANG RUSUK
RUSUK HAWA FITRAHNYA BENGKOK
JIKA DIBIARKAN - HAWA TERUS KE LEMBAH YANG KELAM
JIKA KAU TIDAK SABAR, HAWA AKAN TERLANTAR
KERANA RUSUKNYA PATAH
JIKA RUSUK HAWA PATAH
TIDAK MUNGKIN KAU AKAN MEMINJAMKAN HAWA SEBATANG LAGI TULANG DARI RUSUKMU
KERANA IA AKAN MENENGELAMKAN DADAMU YANG SASA

WAHAI KHALIFAH YANG MEMINJAMKAN HAWA SEBATANG TULANG RUSUK
PADA ZAMAN SERBA PANTAS
ZAMAN MELINTAS SEMPADAN KUASA DAN MASA

ISLAM ADALAH SEBATANG POKOK
DARI BATANGNYA TERBIT LIMA DAHAN

DAHAN PERTAMA: DI ATASNYA TERTULIS ISLAM TETAPI TIDAK MEMPUNYAI RANTING-RANTING YANG MEMPERINCIKANNYA, LALU IA MENGHIRUP AIR DAN BAJA DARI POHON YANG BERBEZA.

DAHAN KEDUA: DI ATASNYA TERUKIR CANTIK PERKATAAN ISLAM DAN AJARAN NABI MUHAMMAD SAW TETAPI INGIN MENCANTAS DAHAN TERSEBUT KERANA TIDAK RELEVAN DENGAN ZAMAN DAN MASYARAKAT KITA.
DAHAN KETIGA: DI ATASNYA TERTULIS ISLAM TETAPI DAHANNYA TELAH DI BONSAIKAN AGAR SESUAI DENGAN CUACA DAN BAJA CIPTAANNYA.

DAHAN KEEMPAT: MENGATAKAN ADA DAHAN IDEOLOGI LAIN YANG SESUAI DENGAN ISLAM.

DAHAN KELIMA: MENGATAKAN POKOK ISLAM YANG DITUMPANGINYA HANYA SESUAI TUMBUH DI TANAH ARAB.

WAHAI KHALIFAH YANG MEMINJAMKAN HAWA SEBATANG TULANG RUSUK
BENIH POKOK ISLAM DI DATANGKAN DARI LANGIT
JUSTERU, AJARANNYA JUGA DATANG DARI LANGIT
MENGANDUNGI SYARIAAT DAN IBADAT, MUAMALAT DAN KENEGARAAN
SEMUANYA DATANG DARI SATU SUMBER IAITU TAUHID, KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH
KAU PILIHLAH SALAH SATU DARI LIMA DAHAN UNTUK KAU BERTEDUH
HAWA, HAWA MU TETAP MENGIKUTI MU
JIKA KAU KE LANGIT, MAKA KE LANGITLAH HAWA
JIKA KAU KE LAUT, KE LAUTLAH HAWA
JIKA KAU KE BELANTARA, KE BELANTARALAH HAWA
JIKA KAU JATUH, HAWA PUN JATUH
JIKA KAU TENGELAM, HAWA TURUT KARAM
JIKA KAU SESAT, SESATLAH HAWA

WAHAI KHALIFAH YANG MEMINJAMKAN HAWA SEBATANG TULANG RUSUK
KETAHUILAH, RASULULLAH SAW TIDAK BERTEDUH DI BAWAH MANA-MANA DAHANPUN
BAGINDA HANYA MEMELUK ERAT BATANG POKOK ISLAM
TETAPI HAWA, HAWA MU AKAN BERTEDUH DI BAWAH DAHAN YANG YANG KAU PILIH
ATAU APA-APAPUN YANG KAU PILIH
PILIHLAH YANG MANAPUN KERANA HAWA MENTAATIMU
KETAATANNYA ADALAH SEDEKAH
SEDEKAH HAWA DIJANJIKAN TUHAN
UMPAMA MENANAM SATU BENIH KE TANAH
LALU BERANGKAI TUJUH
SETIAP RANGKAI BERBUAH SERATUS
DARI BIJINYA LAGI AKAN MENGHASILKAN 700 BUAH LAGI
HAWA INGIN JADI SEPERTI ABU BAKAR DAN UMAR

WAHAI KHALIFAH YANG TERPAKSA MEMINJAMKAN HAWA SEBATANG TULANG RUSUK
DENGARLAH PESANAN KU
JIKA KAU DEGIL, BONGKAK DAN EGO
AHHHHH! PERSETANKAN PILIHANMU
KERANA DI ZAMAN ALAF BARU
JIKA KAU KE LANGIT, HAWA TIDAK AKAN MENURUTIMU KERANA HAWA GAYAT DAN TAKUT JATUH
JIKA KAU KE LAUT, SEORANG DIRILAH KAU DI LAUT KERANA HAWA TAKUT PADA GELOMBANG DAN RUNCING TAJAM GIGI JERUNG
JIKA KAU KE BELANTARA, PERGILAH KAU SEORANG DIRI KERANA HAWA TAKUT PADA HARIMAU DAN SINGA
JIKA KAU JATUH, JATUHLAH KAU SEORANG
JIKA KAU TENGELAM, KARAMLAH KAU
JIKA KAU SESAT, HILANGLAH KAU DI HUTAN
SETELAH SAMPAI AJALMU
HAWALAH KHALIFAH DI RUMAH PUSAKAMU
HAWALAH KHALIFAH KEPADA ANAK-ANAK YANG DITINGGALKAN
HAWALAH KHALIFAH PADA TANAH, SUNGAI, AIR DAN API YANG KAU WARISKAN

WAHAI KHALIFAH YANG MEMINJAMKAN HAWA SEBATANG TULANG RUSUK
KAU BUKAN KHALIFAH ALLAH
KAU ADALAH KHALIFAH PENGGANTI TUGAS NENEK MOYANG
TUGAS KAU ADALAH MERAMAIKAN BUMI
MEMERAS AKAL BUDI BUAT MENCIPTA, BERUSAHA, MENCARI,
MENAMBAH ILMU DAN MEMBANGUN, BERKEMAJUAN DAN BERKEBUDAYAAN
MENGATUR SIASAT NEGERI DAN BANGSA DAN BENUA
PATUHILAH AJARAN AL QURAN DAN SUNNAH RASULULULLAH
KERANA ADA KETIKANYA UMURMU AKAN SAMPAI
KAU AKAN KEMBALI KE HADRAT ALLAH
DAN ALLAH TELAH MENJANJJIKAN KEPADA MU DI AKHIR AYAT 165

“........SESUNGGUHNYA TUHAN MU AMATLAH CEPAT AZAB SEKSANYA, DAN SESUNGGUHNYA IA MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI”



LT COL MOHD RADZI ABD HAMID
26 APR 04
JAM 1008

MENGENANG MU DI PERJALANAN INI

TATKALA BANJARAN KORBU MENYINGKAP JENDELA FAJAR
TIDAK TERDUGA TANGISAN WALANG LELAKI
DI SUBUH BENING MENITIS EMBUN PETANDA DI LAMAN AKAN
MENJELMA MENJADI NAKHODA KEPADA BANGSA PENDUKUNG KEDAULATAN
DENGAN SUARA HARAP PAK ZAINUDDIN BERDOA MELANGKAUI AKSARA LANGIT
SUARA KECILMU MEMECAH BENING SUBUH KG KUALA SAYONG
DAN MENITI KE LANGIT LALU DI SAMBUT MALAIKAT DI LAPISAN KE-TUJUH
DAN ALLAH MENETAPKAN QADHO DAN QHADAR
DAN KAU ADALAH PERWIRA

TERLALU INDAH SUSUN ATURNYA
LIMA IKRAR KESATERIA MENEBAT AMANAT
DAN KAU BERADA DI DALAMNYA
KAU MENGAJAR MENJADI LEBIH BERANI
MENEROKA CABARAN TANPA MENILIK KECELAKAAN
MEREDAH BELANTARA TANPA MENGIRA GANDALAN
JUA MENYUSUR SASAR TENGKUJUH TANPA MENGUBAH WARNA AWAN
HARI INI KAU AKAN PERGI DARI KAMI
DARI DUNIA KITA YANG MENJADI DARAH DAGING DAN NYAWA
SEDANGKAN GELANGGANG YANG KAU BUKA MASIH BASAH
HUTAN YANG KAU TEROKA MASIH BELUM BERGANTI
SUNGAI YANG KAU BEBAT BELUM MELIMPAH
AMANAT YANG KAU BAJA MENDAMBAKAN HIKMAH
KERANA KAU BUKAN LAGI INSAN KERDIL
TAPI ESOK DAN HARI-HARI SELEPASNYA
KAU KEMBALI MENJADI MANUSIA
YANG TIDAK PUNYA APA DAYA
JADI BERTAWAKAL-LAH KEPADANYA
KERANA HIDUPMU TELAH TERTULIS PADA SUBUH 30 APRIL 1948

SEWAJARNYA UCAPAN, PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH INI
KAMI RAKAMKAN BUATMU,
KERANA KEPIMPINANMU, KETAJAMAN AKAL DAN MATA FIKIRMU
KERANA DENYUT NADI DAN KERINGAT BUDIMU
TELAH MEWARISKAN NAFAS PERJUANGAN
MELAKAR KEYAKINAN AKAN KETENTUAN NAFAS WIRA KEDAULATAN
MELUKIS TIANG KEMODENAN KAMI
BUAT KAMI MARGA TENTERA DARAT
BERDIRI TEGUH DI ATAS ALANG SETIA
MEMELIHARA RUMAH SUSILA PERTIWI
SELAMAT BERSARA TAN SRI.

