Thursday, March 6, 2008

AZNAN: PERGIMU DIGALANG GANTI 75 NYAWA

(KHAS BUAT SEMUA PERAJURIT YANG TERLIBAT DALAM PERTEMPURAN BAKARA MARKET)

SUNGGUHPUN DARAH MU
TIDAK DISIMBAH DALAM BLACK HAWK DOWN
BUKANLAH MAKNANYA KAU TIDAK BERJASA
BIARPUN ADA DARAH YANG TERSIMBAH
DAN NYAWA YANG TIDAK TERTEBUS
KERANA MENYELAMATKAN MARUAH ORANG LAIN
CUKUPLAH BUKTI KITA ADALAH PERAJURIT TERBILANG
KERANA SEJARAH TELAH DENGAN TERTIB
MENCATATKAN RENTETANNYA.

BIARLAH MEREKA MENCERITAKAN APA SAJA
SESUKA HATI SEBEBASNYA
TETAPI IA TIDAK BISA MEMADAM SEJARAH
DAN MENGERINGKAN AIRMATA
BALU DAN ANAK KECIL YANG BELUM MENGENAL DUNIA
DAN PERAJURIT MEREKA YANG DI GANTI NYAWAMU

BIARLAH MEREKA ATAU SESIAPA SAHAJA
HELANG, SELADANG, SINGA, NAGA
MENGAUM DAN MENJERIT SELEWANYA
AZNAN, BERSEMADILAH KAU DENGAN AMAN
WALAUPUN PERJUANGANMU DIPERKECILKAN
BUKANLAH BERMAKNA PERGI MU SIA-SIA
TETAPI PERGIMU DIGALANG GANTI DENGAN 75 NYAWA

BERSEMADILAH ENGKAU DENGAN AMAN
KERANA GENERASIMU
AKAN DIHIDANGKAN DENGAN SEJARAH HAKIKI
DAN PERGIMU SEBAGAI PAHLAWAN SEJATI.



KARYA:

MEJ MOHD RADZI BIN ABD HAMID
TUGU RAMD, PORT DICKSON
MAC 2001

1 comment:

nur_emyinda12 said...

Tragedi yang sangat menyayat hati...Membaca puisi Tuan Pena Celoreng ini benar2 menyentuh hati saya.Jasa wira ini pasti akan terbalas jua...the unsung heroes with a heart of gold! Sanggup berkorban diri demi menyelamatkan nyawa yang lain. Bravo! Very well written Tuan.