Thursday, March 6, 2008

BAKARA MARKET II

SEJARAH CUBA DIPESONGKAN
LANGSUNG JAUH DARI LANDASAN KEBENARAN
HINGGA ADA WIRA YANG GUGUR
TIDAK DIKENANG NYAWANYA
MUNGKIN ADA SEDIKIT SIMPATI
DITUNJUKNYA WIRA SEBAGAI ‘DREBAR’
CUMA SIMPATINYA
MENAMBAH LAGI DUKA SEJARAH
MENYAYAT JIWA BALU DAN GENERASI YANG DITINGGALKAN

SEJARAH YANG SEMAKIN DIPESONGKAN
SEMAKIN TINGGI NILAINYA
MAMPU MENEMPELAK NAGA DAN SINGA
TANPA NYEDAR – SEMANGAT KITA SEMAKIN KUAT

WIRA-WIRA MEREKA YANG MENANG
DALAM BLACK HAWK DOWN
SEBENARNYA TEWAS DIMEDAN JUANG
SUDAH WAJIB SEJARAH MENCATATNYA

BIARLAH SEJARAH YANG SAMA BERULANG
DAN KITA BIARKAN SEJARAH YANG SAMA BERLAKU
TETAPI BERLAKU DISEBALIKNYA
BERLAKU SEPERTI YANG DIKEHENDAKINYA
DALAM BLACK HAWK DOWN

AYUH PAHLAWAN WATAN BANGSA
JANGAN LEKA DENGAN DONGENGAN MEREKA
MELAYAN PERKARA YANG TIDAK
BOLEH MENEBUS MARUAH
DAN MEMBAYAR HUTANG NYAWA

1 comment:

nur_emyinda12 said...

Very well written Tuan Pena Celoreng. Time and tide will decide...the nation needs to know the truth...the heroic acts of our unsung heroes!
May Allah swt be with all of you in your endeavours and your plight to victory.