Laman Pena Celoreng menumbuhi karya-karya oleh Mohd Radzi bin Abd Hamid. Sesetengah darinya telah disiarkan oleh akhbar dan makalah tempatan. Nimatilah karya-karya ini seadanya. email: radzi_hamid@yahoo.com
Sunday, August 30, 2009
KELAB DEKLAMATOR MALAYSIA
Tn/Pn, saya dan sahabat sedang merancang untuk menubuhkan KELAB DEKLAMATOR MALAYSIA (KDM) secara sah. Kita akan kumpulkan para deklamator di bawah satu bumbung. Banyak munafaat yang boleh diperoleh seperti menyebar luaskan maklumat aktiviti, memaparkan nombor kontak deklamator sebab penaja susah nak cari selama ini. Saya sedang berusaha, kita daftarkan secara sah. Bengkel pertama yang dirancang akan dianjurkan ialah BENGKEL PENGHAKIMAN PUISI. Apa macam berminat?
LEGA, PUISI AMBANG MERDEKA
Apabila dimaklumkan bahawa ambang merdeka peringkat negara tak jadi buat, aku lega sungguhhh. Lepas tu, sajak di kem pun tak jadi sebab ada kes H1N1. Ini mesti ada yang tak ambil vaksin sebab anggota dalam kem saya semua ambil vaksin H1N1. Acara ambang merdeka tu dibatalkan terus. Jadi saya pergi ke selangor dengan hati yang lega. Lokasinya saya tak pasti. Katanya dibuat di kawasan legar Kelana Jaya. Saya terfikir Tasik Kelana Jaya yang dah cantik sebelah dengan Pusat Latihan MAS. Saya pernah baca puisi di tasik tu dua kali.
Acara dirancang bermula jam 10 mlm. Saya bertolak dari rumah lebih awal. Lagipun dah biasa begitu, acara orang, kita kena hormat. Sejak dulu saya amalkan akan tiba di lokasi bagi apa-apa acarapun satu ke dua jam sebelum. Sekitar jam 5 ptg mcm tu dan sampai di lokasi acara lebih kurang jam 0630 ptg. Pergi merayap di pusat membeli belah dulu. Oleh kerana meja membuka puasa penganjur dah penuh, saya pergi kedai mamak je, nampak mcm kedai mamak tapi mok cik melayu yang jual. Silap saya juga sebab tak bagi tau nak datang awal. Lagipun
saya sekarang ni tak makan sangat. Nasi dah lama ditinggalkan, hampir 3 tahun. Mee goreng sepinggan dah cukup untuk saya.
Sekitar jam 930 mlm, saya pergi ke lokasi dan bertemu dengan Cik Amran (Raihan), dia jelaskan macam mana acara akan berlangsung. Sepatutnya saya baca satu sajak sahaja tetapi DJ IKIM tak jadi baca sajak, jadi saya kena balun dua sajak. Memang dah agak dari awal lagi. Acara bermula dengan tahlil ringkas di atas pentas bagi mengenang pejuang-pejuang kemerdekaan, kemudian satu lagu ketuhanan dari Kump Raihan, disusuli dengan sajak saya bertajuk Doa Keamanan (sajak ni pernah disiarkan dalam Berita Harian). Banyak juga Kump Nasyid seperti Rabani, Hijaz, Kump penyanyi dari Negara China, Razak, Akay dll. Mereka memang baik sungguh. Melihat kepada susunan acara, saya sangat tertarik kerana konsepnya jauh berubah. Ambang merdeka ini lebih kesyukuran kepada Tuhan dan keinsafan. Ramai adik-adik dari Rumah Anak Yatim yang datang. 3 minit sebelum laungan merdeka adalah sajak saya bertajuk 'Gema Laungan Merdeka' (Sajak ini pernah di baca oleh Fauziah Ghouse dalam acara Menjunjung Damai di Bukit Jalil). Bangga juga bila artis baca sajak kita sebab bukannya bagus sangat sajak kita. Bacaan terganggu sikit sebab nak kejar masa.
Habis sajak saya, kita laungkan merdeka tujuh kali, lagu Negaraku dan diakhiri dengan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Habis acara, kami dijamu khas. Saya duduk sebelah dengan Pengerusi Akhbar Sinar. Nak jadi cerita, kami sama-sama minat daging kambing. Masakan malam tu ala Arab, memang sedap sungguh. Tetamu yang lain elergi sepi dengan kambing, jadi kami berdua juga pantang tapi pantang jumpa. Habuan kami berdua je laaa.
