Thursday, March 6, 2008

BAKARA MARKET I

MALANG TIDAK PERNAH DIUNDANG
MAUT DATANG TIDAK BERTEMPAT
BALA JUA TIDAK DITEMPAH
TETAPI SEMANGAT BERKOBAR BAGAI DIBAKAR SIANG

KETIKA DOA DIGALANG
SERIBU AWAS BERLARI DIMATA
MELANGKAH DENGAN SUMPAH KESATRIA
DENGAN HANYA BERBEKALKAN AMANAT
KEJAP TEKAD TERTANAM
MARINE US MESTI DISELAMAT
KELAM MALAM DAN KELIRU MEDAN MENGGIGIT SEMANGAT
DENGUNG LETUPAN DAN PERCIKAN CAHAYA API DIBALIK GUNUNG
MENGGERTAK TEKAD

DENTUMAN PERTAMA MELATAH GERAM PEJUANG
AZNAN YANG PECAH DADA – TIDAK TERBAYANG SENGSARANYA
HARAPANNYA PECAH MENGGILA
SEPERTI NAGA KEHILANGAN GELIGA
PAHLAWAN 19, MENERUSKAN PENCAK
MENEBUS DARAH DAN NYAWA

PASTINYA, AZNAN PERGI SELAMA-LAMANYA
DAN MENINGGAGLKAN:
PERJUANGAN UNTUK DITERUSKAN
NYAWANYA SEBAGAI AZIMAT
BALU UNTUK MENJAGA ZURIAT
ANAK KECILNYA PENYAMBUNG IKRAR KESATERIA
MARINE US YANG TERSELAMAT
KEMBALI KEPADA KELUARGA MEREKA
DAN MENCERITAKAN KEPERWIRAANNYA




KARYA:

MEJ MOHD RADZI ABD HAMID
MARKAS TENTERA DARAT.

1 comment:

nur_emyinda12 said...

Tragedi yang menyayat hati bagi wira2 kita...Jutaan kutipan tiket movie Black Hawk Down telah diraih...and the nation is made to believe otherwise. Hakikatnya our military fight to their very best. A heart of gold who is everso willing to sacrifice. Bravo ATM. proud of you all. Tetapi, victorynya -- US??!! What a disgrace! God bless you ATM.