Thursday, December 30, 2010

NOVEL PERANG MISI II - HINGGA KE LUBANG CACING

Pertamanya anda harus membaca novel yang misi 1 kerana misi 2 adalah kesinambungannya. Ia menjawab beberapa persoalan seperti siapa dana apa yang terjadi kepada anggota komunis yang di tangkap? Apakah kisah hubungan intim Lt Fauzi dengan Insp Baini?. Adakah Chong Woo tertangkap atau dapat melepaskan diri.

Jika Novel Perang Platun Harimau Misi 'hutang darah di bayar darah' bermain dengan emosi anda, meruntun jiwa dan airmata tetapi Novel Perang Platun Harimau dalam misi 'Hingga ke Lubang Cacing' tidak lagi bermain dengan emosi tetapi ia menguji kesabaran dan ketajaman mata fikir anda. Jika anda pembaca yang tidak sabar, saya pasti anda akan terus ke bab terkahir bagi menemui jawapannya. Tapi maafkan saya kerana jawapannya tidak ada di situ - bab akhir. Jawapannya ada di dalam setiap bab. Iqraqlah dengan penuh sabar.

Novel perang misi 2 telah menjadi ranum dan dewasa. Kini masih dalam proses pengeditan oleh DBP. Tunguuuuuuuuu.

...remarkable masterpiece....

Saya menerima satu email dari rakan baru yang tidak dikenali secara fisikal dan hanya dikenali secara dalam taalian. Bak kata pepatah Barat 'if you are not my friend, you are my enemy'. Dia baharu sahaja menemui dan habis membaca novel perang PLATUN HARIMAU (dalam misi Hutang Darah di Bayar Darah). Katanya telah dua kali habis membaca. Lalu, lewat menjelang tahun baru, rakan baru ini menitipkan surat elektronik kepada saya dan saya rasa harus berkongsi dengan 13,000 lebih pengunjung blog CELORENG. Bukan pembaca novel tersebut sahaja yang terharu, saya semestinya akan menitiskan airmata setiaap kali saya mengulang baca novel berkenaan. jadi saya siarkan surat elektronik dari rakan talian tersebut untuk di baca oleh semua pengunjung. Semoga kita dapat menimba sesuatu dari surat elektronik agar penulisnya mendapat pahala yang berpanjangan. Insyaallah.


...remarkable masterpiece....


Thursday, 30 December, 2010, 8:53 PM

To:"MOHD RADZI ABDHAMID"


Assalamualaikum Tuan Radzi,
Maaf ya kalau email saya mengganggu Tuan. Alhamdulillah saya dah qatam 2 kali membaca novel Tuan, Platun Harimau. Mula membaca, tersentuh jugak hati saya bila membaca bagaimana kematian prebet yusof dan prebet habibullah mengalir la jugak airmata saya...sedihnya dengan pemergian wira2 yang ditembak musuh, keadaan serba kekurangan dan perit getir dan ketegangan tatkala berada di hutan...tak dapat saya bayangkan diri saya berada di situasi sebegitu. Sedih terharu dan bermacam2 rasa sayu di dada saya...yang hanya bahu yang memikul sahaja yang tepat dapat merasainya....
Memang wajarlah pengorbanan setiap anggota perajurit dihargai dan dijulang...tanpa prejudis dan tolak ansur.....Nyawa dan pengorbanan kalian tiada yang dapat menyetarakannya dengan apa sekalipun, waimahpun dengan timbunan wang ringgit dan emas menggunung. Betullah seperti misi....hutang darah dibayar darah...
Bagi saya, ATM deserve the best of treatment and compliments by the nation. The nation should be more grateful with the Armed Forces..
Cuma...kekadang terfikir saya...apakah mampu rakyat biasa seperti saya ini berkorban sedemikian setelah lama dibuai kemewahan dan keselesaan....tanpa adanya jiwa patriotik seperti Tuan dan anggota2 lain dalam ATM. Membaca setiap kata2; walaupun dengan terminologi ketenteraan dalam penulisan Tuan memberi saya satu suntikan semangat jati diri yang tebal sebagai anak watan Tanah Melayu dan semoga ianya sentiasa berkobar seperti semangat Platun Harimau yang ada.. Saya amat berbangga dengan pasukan ATM dan bagi saya kalaulah buku Tuan dapat dijadikan buku rujukan di PLKN adalah yang terbaik yang dapat dilakukan dalam usaha membentuk jatidiri.
Novel Tuan jugak telah memberikan saya informasi mengenai tumbuhan sutun yang memahitkan darah...hmmm...tak payah lah lagi saya spray aerosol kalau saya ikut students camping. Maaf Tuan saya bertanya ya...macam mana rupa pokok atau daunnya Tuan?
Tuan Radzi, TAHNIAH and i do look forward for the drama of PH....coz behind the scene, i already know, it was YOU who is the MASTER.
All the very best always Tuan Radzi. Semoga rahmat kasih Allah sentiasa bersamamu Tuan.
Take care.

Friday, December 24, 2010

KOTA LONDON MENJELANG KRISMAS

[At Oxford and Carnaby Street - busy]

Seperti tahun yang sudah-sudah, Disember adalah bulan saya bercuti sama ada dalam atau luar negara. Membelakangkan sibuk, saya tidak boleh tidak mesti pergi bercuti sebagai menghargai diri sendiri kerana telah hidup dengan positif di sepanjang tahun. Tidak ada dengki, tidak ada benci, tidak ada marah, dan jauh sekali memfitnah orang lain. Sungguhpun ke kadang rasa sedemikian ada datang melintas di benak tetapi ia hanya berjaya berpusing di dalam benak sahaja dan akhirnya hilang dengan sendiri. Maklumlah manusia.

[I do adore their creativity

Jika menanti masa yang tidak sibuk, emmm sampai kiamatlah tak jadi pergi bercuti. Tahun yang lepas-lepas pergi bercuti dalam kumpulan sebab lebih menjimatkan tetapi tahun ini ‘kumpulan cuti’ saya iaitu (Fong, Merry, Goerge, Sham, Tg Mariam, dan Din) saya telah pergi bercuti lebih awal iaitu pada bulan Nov. Sayangnya saya tak dapat ‘joint’ sebab bertentangan dengan tarikh peperiksaan semester akhir dan pre-viva voce tesis. Setiap tahun, inilah kumpulan cuti ‘budget’ kami yang tak pernah gagal pergi bercuti. ‘Satu kepala’ semua.

Akhirnya, saya pergi sendiri. Tidak ada perancangan awal sebab tidak merasakan adanya ruang masa. Setelah menghantar final draf tesis kepada pakar bahasa bagi menyemak ‘syntax, grammar, dan segala macam’, saya memiliki masa ruang lebih kurang seminggu. Tanpa berfikir panjang, terus ‘packing’ barang dan bertolak ke KLIA. Belum putus nak pergi mana. Gilaaa pe. Dalam hati, mana ada ‘flight’ kosong dan kena masanya, itulah destinasi percutian. Sampai di KLIA pada jam 10 malam iaitu selepas kuliah. Kebetulan MH 02 ke Heathrow – kosong. Terus beli tiket (pergi sahaja) sebab dalam hati muncul rancangan ‘mee segera’, dari London boleh naik Train ke Paris dan balik ke KLIA melalui Paris. Tengok keadaan di London sama ada menyeronokkan atau menyusahkan. Tidak perlu lama di London sebab tahun sudah telah bercuti dua minggu di London. Begitulah rancangan minda.

Biasalah dalam ‘flight’ MAS, makan kenyang-kenyang dan tengok ‘in-flight movie’ sampai terlelap. Terjaga je, terus sambung ‘movie’. Bermula dari IP Man 1, IP Man II, IP Man 3, The Red, dan siri ‘Just For Laugh Gags’. Ye laaa kan, 13 jam penerbangan. Sampai di Heathrow, buka komputer, booking hotel. Kota London menjanjikan harga apa-apa sekali pun dengan jumlah potongan yang sangat menarik jika urusan dibuat melalui dalam talian (online). Kalau tak silap saya, tahun lepas kami booking London Eye, Madame Tussauds, London Dungeon, Sea Life London Akuarium bagi 7 orang melalui online, semuanya tak sampai RM 1,000.00 (diskaun 73%). Kalau beli dari kaunter, hampir seribu seorang bagi semua kemasukan. Lepas tu kami sewa Apartmen tiga bilik dengan kos lebih kurang RM 300 semalam. Bayangkan semalam RM 300 bagi 7 orang. Makan plak, apa yang patut dan murah sebab makan di Kota London sangat mahal. Lagipun apartmen yang di sewa mempunyai kemudahan dapur lengkap dengan peralatan. Masakkkkk la maggi mee yang di bawa satu beg. Maggi Cup is the best.