Dalam perbualan dengan Kumpulan Raihan, mereka bagitahu bahawa minggu lepas ada buat persembahan di
kem saya. Saya diam jelahhh sebab saya yang bosssnya dan nak jemput Raihan. Tapi semasa acara tu berlangsung saya terpaksa tinggalkan kepada pembantu sebab kena jadi Ketua Pusat Peperiksaan Kenaikan Pangkat Pegawai Tentera di Bukit Tinggi. Jadi mereka tak kenal saya. Walaupun saya dibayar tidak seperti yang dicakapkan oleh sahabat baik saya, saya tidak berkecil hati. Saya sangat bersyukur sebab sekurang-kurangnya saya telah dihargai. Kalau tidak malam tu duduk kat rumah je. Bagi saya bayaran tu perkara yang tak ada dalam perkiraan sebab minat yang tinggi. Lagipun dah biasa sangat, sajak dalam acara tentera, tak di bayar. Kita yang kena bayar. Ada pendeklamator yang menetapkan harga shiling. Janganlah macam tuu. Sekurang-kurangnya kita menimba pengalaman.
Terima Kasih Pengalaman.
DOA KEAMANAN (telah disiarkan oleh Berita Harian)
(Karya: Mohd Radzi Abd Hamid)
DI CELAH REKAHAN SUSILA
DI LINDUNGAN BAYANG RUNTUHAN BUDAYA
DI SEBALIK KEBINGUNGAN BAHASA IBUNDA
KAMI MEMOHON SEBUAH KEAMANAN
BAGI BUMI MALAYSIA YANG TERCINTA
DOA KAMI MELEKAT DI BILAH SINAR MENTARI
MEMANJAT LANGIT KE ANGKASA RAYA
KURNIAILAH KAMI SEBUAH KEDAMAIAN YANG PANJANG
KURNIAILAH KAMI SEGENGGAM SEMANGAT
NESCAYA AKAN KAMI JAGA SEBAIKNYA
AKAN KAMI INDAHKAN RUANGNYA
AKAN KAMI BANGUNKAN KOTA DENGAN JAYA
AGAR BUMI INI TERPELIHARA DARI MALAPETAKA.
DI CELAH GEMA PEKIKAN MERDEKA
DEMI JASA DAN NYAWA PARA PEJUANG YANG TELAH DISANDARKAN
DOA KAMI BERSAMA LAUNGANNYA
TEGAKKAN SUSILA ANAK BANGSA
KUKUHKAN JATI DIRI GENERASI
AGAR MALAYSIA DAMAI SELAMANYA
AGAR KITA KENAL AKAN AKAR ASAL JADI
DI CELAH GEMA LAUNGAN MERDEKA
MARILAH
KITA PELIHARA PEMBERIAN YANG ADA
KERANA IA ADALAH ANUGERAH TUHAN YANG ESA
USAH KITA ASYIK BERPESTA DAN LEKA
NESCAYA BUMI INDAH INI AKAN GERHANA
JIKA KITA TERUS ALPA.
DI CELAH GEMA LAUNGAN MERDEKA
MARILAH KITA PERKUKUHKAN AZAM
MARILAH KITA MEMPERTAJAMKAN TEKAD
BUMI MALAYSIA PERLU DIJAGA
AGAR GENERASI SELEPASNYA
TIDAK HILANG PUNCA
HITAM KATA TINGGAL – TINGGALLAH HITAM
PUTIH KATA TINGGAL – BAHAGIA MENJELMA
MERDEKALAH KITA, NEGARAKU MALAYSIA
DARI KEKALUTAN DAN SENGKETA.