KAHWIN CAMPUR, MAHAR KAHWIN 50 BIDALAN

(Telah dideklamasikan dalam acara bantahan gabungan Utusan Malaysia dan NST di Laman PENA)

JIKA HATI SUDAH BULAT TEKAD PEKAT
MAT MELAYU NAK KAHWIN MEM STRAIT
YANG POTONGANNYA LEBIH MENARIK
RAMBUT BLONDE, BETIS GEBU, MATA BIRU LAUT
KHABARNYA
KAD UNDANGAN BERBUNGA TULIP DAH DIEDAR
DEWAN DAH TEMPAH, MENU DAH PILIH
BOS PUN TAK KATA APA
TANDA SETUJU ANGGUK SAJA

APA LAGI YANG MAHU DIKATAKAN
SEMUA ORANG DAH MENYEBUT
DARI GADIS TENGAH MANDI HINGGA KE PAK MENTERI
SEMUA TERMANGU BAGAIKAN PIPIT TERKEJUT GARUDA
AKAN HILANGKAH PESAKA BANGSA?
AKAN LENYAPKAH MARUAH KITA?
PAK MENTERI KATA, DAYUSLAH KITA – JIKA TERIMA,
SIA-SIALAH PERJUANGAN BANGSA – JIKA ANGGUK KEPALA
SECALIT KUDISPUN TAK BERBEKAS
INIKAN PULA IKAN BILIS MACAM KITA
DI JEMPUT KE KENDURI BELUM TENTU

APA LAGI YANG MAHU DIKATAKAN
KALAU SANGGUP MENGGADAI SEGALA
GARA-GARA MENYAHUT SAHUTAN KANTUNG
WAJARKAH HUBUNGAN INI DITERUSKAN JUA
KALAU AKHIRNYA KITA TAK TINGGAL APA-APA

APA LAGI YANG MAHU DI KATAKAN
SUARA KITA BAGAI MENCURAH AIR DI DAUN KELADI
SUARA KITA BAGAI ANJING MENYALAK BUKIT
BUKIT TAK HAIRAN, POHON TAK INGIN NAK GOYANG
IDEA KITA MACAM MELUKUT DI TEPI GANTANG
MELUKUT ADA JUGA GANTANGNYA,
KITA ADA APA LAGI,

RAMAI LAGI GADIS MELAYU
KENAPA PILIH MEM STRAIT
TAK KAHWIN PUN TAK APA
SEBABNYA
MELAYU SANGGUP MATI ANAK DARI MATI ADAT
MELAYU SANGGUP DI PIJAK PERUT TAPI JANGAN PEGANG KEPALA
MELAYU SANGGUP TAK PAKAI BAJU TAPI SAMPING, TELUK BELANGA, TENGKOLOK JANGAN TOLAK TEPI
MELAYU SANGGUP JUAL TANAH PUSAKA, ASAL ANAK DAPAT MASUK UNIVERSITI
MELAYU SANGGUP JUAL GELANG, JUAL SUBANG,
ASAL DAPAT TUBUH UTUSAN

APA LAGI YANG MAHU DIKATAKAN
SETELAH PUAS DITELEK DAN DI TELAH
ENTAH SERASI ENTAHKAN TIDAK
ENTAH SEPAKAT ENTAHKAN BERKERAT
ENTAHKAN SAMA SILA PENCAKNYA
ENTAHKAN SAMA LENGGOK TARINYA
DILUAH MATI EMAK, DITELAN MATI BAPAK

JIKA BENARLAH BAGAI DIKATA
WAJARKAH KITA BERDIAM DIRI MEMBISU KELU?
PERLUKAH MAT MELAYU MEM STRAIT BERSATU?
ATAU KITA SEMUA MENJADI SETERU?
TEPUK DADA TANYA SELERA

JANGAN PULA DAH TERANTUK BARU TERGADAH
MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI
TERGADAI BOLEH JUGA DI TEBUS
TERJUAL? MACAM MANA?
DAPATKAH DICARI GALANG GANTINYA?

31 JULAI: HARI PAHLAWAN

SEBENARNYA, 31 JULAI, HARI PAHLAWAN
BUKAN SEKADAR SUATU TARIKH
BUKAN SEKADAR SUATU PERISTIWA
MALAH JAUH LEBIH BESAR DAN AGUNG DARI ITU
ADALAH PERMULAAN LANGKAH SEGEROMBOLAN WIRA
DIMULAKAN PENUH DINAMIKA
SEDINAMIKA USIA DAERAH PERJUANGAN
DULU, KINI DAN SELAMA-LAMANYA

RAMAI YANG SEKADAR TERINGAT TARIKH KERAMAT ITU
DAN PERJUANGAN PARA PAHLAWAN YANG TELAH DI PAHAT
TETAPI BARANG DIINGAT
RENTETAN PERJUANGAN SEBELUMNYA BUKAN SEKADAR SEJARAH
TETAPI SARAT DENGAN KEPERKASAAN DAN PENGORBANAN
BARISAN PEJUANG DI SEBELAH SINI
BERTEMPIK ‘GEMPUR’ MELAWAN SEGALA ANCAMAN
ADALAH SATU SEJARAH PERJUANGAN
YANG SARAT DENGAN AIRMATA, DARAH DAN NYAWA

KALIMAT MERDEKA YANG DI LAUNGKAN SABAN TAHUN
BUKAN TERCIPTA DEK PERCIKAN BUNGA API
UDARA SEGAR YANG DIHIRUP
KEHIJAUAN KEBEBASAN SAYUP MEMANDANG
BUKAN TERCETUS DENGAN MIMPI

KETAHUILAH
CAKERAWALA YANG BERNAMA MALAYSIA INI
JALUR GEMILANG YANG BERKIBAR MEGAH
TELAH DITEGAKKAN DENGAN AIRMATA PARA BALU
TELAH DISENDIKAN DENGAN KERINDUAN ANAK-ANAK PIATU
TELAH DIBAJAI DENGAN DARAH DAN NYAWA BARISAN PAHLAWAN
PERJUANGAN DEMI PERJUANGAN
TELAH DITEBARKAN BERABAD LAMA
DARI GENERASI KE SATU GENERASI

JANGAN SEKALI-KALI KAU TOLEH HIDUMU
DARI MENCIUM KEWANGIAN JENAZAH TOK JANGGUT
TERJERUT PENUH HINA TIDAK TERBELA
JANGAN SEKALI-KALI KAU TINTA
MAT KILAU, TOK GAJAH, ROSLI DHOBI ADALAH PENDERHAKA
KERANA DENGAN NYAWANYA KITA TELAH MENEBUS
SEGENGGAM TANAH MERDEKA
JANGAN SEKALI-KALI KAU TERISTA DAN LEMAH
DEK 13 PAHLAWAN YANG BOLOS PELURU
KETIKA MENGHADAP TUHANNYA DI BUMI KALABAKAN
DEMI SEJALUR GARIS SEMPADAN

GENERASIKU,
TATKALA KAU MENGUKIR BAHAGIA DI TANAH BERTUAH INI
INGATLAH! KESUBURAN IBU PERTIWI
TELAH DISIRAMI PERJUANGAN TIDAK BERTEPI
CONGO, SOMALIA, BOSNIA, SELAMAT SAWADI, KONFRONTASI
MERUJUK ZAHIR DAN BATINI PERJUANGAN PAHLAWAN
YANG INSAF AKAN KEADAANNYA
YANG TIDAK INGIN DI JAJAH
YANG TIDAK INGIN MENJADI HAMBA KEPADA SESIAPA
MELAINKAN HANYA KEPADA TUHANNYA
KERANA ITU BENTENG SETIA MEREKA TIDAK PECAH

KEHIJAUAN, KEMAKMURAN, DAN MARUAH HARI INI
TELAH DIKEJAPKAN, DIKUKUHKAN
DENGAN KEBIJAKSANAAN PARA PEMIMPIN
DENGAN AKAL DAN MATA HATI
MEREKA BERSILAT KATA BERTIKAM LIDAH DENGAN PENJAJAH
UNTUK MENCIPTA BAHAGIA SEBUAH DAERAH KEHIDUPAN
YANG BERNAMA MALAYSIA
MALAYSIA
MALAYSIA
MALAYSIA

KUALA LUMPUR
JUN 2006

AIDILFITRI 2001: DIARI AYAH DI DINDING RUMAH TUA

RUMAH TINGGALAN IBU MASIH BEGITU DAN DISITU
CUMA ATAPNYA DAH BOCOR DISANA SINI
DINDINGNYA MELAHIRKAN LUBANG CAHAYA KETIKA SENJA MENJELMA
AIRMATA AYAH MENJADIKAN AKU CUKUP TERHARU
KETIKA MENCERITAKAN RUMAH PUSAKA ITU

RUMAH TUA ITU MENCERITAKAN SEJARAH PENGHUNINYA
TABIAT AYAH YANG SUKA MENCATAT PERISTIWA
MENJADIKAN DINDINGNYA SEBAGAI DIARI HIDUP TUANYA
TULISAN AYATUL QURSI YANG DITAMPAL PADA DINDING
KERTASNYA TELAH MERAH DAN CARIK DI BAWAHNYA
SEMASA BARING PADA SUATU PETANG
AKU MENITI DIARI AYAH DI DINDING RUMAH TUA

IBU MENINGGAL PADA 13.3 73
DUIT TANAM SEMULA $ 326.00
ABANG KAHWIN PADA ......, AYAM $250
TOK LANG SAKIT
TABUR BAJA 2 KALI 27.8.92
27.8.93
RAYA PUASA HAJI 2000 – 3 ANAK TAK BALIK
RAYA PUASA 2001 – SEMUA BALIK

RUMAH TUA INI TRADISINYA TELAH BERUBAH
TAPI AYAH MASIH MANDI AIR PERIGI
MAKAN NASI TANAK DAPUR KAYU
KATANYA WANGI DAN SEDAP.




KARYA:
MEJ MOHD RADZI ABD HAMID
Sik, Kedah
Raya Puasa 2000

ALAM REALITI

TAN SRI, DATO’ SRI, DATO, PANGLIMA, TUAN DAN PUAN
MOHON IZIN MEMBUKA PINTU RUMAH REALITI KITA
DAN MOHON IZIN JUGA BARANG SEKEJAP MENJENGUK KE DALAM
MUNGKIN RUMAH REALITI INI TELAH AGAK LAMA KITA LUPAKAN
ATAUPUN KITA BUAT TAK ENDAH SAHAJA
MESKIPUN KADANG KALA KITA MENYEDARINYA

DIMATA - KITA LANCAR BUKU ITU DAN BUKU INI
REALITINYA – ADA ANGGOTA YANG BERTUNGKUS LUMUS MENULISNYA
TAPI REALITINYA NAMANYA TAK PUN DISEBUT BAHKAN INGIN DILUPAKAN
REALITINYA – ORANG LAIN TULIS, ORANG LAIN DAPAT NAMA
REALITINYA MENJADI LEBIH TERSEKSA KERANA ADA YANG MENGELUARKAN WANG SAKU SENDIRI TAPI TAK DIHARGAI.