[From Heathrow 'underground' to High Street Kensington. 'Oyster Card' is brilliant idea]

Sebaik sahaja MH 02 mendarat, suhu mencatat 0 degree celciuss. Baju tebal dah ‘ready’ sebab pernah kena ‘snow fall’ masa summer. Percutian kali ini, saya terpaksa mencari hotel sebab apartmen satu bilik semuanya penuh (padam muka booking lewat). Berejam juga menjelajah online. Sebaik sahaja confirm hotel, terus beli ‘underground train’ (Oyster Card) dan bertolak dari Terminal 2 Heathrow ke High Street Kessington Stesyen. Copthorne Tara Hotel hanya kosong dua malam je. Bermakna hari ketiga kena pindah hotel lain. Tak de masalah sebab beg pun beg galas je dan ada masa untuk buat booking. Sebaik sahaja sampai di hotel, terus buka komputer dan online bagi booking hotel malam ketiga dan seterusnya.

[1st and 2nd night at Copthorne - $75/night]

Kota London menjelang Krismas sangat meriah dan kaya dengan kreativiti dan kegilaan. Jalan-jalan seperti Oxford Street, Bayswater Road, New Oxford Street, Bruton Conduit, Piccadily, Shaftesburry dan Edgwarte penuh dengan ‘londoness’ dan pelancong yang ingin membeli belah. Di sepanjang jalan-jalan ini, berkelipan lampu pelbagai warna dan bentuk yang digubah melambangkan Krismas sedang menjelang. Antara kedai-kedai yang paling sibuk ialah Lylywhites (kedai kasut 6 tingkat), Primax (popular bagi org Malaysia yang tak berwang seperti saya, ada nampak artis Malaysia kat sini). Begitu juga dengan beberapa kedai berjenama seperti Barrats, Clarks, LV, dll – penuh dengan manusia. Manakala di jalan-jalan seperti Strand, Victoria, Whitehall, Wesstminster, Stamford dll penuh dengan pelancong yang menikmati kawasan menarik dan keindahan Sungai Thames.

Membeli-belah di kota London sewaktu menjelang Krismas adalah satu aktiviti yang mesti tidak boleh di kesampingkan atau ‘miss’ (jika berada di sana). Jika terlepas, amatlah rugi. Mengapa?. Pesta-pestaan membeli belah di lota London tidak sama dengan ‘SALE’ di negaraku Malaysia. Barang yang dijuaal sehari-hari, barang itu jugalah yang dijual murah. Bukannya barang yang di jual murah di datangkan dari gudang yang lain. Menurut rakan saya yang berniaga di Pusat Membeli Belah The Mine, barang yang dijual murah di Malaysia adalah barang yang datang khas untuk jualan murah. Ini tidak berlaku di Kota London. Manakala strategi dan konsep jualan murah mereka sangat menarik dan sukar di percaya. Selain memberi diskaun dalam bentuk peratus seperti 50% potongan, Kota London juga menyediakan diskaun dalam bentuk kos seperti $75 potongan. Jualan murah semakin meningkat dari hari ke hari menjelang Krismas. Contohnya sepasang kasut Barrats pada 20 Dis di beri 45% potongan harga; jika anda datang pada 21 Dis, jumlah potongannya telah berubah kepada mungkin 60% hinggalah hingga hari sebelum Krismas. Jumlah potongan semakin meningkat. Begitu juga dengan jumlah wang potongan. Harga yang di bayar sukar dipercayai. Contohnya, saya ingin membeli kasut kerja (Brodge Shoes). Terdapat lima jenama yang menjual kasut seperti ini iaitu John Smiths, Barrats, barkers, Loake dan Clarks. Yang paling cantik ialah Barrats dan Loake. Pada hari pertama saya sampai, kos sepasang brodge shoes jenama Barrats ialah $275 ($275 x 5.32 = ?) dengan potongan 25%. Manakala Loake pula meletakkan harga $209 ($209 x 5.32 = ?) dengan potongan sebanyak $30 sahaja. Hari demi hari jumlah potongan semakin naik. Sehari sebelum bertolak balik, saya membeli kedua-dua kasut ini. Berapa harganya agak-agaknya? Percaya atau tidak Barrats dibeli hanya dengan $100 paun sahaja dan Loake $ 40 paun sahaja. Harga yang meredum ini memikat saya. Akhirnya saya membeli enam pasang kasut. Dua pasang kasut tadi, sepasang Clark high cut, dua pasang kasut John Smiths dan dua pasang kasut clark yang dijual secara longgok. Kalau kat tempat kita, kasut clark ni jangan harap nak dapat diskaun. Kalau ada pun diskaun hanya pada saiz-saiz yang tak terjual sahaja. Di kota London sepasang kasut Clark yang dijual di KLCC dengan harga lebih kurang RM 500, boleh dibeli dengan hanya RM150 sahaja di Kota London selepas diskaun.

Primax, tak payah cite lahhhh. Tiga hari berulang-alik belum tentu puas membeli belah di Primax. Barang berkualiti dengan harga yang murah. Senget bahu mengheret beg guni Primax.

Syurga Kasut ialah di Lilywwhite. Murah gilerrr youuu. Semua jenama kasut dunia ada dijual di situ. Di sini saya membeli dua pasang kasut sukan, sepaasang kasut hiking ($12 sahaja) dan sandal nike ($6 sahaja).

Ini baru kes membeli belah di sekitar Oxford Street. Belum lagi cite pasalh ‘kota barang berjenama’ yang dijual dengan harga ‘outlet’ atau reject. Harga yang reject, bukannya barang yang di reject. Kalau di Malaysia, Reject shop tu menjual barang yang di reject. Belilah ‘Oyster Card’ bagi ‘Underground dan pergilah ke Beicester iaitu Kota barang berjenama. Bagi peminat LV, YSL, Coach, dlll, di sinilah lokasinya. Rasanya seminggu tak cukup sebab terlalu banyak. Harganya memang sangat-sangatlah teruja. Hanya $20 paun (pergi balik) sahaja bayaran ‘underground train’.

Setelah jelak makan maggi, kebab, fries, Fish n Chips; berkunjunglah ke Paddington Street. Kerana di sekitar sini terdapat beberapa buah restoran makan milik rakyat Malaysia seperti Malaysian Hall, Mara House, Merpati, Bonda dll. Haaa, barulah jumpa ‘’buku dengan ruas’. Nasilahhh genggg dengan sambal belacan. Kalau nak banding ngan tempat kita, memanglah mahal tapi kalau dibandingkan dengan kedai-kedai lain di sekitar, ia sangat murah. Maka di sini bertemulah dengan pelbagai rencam rakyat Malaysia. Yang bercuti dengan cutinya, yang melancung dengan lancungannya, yang berajar pula dengan cinta-cintaannya. Hebatkan Malaysia ni.

[Lady Diana Palace - Kensington Palace are under renovation for better]

Bila dah habis membeli dan terbelah tetapi masih ada banyak masa, bawa-bawalah berjalan kat Hyde Park ke, dan beberapa Park lagi sekitarnya. Jangan lupa membawa kacang atau kuaci. Kerana tupai putih sebesar saiz tikus mondok sedang menanti anda. Sangat jinak dan banyak. Di Kota London, saya tidak pernah lupa untuk pergi ke Istana Lady Diana bagi meningkatkan rasa cinta dan juga mencari cinta. Ini kerana, 22 yang lalu saya pernah menemui cinta di sini dan juga tahun-tahun selepasnya kawasan sekitar Istana Lady D menjadi saksi saya membajai cinta. Tetapi sayang, ketika cinta ingin berbuah, di sini juga saya meninggalkan cinta. Sejak itu, rasa cinta sangat jarang di temui dan tidak berkunjung ke hati. Saya tidak banyak menemui cinta. Maka cinta yang pernah ada itu, di lupa jangan, di kenang semestinya. Pergilah tengok pertukaran pengawal istana, London Towel dll.