GEMA LAUNGAN MERDEKA
(Karya: Lt Kol Mohd Radzi Abd Hamid)
MALAYSIAKU
MERDEKA BUKANNYA PERCIKAN BUNGA API
YANG BERSERAK DI DADA LANGIT
YANG SIRNANYA MENJADI GEGAK DEK SORAK
MERDEKA BUKANNYA SETAKAT PEKIKAN ‘MERDEKA’
YANG DILAUNGKAN KETIKAN JAM BERDETIK DI KEPALA
KEMUDIAN KITA BERDANSA BERPESTA PENUH ALPA
MALAYSIAKU
MERDEKA ADALAH BUMI BERTUAH
YANG DIANUGERAHKAN TUHAN KEPADA KITA
UNTUK DIBAJA DIJAGA SEBIJAKNYA
MERDEKA KITA TELAH DIDIRIKAN DENGAN DARAH DAN NYAWA PARA PERWIRA
MERDEKA KITA TELAH DIBANGUNKAN DENGAN AKAL BIJAKSANA PARA PEMIMPIN
MERDEKA INI ADALAH SEBUAH KEBEBASAN YANG DIWARISKAN PENUH RAHSIA
RAHSIA DALAM SEJUTA RAHSIA YANG MINTA DIBONGKAR
MERDEKA ADALAH KITA DAN GENERASI YANG AKAN DATANG
YANG MENDUKUNG WAWASAN NEGARA
YANG HARUS MENJADI BIJAKSANA
UNTUK MENGISI KEMERDEKAAN YANG DIWARISKAN
MALAYSIAKU
KEMERDEKAAN HARI INI ADALAH CERITA KITA
YANG PERCAYA KEPADA TUHAN
MERDEKA ADALAH KITA YANG SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA
BERDIRI TEGAP BERSAMA BARISAN PERJUANG
MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN DARI ANASIR DURJANA
MERDEKA ADALAH KITA YANG MENGIKAT KELUHURAN PERLEMBAGAAN DI DADANYA
ADALAH KITA YANG MENGHORMATI KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
MERDEKA ADALAH KITA, BANGSA MALAYSIA YANG MENUNJANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
UNTUK MENJADI GEMILANG, CEMERLANG DAN TERBILANG
MALAYSIAKU
LAUNGKANLAH MERDEKA DENGAN PENUH RASA RENDAH DIRI,
BERSYUKUR KEPADA TUHAN
DAN MELANGKAH GAGAH KE MERCU JAYA.
Saturday, August 29, 2009
DILEMA PENDEKLAMATOR
Memang sangat dilema. Ini merujuk kepada jemputan-jemputan membaca puisi di beberapa lokasi dalam masa yang sama khususnya malam merdeka, mlm ni. Ada sahabat baik pun minta tolong deklamasi di kawasan dia (ADUN), siap nak bagi hotel dan nak hantar kereta ambil. Kita dah bagi nombor tepon kawan-kawan yang lain tapi tak mahu juga. Itu yang susah betul. Sebenarnya saya cuba menolak dengan baik dan tak nak terikat dengan mana-mana acara sebab bimbang di jemput di peringkat negara semasa sambutan kemerdekaan. Sampai tiga hari lepas, peringkat negara tak ada buat panggilan, jadi saya pun buat komitmen dengan Kumpulan Raihan sebab sahabat yang tersangat baik minta tolong sangat-sangat. Acaranya malam ni di Selangor. Dah bayar pun, duitnya pun dah saya selesaikan. Ramai juga yang dijemput, ada Rabani, DJ IKIM, Akay dan beberapa artis lagi. Tup tup tup, peringkat negara plak calllll. Tu yang leceh sangat niii. Memang nak sangat baca sajak tu sebab jarang dapat peluang keemasan macam tu tapiiiiii....... Duit yang dah selesai tu macam mana? Kata orang tua-tua menjadi pegangan "manusia berpegang pada janji, binatang berpegang pada talinya". Saya terpaksa menepis, tak tahulah apa jadi. Katanya nak cakap (mengadulah tu) dengan bos saya plak. Susahlah saya macam tuuu sebab saya ni nak kena ikut arahan. Prinsip tu, prinsip juga.
Dilema ni jadi lebih rumit, bila bos saya sendiri cakap, siap bersemuka lagi, suruh saya baca puisi semasa 'countdown' di kem. Haru biru saya. Bagilah penjelasan apapun, mana bos nak layan. Dah puas saya 'explain', dia tetap kata "kaulah juga yang baca". Peninglaaa. Kalau artis, mereka ikut siapa yang bayar mahal. Dalam tentera, mungkin tn/pn tak pernah tahu; saya dah beribu kali baca puisi dalam acara tentera. Dari acara paling besar melibatkan SPB YDP Agong, melibatkan DYM Sultan dan macam-macam Pak Menteri, mana pernah dibayar. Satu sen pun tak dapat. Nama kitapun tak disebutnya. Yang kena bayar ialah kitalah, nak bayar tol, nak bayar duit minyak, duit makanpun duit sendiri. Dah tu siap kena marahhh lagi. Tapi itulah yang dikatakan 'TENTERA', mesti patuh dan taat pada arahan.