DIMATA – KITA BERCAKAP PASAL ‘TENTERA IT’
NAK PROGRAM ITU, NAK P4 INI DAN SEGALA MACAM
NAK DENGAR PUN TAKUT
REALITINYA – ADA BANYAK LAGI MESIN TAIP YANG MASIH BERKETUK
REALITINYA – KOMPUTER PUN BELI SENDIRI
REALITINYA – KOMPUTER MEMANG BANYAK DAN TERKINI DI KEMENTAH INI
REALITINYA – PASUKAN MENERIMA KOMPUTER YANG TERPAKAI

DI MATA- TUKAR BAJU ITU WARNA INI
KONONNYA LEBIH TAMPIL DAN SASA
REALITINYA – ADA PTT YANG BERSARA TAPI MESS KIT HANYA ADA DALAM KEPALA
REALITINYA – NAK PERGI OPERASI ‘HAMMOCK’ DAN POCHO PUN TARAK
REALITINYA – KASUT CUMA SEPASANG, ITULAH PAKAI PERGI OPERASI, ITULAH PAKAI PERGI LATIHAN.
REALITINYA – PAKAIAN ISTIADAT YANG SEDIA ADA PUN TAK BOLEH NAK BAGI
MAIN TUKAR SANA, TUKAR SINI

DI MATA – NAK BELI ITU DAN INI
REALITI – LAND ROVER SAKIT MASIH KAMI GUNA KESANA KE SINI
REALITINYA – KERETA DEPA YANG LAWA DAN BERKILAT
REALITINYA – BILA NAK PERGI MESYUARAT, KITA TERKULAT-KULAT CARI KERETA
TUP TAP TUP TAP PAKAI KERETA SENDIRI
MINYAK, TOL BAYARLAHHH SENDIRI

DI MATA – HEBAT DAN BERGAYA
REALITI – OPERASI PANTAI TIDUR RUMAH PAPAN BURUK
TUNGGU MASA RIBUT, SEGALANYA BASAH KUYUP

AZNAN: PERGIMU DIGALANG GANTI 75 NYAWA

(KHAS BUAT SEMUA PERAJURIT YANG TERLIBAT DALAM PERTEMPURAN BAKARA MARKET)

SUNGGUHPUN DARAH MU
TIDAK DISIMBAH DALAM BLACK HAWK DOWN
BUKANLAH MAKNANYA KAU TIDAK BERJASA
BIARPUN ADA DARAH YANG TERSIMBAH
DAN NYAWA YANG TIDAK TERTEBUS
KERANA MENYELAMATKAN MARUAH ORANG LAIN
CUKUPLAH BUKTI KITA ADALAH PERAJURIT TERBILANG
KERANA SEJARAH TELAH DENGAN TERTIB
MENCATATKAN RENTETANNYA.

BIARLAH MEREKA MENCERITAKAN APA SAJA
SESUKA HATI SEBEBASNYA
TETAPI IA TIDAK BISA MEMADAM SEJARAH
DAN MENGERINGKAN AIRMATA
BALU DAN ANAK KECIL YANG BELUM MENGENAL DUNIA
DAN PERAJURIT MEREKA YANG DI GANTI NYAWAMU

BIARLAH MEREKA ATAU SESIAPA SAHAJA
HELANG, SELADANG, SINGA, NAGA
MENGAUM DAN MENJERIT SELEWANYA
AZNAN, BERSEMADILAH KAU DENGAN AMAN
WALAUPUN PERJUANGANMU DIPERKECILKAN
BUKANLAH BERMAKNA PERGI MU SIA-SIA
TETAPI PERGIMU DIGALANG GANTI DENGAN 75 NYAWA

BERSEMADILAH ENGKAU DENGAN AMAN
KERANA GENERASIMU
AKAN DIHIDANGKAN DENGAN SEJARAH HAKIKI
DAN PERGIMU SEBAGAI PAHLAWAN SEJATI.



KARYA:

MEJ MOHD RADZI BIN ABD HAMID
TUGU RAMD, PORT DICKSON
MAC 2001

BAKARA MARKET I

MALANG TIDAK PERNAH DIUNDANG
MAUT DATANG TIDAK BERTEMPAT
BALA JUA TIDAK DITEMPAH
TETAPI SEMANGAT BERKOBAR BAGAI DIBAKAR SIANG

KETIKA DOA DIGALANG
SERIBU AWAS BERLARI DIMATA
MELANGKAH DENGAN SUMPAH KESATRIA
DENGAN HANYA BERBEKALKAN AMANAT
KEJAP TEKAD TERTANAM
MARINE US MESTI DISELAMAT
KELAM MALAM DAN KELIRU MEDAN MENGGIGIT SEMANGAT
DENGUNG LETUPAN DAN PERCIKAN CAHAYA API DIBALIK GUNUNG
MENGGERTAK TEKAD

DENTUMAN PERTAMA MELATAH GERAM PEJUANG
AZNAN YANG PECAH DADA – TIDAK TERBAYANG SENGSARANYA
HARAPANNYA PECAH MENGGILA
SEPERTI NAGA KEHILANGAN GELIGA
PAHLAWAN 19, MENERUSKAN PENCAK
MENEBUS DARAH DAN NYAWA

PASTINYA, AZNAN PERGI SELAMA-LAMANYA
DAN MENINGGAGLKAN:
PERJUANGAN UNTUK DITERUSKAN
NYAWANYA SEBAGAI AZIMAT
BALU UNTUK MENJAGA ZURIAT
ANAK KECILNYA PENYAMBUNG IKRAR KESATERIA
MARINE US YANG TERSELAMAT
KEMBALI KEPADA KELUARGA MEREKA
DAN MENCERITAKAN KEPERWIRAANNYA




KARYA:

MEJ MOHD RADZI ABD HAMID
MARKAS TENTERA DARAT.

BAKARA MARKET II

SEJARAH CUBA DIPESONGKAN
LANGSUNG JAUH DARI LANDASAN KEBENARAN
HINGGA ADA WIRA YANG GUGUR
TIDAK DIKENANG NYAWANYA
MUNGKIN ADA SEDIKIT SIMPATI
DITUNJUKNYA WIRA SEBAGAI ‘DREBAR’
CUMA SIMPATINYA
MENAMBAH LAGI DUKA SEJARAH
MENYAYAT JIWA BALU DAN GENERASI YANG DITINGGALKAN

SEJARAH YANG SEMAKIN DIPESONGKAN
SEMAKIN TINGGI NILAINYA
MAMPU MENEMPELAK NAGA DAN SINGA
TANPA NYEDAR – SEMANGAT KITA SEMAKIN KUAT

WIRA-WIRA MEREKA YANG MENANG
DALAM BLACK HAWK DOWN
SEBENARNYA TEWAS DIMEDAN JUANG
SUDAH WAJIB SEJARAH MENCATATNYA

BIARLAH SEJARAH YANG SAMA BERULANG
DAN KITA BIARKAN SEJARAH YANG SAMA BERLAKU
TETAPI BERLAKU DISEBALIKNYA
BERLAKU SEPERTI YANG DIKEHENDAKINYA
DALAM BLACK HAWK DOWN

AYUH PAHLAWAN WATAN BANGSA
JANGAN LEKA DENGAN DONGENGAN MEREKA
MELAYAN PERKARA YANG TIDAK
BOLEH MENEBUS MARUAH
DAN MEMBAYAR HUTANG NYAWA

BICARA KELASI BAHTERA MERDEKA

(Telah dideklamasikan semasa perasmian laman santai Shah Alam)

NAKHODA: “ HOI! ANAK-ANAK KAPAL, NAIKKAN SAUH, KEMBANGKAN LAYAR”.
KELASI:”TUAN NAKHODA! SAUH TELAH DINAIKKAN, LAYAR TELAH TERKEMBANG”
NAKHODA: “KITA BELAYAR SEKARANG”.

INILAH BAHTERA YANG BERNAMA MALAYSIA
YANG AKAN KITA LAYARKAN
DI SAUJANA SAMUDERA MERENTAS KILAS GELOMBANG
DAN EKOR TENGKUJUH DARI HUJUNG NERAKA.

MARILAH KITA MENGIBLAT ARAH PELAYARAN
MEMUTAR KEMUDI DENGAN SELAYAR DOA
MENEROKA ARAH BINTANG DENGAN CENDEKIA
MENJAHIT LAYAR DENGAN CEMETI
PADA TIANG YANG TERBINA DARI SERPIHAN BAHTERA NABI NOH A.S
KERANA GELOMBANG, KELIKIR, TENGKUJUH
DAN LAUTAN MENYIMPAN SEJUTA DENDAM.

KELASI 1: “NAKHODA! CAKAR TAUFAN DAN TARING TENGKUJUH SEDANG MENYUSUR AKAR”.

NAKHODA: “JURUMUDI! KEKALKAN KUASA ENJIN 1957 KELAJUAN,
ARAH PERJALANAN BERING 2020 MILS”

KITA RAWATI BISA CAKAR DAN TARING DENGAN MENTERA
KITA USAP KILAS GELOMBANG DENGAN MUAFAKAT
KITA BELAI AMARAH TAUFAN DENGAN DIPLOMASI
KITA RENTASI DUNIA LAUT DENGAN DOA
TERUSKAN PELAYARAN”.

TIDAK KIRA SIAPAPUN NAKHODANYA, TUNKU ABD. RAHMAN, TUN ABD. RAZAK,
TUN HUSSEIN ONN, TUN DR MAHATHIR DAN DATO’ SERI ABDULLAH
YANG BIJAK BERPENCAK DENGAN KILAS GELORA
DAN TIPU MUSLIHAT AWAN
PASTINYA BAHTERA MERDEKA INI TETAP PERLU DISIAPKAN
DAN KITA PERLU MENEBARKAN SEBIDANG LAYAR PERKASA
AGAR TENGKUJUH DARI HUJUNG NERAKA
YANG MENCAKAR DADA SEMANGAT
HANYA BISA MEMABUKKAN KELASI DAN MENCARIKAN LAYAR
DAN BAHTERA KITA TERUS BERLAYAR KE PINTU SYURGA.





TUNKU ABD. RAHMAN, TELAH MEMAHATKAN BAHTERA MERDEKA INI
ABDUL RAZAK, MENGEMUDIKANNYA JAUH MENINGGALKAN PELABUHAN
HUSSEIN ONN, MEMPERKUKUHKAN LAYAR
MAHATHIR, MENJANA KIBLAT BAHTERA MERDEKA
ABDULLAH, MENGILTIZAMKAN SELURUH WARGANYA
DAN KITA KELASINYA MENGIKAT NYAWA DI KEMUDI
MENGIKAT HARAPAN DI SETIAP PELABUHAN, TELUK DAN PULAU
BIAR! BIARKAN BUIH-BUIH PENJAJAHAN BERBAUR DI BELAKANG BURITAN
BIAR! BIARKAN IA TERAWANG DI HUJUNG NGILAI SANG PARI-PARI
BIAR! BIARKAN PARUT PENJAJAHAN TENGGELAM KE PANGKAL KARANG
MENJADI BATU TANDA SEMPADAN TANAH BERTUAH.

KINI KITALAH KELASI YANG AKAN MENGEMUDI BAHTERA MERDEKA
BERANIKAH KITA BERMAIN GELOMBANG DAN GELORA?
KUKUHKAH ILTIZAM KITA?
JIKA HANYUT DI LAUTAN
KERANA LAUT DI HADAPAN, TIDAK MEMATERIKAN PERJANJIAN
KERANA KITA HANYA MEMPUNYAI HARAPAN SEBAGAI TEMAN
KERANA KITA HANYA MEMILIKI SEMANGAT SEBAGAI KEMUDI
MILIK KITA HANYALAH SEBUAH BAHTERA TETAPI IMPIAN KITA SELAUTAN.

KELAK, DENGAN HARAPAN YANG TIDAK BERTEPI
KITA LABUHKAN BAHTERA MERDEKA
DI JETI HUJUNG TANJUNG JAUH DI TEPIAN PULAU
DIPISAHKAN OLEH OMBAK DOA CAMAR
DAN NYANYIAN NELAYAN PULANG
KENANGAN DAN DOA AKAN KITA IRING KEPADA SELURUH NAKHODANYA
DAN BAHTERA YANG MERDEKA INI SERING MENGINGATKAN KITA

TERIMA KASIH TUNKU ABD. RAHMAN
TERIMA KASIH TUN ABDUL RAZAK
TERIMA KASIH TUN HUSSEIN ONN
TERIMA KASIH TUN MAHATHIR
TERIMA KASIH DATO’ SERI ABDULLAH
TERIMA KASIH KEPADA KITA KELASI BAHTERA MERDEKA.