[White squirrel and Pink 'kubis' flower at Hdye Park]

Di sekitar Padington juga terdapat banyak hotel murah, dan apartmen murah. Saya hanya tahu bahawa Mara House ada menawarkan pakej penginapan yang menarik. Cuma saya tahu di saat-saat nak balik. Next trip boleh booking kat Mara House.

[Tidak perlu bayar RM 56 juta untuk bertemu dengan Obama]

Keseronokan di Kota London menyebabkan saya membatalkan niat nak ke Paris. Next trip saya pergi ke Paris.

p/s Jangan sekali-kali bercuti seorang diri kerana betapa susahnya untuk mengambil gambar kita sendiri.

Thursday, December 16, 2010

Unit Penggempur ke-6 PKM


[Anggota Tinjau Platun 6, sebelum di serang hendap]

Unit Penggempur Ke-6 PKM adalah unit yang terbesar dan paling mengganas. Di ketuai oleh Chong Choor. Pada mulanya unit ini hanyalah unit Min Yuen di Kalumpang. Kemudiannya Chin Peng berpindah kawasan dari Pahang Barat ke Selatan Thailand. Justeru, Chin Peng mengarahkan UPKe-6 mengambil alih kawasan Pahang Barat dan mengarahkan unit ini mengganas.

[Platun 6 sedang meronda]

Drama Platun Harimau merungkai beberapa siri serang hendap oleh unit ini di Pahang Barat. Minggu ini penggambaran bertumpu di kaki bukit Cameron Highland. Meniti aktiviti kumpulan Min Yuen bagi mengumpul barang bantuan seperti makanan dan ubat-ubatan. Arahan Peking 80 yang dapat di pintas gelombangnya telah mengarahkan unit ini meluaskan kawasan operasinya hingga ke Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Arahan tersebut juga melantik unit ini sebagai unit agresif. Pada mulanya, unit ini berjaya menerobos hingga ke Ulu Yam dan Kuala Kubu Bharu tetapi hasrat meluaskan sayap hingga ke Selangor, Negeri Sembilan dan Johor terbantut dek tiga Operasi Besar oleh pasukan keselamatan iaitu Operasi Paksi, Operasi Tuah dan Operasi Sibre.

[Kader UPKe-6 sedang mengangkut barang]

Platun Harimau terlibat dalam Operasi Serampang Khas 1, Operasi Serampang Khas 2 hingga ke Khas 7. Saya masih teringat ketika sedang menjalankan Operasi Serampang Khas 1 di Ulu Yam, dengan tiba-tiba kami dipanggil keluar dari hutan sebab ada operasi khas lain iaitu Khas 2. Atas khas ada khas lagi. Kuala Kubu, Ulu Yam, Rasa, Batang Kali, dan Serendah adalah kawasan yang panas. Kisah ini di rungkai lebih rinci dalam Novel Perang Platun Harimau: Misi II – ‘Hingga ke Lubang Cacing’ yang sedang dalam proses cetakkan. Anda akan dapat mengetahui bagaimana anggota Platun Harimau menyamar pelbagai watak seperti orang gila, pemandu teksi, penjual nasi lemak, penjual aiskrim dll bagi mengesan ketua Unit Ke-6 yang sedang dalam proses melarikan diri setelah ramai anggotanya di tangkap dan di tembak mati.

[Kader-kader Min Yuen Kalumpang yang masih baru]

Nantikan keluarannya Novel Platun Harimau Misi II - 2011.

Monday, December 13, 2010

VIVA VOCE THESIS

[Saat yang mendebarkan. Menunggu bagi di panggil masuk ke dalam bilik Viva-Voce. Persiapan terakhir sebelum berjuang]

Hari ni pada 14 Dis 2010 aku berhadapan dengan viva-voce lagi. Nak kata tak berdebar, menipu la plak. Sikit-sikit tu adalah. Sebab termasuk yang ini, aku dah lima kali berhadapan dengan viva-voce ni. Nama dia pun macam orang kedah kata ‘lece’ (ni macam perlekehkan). Mungkin sebab dah banyak kali berhadapan dengan tikam menikam dalam viva-voce ni, maka aku tak ambil berat sangat. Dah hampir sebulan tesis tu tak di baca sebab dah muak dengan membaca tesis selepas bergelut hampir enam bulan.

Nak jadi cite plak, tup-tap-tup-tap, aku orang yang kedua. Memang dah maklum, biasanya orang pertama, kedua dan ketiga ni letihh juga menjawab soalan panel, examiner dll sebab mereka tu masih banyak tenaga. Kalau dah di penghujung tu, mungkin cincai sikit laaa. Dah janji dgn member yang pertama, dia akan tunggu kat bilik kuliah hingga aku selesai. Lama juga dibuatnya.

[Jawab mesti jawab punya. Tahu tak peeeee]

Macam biasa, I love to present, I love to talk. This subject had become my soul for the last six month. I enter the panel room with full of confident. Bukan nak berlagak plakkk tapi tesis aku dah jadi macam bola. Makan tesis, tidur tesis, main tesis, (main game la, bukan main lain), bak kata macam-macam la tesis. Jadi tak perlu bawa gedabak punya nota. Dah masuk ke dalam, minta kebenaran duduk. Dah duduk baru berasan, mak oiiiiiiii, ramainya panel. Ada 6 orang semuanya. I’m given 45 minutes including Q&A session. It take me raftly about 20 minutes to elaborate on my thesis. Settle.

[The professors @ Dr: Akademik Fantasia Panel]

Biasa la, ada satu dua teguran dari panel. Kalau tak ada, nampak macam depa ni tak baca atau tak buat kerejeeee. Sebab dah nama dia pun panel, jadi mesti la ada komen. Jaga standard bebbb. Gitu la. Kalau kau jadi panel pun, mesti ada cakap jugak. Mcm panel AF gitu. Mesti masing-masing nak tunjuk terror walaupun komen tu tah pe pe pun.

Dalam bab tesis aku ni, panel punya komen sangat minor, tambah itu dan ini. Dalam hati aku, depa ni memang taak baca tesis aku ataupun main selak-selak je. Sebab soalan yang ditanya menunjukkan memang mereka tak baca. Dah la salah tanya, bila kita tegur dan perbetulkan, sensitive laaa plakkkkk. Tu yang aku dapat B+ jeeeee.

Friday, December 10, 2010

HARIMAU KEMBALI KE HUTAN

Sjn Mansur: “Fokus deria kamu pada sasaran dan misi”. Memerhati setiap anggota Platun Harimau.

Latihan lanjutan Platun Harimau di Pusat Latihan Peperangan Khas, Komando Sg Udang terpaksa dihentikan serta merta. Mereka di perlukan di belantara Pahang. Enam anggota dari Platun 6 Kompeni Bravo Terbunuh. Dua hari kemudian Platun 7 di serang hendap, 9 perajurit lagi terkorban. Empat perajurit terputus kaki dek letupan jerangkap samar (bobby trap). Darah Prebet Aleng bergenang, membeku dan berkilat di dalam keranda. Menitis di sepanjang langkah ke kubur. Sebahagian titisan, memerahkan baju anggota-anggota yang mengusung. Isteri yang sedang sarat mengandung, teresak sayu mengenangkan nasib di hadapan.

Bendera Malaysia, dilipat kemas, keranda diturunkan, yang tinggal hanyalah tanah merah sebatang dahan kemboja. Tujuh das tembakan dilepaskan, meruntun jiwa sesiapa sahaja yang mendengarnya. Bendera diserahkan kepada balu Prebet Aleng yang sarat mengandung.

“Puan, Saya bagi pihak Seri Paduka Baginda YDP Agong, negara Malaysia dan seluruh rakyatnya, Tentera Darat khususnya Rejimen Askar Melayu Diraja; dengan kalimah Allah, kami serahkan bendera Malaysia yang mana kerananya Perajurit Aleng binti Wan Minah telah berjuang dan terkorban. Tanah pertiwi dan rakyatnya bernafas dan hidup dengan nyawanya”.