Memang aku dilema. Malam ni, aku baca di Selangor dulu, harap-harap sempat lari balik ke kem. Ya, Tuhan selamatkan hambamu. Amin
WAJAH-WAJAH SAYEMBARA

Betul juga seperti yang diulas oleh Fairuzan, tahun ni memang tak ada kemesraan antara peserta. Yang otai tu memang dah lama kenal. Gambar pun tak ada. Ni aku sertakan gambar yang ada dalam simpanan aku. Tu pun tak semua. Sapa yang ada bolehlah kongsi. tk
PERISTIWA DI JABBAL RAHMAH
Seperti yang saya janjikan dalam artikel terdahulu perihal dua kisah unik dan anih semasa berada di tanah haram. Saya berkongsi cerita ini, bukanlah bertujuan untuk mendedahkan keburukan sahabat tetapi ingin menjadikan kisah ini sebagai satu pedoman dan renungan kita bersama sempena Ramadan al-mubarak ini. Insyaallah.
Semasa di tanah haram, kami ada melakukan lawatan ke Jabbal Rahmah iaitu bukit kekasih. Di sinilah Nabi Allah Adam dan Hawa bertemu semula selepas diturunkan kebumi. Kisah ini difirman kan Allah S.W.T di dalam Surah Al-A'raf. Mengikut huraian ulama dan ada yang mengatakan ia sebagai kisah 'israel liat', setelah Nabi Allah Adam di keluarkan dari syurga kerana melanggar larangan Allah, baginda dan hawa dikeluarkan dari syurga tetapi masih di atas langit. Setelah sekian lama, baginda memohon supaya diberi satu tempat untuk memulakan penghidupan. Maka ia diturunkan ke bumi yang ketika itu belum berpenghuni. Nabi Adam dikatakan diturunkan di benua India. Manakala Hawa diturunkan di sempadan Yaman. Saya telahpun berkunjung ke lokasi yang dikatakan Nabi Adam diturunkan di India dan saya mendapati cerita israel liat ini ada logiknya. Ini kerana di kawasan ini tumbuhnya banyak pohon-pohon dari syurga dan dua spesis binatang yang dikatakan diturunkan bersama Adam terlalu banyak di sini. Kawasan ini terkenal dengan produk minyak dan kayu wangi yang dibuat dari pohon-pohon syurga yang tinggi menjulang. Ia tumbuh hasil daun-daun kayu yang diambil Adam untuk menutup dirinya. (Insyallah diruang yang lain saya boleh menceritakan kisah ini dengan panjang lebar bersama petikan surah, jika tn/pn berminat nak tahu)
Kita kembali pada cerita Jabbal Rahmah. Oleh kerana ia adalah lokasi pertemuan Adam dengan kekasihnya Hawa, maka ia juga dikenali sebagai bukit kekasih. Terkenal sebagai lokasi untuk berdoa bagi yang susah bertemu jodoh, bagi yang ingin memohon dipanjangkan jodoh, dikukuhkan rasa kasih dan sayang. Oleh kerana bukit itu agak tinggi, maka dalam kumpulan kami yang ramai orang tua, hanya saya dan sepasang suami isteri (haji dan hajjah) yang mendaki bukit tersebut. Saya pun naik, sembahyang sunat diatasnya dan berdoa (difahamkan sekarang dah tak ada ruang untuk sembahyang kerana penuh dengan peniaga). Ramai juga kawan-kawan yang kirimkan doa untuk cepat bertemu jodoh termasuk kakak saya yang telah hampir 6 tahun menjadi ibu tunggal yang mana abang ipar saya yang terbaik meninggal dunia semasa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai bekerja. Beliau dilanggar oleh seorang pemuda cina yang mabuk ketika memandu kereta 'sport'. Saya juga berdoa buat diri saya dan buah hati saya. 'Kalau memang disuratkan ia adalah hak saya, mohon dirapatkan segera; kalau ia bukan hak saya, mohon dijauhkan dan ditemukan ia dengan siempunyanya, Amin'. Begitulah lebih kurang isi kandungan antara banyak-banyak doa saya.
Saya dapati haji tadi tidak berdoa, beliau asyik dan sibuk mengambil gambar. Hajjah yang duduk disebelah saya berdoa sampai menangis-nangis hingga situasi itu menggugat emosi saya. Saya dan hajjah menyelesaikan doa dan turun ke bawah kerana jemaah yang lain sedang tunggu dalam bas. Tn haji dah jauh di hadapan. Mereka sekitar umur dekat 50an gitu. Dalam perjalanan menuruni Jabbal Rahmah, saya bertanyakan apakah yang dihajati oleh hajjah sehingga begitu sekali doanya. hajjah menjawab begini:
"Saya hanya ada satu sahaja doa, saya mohon supaya tn haji ceraikan saya dengan segera"
Nauzubillahh, saya terkejut dan tiba-tiba air mata menitis tanpa dapat diseka lagi. Saya rasa menangis kategori ini adalah kategori baru. Selalunya orang menangis bila dalam kesakitan, kesedihan, dan kegembiraan sahaja. Tapi saya tidak sedih, tidak sakit dan tidak juga gembira. Saya terkejut, terkejutpun boleh buat kita menangis.