NUKILAN : LT. KOL MOHD RADZI ABD. HAMID
INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA
BUKIT KIARA

BUMI BERTUAH, MERDEKA DAN KITA

(Telah dibaca dan disiarkan oleh RTM)

MALAYSIAKU
MERDEKA BUKANNYA PERCIKAN BUNGA API
YANG BERSERAK DI DADA LANGIT
YANG SIRNANYA MENJADI GEGAK DEK SORAK
MERDEKA BUKANNYA SETAKAT PEKIKAN ‘MERDEKA’
YANG DILAUNGKAN KETIKAN JAM BERDETIK DI KEPALA
KEMUDIAN KITA BERDANSA BERPESTA PENUH ALPA

MALAYSIAKU
MERDEKA ADALAH BUMI BERTUAH
YANG DIANUGERAHKAN TUHAN KEPADA KITA
UNTUK DIBAJA DIJAGA SEBIJAKNYA
MERDEKA KITA TELAH DIDIRIKAN DENGAN NYAWA PARA PERWIRA
MERDEKA KITA TELAH DIBANGUNKAN DENGAN DARAH DAN KERINGAT
PARA PEMIMPIN YANG BIJAKSANA

MERDEKA INI ADALAH SEBUAH KEBEBASAN YANG DIWARISKAN PENUH RAHSIA
RAHSIA DALAM SEJUTA RAHSIA YANG MINTA DIBONGKAR
MERDEKA ADALAH KITA DAN GENERASI YANG AKAN DATANG
YANG MENDUKUNG WAWASAN NEGARA
YANG HARUS MENJADI GLOKAL
UNTUK MENGISI KEMERDEKAAN YANG DIWARISKAN

MALAYSIAKU
KEMERDEKAAN HARI INI ADALAH CERITA KITA
YANG PERCAYA KEPADA TUHAN
YANG MENGHIRUP UDARA SEGAR
YANG MENGISI SAHSIAH PERIBADI
YANG MENINTA BAHAGIA DAN KEAMANAN
MERDEKA ADALAH KITA YANG SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA
BERDIRI TEGAP BERSAMA BARISAN PERJUANG
MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN DARI ANASIR DURJANA
MERDEKA ADALAH KITA YANG MENGIKAT KELUHURAN PERLEMBAGAAN DI DADANYA
ADALAH KITA YANG MENGHORMATI KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
MERDEKA ADALAH KITA, BANGSA MALAYSIA YANG MENUNJANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
UNTUK MENJADI GEMILANG, CEMERLANG DAN TERBILANG

MALAYSIAKU
LAUNGKANLAH MERDEKA DENGAN PENUH RASA RENDAH DIRI,
BERSYUKUR KEPADA TUHAN
DAN MELANGKAH GAGAH KE MERCU JAYA


KARYA:
LT KOL MOHD RADZI ABD HAMID
TENTERA DARAT MALAYSIA
22 Jul 05

BUMI BERTUAH LAGI BERDAULAT

MELAKA ADALAH SEGEMPAL TANAH MULA
LIMA PENDEKAR BERSAUDARA
SEORANG BENDAHARA BIJAKSANA
TANAH AMAN DAMAI
SEBUAH NEGARA SEBUAH BANGSA

1511 ADALAH TANGGALNYA
TANAH BERTUAH DIINTAI MATA DURJANA
PORTUGIS, BELANDA, SIAM DAN BRITISH
RAMAI YANG SEDAR AKAN MAHSUL BUMI BERDAULAT
INGIN DIJAJAH INGIN DIPERINTAH

UNION JACK DIKEMBALIKAN KEPADA YANG EMPUNYA
BUMI BERTUAH MENJADI MILIK KITA
KITA JAGA KITA BAJA DAN KITA BINA
1941 JEPUN MELUASKAN SAYAPNYA
WATAN BANGSA BANGKIT MEMBELA
DARI KUALA PAK AMAT HINGGA KE BUKIT CANDU
ADNAN DITIKAM MELEPAS DENDAM
DARAH MELIMPAH HINGGA KE KUALA

SEBENARNYA, BUMI BERTUAH TIDAK PERNAH AMAN
KONFRONTASI MENGOCAK KESABARAN
SIANG MENJADI KAWAN MALAM MENJADI LAWAN
WIRA-WIRA BANGUN MENENTANG
DEMI SEKEPING TANAH BERTUAH
KITA HADAPI CABARAN DENGAN TENANG DAN IMAN

KOMUNIS DI BELANTARA MEMULAKAN SENGKETA
MEMBAKAR KETENANGAN MEMUSNAHKAN KEAMANAN
KITA BANGKIT MENGHUNUS KERIS
WARISAN SEMANGAT MAT KILAU
KITA GALAU KITA TENTANG
WALAU RAMAI YANG TERKORBAN
WALAU RAMAI TAK MENEMUI JALAN PULANG
KITA PERWIRA NEGARA SARAT SEMANGAT
MENYERBU KOMUNIS DURJANA
TAKKAN KITA BIARKAN TANAH WATAN BERGELORA
BIAR PENUH DARAH DI SUNGAI HAYAT
TANAH IBUNDA TETAP DI JAGA




KINI, WATAN TELAH MERDEKA
JANGAN KITA RACUNI SETIA
DEK TIPU HELAH SANG DURJANA
DEK KEMILAU PERMATA
TANAH BERTUAH INI
ADALAH WARISAN PUSAKA
YANG DI ATASNYA TERTERA
“BIAR PUTIH TULANG, JANGAN PUTIH MATA”
KERANA KITA ADALAH TERAS KEDAULATAN
MAJU MEREALISASIKAN WAWASAN BUMI BERTUAH
KERANA DI PUNDAK KITA
ADA HARAPAN, ADA MISI, ADA GAGASAN
DAN DI HADAPAN BERSERAK RANJAU
TAJAM BERBISA

AYUH KITA BERSATU
AYUH KITA BERPADU
AYUH KITA MAJU



HASIL NUKILAN:

LT KOL MOHD RADZI ABD HAMID
PARK AVENUE
SEREMBAN 2

26 JUL 2007

BUMI YANG “MARAH”, TUHAN YANG “DIAM” – MENGAPA PULAU NIAS?

(Telah dibaca semasa acara mengingat mangsa Tsunami)

KETIKA LAUT MELAMPIASKAN AMARAHNYA
KETIKA TUHA ZANGAROFA NYENYAK TIDUR
BERKURUN LAMANYA
POYANG MOYANG DI BUMI NIAS
TELAH MELAUNGKAN
“BIHA TUHA! BIHA TUHA!”
“BIHA TUHA! BIHA TUHA!”
BIASANYA DENGAN LAUNGAN ITU
GONCANGAN BUMI AKAN TERHENTI
KERANA TUHA ZANGAROFA TELAH TERJAGA DARI TIDUR
MAKA DI KEPUNGNYA SUNGAI DITAMPARNYA AMARAH LAUT

KETIKA LAUT MEMIJAK-MIJAK SERAMBI MEKAH ACHEH
JARI KAKI PULAU NIAS TURUT SAKIT
MAKA BUMI NIAS BERGEMA LAGI
DENGAN LAUNGAN
“BIHA TUHA! BIHA TUHA!” “BIHA TUHA! BIHA TUHA!”
TAPI KALI INI “TUHA ZANGAROFA! JUGA DISERU
BUMI NIAS MARAH KEPADA TUHA ZANGAROFA
KERANA GAGAL MENJAGA LAUT DAN SUNGAI
MAKA BANGSA NIAS JATUH DI PESISIR PANTAI
MEGGELITIK SEPERTI IKAN DI HUJUNG NYAWA

KATA MEREKA
“CUKUPLAH, HAI TUHA ZANGAROFA, REDAKANLAH AMARAHMU”.
KERANA IA TIDAK CUKUP UNTUK MENGOBAT AMARAH SANG BUMI
LEMPENGAN-LEMPENGAN TEKTONIK KAPAN SAJA IA MAU
MENGULANG AMARAHNYA MENJADI LEMPANGAN-LEMPANGAN
TANPA PERINGATAN KEPADA KITA PENGHUNI KULITNYA
PAKAR ISMOLOGI, PAKAR KAJI BUMI, PAKAR KAJI CUACA
DAN BANYAK PAKAR-PAKAR
HANYA BISA MENGAGAK KAPAN LEMPENGAN-LEMPENGAN TEKTONIK
PEMBAWA MAUT
BERGESER, SALING MENUBRUK
HINGGA MEMBAWA KEPANIKAN YANG TIDAK PERLU

KATA MEREKA
KETIKA BUMI SEDANG MELAMPIASKAN AMARAH
MENGAPA TUHAN SEAKAN DIAM TIDAK BERDAYA
TIDAKKAH TUHAN MENDENGAR
JERIT TANGIS PUTUS ASA PARA KORBAN DAN KELUARGA
MENGAPA DOMBA-DOMBA DAN KAMBING-KAMBING
DI BIARKAN TURUT MUSNAH
MENGAPA TUHAN TIDAK MEMASANG DINDING PEMISAH
ANTARA ORANG JAHAT DAN ORANG TIDAK BERDOSA?
MENGAPA TUHAN SEAKAN-AKAN BERSEKONGKOL
DENGAN LEMPENGAN-LEMPENGAN TEKTONIK
UNTUK MEMUSNAHKAN PULUHAN NYAWA
MAKHLUK HIDUP LAIN DAN HARTA BENDA
YANG KESEMUNYA ADALAH CIPTAAN-NYA.