Bendera Malaysia dilipat tiga segi diserahkan. Isteri perajurit Aleng terjelepok di pusara. Ayah mertuanya teresak-esak di dahan kemboja yang masih hijau dan harum.

Kepulangan Platun Harimau di nanti-nantikan. Biar buku bertemu ruas. Platun Harimau vs Black Jaket’. Lt Fauzi, Ketua Platun Harimau bertarung di antara strategi, taktik dan keegoan ketuanya. Lt Fauzi bertarung di antara misi ‘hutang darah di bayar darah’ dengan arahan ketuanya yang semata-mata inginkan nama. Lt Fauzi bertarung di antara nyawa anggotanya, beban dendam yang digalas dan nyawanya sendiri.

Lt Fauzi: “Tinggalkan anak, isteri dan orang tersayang di belakang tetapi bawa cinta mereka bersama”

Lt Fauzi:”Tiada misi yang terlalu sukar. Selagi langit di junjung, selagi itulah pertiwi di sanjung”

Lt Fauzi: “Doaaaa!

Tuesday, December 7, 2010

Platun Harimau di Ambang Perang


[Gambar atas kiri: Safura dan Zaidi Omar sedang bersiap]
[Gambar atas kanan: Yatt sebagai heroin Insp Baini]
[Gambar bawah: Lt Kol Radzi bersama Norman Hakim]

Kem Tapah, Tanah Perkuburan Kuala Woh, Kampung Changkat, Pekan Chenderiang dan Kem Erskin menjadi langkah pertama 15 episod drama Platun Harimau. Di barisi pelakon-pelakon hebat; antaranya Zaidi Omnar (sbg ayah Lt Fauzi), Norman Hakim (sbg CO), Safura Ya’cob (sbg ibu Lt Fauzi), Zamarul Hisham (sbg Mej Jamil), Zul Zuhaimi (sbg Lt Fauzi), Yus Waisar (sbg Sjn Mansur), Watie Elite (sbg isteri Prebet Aleng), Yatt (sbg Inspektor Baini), Kenjy (sbg Mej Loh – Peg Perisikan), Wendy Wong (sbg isteri Chong Woo), Maimun (sbg ibu Prebet Habib), Lan Siro (sbg Prebet Habib), Mej Amran Yadi (B) –(sbg ayah Prebet Habib).


[Gambar atas kiri: Pelakon sedang bergerak ke lokasi pertempuran]
[Gambar atas kanan: Lan Siro dan Asmira]
[Gambar bawah: Zul Zuhaimi sebagai Lt Fauzi sedang menerima taklimat dari Peg Perisikan]

Dengan pengarah hebat yang kaya dengan sejuta pengalaman, Nurhalim Ismail tampil lagi dengan penuh kreativiti dan sentiasa berada di ‘luar kotak’ bagi menentukan episod demi episod Platun Harimau mesti meronton jiwa anda. Nurhalim, seorang pengarah tersohor telah mengarah beribu drama, apatah lagi filem. Karya mutakhir beliau ialah “BAH TILUT’ dan ‘MISI’ yang terpaksa di ulang siar kerana mendapat ‘rating’ penonton yang tinggi. Nurhalim melihat dan mengarcakan Platun Harimau di layar perak penuh nafas baru. Setelah beberapa hari melihat usaha gigih semua krew yang terlibat; antaranya Raymond, Pak Dan, Asmira dll, saya tabik pada kalian semua kerana berusaha keras bagi menghasilkan satu drama sejarah perjuangan perajurit Askar Melayu ke arah menyedarkan anak bangsa.

(Pengarah Nurhalim, Yus Waisar, Lt Kol Radzi, Pak Dan, Arman dan Asmira]

Minggu ini, penggambaran diteruskan lagi di Kem Kuala Kubu Bharu, sebuah kem lama. Dengan pelakon yang berbeza. Yang paling menarik ialah drama ini di lakukan di lokasi-lokasi asal kejadian seperti mana yang di catat dalam Novel Perang Platun Harimau.

[Masyarakat di Pekan Chenderiang menyaksikan lakonan serang hendap di atas syiling Klinik Chong Wah]

Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama penuh; 4 Rejimen Askar Melayu, 4 Skuadron Semboyan, Pusat Latihan Peperangan Khas Komando Sg Udang, Markas Tentera Darat, Muzium Tentera Darat, Institut Perisikan ATM dan terima kasih banyak kepada Panglima Tentera Darat yang ‘make things happen’.

[Penulis, Zamarul, Jurukamera, Razali dan Arman Yadi]


Wednesday, December 1, 2010

BATANG KALI MASSACRE: HUKUMAN BUNUH KE ATAS 24 ORANG TALI BARUT KOMUNIS (BATANG KALI , 12 DIS 1948)

Isu hukuman bunuh ke atas 24 orang tali barut komunis di Batang Kali pada 12 Dis 1948 oleh pasukan Tentera British, sekali lagi cuba diangkat oleh mereka-mereka yang masih kuat menyokong fahaman komunis. Penukaran perkataan ‘hukuman bunuh’ kepada ‘pembunuhan’ berjaya memberi impak. Kelompok ini cuba memberi interpretasi baru kepada peristiwa ini dengan memberi gambaran bahawa 24 orang yang di tembak mati adalah orang-orang kampung yang seakan-akan langsung bersih dari dosa. Bahkan satu kolum internet di wujudkan dan membuat al-kisah yang tidak tepat. Kolum ini menyatakan terdapatnya wanita dan kanak-kanak yang dibunuh. Nyatanya semua wanita dan kanak-kanak telah dibebaskan. Hanya 24 orang lelaki menjadi tali barut komunis selepas dikenal pasti melalui soal siasat sahaja di tahan. Selebihnya di bebaskan. Usaha mengangkat isu ini sangat merbahaya dan di lihat telah mula meracuni pemikiran generasi yang cetek sejarah dan mudah jatuh kasihan tanpa usul periksa. Kaedah pendedahan secara ‘selective’ di aplikasikan oleh kelompok ini upaya memesongkan pembaca. Hanya data-data yang berpihak dan memberi kelebihan sahaja yang dipilih dan di paparkan. Manakala data-data dan kenyataan yang negatif berkaitan mereka diabaikan.

Dalam melihat isu ini, tiga perkara pokok perlu dianalisis supaya kita tidak ‘dikaburkan’ oleh ‘selective information’. Pertamanya ialah mengapa? Iaitu mengapa 24 orang tali barut komunis di hukum bunuh. Kedua, siapakah 24 orang tali barut ini? Dan Ketiga, mengapa isu ini diangkat semula?

Ke arah memahami isu ini, adalah sangat perlu untuk mengenal environment persekitaran pada tahun 1948. Apakah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada tahun 1948? Di sepanjang tahun 1948, terdapat sembilan peristiwa penting yang berlaku di Persekutuan Tanah Melayu yang mana ia sangat berkait dengan peristiwa Batang kali 1948. (1) Pengisytiharan Persekutuan Tanah Melayu. (2) MPAJA menentang pengisytiharan Tanah Melayu dan menubuhkan Parti Komunis dan melancarkan perang keganasan. (3) Pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sg Siput. (4) Seorang kanak-kanak eropah di Kampung Kachau (pusat logistik komunis) dan seorang peladang di kajang dibunuh. (5) Pengganas komunis menyerang, dan membakar kampung, kereta api, ladang dan kemudahan-kemudahan awam. (6) Darurat dikuatkuasakan. (7) Sir Henry Gurney dihantar ke Malaya bagi mengawal keadaan. (8) Pemusnahan lokasi bantuan logistik komunis di Kg Kachau. (9) Memburu tali barut Komunis di Batang Kali.

