Thursday, March 6, 2008

SUAMIMU SEORANG PERWIRA

(Khas buat isteriku yang tidak pernah memahami)

Ketika bening zuhur tunduk
istana yang dibina dengan cinta
sumpah semati dan hidup - musnah
retaknya tak pernah dipinta
kehancuran tak pernah didoakan
hawaku yang tak pernah ingin untuk memahami
kehendak perkhidmatan yang memerlukan
tenaga, taat setia suami seorang perwira
masa, tenaganya dan tugasnya
adalah isteri pertama

Lafaz nikahku
sebenarnya satu perikatan dengan amanah bangsa
jika kesabaran tidak bertapa di hati
syaitan berleluasa dengan busar iri

Ketahuilah isteri ku
tugas suami perwira tidak seperti seorang guru
pulangnya sudah tentu waktu
langkah pulang ke rumah suami perwira
tidak siapa tahu waktunya
adakala subuh telah jantan
adakala malam telah menyembunyikan kelamnya
ada kala senja tidak beremang
jika kau tidak sabar keseorangan
maka bahtera kita
mahligai kita akan goncang

Fahamilah suasana suami perwira
masanya bukanlah untuk mu sentiasa
mungkin dirimu hanya tempat persinggahan sementara
dan mungkin juga sebagai memenuhi tuntutan agama
jika kau tidak sanggup ditinggalkan bila malam
mungkin lama mungkin lama
justeru janganlah belayar sekapal dengan suami perwira ;
kerana perjalananmu hanyalah satu perjudian
yang akan menewaskan kesabaran
dan kitalah mangsanya.


Nukilan:

Lt Kol Mohd Radzi Abd Hamid
MK Taktikal 15 RAMD
Airstrip, Terendak
30 Nov 03

2 comments:

Kepompong Rama-rama said...

knk

Norhasymmah Halimi said...

Mohon dishare ya tuan... saya akan linkkan ke blog pena celoreng.. Terima kasih