Sehingga hari ini saya tidak boleh melupakan detik itu. Sekembali dibilik, saya sedikit sugul dan disedari oleh rakan sebilik dan ditanya oleh beliau. Saya katakan, kemudianlah saya akan kongsi cerita ini iaitu selepas meninggalkan tanah haram. Saya tak pasti sama ada mereka masih bersama atau telah berpisah.
Maafkan saya.
Friday, August 28, 2009
GAMBAR BESAR DAN CANTIK DALAM KOSMO
Bos: "Wah hencem gambar dalam kosmo"
Saya: "He he he, takkan Tan Sri baru tau saya hencem?"
Bos: Dia tak cakap apa pun hanya senyum jeee.
Memang teruja sangat sebab gambar saya satu page besar lagi. Lepas tu ada lagi gambar di page selepasnya. Kalau nak beli satu page tu harganya RM 40,000.00. Banyak tu!. mana nak cari duit. Sampai saat ini saya rasa seronok sangat sebab beberapa perkara. Pertamanya gambar besar dan jelas, kedua: kali pertama sajak kebangsaan dapat gambar besar macam tu (sebelum ni ciput jeee, ada yang tak siarkan langsung pun ada) dan akhir sekali orang kampung saya mesti kecoh punya. Maklumlah orang kampung macam saya ni, ulu pula tu. Dah ulu, banat (lebih jauh dari ulu. Dah dekat dgn hutan atau dikelilingi hutan) lagi pula. Kampung saya nun jauh di utara teramat ulu. Bidalan 'tempat jin bertendang' pun tidak upaya memberi pembayangnya kerana jin pun tak nak datang bertendang di kampung saya. Di kampung saya, anak jiran masuk JAWI pun, (bersunat la. Orang utara sebut masuk JAWI) kami dah gembira satu kampung, buat kenduri sejak dari petang hinggalah darah tak meleleh lagi, baru selesai kenduri. Kenduri masuk jawi pun sampai sembelih lembu, kambing dan macam-macam lagi. Kukuh dalam ingatan saya, semasa saya masuk jawi dulu, dari petang hingga ke malam kami berkenduri. Pada sebelah malamnya ada main gendang silat dan bersilat lagi. Malam tu menunya taklah special sangat hanya gulai nenas dan ikan talang kering, ulam (jering, genuak, pucuk stan dan jambak) dan cabai melaka (sambal belacan la ni). Esuk paginya kami 13 orang kanak-kanak bertuah berendam dalam charok (sungai kecil yang sejuk airnya dimana diatasnya ada hutan kelubi) sejak lepas subuh lagi. Ada lintah tapi anak kampung macam kami, lintah pun takut. Kalau dapat, kami akan lawan tarik lintah, sapa yang paling panjang. Selepas itu, anak-anak muda akan ambil kami dan tanggung atas bahu dan dibawa ke rumah Pak Lang Shad (orang paling tua di kampung, dah lama meninggal). Di halaman rumah, ramai anak-anak gadis berbaris memegang bunga manggar sambil bernashid. Kompang tak ada, memang dikampung saya tak ada langsung kompang. Kami cuma ada gendang silat, gong dan serunai. Kami didudukan di atas rumah dan diberi sepiak pinang. Lepas tu ikut giliranlah untuk 'selamat tinggal pucong'. Mudimnya bernama Tok Mudim Hasan, kerjaya tetapnyanya sebagai pemandu teksi; mudim hanya kerjaya semasa cuti sekolah. Part pertama yang paling takut ialah mengenangkan ada kes mudim terpotong kepala sekali. Part kedua yang paling ngering ialah jika kita punya senjata tu, dia jadi cina buta. Ini kes serius sebab Tok Mudim terpaksa sepit pucong dan di belah empat dengan gunting. Semasa berendam pagi tadi, kami dah pakat-pakat cek, sapa yang senjatanya jadi cina buta. Saya punya ok. Saya masih ingat semasa didudukkan di atas batang pisang, dia berbual dengan saya. Katanya, tak sakit ni, macam gigit semut jeee sambil ayah saya menggilas tangan ke atas. Pucung disepit dengan sepit buluh (macam kita buat panggang iakn tu). Lepas sepit terus dipotong. Tapi bila kena potong, mak Oiiiiiiii, Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya. Sumpah! memang sakit sangat, sangat. Kalau nak kena masuk jawi sekali lagi, memang aku cabut. Mana ada bius, bius kami adalah kesejukan air charok tadi. Lepas dia potong, serpihan pocong tu di cucuk ke dalam