Sebaik sahaja kembali ke Malaya selepas Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, British berhadapan dengan pelbagai masalah. Selain dari terpaksa membina semula Negara yang musnah akibat perang, British berhadapan pula dengan berjuta buruh-buruh Cina dan India yang dibawa masuk sebelum perang meletus. Tatkala British lari menyelamatkan diri dari Tentera Jepun, dalam masa yang sama buruh-buruh Cina yang dibawa masuk melalui tiga sistem iaitu tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan, dan sistem pengambilan rumah kongsi, mengambil kesempatan membebaskan diri mereka. Bagi buruh-buruh yang diburu kerana kesalahan jenayah, bertindak lari dari rumah kongsi. British terpaksa memperkenalkan Malayan Union bagi mentadbir semula Tanah Melayu. Malayan Union di dapati menghakis kuasa raja-raja Melayu dan orang Melayu. Bangsa Melayu bangkit menentang Malayan Union (perlu dinyatakan di sini bahawa bangsa lain khususnya bangsa cina tidak menyokong penentangan ini). Penentangan oleh orang-orang Melayu akhirnya membawa kepada penubuhan UMNO di Johor Baharu yang diketuai oleh Onn Jaafar. Bagi menutup kelemahan mereka, maka satu syarat dikenakan oleh British kepada 9 orang sultan Melayu iaitu menerima buruh-buruh yang tidak terkawal tadi sebagai rakyat Negara ini. 9 orang Sultan Melayu menerima dalam terpaksa seperti yang ditulis oleh Yam Tuan Besar Negeri Sembilan di belakang surat perjanjian. Tuanku mencatat dengan tulisan jawi lama yang tidak difahami oleh orang British – ‘DENGAN PAKSA’[1]. Manakala Sultan Kedah, sesampainya di Kedah, Tuanku menyatakan rasa keterpaksaannya kepada rakyat Kedah[2].

Keganasan pengganas komunis memuncak. Bermula di Selangor hingga ke seluruh negara. Apabila keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat diisytiharkan ke seluruh negara. Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Tawaran menyerah diri diberikan kepada pengganas komunis tetapi malangnya tawaran tersebut di balas dengan beberapa siri keganasan. Tentera British memburu pengganas komunis yang ketika itu berbangsa cina. Tentera British menghadapi kesukaran kerana pengganas komunis mengambil kesempatan bersembunyi di kampung-kampung Cina, di kongsi-kongsi dan ladang-ladang.

Operasi menahan komunis dilakukan mengikut Peraturan Darurat 17D. Sesiapa sahaja yang dikenal pasti terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan pengganas komunis akan di hukum. Bagi penduduk kampung yang membantu komunis akan di pindah ke kawasan baru. Mereka dilarang menuntut ganti rugi kerana telah membantu komunis. Malah mereka dianggap musuh negara dan dibuang negara. Terdapat tiga kawasan utama tali barut pengganas komunis iaitu di Semenyih (Selangor), Batang Kali (Selangor) dan Bentong (Pahang).

Berikutan beberapa kejadian keganasan dan pembunuhan, Tentera British melakukan usaha mengesan di tiga kawasan utama aktiviti subversif komunis iaitu Semenyih, Batang Kali, Rasa, Kuala Kubu Bharu, Kerling dan Bentong. Beberapa pemimpin komunis di dapati bersembunyi di rumah setinggan Cina di Kampung Kachau, Batang Kali dan Sg Ruan, dan Sang Lee. Bahkan penduduk Cina di situ memberi maklumat pergerakan pasukan keselamatan kepada komunis dan membantu pengganas komunis secara sukarela yang membawa kepada beberapa serang hendap. Bagi penduduk yang tidak ingin membantu, rumah mereka akan di bakar dan mereka sendiri akan diseksa dan di bunuh. Antara beberapa tindakan drastik yang diambil oleh Sir Henry Gurney ialah:

(1) Menutup beberapa sekolah Chung Hwa di sekitar kawasan tersebut yang didapati diresapi pengaruhi komunis, menyimpan bendera komunis dan menjalankan kegiatan subversif.

(2) Memindahkan penduduk Kampung Kachau ke Kawasan penempatan baru dan kemudian kampung berkenaan di bakar.

(3) Menangkap tali barut komunis di beberapa kawasan setinggan Cina di Batang kali yang didapati terlibat dalam beberapa siri serang hendap. 24 orang yang disahkan terlibat dijatuhkan hukuman mati pada 12 Dis 1948.

[1] Lihat Surat Perjanjian Kemerdekaan.

[2] Rujuk rakaman arkib.

Saturday, November 20, 2010

DRAMA PLATUN HARIMAU - 15 EPISOD

[Dari kiri: Nurhalim (pengarah), radzi (penulis) dan Ajk Teknikal, Peg Perhubungan artis dan penasihat teknikal]
Mesyuarat akhir AJK Produksi telah dilakukan pada 11 Nov 2010. Melibatkan staf teknikal, pengarah, pengurus, penasihat teknikal perang dan Pegawai Perhubungan artis. Mesyuarat di maklumkan antara artis yang telah di pilih setakat ini ialah Norman KRU sebagai CO, Zeq Zaidi sebagai Fauzi, Safura sebagai Mak Kiah, dan Baini setakat ini masih dalam pertimbangan pengarah antara Fasha Sandha, Sir Saleha, Fauziah Ghous. Maimun sebagai Mak Teh dan beberapa pelakon lagi.

Penulis skrip adalah Asmira. Penggambaran akan dilakukan pada 28 Nov 2010 di Pusat Latihan Peperangan Khas, Komando Sg Udang, Kem Tapah, Kem Grik, banding, Kuala Lipis, Kuala Lipis dan beberapa tempat lagi. Drama Platun Harimau akan ke kaca TV pada 1 Mac 2011 sempena Hari Ulang tahun Tentera Darat. Semoga drama ini selari dengan hasrat saya menulis novel ini iaitu menyedarkan anak generasi Malaysia bahawa pengganas komunis adalah bangsat dan penderhaka. Mereka telah bertindak kejam kepada rakyat. Keduanya ialah Tentera Darat khususnya Askar Melayu telah dengan gigih berjuang. Dalam perjuangan itu, ramai perajurit askar Melayu yang terkorban, tercedera, putus kaki, cacat penglihatan dan sengsara hingga ke saat ini. Bangkitlah anak-anak Malaysia menentang golongan yang memperjuangkan komunis

Dengan bantuan dan kerjasama Tentera Darat, drama ini akan di jayakan. Sebagai penulis novel, saya terharu dan berterima kasih kepada Nadi Budaya Production, RTM dan Panglima Tentera Darat kerana telah memilih novel saya. Terima kasih tidak terhingga.

Thursday, November 11, 2010

BATU '0' @ PUSAT TANAH MELAYU

[Penulis di sebelah Batu Kosong]

Batu ‘0’ adalah sesuatu yang agak pelik. Saya tidak mempunyai banyak maklumat bagi berkongsi dengan semua rakan. Pelbagai cerita yang di dengar. Antaranya, ada yang mengatakan batu kosong ialah PUSAT Semenanjung Malaysia. Kalau Tuan tanya balik, macam mana di katakan sebagai pusat Semenanjung Malaysia. Saya minta maaf banyak-banyak kerana saya pun tak tahu. Ada yang kata, dari sinilah jarak jauh lokasi di negeri Pahang di ukur tapi kat negeri lain tak ada pun. Ada pula yang kata batu itu dipercayai merupakan pusat bagi Semenanjung Malaysia jika diukur dari satu sudut Garis Pusat. Menurut satu catatan lain menyatakan bahawa Jabatan Ukur Dan Pemetaan mengesahkan batu kosong ialah GPS (Global Positioning System) merupakan batu tanda pengukuran yang digunakan oleh jabatan itu. Sumber lain pula mengatakan Sir Clifford mengarahkan supaya semua pengukuran jarak lokasi di Tanah Melayu hendaklah bermula di Kuala Lipis dan beliau juga memutuskan bahawa Kuala Lipis adalah pusat Tanah Melayu. Entah betul ke tidak, saya pun tak pasti.

[Inilah Batu Kosong yang asal. Masih Tertanam dan mungkin usianya lebih 54 tahun]

Saya telah sampai ke Batu Kosong. Menurut maklumat seorang rakan, Batu Kosong yang berada di tepi jalan di Pekan Kuala Lipis bukanlah batu yang asal. Bahkan lokasinya pun telah berubah. Maka itu, saya dan beberapa rakan meneroka kawasan sekitar bagi mencari batu yang asal. Batu kosong yang asal di katakan di tanam semasa zaman pemerintahan British. Bermakna usia penanda Batu Kosong ialah lebih 54 tahun (jika di tanam pada tahun 1957) tetapi British telah menduduki Kuala Lipis sejak 1860an lagi. Lama tuuu. Akhirnya, kami menemui batu asal Batu Kosong.