KATA MEREKA
SEHARI SEBELUM GEMPA DAHSYAT MENGGONCANG BUMI
“MALAIKAT TELAH DATANG MEMBAWA KHABAR GEMBIRA
“HARI INI TELAH LAHIR BAGIMU JURU SELAMAT DUNIA”
MELALUI AYAT-AYAT YANG DIBACAKAN DI GEREJA

KATA MEREKA
SEHARI SESUDAHNYA, ISAP TANGIS, RATAPAN YANG TIADA TARA
DI BUMI YANG DISINGGAHI GEMPA DAN TSUNAMI
MENGAPA TUHAN TIDAK MEMERINTAHKAN
LEMPENGAN-LEMPENGAN TEKTONIK ITU BERHENTI BEBERAPA WAKTU
KATAKANLAH, MENUNGGU SAMPAI ORANG-ORANG
DARI BERBAGAI BANGSA MENYUDAHI DULU LIBURANNYA
DI PESISIRAN PANTAI THAILAND, SRI LANKA ATAU INDIA
ATAU MENUNGGU DULU PARA NELAYAN PULANG DARI MEMANCING IKAN
ATAU MENUNGGU ANAK-ANAK TIDAK BERDOSA BERHENTI BERMAIN DI PANTAI
ATAU APAKAH TUHAN TIDAK MEMPUNYAI “REMOTE CONTROL”
ATAS ALAM CIPTAANNYA
ATAU APAKAH TUHAN JUGA IKUT PUTUS ASA
DENGAN TINGKAH LAKU MANUSIA PENGHUNI BUMI

LALU MEREKA BERTANYA
KETIKA BUMI YANG MARAH, KENAPA TUHAN BERDIAM
KENAPA TUHAN BERDIAM
KENAPA? KENAPA? KENAPA? KENAPA?
LALU PADA 29 MAC 2005 TEPAT JAM 12.00
TUHAN PUN MEMBERI JAWAPAN
DENGAN MENGGONCANG SELURUH BUMI NIAS
SELURUH PULAU NIAS, SELURUH BANGSA NIAS,
SELURUH DOA NIAS TENGELAM BERSAMA ALAM
TENGELAM BERSAMA “TUHA ZANGAROFA”
KERANA ALLAH SATU-SATUNYA TUHAN YANG MAHA ESA DAN PERKASA


TATKALA SUBUH YANG DINGIN ITU
LAUNGAN “BIHA TUHA, BIHA TUHA” TIDAK LAGI KEDENGARAN
“TUHAN ZANGAROFA” TIDAK LAGI DISERU DI PESISIR PANTAI
BIHA TUHA MUNGKIN TIDAK LAGI TERUCAP DARI BIBIR MEREKA
SEBAGAI GANTI, DOA SINGKAT MUNGKIN BOLEH MENOLONG
“TOLONG TUHAN, SELAMATKAN KAMI”



LT KOL MOHD RADZI ABD HAMID
30 MAC 05

CERITA CINTAKU KEPADA BANGSA DAN NEGARA

TUAN-TUAN, DENGARLAH
INI CERITA PATRIOTISME
PERJUANGAN SEORANG ANAK WATAN BANGSA
LAHIR NUN JAUH DI KUALA SAYONG
DI SEBUAH BANDAR DIRAJA

DARI DAERAH TERPENCIL DI KUALA KANGSAR
AKU MENGHERET LARANGAN IBU
MELEWATI GELOMBANG PERJUANGAN
CERITANYA, SUNGGUH PANJANG, SUNGGUH BERJURANG

AIR MATA BANGSA DAN REDUP DALAM MATA IBU
MENJADIKAN AKU TIDAK KENAL PUTUS ASA
MENJADIKAN AKU DEWASA DENGAN PERJALANAN YANG BERLIKU
MENJADIKAN AKU TABAH MEMIKUL SENGSARA BANGSA
ITULAH HARGA PENGORBANAN YANG TIDAK TERSELA

KETIKA, BUMI BERTUAH INI
DI GEGAR PENJAJAH, DICAKAR BINTANG TIGA
AKU DAN KAWAN-KAWAN YANG LAIN MELANGKAH DENGAN PENUH DEBAR
MEREDAH BELANTARA, MELEMPAR JAUH KESELESAAN
KAMI TINGGALKAN IBU, AYAH, ISTERI DAN ANAK-ANAK DI KAMPUNG
BAGI MEREKA, ENTAH KEMBALI LAGI ENTAHKAN TIDAK

AKU MASIH INGAT LAGI
TATKALA DESINGAN PELURU BERDESIT DI HUTAN LUNDU
INGATAN KEPADA IBU, ISTERI DAN ANAK-ANAK HILANG ENTAH KE MANA
AKU DAN KAWAN-KAWAN BERTEMPUR DENGAN PERKASA
DARAH MENJADI MAINAN, KORBAN MENJADI CABARAN
ADA RAKAN YANG PULANG BERTONGKAT
KAKINYA DIGADAIKAN DEMI KEAMANAN YANG TUAN-TUAN KECAPI HARI INI
ADA ISTERI YANG MERAUNG BAGAI GEMPITA DAN ANAK-ANAK PENGSAN DI MUKA PINTU KERANA SUAMI DAN AYAH MEREKA TAK KEBALI LAGI
ADA RAKAN YANG TIDAK PULANG-PULANG
NYAWANYA DIPERTARUHKAN DEMI KESELAMATAN KITA

HARI INI, AKU YANG MASIH PUNYA KESEMPURNAAN
MENOKTAHKAN PERJUANGAN DENGAN PENUH SYUKUR KEPADA ALLAH
ALHAMDULILLAH, AKU MASIH PUNYA KUDRAT
AKU MASIH PUNYA TENAGA UNTUK DISUMBANGKAN
DAN AKU MASIH MEMILIKI KELUARGA UNTUK DISAYANG
DAN AKU MASIH PUNYA IBU, UNTUK AKU MEMOHON RESTU


Hasil Karya:
Lt Kol Mohd Radzi bin Abd Hamid

CERITA SEBUAH JAMBATAN YANG BELUM SIAP

JAMBATAN INI BARU SAJA DIBINA
TIDAK ADA ‘PLAN’ YANG BESAR-BESAR
CUMA SEBUAH JAMBATAN KAYU
KUKUH DAN BOLEH DISEBERANGI

TIANG UTAMANYA BELUM TERPACAK
TAPI TELAH DIBAWA KE TEBING
YANG SUNGAINYA MENGALIR DERAS
TIANG SISI TELAH DIPACAK
JENTERANYA BERGERAK SIANG DAN MALAM
KERANA JAMBATAN LAMA TELAH REPUT
DAN LANTAINYA PATAH DI SANA-SINI

JAMBATAN INI ACAPKALI DISEBUT ORANG
KERANA LALUANNYA AMAT PENTING
ADA YANG KATA JAMBATAN INI HANYA ANGAN-ANGAN
KERANA TEBINGNYA TERLALU CURAM DAN JAUH
AIRNYA TERLALU DERAS
JUSTERU ITU, JAMBATAN INI MENIMBULKAN PELBAGAI CERITA
ADA YANG KATA, JAMBATAN INI AKAN TERBINA
KERANA MEREKA INGIN MENYEBERANGI SUNGAI DENGAN SELESA

SUNGUHPUN JAMBATAN INI BELUM TERBINA
TETAPI HASRATNYA CUKUP KUAT

JAMBATAN INI AKHIRNYA RUNTUH
SEBELUM SIAP DIBINA
MUNGKIN KERANA ARUSNYA YANG DERAS
MUNGKIN JUGA KERANA TIANGNYA TIDAK KUKUH
RAMAI YANG BERTEUK TANGAN
KERANA JAMBATAN INI AKAN MEMBELAH SEBIDANG TANAH
DAN SEBUAH RUMAH YANG KOSONG
APAPUN YANG BERLAKU
PASTINYA RAMAI YANG TIDAK SUKA JAMBATAN INI DIBINA.

CERITA RAKYAT SEBUAH NEGARA MERDEKA

CERITA MERDEKA 1

CERITA INI PENUH SENSASI, GEMPAK, MEMERANJATKAN
MELANGGAR SEMPADAN BUDAYA DAN BANGSA
MELANGGAR NALURI INSANIAH DAN AGAMA
KISAH AWANG YANG DICURAH CUKA OLEH ISTERINYA
KETIKA CUKA DI CURAH, ISTERINYA MELAUNGKAN MERDEKA
MAKSUDNYA PADAM MUKA
AWANG MERAUNG TETAPI BUKANNYA ‘MERDEKA’ YANG DILAUNGKAN
TETAPI CELAKA KATANYA
KINI KEDUA-DUANYA BENAR-BENAR TELAH MERDEKA
ISTERI TUA MERDEKA DARI SENGSARA YANG PANJANG – KATANYA
AWANG MERDEKA KERANA BOLEH BERISTERI BARU
ISTERI MUDA JUGA MERDEKA, KINI ABANG AWANG AKU PUNYA

CERITA MERDEKA II

CERITA INI, KISAH LAMA, DAH BASI, MULA-MULA GEMPAK JUGA
KISAH SEGEROMBOLAN BERUK DAN MONYET – BERPULUH, BERATUS, BERIBU
DILEPASKAN LUAS MERDEKA OLEH PENJAGANYA
DI KAWASAN KAMPUNG NUN JAUH DI UTARA
MAKA BERUK DAN MONYET INI JUGA MELAUNGKAN MERDEKA
DARI SANGGAR BESI, DARI MENJAMAH MAKANAN DARI MENU YANG SAMA
DARI MENAGIH SIMPATI PARA PENGUNJUNG
SIAPAKAH YANG MERDEKA SEBENARNYA
BERUK, MONYET, ATAU SI PENJAGA
TETAPI PAK TUA YANG MEMILIKI DUSUN SEKANGKANG KERA
TIDAK MERDEKA KETIKA NEGARA TELAH LAMA MERDEKA
RAMBUTAN, DURIAN, CEMPEDAK, LANGSAT TERPERANGKAP DALAM JAJAHAN BERUK, MONYET DAN SI PENJAGA.

CERITA MERDEKA III

KALI INI CERITA PANAS SEMASA
SIAPAKAH BAPA KEMERDEKAAN NEGARA?
TUNKU ABDUL RAHMAN, IBRAHIM YAAKOB, BURHANUDIN, ONN JAAFAR , CHIN PENG ATAU BAPAKU DI KAMPUNG
YANG DUSUNNYA DI DIAMI OLEH BERUK DAN MONYET
YANG MINDANYA DI GUGAT OLEH PEMIKIRAN JAHAT DAN CELAKA
YANG CUBA BERMAIN DENGAN BARA
YANG CUBA MENIDAKKAN SEJARAH NEGARA
KATA BAPAKU
KETIKA NEGARA BERJUANG MENAGIH KEMERDEKAAN
TUNKU BERADA DI AMERIKA
IBRAHIM YAKOB, BURHANUDIN BERJUANG EEMM KESATUAN MELAYU MUDA
CHIN PENG DAN GENGNYA MEMBAKAR RUMAH NENDAKU
MEMUSNAHKAN KETENTERAMAN ORANG KAMPUNG
AMUKNYA SEPERTI GAJAH GILA
SIAPAKAH BAPA KEMERDEKAAN KITA SEBENARNYA
DIALAH BAPAKU YANG TIDAK MEMUSNAHKAN KETENTERAMAN
DIALAH BAPAKU YANG TIDAK MENJADI GAJAH GILA
DIALAH BAPAKU YANG TIDAK BERADA DI AMERIKA
DIALAH BAPAKU YANG BERNAMA TUNKU ABDUL RAHMAN AL HAJ PUTRA
KENAPA MASIH ADA DI KALANGAN KITA YANG TIDAK MERDEKA JIWANYA, PEMIKIRANNYA, SIKAPNYA – LANGSUNG TIDAK RETI SEJARAH NEGARA SETELAH 48 TAHUN MERDEKA

CERITA MERDEKA IV

INI CERITA PASAL KITA
SAYA, KAU, KAMU, DATO’, DATIN, TAN SRI, PUAN SRI ATAU I DENGAN YOU
DAH BAGITAU ‘JANGAN BUANG SAMPAH MERATA-RATA’
TAPI KITA BUANG JUGA – DALAM LONGKANG, CELAH POKOK BUNGA, TEPI LEBUH RAYA, KAT TOL PUN ADA
TU, TU, TU HAAA BAWAH KERUSI, BUANG JUGA

DAH BAGI TAU ‘BAHASA JIWA BANGSA’
LAILAHAILALLAH, KEJAP-KEJAP ‘I’ LEPAS TU ‘YOU’
I DONT KNOW LAAA APA NAK JADI DENGAN KITA
TAK RETI MELAYU KA

DAH BAGITAHU TUTUP HANDPHONE
TAPI TIDAK TUTUP JUGA
TENGAH MESYUARAT, DALAM MAJLIS – TUP TUP BERBUNYI MACAM-MACAM
JAWAB TALIFON BUAT SELAMBA
HARAP ORANG FAHAM, INI PENTING PUNYA PERKARA

HAAA INI SATU HAL PULAK
DAH SAH, DAH SIAR, DAH UMUM
FILEM NI MENANG, FILEM TU BELUM MASANYA
TAK ADA KALAHKAN SIAPA-SAPA
DIA MASIH TAK NAK TERIMA
MACAM-MACAM KATANYA
DAH KATA, TANYA PULA, KENAPA, PASAL APA
YANG MENANG PULAK DENGAN GAYANYA – JUARALAH KATANYA

KALAU TERUSAN BEGITULAH
MERDEKAKAH KITA SEMUA
MERDEKA? BETUL KA?