batang pisang tersebut. Mudim kampung membalut luka senjata kami hanya dengan daun pisang, kemudiannya di atasnya dilapisi dengan kain pembalut luka. Daun pisang ni akan melekat sekitar 5 ke 6 hari gitu. Kami berbaring secara berbaris di ruang tamu rumah. Kain pelikat diikat dengan tali dan diikat pada satu dawai yang diikat pada alang rumah. Lepas, tu orang ramai pakat dok datang selak kain tengok. Dua tiga hari duduk berbaring je kat rumah Pak Lang Shad. Dua tiga hari jugalah orang dok selak kain. Memang tak sensor habis. Antara komen wajibnya ialah "Oooooo, yang ni dah kering", "Oooo yang tu masih meleleh darah lagi". Menu pula hanyalah nasi putih dengan ikan talang kering, lebih kurang macam menu pompuan dalam pantang. Anak-anak gadis hanya dapat melihat dari hujung halaman rumah je. Mereka berjengket-jengket, melompat-lompat sebab ruang tingkap yang terbuka tu tinggi juga, tolok menolak, sakat menyakat bagi yang ada rasa dia suka pada seseorang. Masa tu saya di kampung, tak ada orang yang sukapun. Dari sinilah asal usul wujudnya lagu 'pucung-pucung' yang dikenali sekarang sebagai 'poco-poco' (nanti di ruang yang lain saya akan cerita sejarah lagu ini).
Lepas tiga hari gitu, saya di gendong ayah bawa balik ke rumah. Jangan minum banyak air, nanti temoloknya besar (pesan orang tua). Lepas dua tiga hari, barulah kita mula mencuba untuk membuka balutan daun pisang tersebut. Kalau tak melekat, bersyukurlahhh. Kalau melekat kat luka atau hujung kain pembalutpun tumpang nak lekat sama. Tu yang duduk di jemuran sehari suntuk sambil meraung. Nak kena titik air rendaman daun bunga raya (hisbiscus disebut orang KL) di bahagian yang melekat tadi. Maka berlakulah part cuba mencuba. Titik air, cuba buka dan tarik, titik lagi dan cuba lagi. Seingat saya, saya punya melekat sikit je. Saya dimaklumkan bahawa sahabat saya iaitu Rejab (sekarang berniaga kedai makan di hadapan stesyen komuter Sentul), dia punya sampai kain pembalut melekat kat dalam. Berdarah semula. Ngeri dibuatnyaaaa.
Kalau masuk JAWI pun, masyarakat dikampung saya berkenduri besar, heboh dan kami yang di jantan'kan jadi glamour habis. Bayangkanlah anak kampung mereka masuk surat khabar, gerenti ada dua tiga orang mak cik di kampung saya akan histeria. Gerenti dalam sebulan ni, sama ada di dangau simpang tiga (tempat orang kampung berehat pada waktu petang), di kepala titi (tempat anak-anak muda lepak), di retak (macam titi), di tangga surau, di kedai beli sekerap tepi kubur, di lorong ke kebun getah, ketika berselisih semasa menoreh, lepas moreh; inilah isu yang akan di perbualkan. Nak jadi cerita pula, kalau dalam tempoh ini ada kenduri kendara berbuka puasa, inilah isu utama dan satu-satunya isu yang akan diperbualkan. Nak buat macam mana, masyarakat kampung saya ulu banat ni, memang dah begitu budaya kami. Kalau susah, sama-sama susah, kalau syiok, semua pakat tumpang syiok. RM 5,000.00 bagi kami di kampung seperti 5 ke 6 juta. Rasa macam tak tau nak kira. Tak boleh nak bayang banyak mana duit lima ribu tu kalau dikumpulkan sekali sebab di kampung saya semasa harga getah naik, duit tunai 2 ke 3 ratus pun dah terlalu banyak. Banyak sangat dahhh. Sebab tu dikampung saya, kalau kenduri kawin, sampai hari ni ada orang bagi sehinggit, ada yang bagi tiga biji kelapa (belum kopek dan mungkin ada yang dah bertunas), ada yang bawa ayam seekor, ada yang bagi telor ayam, ada yang bagi beras se si'a (macam tupperware gitu). Kalau tn/pn baca novel Seluang Menodak Baung karya SN Dato' Shahnon Ahmad, kampung saya lebih susah lagi dari Kampung Banggul Derdap. Kampung Banggul Derdap tak jauh dari jalanraya dan hanya lebih kurang 3 ke 4 batu je dari Pekan Sik. Kampung saya lagi jauh ke dalam, lebih 10 batu jaraknya dari Pekan Sik.