[Inilah yang menghairankan sebab di sebelah sana tanda Batu Kosong dicatat jarak Kuantan 156 batu. Macam mana diukur sebab disebelah sana '0']

Selain daripada itu terdapat beberapa peninggalan sejarah yang masih kekal hingga hari Rabu lepas iaitu Rumah Rehat Residen yang dibina pada 1867, Sekolah Menengah Clifford yang didirikan pada 1913 dan sebuah masjid di tepi sungai iaitu Madrasathul Firdaus yang dibina pada tahun 1888 oleh saudagar Arab Yaman yang bernama Habib Hassan. Reka bentuknya mempunyai identiti seni bina Melayu Nusantara dan persamaan pada pengaruh Minangkabau.. Kami singgah berjemaah di sini. Rasa saya tiang-tiang kayu di dalamnya adalah yang asal. Bumbung dan syiling mungkin telah ditukar. Berdasarkan kronologinya, maka masjid ini adalah bangunan tertua di Pekan Kuala Lipis.

DOA SEORANG RAKYAT

[INGATAN: APA YANG DICATAT DI SINI BERDASARKAN PENGAMATAN SAYA. IA TIDAK ADA DATA EMPIRIKAL ATAU SATU KAJIAN KHUSUS. JUSTERU PENDAPAT YANG DILONTAR ADALAH BERSANDARKAN KEPADA PREMIS SEDEMIKIAN]

Sama ada kita sedar atau tidak sedar, ia berlaku disekeliling kita dan mungkin dalam diri kita. Ia berlaku dan semakin kerap terjadi di hadapan kita. Di mana-mana sahaja, di kedai kopitiam atau kopi putih (yang tidak memberi lesen francais kepada bumiputra), di stesyen teksi, di pejabat dan di mana sahaja terdapat sekelompok rakyat Malaysia yang bercakap tentang rasa tidak puas hati terhadap pemerintahan kerajaan. Pelbagai kritikan terhadap apa sahaja inisiatif atau projek yang dijalankan oleh kerajaan. Laporan Ketua Audit Negara menjadikan perbincangan kelompok ini semakin panas berbahang. Kelompok ini tidak mengira sama ada mereka dari kumpulan penyokong ataupun pembangkang. Bab kumpulan pembangkang tak payahlah kita perkatakan kerana memang pembangkang harus begitu. Malangnya kelompok ini melibatkan kumpulan penyokong kerajaan sendiri. Lebih malang lagi kumpulan ini terdiri dari manusia yang memakai tali leher dan kot hitam ataupun biru. Semestinya golongan profesional.

Isu yang di perdebatkan adalah sangat rencam seperti keresahan bangsa khususnya bangsa Melayu, biasiswa, sekolah, perbelanjaan wang kerajaan, pemimpin yang lemah, populariti isteri pemimpin, bonus dan banyak lagi. Pendek kata semuanya tidak kena, semuanya tidak wajar, maka pemikirannya sahaja yang betul. Persoalannya benarkah isu-isu yang digunakan bagi mengkritik kerajaan. Pada pengamatan saya, golongan ini tidak membincangkan isu yang belum terjadi dan mereka juga tidak mencipta cerita. Isu yang diperdebatkan ialah isu yang memang berlaku kerana perbincangan kelompok ini di sertakan bukti-bukti pendengaran, penglihatan dan pengalaman. Isu yang paling banyak di perkatakan ialah pembaziran wang kerajaan. Paling menyedihkan, isu ini juga diperbualkan di Mekah bagi mereka yang pergi menunaikan ibadah haji.

Ia umpama kakitangan jabatan yang memperkatakan tentang 'boss' baru. Kebiasaannya 'boss' baru semuanya tak betul. Hanya golongan yang berpihak sahaja yang kata 'boss' betul. Justeru mantan 'boss' atau boss lama yang juga menerima nasib yang serupa, pula kini dikatakan lebih baik dari 'boss' baru. Kes ini tak sama dengan orang yang kahwin dua atau tiga atau empat kerana isteri yang baru sentiasa baguihhhhhh. Sama juga dengan kes beli rumah baru atau kereta baru. Yang baru sentiasa terbaik. Tapi dalam bab pemimpin ia tidak begitu.

Akhir kata, perkara yang ingin saya angkat ialah adakah dengan cara sedemikian iaitu mengutuk dan mengkritik pemimpin atau kerajaan, ia boleh mengubahnya kerana pihak yang dikritik tetap terus dengan agenda mereka seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Pernahkah kita berdoa kepada Tuhan supaya pemimpin kita diberi kekuatan dan petunjuk. Pernahkah kita berdoa supaya negara kita di luruskan perjalanannya. Pernahkah golongan yang mengkritik projek-projek kerajaan di kota Mekah, memanjatkan sekelumit doa kepada Tuhan ketika berhadapan dengan Masjidil Haram supaya dikurniakan pemimpin yang berwibawa. Ataupun berdoa seusai solat sunat di Hijir Ismail ataupun yang paling ekstrim ketika memegang Kota Kaabah. Manakala kita yang tidak ke Mekah, pernahkah berdoa ketika saat-saat paling mustajab. Ataupun yang paling ekstrim, pernahkah kita melakukan sembahyang sunat hajat supaya Tuhan menganugerahkan kita seorang pemimpin lagi yang hebat.

Berdoalah Malaysiaku.

Friday, November 5, 2010

KOS PILIHANRAYA KECIL

Jika dicampur pilihanraya di Galas dan Batu Sapi, kalau tak silap saya dah hampir sepuloh pilihanraya kecil diadakan. Bermula dengan Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selaambau, Batang Ai, Penanti, Galas dan Batu Sapi. Lapan semua sekali. Mungkin lepas ni ada dua ke tiga lagi pilihanraya kecil sebelum PRU 13. Pilihanraya ini terpaksa dilakukan bagi mendapatkan calon baru bagi menggantikan calon lama yang meninggal dunia atau melompat parti. 90% darinya adalah meninggal dunia dek pelbagai jenis penyakit seperti serangan sakit jantung, darah tinggi, kanser, dll. Tak terkecuali juga dek kecederaan kemalangan jalan raya. Persoalannya berapakah gamaknya jumlah wang kerajaan iaitu wang rakyat digunakan bagi mengadakan pilihanraya kecil tersebut. Semestinya banyakkan!. Kerajaan tidak ada pilihan, pilihanraya kecil tetap diadakan, sama ada suka atau tak suka.

Bagi lima pilihanraya kecil iaitu Permatang Pauh, KT,BG,BS dan Btg Ai, kerajaan telah membelanjakan RM 2.6 juta yang digunakan oleh SPR sahaja. Jumlah ini tidak termasuk kos yang paling tinggi yang digunakan oleh PDRM, Jabatan Penerangan dll. Juga tidak termasuk kos projek-projek kilat yang bertunas dengan tiba-tiba semasa pilihanraya. Sedangkan dalam rancangan belanjawan projek kilaat tidak terlintas langsung. Mungkin ada satu atau dua tidak boleh dinafikan.

Dalam lima pilhan raya kecil yang lalu, SPR telah membelanjakan RM 2.6 juta dan 3 pilhanraya bersiri ialah RM 1.5 juta (Permatang Pauh (Parlimen) : RM500,000, Kuala Terengganu (Parlimen) : RM600,000, Bukit Gantang (Parlimen) : RM600,000, Bukit Selambau (DUN) : RM400,000, Batang Ai (DUN) : RM500,000, Penanti (DUN) : Dianggarkan RM300,000, Galas: RM ?, Batu Sapi: ?, dan mana pula selepas ini.

Manakala PDRM sebagai jabatan yang paling banyak membelanjakan wang bagi menjaga kelicinan pilihanraya yang jumlahnya ialah RM 31 juta (Permatang Pauh (Parlimen) : RM2.5 juta, Kuala Terengganu (Parlimen) : RM11.5 juta, Bukit Gantang (Parlimen) : RM7 juta, Bukit Selambau (DUN) : RM5 juta, Batang Ai (DUN) : RM5 juta, Penanti: ?, Galas : ? dan Batu Sapi: ?