NUKILAN:
LT KOL MOHD RADZI ABD HAMID
9 SEP 2005

CINTA OH CINTA

CINTA INI
BERPUTIK ATAS TANGKAI PENGORBANAN
CINTA INI
TERBINA ATAS LANDASAN KASIH SEJATI
CINTA INI
MEKAR ATAS DASAR KEPERCAYAAN HAKIKI
CINTA INI
LAMBANG KEUTUHAN SEJATI
CINTA INI
HAK MILIK KITA YANG ABADI
CINTA INI
ADALAH SEGALA-GALANYA
CINTA INI
ADALAH CINTA.

CINTA SENANDUNG PULAU

LAMBAIAN ANGIN LEMBUT MENGUSAP JIWA
PANTAIMU YANG PUTIH BERSIH
ALUNAN OMBAK NAN BIRU
KOLEK BERALUN MENJADI SAKSI
CINTA SENANDUNG PULAU

JARI-JARI OMBAK YANG MENGGUSAP PANTAI
MEMETERAI KASIH CINTA PANTAI YANG BERSIH
AKU DATANG LAGI KE SENANDUNG PULAU
MENYAPA PANTAI
MELOREK KATA CINTA
DI DADANYA
AKU CINTA PADA MU PANTAI BERSIH

HARI-HARI YANG KULALUI
TELAH KUKARANG SEBUAH PANTUN SENANDUNG PULAU

PANTAI BERSIH, AIRNYA BIRU
KOLEK BERALUN MENJAMAH SUBUH
MENGAPA LAUT MENJADI BISU
KERANA CINTA SENANDUNG PULAU YANG TERUS TEGUH.

WAHAI SENANDUNG PULAU
AKU DATANG BERKOLEK DI LAMBUNG OMBAK
AKAN KU PINTAL KEMBALI
KASIH YANG PERNAH BERTAUT DI SINI
PADA LAUT REMBANG SENJA
KICAUAN CAMAR BERBALAM PULAU
KEKASIHKU TELAH PERGI JAUH
KINI KU IKAT KASIHKU PADAMU
SENANDUNG PULAU
KERANA KAU TETAP SETIA MENANTI
KEHADIRANKU DENGAN HAMPARAN
PANTAIMU YANG BERSIH
MELAMBANGKAN KASIHMU YANG SUCI.


PULAU KAPAS
KUALA TERENGGANU
15 SEPT 2001

RATAPAN BALU SEORANG PEJUANG DI TANGGA AIDILFITRI

DI TANGGA AIDILFITRI
KU GAPAI TAKAH INI DENGAN SUKAR SEKALI
CUMA BERBEKAL KUDRAT DAN TEKAD
KU TERJAH HALANGAN YANG MELANDA

SUAMIKU
SEDASAWARSA YANG LALU
DI TANGGA AIDILFITRI INI AKU MENGHANTARMU DENGAN AIRMATA
HARAPAN YANG KENTAL RUNTUH
BERBEKAL DOA DAN PASRAH
AKU AKUR DENGAN TUNTUTAN TUGASMU
MENGHARUM DUNIA KEPAHLAWANAN
BERKORBAN DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

AKU TERIMA PEMERGIANMU DENGAN AIRMATA SURAM YANG KELAM
WAJARKAH AKU TENGELAM DENGAN SEBAK
SEDANG ZURIAT KITA
MASIH PERLU SUAPAN HARAPAN
HARUSKAH AKU MEMINTA-MINTA
SEDANGKAN MEREKA BAGAI ALPA
BETAPA KERINGATMU PERNAH DIPERAH


SUAMIKU
AIDILFITRI KEMBALI LAGI
NAMUN KALI INI, AIDILFITRI KAMI BERENAM BERTEMANKAN
AIRMATA YANG SURAM DAN KELABU
ENTAH AIDILFITRI SEBAGAIMANA AKAN KAMI HADAPI
AKU MENYAMBUTNYA TANPA SUAMI
ANAK-ANAK MERIAHNYA TERPINGA TANPA AYAH
DI MANAKAH TANGAN YANG HENDAK KAMI CIUM
PADA SIAPA HENDAKKU ADU DOMBAKAN
TENTANG KEKOSONGAN JIWA
TENTANG DERITA HATI
TENTANG BATIN YANG MENGGEGAR DUNIA
TENTANG AIDILFITRI KAMI YANG SONGSANG MERIAHNYA
PADA SIAPA?


KARYA:

MOHD RADZI BIN ABD HAMID
CSM, MINDEF
20 SEP 2002

GENGGAMAN PERKASA

(SEMPENA SAMBUTAN 50 TAHUN KOR ARMOR DIRAJA)

MARI KITA HAMPAR KEMBALI SEJADAH PERJUANGAN 50 TAHUN
YANG DITINTA PADA TANGGAL 1 SEP 1952
DAN JERIT LAMPAU ITU
PASTI KEMBALI MEMASUKI RUMAH KITA
YANG TIDAK PERNAH BERKUNCI
MENGHERET BERSAMANYA
DADA PARUT LUKA SEJUTA
KERINGAT, DARAH DAN AIRMATA
YANG MENYIMBAH UBUN-UBUN BUMI MERDEKA
DAN RIBUAN WIRA GENGGAMAN PERKASA
YANG TELAH MENGORBANKAN KESELESAAN
DEMI SEBUAH NEGARA BERDAULAT

DETIK KERAMAT 23 MAC 63
DENGAN AZIMAT PANJI DIRAJA
DAN SERU ‘BERSATU’ , ‘CARI DAN JAHANAMKAN’
KITA GEMPUR BISA SERIGALA
YANG MENGANCAM DARI HUTAN JANTAN
KITA GEMPUR TERKAMAN SINGA
YANG INGIN MENCAKAR DADA TANAH MELAYU

TANGGAL............KITA HANYIRKAN BUMI ................
WIRA GENGGAMAN PERKASA ,...................,......................,...................
MENGGEMPUR SEGALA BAHAYA
RELA MENGORBANKAN NYAWA DEMI KEAMANAN SEJAGAT
DAN PRIMORDIALNYA MERONTON KENANGAN BANGSA WIRA
INSURGENSI, DARURAT, KONFRONTASI, TANAH MELAYU, CONGO, BOSNIA
ADALAH RENTETAN SEJARAH
YANG TELAH BEGITU TERTIB MENCATATNYA
MENJADI AZIMAT DAN PENCETUS KOBARAN SEMANGAT

HARI INI, KOR ARMOR DIRAJA BERDIRI DENGAN MEGAH
ATAS LANDASAN PERJUANGAN 50 TAHUN
KITA BINA TANAH BERTUAH DENGAN DARAH DAN AIRMATA
KITA TEGAKKAN MARUAH DENGAN TULANG TEMULANG SEGALA WIRA
MARUAH, KEDAULATAN, KESEJAHTERAAN HARUS DIPELIHARA
DIJAGA DENGAN SEJUTA LANGKAH
KERANA HARGANYA BERJUTA JIWA BERJUTA SENGSARA

BERBAUR KENANGAN 50 TAHUN
BUKANLAH PENGHUJUNG PERJUANGAN
KITA SEBENARNYA ADA VISI DAN MISI
AYUH WARGA GENGGAMAN PERKASA
SEMARAKKAN SEMANGAT PERJUANGAN TIDAK BERSEMPADAN
KIBARKAN SEMANGAT MERAH KUNING
KERANA ADA TUGAS BARU MENANTI
IA MESTI DIGEMBELENGKAN
IA MESTI DIISI DENGAN PELAKSANAAN
YANG MEMINTAS DAN MERENTAS ZAMAN
SEMOGA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA DIJAGA TERUS
HANYA YANG CEKAL DAN TABAH MERAIH JAYA






CSM
13 SEP 2002

Hijrah Ular

Susur ular ke seberang jalan
mengejar sebuah impian
menggunung harapan
tiba-tiba, lewat ekurnya dicengkam luka
sengsara ular terkejut dan pecah
semangat hijrah retak berserak
pedih tertanam ke tulang
terlewat ke pangkal jalan
mengherat sengsara ular disepanjang hijrahnya
kerana hijrah ular bukan seperti hijrah rasullullah
ditemani mendung di sepanjang perjalanan



Pengkalan TLDM, Lumut
16 Ogos 2001

MAAFKAN AKU IBU

TIAPKALI SALAM AIDILFITRI MUNCUL
PASTINYA SIIBU TUA MENANTI DENGAN PENUH CERIA
MESKIPUN TINGGAL JAUH DI PERDU BUKIT
NAMUN POHON AZAM YANG DISEMAI PASTI TERTUNAI
SIANAK KESAYANGANNYA KEMBALI MENITI DENAI
SIIBU AKAN MENANTI DENGAN KETUPAT PULUT B
ERCAMPUR KACANG
RENDANG AYAM KAMPUNG
DAN SEPASANG BAJU KURUNG LABUH
YANG DIJAHITNYA

AKU MENJENGUK DAN MENGHITUNG KEDUT RAUT WAJAH IBU
YANG
ITULAH
KERANA IBU AKAN MENANTI



DI HUJUNG PENANTIANNYA
KU LIHAT REDUP MATANYA SAYU
KERINDUAN YANG SEKIAN LAMA TERPINTAL
DAN DIKURUNG KESUNYIAN
PECAH DENGAN DERUAN BUNYI KEPULANGAN – ANAKNYA
DUNIANYA YANG SUNYI RESAP DI BALIK BUKIT
DAN DIRINYA TIBA-TIBA MENJADI MERIAH DISELUBUNGI SENYUM
HINGGA DI KANDANG TIDUR,
PENAT KABUR DI BALIK KEDUT DERITANYA
ITU INI BEGITU DAN BEGINI
PEMBUKA CERITANYA PADA SESEIAPA SAHAJA DI TEMUNYA

IBU TAHU DUNIA SUNYINYA AKAN TETAP KUNJUNG
DAN AKU MOHON MAAF BERIBU
KERANA TINGGALLAH IBU DI DESA
TATKALA SYAWAL DIPENGHUJUNG
MAAFKAN AKU IBU

ISTANA BURUNG PAGI

(Buat semua kaum hawa khusus yang bergelar suri)

Suri ku
istana ini dibina dengan doa dan harapan
tiangnya adalah pengorbanan seorang lelaki
dindingnya yang kukuh dipaku pada tiang
adalah kesyukuran orang tua kita,
bumbungnya yang kerap kali tiris bila hujan
adalah kecurangan hati
yang tidak dapat ditelah
semalu yang tumbuh melata di tanah
di tepian tangga di bawah rumah
di halaman yang sering kita cabut
ketika menikmati angin petang
adalah lambang generasi yang akan kita sinarkan.