Adik saya kata, kaum kerabat saya pada petang itu berkumpul semua (adik, abang, kakak dan semua anak sedara) berbuka puasa di rumah ayahanda. Pakat-pakat dok tengok dan belek gambar kosmo tu. Kosmo di Pekan Sik hari tu, sebelum bang zohor dah habis. Ini adalah sms yang adik saya kirim selepas berbuka puasa pada hari tu;
"Kami dok belek gambaq abg ni, khatam 3x dah.. tahniah gambaq besaq.pak bangga la, kami ramai ni 4 hidang. mak buat pulut udg, tpg talam. b.pozi, k.mah ada.."
Begitulah suasana dalam keluarga saya. Keluarga orang susah macam tu lahh. Di kampung saya semua orang susah, jadi oleh sebab semuanya hampir sama, jadi tak ada siapapun yang rasa mereka susah. Tak ada orang kaya. Semasa ayahanda saya dapat basikal 'Raleigh', kami dianggap orang kaya sebab keluarga yang pertama ada basikal di kampung. Berduyun orang kampung pakat datang ke rumah nak tenguk menatang basikal ni. Hebat sungguh basikal tu. Maklumlah kami di kampung bukan setakat tak mampu nak beli basikal, nak sebut perkataan BASIKAL pun kami tak pandai sebab kami panggil 'KHERHEK'. Ayahanda sayapun tak pernah bermimpi untuk membeli basikal. Dia tak belipun, basikal tu kami dapat dari cabutan bertuah semasa pergi tenguk 'London Sarkas' yang datang 5 tahun sekali ke Pekan Sik melakukan pertunjukkan. Bayaran masuk hanyalah $1.00 (dewasa) dan $0.50 (kanak-kanak). Kami kena jual buah genuak dan cempedak bagi membiayai tiket tersebut. Hasilnya ayah saya dapat basikal cabutan bertuah. Basikal tersebut di letakkan dalam rumah hampir dua bulan, tak naikpun sebab sayang sangat.
Oleh sebab di kampung tidak ada hiburan, maka berita-berita atau peristiwa-peristiwa yang berlaku adalah satu hiburan. Berita sekecil kumanpun amat menghiburkan seperti ternampak haruan besar di laha (satu tasik di tengah sawah). Ramailah orang kampung yang datang ke laha sambil membawa serampang atau tiruk (serampang macam tombak tapi ia mempunyai banyak mata tajam yang dibuat dari besi kecil. Manakala tiruk pula hanya mempunyai satu mata besi sahaja dan kayu pemegang yang panjang), kot-kot haruan itu timbul lagi. Kalau tenguk rancangan Bersamamu dalam TV, bagi kami dikampung, it's nothing sebab di kampung ramai lagi yang lebih susah dari yang ada dalam rancangan tu.
Keluarga saya memang cam tu. Riuh-rendah, tak pernah sekalipun berkelahi. Seronok dan susah sama-sama kami tanggung. Menu tadi tu, pulut udang tu pulut panggang laaa. Di kedah kami panggil pulut udang (tak ada udangpun, hanya inti kelapa cili sahaja). Pulut udang dengan cucur udang tak sama k. Bayangkanlah jumlah ahli keluarga cukup satu tim bola sepak. Meriahhhhkan!.
p/s (1) pagi tadi saya ada terima sms dari Alida Yunus (Johan di Johor). Dia kata "Kesian kt psrta yg dpt no 2 n 3, tk ditulis pun nama diorg..". Betul jugakan. Tapi dia tak sebutpun bahawa nama dia ada ditulis. Ini kerja orang media. Isu yang ditulis bukan pasal sayembara puisi tapi pasal 'kecanduan puisi patriotik'.
p/s (2) Dalam Utusan Malaysia hari, Menteri Dato ...............kata rakyat Malaysia tak ada semangat patriotik, tak ada semangat kemerdekaan. Elehhhh! dia lagi tak ada semangat. Buktinya, dia memilih untuk pergi tenguk 'Pilih Kasih' dari menyaksikan Sayembara Puisi Kemerdekaan. Dia memilih untuk memberi siaran langsung kepada 'Pilih Kasih'. Patriotik ke?