Saya tidak mempersoalkan pasal kos dan pilihanraya yang mana kerajaan terpaksa mengadakannya kerana ia tersurat dalam perlembagaan. Walau bagaimanapun, saya ingin mengangkat beberapa cadangan bagi membuka minda kita semua atas kesedaran sayangkan wang rakyat jutaan ringgit.

Pertamanya, apakah ukuran atau variables yang digunakan bagi menentukan jumlah yang diperuntukan di setiap satu tempat pilihan raya kecil?. Adakah berdasarkan permintaan oleh SPR semata-mata? Contohnya, plihanraya kecil di Batang Ai hanya melibatkan 8,000 pengundi sahaja tetapi SPR memerlukan hampir RM 500 000.00.

Keduanya, tidak adakah kaedah lain atau ukuran yang tetap dalam menentukan kos perbelanjaan pilihanraya kecil ini?

Ketiganya, ada atau tidak pihak yang mengaudit perbelanjaan dalam pilihanraya supaya ia tidak mebazir.

Keempatnya, adakah barang atau peralatan yang dibeli bagi satu pilihanraya kecil di guna habis atau di guna buang? Macam mana dengan peralatan yang boleh digunakan semula bagi pilihanraya yang akan datang. Ini bagi mengurangkan kos.

Maka itu, saya mengangkat cadangan yang mana sudah sampai masanya, kerajaan memikirkan kaedah baru bagi mengurangkan pembaziran wang rakyat. Antaranya ialah syarat wajib menjadi calon hendaklah sihat tubuh badan yakni tidak mempunyai penyakit yang boleh menyebabkan kematian mengejut seperti sakit jantung, darah tinggi dll. Sekiranya calon sihat tubuh badan, maka ia akan mempunyai kekuatan kudrat dan mental bagi menjelajah kawasan yang dimenanginya bagi membuat jasa kepada rakyat. Kalau calon tidak sihat atau berpenyakit, macam mana dia hendak bersama rakyat. Sepagi bersama rakyat, petang dah lelehhh.

Keduanya, calon-calon yang meletak jawatan tanpa sebab munasabah atau melompat parti perlu dikenakan denda bagi menampung kos pilihanraya kecil yang disebabkan oleh kepandaian beliau. Dengan cara ini, barulah calon-calon berkenaan akan fikir dua tiga kali, nak letak jawatan, nak lompat atau nak teruskan. Ataupun sebelum bersetuju menjadi calon, mereka akan berfikir panjang.

p/s 1] Jumlah bonus sebulan kakitangan awam ialah RM 3.1M
p/s 2] Kos menteri pelancongan membuat lawatan ke luar negara RM 3.58M (setahun).

Saturday, October 23, 2010

PASAR! KEMBALILAH

[Inilah dia PASAR. Kalau terjumpa, mohon dikembalikan. Terima kasih]

Enam tahun yang lalu seorang sahabat menitipkan saya seekor kuching parsi campur siam. Beliau terpaksa berpisah dengan kuching tersebut kerana mengikuti suaminya berpindah ke luar Negara. Maka saya diberikan kuching tersebut. Sunguhhh! Kuching tersebut sangat cantik. Pada mulanya hati saya berbelah bahagi antara menerima atau menolak kerana saya tidak suka rumah berbau tahi dan kencing kuching. Katanya, kuching berkenaan hanya membuang air sama ada wee wee atau pun waa waa di dalam bekasnya sahaja yang diisi dengan pasir khas. Maka saya terima seorang rakan rumah baru iaitu ‘Maggie’.

Maggie tidak banyak cakap dan tidak suka bergesel. Dia suka duduk bertimpuh dan merenung tajam. Maklumlah baru nak kenal. Makanannya hanya pelet khas. Sebungkus pelet berharga rm 25.00/seminggu. Agak kuat makan. Maka buangnya pun agak kerap. Harga pasirnya plak, puhhhh. Maleh nak cite. Bil tefon aku sebulan pun tak sampai puncak kos memelihara Maggie. Pada mulanya, bekas pasir khas diletakkan di beranda luar rumah. Kadang2 angin memupuk masuk bau yang harum semerbak. Lepas tu, aku letak kat dalam tandas plakkk. Dia punya bau sekali buka tandas sehari, pencuci rumah yang datang sekali sehari tu pun merungut. Oleh dek kerana tak tahan bau, maka aku letak kat luar rumah, sebelah dekat lot parking (masih dalam pagar rumah). Nak jadi cite Hindustan, satu petang anjing jiran ‘rotwiller’ depan rumah terlepas dari pegangan anaknya. Lalu menerpa masuk ke dalam kawasan umah aku melalui saluran longkang dan menggigit Maggie. Mati.

Balik je keje, aku lihat Maggie yang tidak bernyawa dan berdarah di sana sini terdampar kat tepi longkang. Kepala terkulai ke tepi longkang dan badannya di atas longkang. Pada mulanya tak siapapun tahu macam mana Maggie boleh mati. Tapi aku dah syak sebab diserang anjing sebab ada kesan tapak kaki anjing. Tapi tak syaklah anjing jiran depan umah sebab anjing ada lima ekor. Semua di tambat. Jiran aku pun tak approach dan tak cakap apa-apapun. Hampir sebulan lepas tu, baru aku tahu cite sebenarnya.

Pada satu hari, anak jiran aku (Kannama) yang bela anjing dan jatuh ketika anjing rotwiller tu terlepas dimasukkan ke hospital kerana demam denggi. Aku pergi melawat dia tiap-tiap hari. Balik dari keje je aku singgah kat spital, jenguk dia sebab dia selalu tolong siram bunga aku, bila aku pergi out station. Dan bila balik outstation, dia dapat coklat laaa. Jadi kami ni ada hubungan tersendiri. Pada hari ketiga lawatan, sebelum aku balik. Dengan tiba-tiba, Kannama cakap:

Kannama: Uncle, I’m very sorry.

Aku: Ehhhh! Don’t worry. Uncle will visit u everyday because u re mu bestfnd.

Kannama: No No Uncle. It’s not that. This regard yr Cat, Maggie.

Aku: Ye lahhh. Apa boleh buat. Sudah ajal dia. Uncle pun dah rasa silap bela itu Maggie.

Kannama: Actually, my father dog, the black one, TIGER has attack Maggie and bite it.

Aku: Ternganga sekejap tapi cepat-cepat recover dari terkejut. No problemlahhh!

Gitulah, bagaimana cite jenayah kejam pembunuhan Maggie terbongkar. Lebih kurang cite Sosilawati gituuu.

Maka selepas kematian Maggie, aku dah serik nak bela menatang lagi. Tapi lima bulan yang lalu, pada satu pagi ahad, aku pergi ke pasar sebab nak buat BBQ kat umah. Ketika di pasar, saat aku melangkah, tiba-tiba seekur anak kuching yang baru dilahirkan melintas di bawah tapak kaki aku. Kalau aku teruskan berjalan, maka terpijaklah anak kuching tuu. Nasib baik aku nampak. Dengan segera aku menolak anak kuching tersebut ke bawah meja penjual sayur. Dan aku meneruskan urusan pembelian daging. Dalam hati, tak terlintas langsung pasal kuching tadi. Ketika aku nak perhi beli arang, sekali lagi hamper-hampir aku terpijak kuching tadi lagi. Mulai saat itu mula aku terfikir semula tentang kuching. Jadi dalam hati, aku berniat “sekiranya sekali lagi kuching tadi melintas depan aku, maka akan aku ambil dan bela dia”. Memang tak payah cakap, dalam perjalanan ke keta, kuching tu melintas sekali lagi. Aku pun tak banyak cakap. Lepas Tanya pada pak cik sebelah, siapa yang emounya kuching. Katanya tak ada tuan, jadi aku ambil masuk kotak dan bawa balik umah. Sempena peristiwa tu di pasar ikan, maka kuching itu aku namakan dia dengan nama istimewa iaitu ‘PASAR’. Memang lekat dan serasi. Bila panggil je PASAR, mencicit dia datang. Macam kes AHMAD ALBAB la plakkk. Termasuk dua hari sudah, Pasar telah berumur hamper lima bulan.