Istana burung pagi
adalah sebuah harapan yang sentiasa baru
jendelanya sentiasa terbuka menadah mesra alam
tiang seri yang membina dunia anai-anai
adalah aku insan lelaki yang bernama suami
tangganya yang patah
adalah pelayaran yang telah diredah
riuh ayam bercakaran di bawah pelantar
adalah irama yang sering kita dengan waktu lepas hujan,
adalah cerita kita

Ketika salam ijab kabul disambut
aku jadi gementar antara kejujuran dan tanggungjawab
aku sentiasa mengangankan istana burung pagi
dan dihuni sejuta generasi
cahaya pertama, biarlah sepertiku
sungguhpun kau inginkan belahannya sebagai peneman
cahayaku mengemudi bahtera
cahayamu menjahit jiwa.

Dalam angan ku
Istana burung pagi dipahat atas bukit
di mata ku sawah yang sayup mata memandang,
tat kala petang: kelihatan beburung terbang pulang ke sarang.
Di mata mu air terjun yang dinginnya mengigit sum-sum alam.
Istana burung pagi tidak tiris tiap kali hujan
dan kita tidak perlu mengusung mangkuk kecil ke hulu hilir menadah air hujan
dan kita tidak basah
dan lantainya takkan roboh kerana dibina dengan iman.
Setelah satu dasawarsa berlabuh
Istana ini tirisnya di sana sini
ketika titisan hujan berkunjung
mangkuk kecil bergelinangan air tumpah ke tanah,
tangganya patah tak bisa dirubah
tingkapnya yang mesra kini membisu diri
anjung dihiasi sesawang, lelabah berlari
dindingnya yang robek tak bisa ditampal
di halaman tidak ada semalu yang ada adalah lalang-lalang liar
yang bunganya berkeputihan terbang bila angin datang

Ketika aku cuba menutup lubang-lubang istana kita
mencuci sesawang, memaku tangga
engkau sering tertawa
sebagai insan tuhan, aku juga punya kelemahan
yang tak boleh ku rawat dan tak boleh ku bendung
tika dan saat itu, aku perlukan dirimu

Suri ku suka meminta-minta apa yang tiada
Istana batu yang besar atas bukit
di mata mu bukannya sawah
di mata mu mestilah kota, katamu,
anak-anak tak perlu ramai, kerana boleh memanggang bahagia

Aku sering kedinginan ketika malam sampai
tiada suri, yang ada hanyalah angan-angan
sebuah istana burung pagi
seekor burung yang setia.

Biarpun istana burung pagi
anjungnya sudah roboh
tangganya sudah patah dan jatuh ke bawah
dindingnya terkopek dan terbuka
titisan hujan sering bertamu
tetapi aku masih punya doa dan harapan
untuk kembali membina
sebuah istana burung pagi
di mata ku ada sawah
di mata mu ada air terjun.




Lt Kol Mohd Radzi Abd Hamid
Bn ke 15 RAMD
Kem Senawang

KASIH

KASIH
SABAN WAKTU
TIKA LEMBAYUNG SENJA BERLABUH
INGATAN PADAMU MEMBARA
IGAUAN BERSAMAMU
BERLEGAR-LEGAR DALAM BENAK FIKIR
MELINGKARI DERIA RASA
MERESAPI MINDA CITRA

KASIH
SABAN WAKTU
RANJANG INI SETIA MENANTI
RANJANG INI SETIA MENJADI SAKSI
PADUAN KASIH KITA YANG MURNI
BERSAMA BENIH CINTA YANG TERMETERAI.

KASIH
SABAN WAKTU
KU NANTIKAN HADIRMU
MENDATANGI DIRI
DENGAN KASIH SAYANG MU BERNAFSU
DENGAN BELAIAN MU NAN SHAHDU
SEGALANYA HANYA UNTUK MU

HADIRLAH KASIH
DENGAN NAFSU MU YANG MEMBARA
MEMBAJAI KASIH YANG TERSEDIA
SEMAIKAN BENIH CINTA KITA
DI LUBUK KASIH DENGAN MESRA

SEGALANYA HANYA UNTUK MU, KASIH.





SELANGOR
17 SEPT 2001

KESABARAN DAN SEJUTA DOA

TIKA SINAR MENTARI MENYUSUN JARINYA
AKU TENGGELAM KE DASAR MEMORI
KUCUBA MEMAHAMI SEDALAM-DALAMNYA
ERTI DAN ARAH PERSAHABATAN INI
YANG BARU SEPURNAMA HAYATNYA

TANGISAN, GURAUAN SERTA SENGKETA
ADALAH LUMRAH SEBUAH PERSAHABATAN
NAMUN JAUH DI SUDUT HATI
BERPUTIK DAN BERBUNGA BENIH KASIH
YANG SERING KITA SIRAM DAN BAJAI
AGAR BUNGANYA KEMBANG DAN MEWANGI BAK KASTURI

DUGAAN DEMI DUGAAN TELAH KITA HADAPI
SAYANGNYA HARAPAN YANG MENGGUNUNG
MASIH JAUH BERBALAM
CABARAN AKAN MUNCUL
DAN KITA WAJAR BERTENANG
DENGAN KESABARAN DAN SEJUTA DOA

HANYA HARAPAN DEMI HARAPAN YANG MENIUP
DAN MEMENUHI RUANG PERSAHABATAN INI
BILAKAH IMPIAN DAN HARAPAN DAPAT KITA GAPAI
ANDAI KEEGOAAN MASIH WAJA
DILINGKARI HATI DUA JIWA

YANG PASTNYA PERSAHABATAN INI
MASIH KELIRU MENCARI PUNCAK SEBENAR
DAN HARAPAN MASIH ADA DAN UTUH.




10 DIS 2000

KITA DAN KEAMANAN

KEAMANAN, KEAMANAN
SUATU YANG BERHARGA
TAK TERNILAI, TAK TERNILAI.

KITA BERSAMA MENGHIRUP UDARA KEAMANAN
TELAH TERBINA BERABAD LAMA
PEPOHON HIJAU, UDARA SEGAR
BUKIT BUKAU HARUS DIJAGA
IA DIBINA DARI SEJUTA LANGKAH
TERTINTA JASA MEREKA YANG MEMULAKANNYA
KEAMANAN HARGANYA BERJUTA JIWA
KEAMANAN HARGANYA BERJUTA SENGSARA.

DENGAN KEAMANAN
KITA HIDUP BEBAS
ANAK-ANAK MEMBESAR DENGAN MINDA YANG MEMBINA
SELURUH WARGA HIDUP BAHAGIA
KERANA KEAMANAN
BUKIT SEMAKIN MENGHIJAU
PADANG RUMPUT TERBENTANG LUAS
MENGISI DUNIA KEAMANAN.

KERAKUSAN MANUSIA MERACUN KEAMANAN
HIDUP MUHIBAH JATUH BERKECAI
GENERASI HILANG ARAH HIDUP
KEKALUTAN HIDUP DUNIA MENJADI SEMPIT.

BERKIBARLAH BENDERA KEAMANAN
MEMAYUNGI DUNIA KEAMANAN KITA
DARI KERAKUSAN MANUSIA
DATANGLAH, DATANGLAH GENERASIKU
KERANA DUNIA KEAMANAN
AKAN TERUS DIJAGA, DIPERLIHARA.

KEAMANAN BUKAN MILIK PERIBADI
IA TIDAK DATANG SEPERTI MIMPI
IA ADALAH MILIK SEMUA
WALAU DI MANA KEAMANAN BERDIRI.

DUNGUN
TERENGGANU
15 SEPT 2001

DOA KEAMANAN DALAM GEMA LAUNGAN MERDEKA

DI CELAH GEMA PEKIKAN MERDEKA
KAMI POHON SEBUAH KEAMANAN
DEMI BUMI MALAYSIA YANG TERCINTA
DEMI JASA DAN NYAWA PARA PEJUANG YANG TELAH DISANDARKAN.

DI CELAH GEMA PEKIKAN MERDEKA
DOA KAMI BERSAMA LAUNGANNYA
KURNIAILAH KAMI SEBUAH KEDAMAIAN YANG PANJANG
NESCAYA AKAN KAMI JAGA SEBAIKNYA
AKAN KAMI INDAHKAN RUANGNYA
AKAN KAMI BANGUNKAN KOTA DENGAN JAYA
AGAR BUMI MALAYSIA TERPELIHARA DARI MALAPETAKA.

DI CELAH GEMA PEKIKAN MERDEKA
MARILAH KITA PELIHARA KEAMANAN YANG ADA
KERANA IA ADALAH ANUGERAH TUHAN YANG ESA
USAH KITA ASYIK BERPESTA DAN LEKA
NESCAYA BUMI INDAH INI AKAN GERHANA
JIKA KITA TERUS ALPA.

BUMI MALAYSIA INI PERLU DIJAGA
AGAR GENERASI YANG BAKAL MENATANGNYA
TIDAK HILANG PUNCA
HITAM KATA TINGGAL – TINGGALLAH HITAM
PUTIH KATA TINGGAL – BAHAGIA MENJELMA
MERDEKALAH KITA, NEGARAKU MALAYSIA
DARI KEKALUTAN DAN SENGKETA.


KARYA :
LT KOL MOHD RADZI ABD. HAMID
TENTERA DARAT MALAYSIA

MAAFKAN AKU IBU

TIAP KALI SALAM AIDILFITRI MUNCUL
AKU MENJENGUK DAN MENGHITUNG KEDUT RAUT WAJAH SI IBU TUA
YANG TINGGAL JAUH DI PERDU BUKIT
BERSAMA POHON AZAM YANG DISEMAI
SI IBU MENANTI
DENGAN KETUPAT PULUT BERCAMPUR KACANG
DENGAN RENDANG AYAM KAMPUNG
DAN SEPASANG BAJU KURUNG LABUH
YANG DIJAHITNYA SENDIRI.