Haaaaaaa! Inilah isu yang sebenarnya saya nak sampaikan. Bukannya cite yang berjela kat atas tu. Menurut kata si pencuci rumah (selepas di soal siasat).

Cleaner: Saya pun tak tahu la encik, tiga hari lepas ada lagi.

Saya: kalau ada mana dia pergi?

Cleaner: Saya pun tak tau la encik. Tak mungkin dia keluar sebab dia tak suka main kat luar.

DENGAN INI SAYA MELAPORKAN KEHILANGAN PASAR. SAPA YANG TERJUMPA ATAU MENGAMBILNYA DENGAN SENGAJA ATAU TIDAK SENGAJA, SILA PULANGKAN SEMULA. KALAU TAK NAK PULANGKAN JUGA, SILA PELIHARA PASAR SEBAIK MUNGKIN.

[Close-up PASAR]

Sebabnya saya tak larat nak tunggu enam tahun, baru dapat tahu cite sebenar kehilangan pasar. Macam mana cite Maggie meninggal dunia.

Sebabya saya dah tak de orang yg siram bunga, jadi dah tak de la orang yang demam denggi, jadi taklah pergi hospital lagi. Lagi plak, bunga dah lama sedekah kat orang. Sebab selalu sangat outstation dan lama. Kesian kan bunga, maka bagi lah pada kawan-kawan yang datang. Sepasu seorang.

Kesiankan pasar!

Tuesday, October 19, 2010

Lahar Gunung Berapi di Malaysia


[Di pulau ini, hanya di perdu batang kelapa ini shj yang ada line hp. Khusunys pd waktu tghari. kalau nak buaat call, kena datang ke pokok kelapa ini]


[Salah satu kawah gunung berapi. Selutnya diambil bagi melembutkan kulit muka. terdapat 11 buah kawah di pulau ini]

Percaya atau tidak bahawa di Negara kita juga terdapat lahar gunung berapi yang membusa setiap masa. Selut lahar yang panas menghasilkan gelembung-gelembung gas yang meruap keluar dan menghasilkan bau belerang di sekitar kawasan tersebut. Perjalanan saya dari pulau ke pulau selama dua minggu memberi banyak pengalaman dan kenangan. Bak kata orang ‘jauh berjalan, jauh pandangan’. Bermula di Sandakan, saya dan beberapa sahabat menaiki bot dari Pulau ke pulau hinggalaah ke Kudat.

[Pintu masuk ke pos di Pulau Kaniogan]

Bermalam di pulau yang hanya dihuni oleh burung laut seperti camar putih dan bangau kecil dan beberapa ekor burung ciak rumah sangat menakjubkan akan kejadian Tuhan. Di sesetengah pulau terdapat ular laut yang menjalar. Pada pemerhatian saya, Pulau yang paling cantik ialah Pulau Bilean Kecil yang berdekatan dengan sempadan Filipina yang mana hampir 70 meter darinya adalah Pulau Bileaan Besar kepunyaan Filipina. Pulau Bilean Kecil sangat natural dan belum terganggu sepenuhnya. Ori lah katakan. Tidak ada penempatan, yang ada hanyalah penempatan terup tentera dan rumah jabatan perikanan yang menjaga penyu dll. Rumah tersebut telah agak lama kosong. Pulau ini tidak mempunyai sumber air tetapi satu-satunya kawasan Malaysia yang ada lahar gunung berapi.

[Jeti/Pintu masuk ke Pulau Langkayan]

[Pada malamnya ada penyu belimbing yang dtg bertelur di bawah calet aku tidur]

Lebih kurang 45 minit menaiki bot kita akan bertemu dengan Pulau Langkayan. Ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu akan kecantikan pulau ini. Bagi divers, pulau ini menjadi satu tempat yang mesti pergi. Kalau tak pergi, dunia divers mereka tidak lengkap. Terdapat calet yang cantik dan persekitaran dunia divers. Pada waktu malam, jajaran pantai penuh dengan penyu sedang bertelur. Ikan-ikan berkuak di air cetek. Juga terdapat penempatan tentera di pulau ini bagi menjaga keselamatan penduduk tempatan. Bagaimana nak ke pulau ini? Ianya perlu melalui Sandakan. Diurus terus oleh pengurus calet berkenaan. Kalau tak silap saya, kos bagi satu malam ialah RM500 ke 800.

[melepas anak-anak penyu ke dada laut]

Banyak lagi pulau-pulau yang di datangi oleh saya bagi melengkapi satu perjalanan merentas tanahair. Antaranya Pulau mandi darah, Pulau jambongan, pulau bangi, dll

[Bye-bye, jumpa lagi]

KENANGAN KONVO UPM 2010

[Graduan sebarisan ngan aku]


[Haa, ni satu lagi pensyarah yang sangat baik dan sangat2 membantu. Dr Mohd Pauzi. Dia juga supervisor tesis aku. Orgnya sangat 'fatherly'.]
Bayangkan lah, dua minggu sebelumnya aku sibuk dengan lawatan rentas sempadan dan balik cun cun hari ahad plakk tu. Hari isnin aku konvo plak. Itu tak jadi hal, yang mengejar dari belakang ialah pada hari selasa tepat jam 9 pagi kena hantar 9 salinan draf tesis bagi diagihkan kepada ahli panel sebab minggu berikutnya ialah pre-viva voce di ipoh. Memang kalut sangat. Nasib baik masa dalam konvo, aku bawa notebook. Jadi apa lagi. masa menunggu giliran tu, aku pun pulun la siapkan tesis part mana yang patut. Kira orait gak la sebab hampir empat jam dalam tu, notebook aku plak boleh bertahan 5 jam.

Member sebelah pakat dok tanya, apa yang aku taipkan. Sibuk kena explain plakkkk. Konvo ni adalah satu kenangan sebab aku bermula denagn group BCOM 04/07 seramai 112 orang. Kami tamat pada Nov 2008. Ada 15 orang yang terus sambung ke peringkat sarjana termasuklah aku. Sebenarnya kami dah hampir setahun selesai tapi sebab konvo lewat diadakan, maka lewatlah konvo. Macam biasa lah, abis je konvo, terus cari kedai makan sebab dah kebulur. Kalau UUM, alumni ada bagi bungkusan sarapan pagi, UPM tak de la plakk. Pensyarah hantar sms ingat utk bergambar. Sempat cari Dr Pauzi dan Dr Nizam, yg lain dah hilang. Pak Ngah plak sakit gigi dan dah lari ke klinik gigi plakkk. Dia yang pertama hantar sms nak bergambar. Dah empat kali konvo rasanya, asyik telan air liur je tenguk orang lain dpt bunga. Ada yang sampai tiga jambangan bunga. Bagi la kat saya satukan oraittttt. Boring punya pasal, bergegas ke kedai gambar di pekan serdang, ambil gambarrrrrrrrrrrr laaaaa sebagai kenangan.[Awe sebelah ni satu jurusan dengan aku, tapi dia group lain. Cantik gak kannn? Aku pun tak sempat nak tanya no hp]

Kali ni CGPA tak berapa bagus iaitu 3.825 jeee sebab tak menduduki satu peperiksaan pertengahan. Prof plakkk tak nak bertolak ansur. Saya plak 'out station', bukan sengaja tak nak hadir exam. Dah hantar surat dan emailpun tak nak terima gakkkk. Terima je laaakan. Tapi pensyarah ni memang mcm tu. Masa buat degree dulupun macam tu. Bukan profesor pun, bykan dr pun. Kata orang master diapun JPA tak iktirafkan. Dahla mengajar syok sendiri.

UPM, mahasiswa peringkat sarjana tidak dinilaikan pencapaiannya.

Jubah dah hantar, yes[Bersama Dr Mohd Nizam, Penyelaras Jurusan Sarjana. Beliau sangat membantu dan sangat baik hati. Tabik tn]
Skroll dan ambil, yes
Transkrip dah ambil, yes

Maka wadah dan perjalanan baru pun bermula. Peringkat Habis Darjah.