DI HUJUNG PENANTIANNYA
KU LIHAT REDUP MATA SI IBU SAYU
KERINDUAN YANG SEKIAN LAMA TERPINTAL
DAN DIKURUNG KESUNYIAN
PECAH DENGAN DERUAN BUNYI KEPULANGAN – ANAKNYA
DUNIANYA YANG SUNYI RESAP DI BALIK BUKIT
DAN DIRINYA TIBA-TIBA MENJADI MERIAH DISELUBUNGI SENYUM TAWA
HINGGA DI KANDANG TIDUR,
PENAT KABUR DI BALIK KEDUT DERITANYA
ITU INI BEGITU DAN BEGINI
PEMBUKA CERITANYA PADA SESIAPA SAHAJA YANG DI TEMUINYA

SI IBU TAHU DUNIA SUNYINYA AKAN TETAP BERKUNJUNG
DAN TINGGALLAH SI IBU DI DESA
TATKALA SYAWAL DI PENGHUJUNG
BERSAMA SEPI SEBAGAI TEMAN ABADI.


KARYA :
MEJAR MOHD RADZI ABD. HAMID
CSM, MINDEF

MATADOR

JIKA MATADOR DILANCARKAN
NESCAYA YAMASHITA DAN SAMURAINYA
TERGADAH DI SINGORA
LT. ADNAN TIDAK DIGANTUNG DI BUKIT CANDU
TIADA CERITA SENGSARA DI CHANGI
TIADA CERITA BURUH KERETAPI YANG DILIBULARA
BRITISH TAK AKAN DIAIBKAN
DAN SEJARAH KITA AKAN BERUBAH
IAITU TENTERA BASIKAL LEBUR DI MALAYA

JIKA KITA TAK MERDEKA PADA 31 OGOS 57
NESCAYA KITA TERUS DIJAJAH
BANGSA MELAYU BERPECAH BELAH
DAN TAK TENTU ARAH TUJU
TIADA RAJA TIADA AGAMA
TIADA BANGSA TIADA BUDAYA
TANAH INI MENJADI HURU HARA
CINA KAN LARI BERLAYAR KE TANAH BESAR
INDIA LARI BALIK KE INDIA
MELAYU HENDAK LARI KE MANA
POKOKNYA TANAH BANGSA
SIAPA PUNYA DAN SIAPA NAK JAGA

JIKA TIADA PEMIMPIN BERKALIBER
MALAYSIA MUNGKIN TAK ADA
MALAYSIA MUNGKIN MASIH BERNAMA MALAYA
MALAYSIA MUNGKIN TAK SEKAYA MANA
TIADA LEBUHRAYA TIADA MENARA
ATAU MALAYSIA MUNGKIN JUGA LEBIH KAYANYA
LEBUHRAYA PERCUMA TIADA MENARA
RAKYAT LEBIH TERPELIHARA
TIADA CERITA DEMONTRASI JALANRAYA

JIKA AKU PEMIMPIN BERKALIBER
AKU BELUM PASTI NAK BUAT APA.

MENTERA SEMARAK KASIH

BERTIUPLAH SEMARAK KASIH
MENYUSURI URAT NADI DIRI
MEMBAWA HANGAT CINTA
MELIPUTI KEUNGGULAN JATI

AKAN KU ASAP KASIH INI
BIAR JULANGNYA MENINGGI MENCECAH LANGIT
AKAN KU ______ CINTA INI
BIAR ___

PEDANGNYA MASIH DI SISI, SILANYA MASIH JAGA

(KHAS BUAT YAB TUN DR SRI MAHATHIR MOHAMAD)

KETIKA PEDANGNYA DITELANJANGKAN
GURUH BERLAGA DI DADA LANGIT
KILAT BERGESER DI KAKINYA
PERCIKAN CAHAYA MENYULUH DUNIA
KERANA DI MATA PEDANGNYA ADA RESTU RAKYAT
RESTU RAKYAT MEMBINA BERKAT

KETIKA PEDANGNYA DITELANJANGKAN
DARAH MASIH MENITIS DI HUJUNG KILATAN
PANAHAN MATAHARI TUNDUK HORMAT
TERPANCAR BINTANG DARI BIAS SINARNYA
TUJUH BINTANG BINTANG TUJUH
LEGAM WARNANYA KERANA DISIMBAH DARAH

SETELAH PUAS MENGILAS BADIK MELIBAS PEDANGNYA
PENDEKAR ITU DUDUK BERSILA JAGA
RAPAT PEJAM MATANYA TIDAK BEERTI IA LEKA
GERAK GERAK HUJUNG MISAINYA TIDAK BERERTI IA GEMENTAR
KUMAT KAMITNYA MULUT TERSIMPUL MANTERA SERAPAH
GERAK DADANYA MENYUSUN ATMA
RAPATLAH KERANA PENDEKAR ITU
AKAN KEJAPKAN SEMUTARNYA
AKAN KUKUHKAN IKATAN SEBIDAINYA
AKAN BINGKAS LAGI MELIBAS LAGI

HARI INI, PEDANG HITAM ITU DISARUNGKAN
IKATAN SEMUTARNYA DILONGGARKAN
KAIN SEBIDAINYA DI RIBA MENJAMAH KERINGAT
MERATAH DARAH DI MUKANYA
AIR DI GURI DI TEGUK
TETAPI BADIK MASIH TERSISIP DI PINGGANG RAPAT
PEDANG MASIH DI SISI
SILANYA MASIH JAGA


NUKILAN: LT KOL MOHD RADZI ABD HAMID
MARKAS TENTERA DARAT
2005

16 SEP 33: LAHIRNYA BINTANG KEDAULATAN

SEBENARNYA, 16 SEP 33
BUKANLAH SEKADAR SUATU TARIKH ATAU HARI
BUKANLAH SEKADAR SUATU PERISTIWA
MALAH IA JAUH LEBIH BESAR DAN AGUNG DARI ITU
IA ADALAH SATU LANGKAH
DIMULAKAN DENGAN LAFAZ ‘BISMILLAH’ DAN PENUH DINAMIKA
SEDINAMIKA USIA DAERAH PERJUANGAN
DULU, KINI DAN SELAMA-LAMANYA ADALAH KITA

KESENGSARAAN SELEPASNYA MERUJUK ZAHIR DAN BATINI
MERUJUK SATU PERJUANGAN SEGEROMBOLAN WIRA
YANG INSAF AKAN KEADAANNYA
YANG TIDAK INGIN DI JAJAH
YANG TIDAK INGIN MENJADI HAMBA KEPADA SESIAPA
MELAINKAN HANYA KEPADA TUHANNYA
KERANA ITU BENTENG SETIA MEREKA TIDAK PECAH
TIDAK TUNDUK KEPADA SESIAPAPUN MANUSIA LAIN
ATAU MANA-MANA PUN HAMBA TUHAN YANG LAIN

BARISAN PEJUANG ITU
TIDAK WUJUD DENGAN KATA DAN SENYUMAN
IA LAHIR DENGAN SEMANGAT, KERINGAT DAN DARAH
DENGAN AIRMATA DAN RATAP ANAK-ANAK YANG DITINGGALKAN
DENGAN KEPILUAN IBU DAN BAPA
DENGAN MENITI KESENGSARAAN HIDUP PARA BALU
MERAIH SIMPATI DAERAH PERJUANGAN
YANG BAGINYA HITAM WARNANYA.

RAMAI YANG SEKADAR MENGINGAT TARIKH KERAMAT ITU
DAN PERJUANGAN YANG TELAH DI PAHAT
TETAPI BARANG DIINGAT
PERJUANGAN SEBELUMNYA BUKAN RESAP SEBAGAI SEJARAH PERJUANGAN YANG KOSONG
TETAPI PENUH DENGAN KEPERKASAAN DAN PENGORBANAN
BARISAN PEJUANG DI SEBELAH SINI
BERTEMPIK ‘GEMPUR’ MELAWAN SEGALA ANCAMAN
ADALAH SATU SEJARAH PERJUANGAN YANG AMAT LAMA
DAN SARAT DENGAN AIRMATA, DARAH DAN NYAWA


PERJUANGAN ALAF BARU ADALAH RENTETANNYA
IA MESTI DITERUSKAN
IA MESTI DIPERKAYAKAN DENGAN PENGISIAN
YANG MEMINTAS DAN MERENTAS ZAMAN
IA MESTI MENJADI LANGKAH ASPIRASI
YANG MUNCUL DARI BANGSA PEJUANG BERJIWA BEBAS
YANG BERSEDIA BERPENCAK DI PENTAS DUNIA
DENGAN BUNGANYA SENDIRI

BANGSA PEJUANG BERJIWA BEBAS
BUKAN HANYA BEBAS DARI PENJAJAHAN POLITIK DAN KUASA
PEJUANG ALAF BARU HARUS BEBAS MINDA,
BEBAS PEMIKIRAN
BEBAS BUDAYA
BEBAS DALAM SERBA-SERBI SPEKTRUM
KEHIDUPAN YANG CEMAR DAN CALAR
BANGSA PEJUANG ALAF BARU
BERTERIMA KASIHLAH KEPADA PEJUANG YANG LALU
BERSYUKURLAH KEPADA TUHAN
KERANA MEREKA DENGAN IZIN TUHAN
TELAH MEMBINA DAERAH PERJUANGAN.

LAGU KEINSAFAN:

TUHAN
APAPUN KARUNIAMU, UNTUKKU DI DUNIA
HEBAHKAN PADAKU SUMU-SUMU
DAN APAPUN KARUNIAMU, UNTUKKU DI AKHIRAT
PERSEMBAHKAN, PADA SAHABAT, SAHABATKU
OH BAGIKU CUKUPLAH ENGKAU X 2
BILA SUJUDKU PADAMU, KERANA TAKUT NERAKA
BAKAR AKU DENGAN APINYA
BILA SUJUDKU PADAMU KERANA DAMBA SYURGA
UNTUK UNTUKKU SYURGA ITU OHHH
NAMUN BILA SUJUDKU DEMI KAU SEMATA
JANGAN PALINGKAN WAJAHMU
AKU RINDU MENATAP KEINDAHANMU X 2

PEJUANG ALAF BARU MESTILAH HEBAT
KERANA ‘GAGAH SETIA’NYA
AKAN MEMASTIKAN KESINAMBUNGAN PERJUANGAN
KERANA PERJUANGAN ADALAH SATU IKATAN PRIMORDIAL DENGAN BANGSA DAN NEGARA
SATU SENTIMEN DAN PERASAAN SEIIDENTITI


MEDAN KITA IALAH PERTEMBUNGAN ‘NEGARA MAYA’ DENGAN ‘NEGARA NYATA’
SEGALANYA MELINTAS SEMPADAN KUASA
NILAI PEJUANG LINTAS ZAMAN PERLU DITERAPKAN.



LT KOL MOHD RADZI
SEK TD
30 SEP 05