Alhamdulillah
Seusai subuh pagi tadi, ADC Dato’ telefon.
ADC: “Assalamualikum Tuan, Tuan dah tengok kosmo pagi ni?”
Saya: “Belum”.
ADC: “Gambar Tuan ada dalam kosmo. Tuan dah Tahu ke”?
Saya: “Tahu, kosmo bagi tau semalam. Terima kasih lah”.
Saya tak terkejut sangat sebab semalam Kosmo ada maklumkan. Dalam perjalanan ke pejabat singgah di tepi jalan nak cari kosmo, kedai surat khabar belum buka tapi surat khabar dah ada kat depan kedai dan masih berikat lagi. SMS banyak masuk dan maklumkan isu yang sama. Cari kedai lain, jumpa Aci jual surat khabar tepi jalan. Saya beli dua kosmo, bagi pada pemandu satu salinan.
(Dalam masa yang sama saya terima SMS dari C/Inps Mohamad Mahat maklumkan tentang maklumat yang diperlukan. Dia belum tau gambar dalam Kosmo. Saya jawab sms dia dan maklumkan)
Selepas membuka kosmo, barulah saya TERKEJUT. Makkkk oiiiii! Besaunya gambar aku. Tak sangka langsung gambar sebesar tu. Satu muka surat plak tu. Ni, kes kena masuk frame. Sapa yang tak sukakan. Saya teramatlah suka dan teruja dan senyum jeeee. Maklumlah orang macam kita ni, mana ada peluang muka nak masuk surat khabar. Bila macam ni mestilah kita suka. Semua orang boleh tengok. Sahabat baru, sahabat lama, sedara mara, kakitangan pejabat dan banyak pihak lagi. Terima kasihlah sangat-sangat kepada Kosmo kerana mengangkat martabat puisi khususnya kuarkan gambar saya. Penulisnya iaitu Tengku Khalidah, merupakan bekas Juara Pertandingan NONA sekitar tahun 2005 gitu. Beliau juga seorang pendeklamator yang hebat, bersuara singa, dan pernah menyertai Sayembara Puisi Kebangsaan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1990 dan 1994.
Setakat ini berita pasal sayembara tu dah acap kali kuar kat TV dan dikatakan akan disiarkan pada 1 Sep 2009 jam 0830 malam (saya dimaklumkan begitu). Dalam media bertulis pula, Utusan dan kosmo telah keluarkan. Saya tak pasti sama ada Berita Harian dah siarkan. Sepatutnya Berita Harian yang siarkan lebih banyak sebab dia merupakan media yang menyokong seni puisi sejak dulu. Yang memeranjatkan saya ialah UTUSAN BORNEO pun siarkan sehari selepas pertandingan. Member kat sabah, postkan surat khabar tersebut. Siap tulis nama penuh lagi. Utusan borneo punya ‘write-up’, sikitpun tak salah, umur pun tepat.
Sampai je kat pejabat, terus masuk pej bos sebab jam 0800 pagi kami ada mesyuarat. Saya nak kena ‘brief’ pasal mesyuarat tu. SMS banyak masuk tak sempat nak balas. Telefon berdering. Masa masuk pejabat bos, dia tengah baca Kosmo. Mungkin ADC bagi kat dia. Pejabat bos saya memang melanggan KOSMO. Dalam perjalanan ke Bilek Mesyuarat, kenalan lama dari Kg Permatai Rambai iaitu Tn Hj Che Leh, telefon. Dia terkejut dan ucap tahniah. Lama juga kami bersembang sebab kawan lama dah lama juga tak jumpa.
Hj Che Leh: “Assalamualaikum Kol, tahniah la”.
Saya: “Errrr terima kasih, terima kasih, nasib saya baik tahun ni (otak tengah fikir sapa yang telefon sebab nombor tak dikenali)”.
Hj Che Leh: “Bagus lah Kol menang sebab sepatutnya masa kat .......... dengan di ...........tu, Kol dah menang. Saya tahu dia orang pusing”
Saya: “ He he he, tak pa lahhh. Kita terima je lahh”
Semasa sayembara dikendalikan oleh GAPENA, dia selalu datang bersama-sama memeriahkan acara. Tu lahhh dia. ‘Part’ patut dah menang dulu tu dah banyak kali saya dengar dan dari mulut pengadil sendiri sehingga dia menarik diri untuk jadi pengadil lagi sebab melanggar prinsip (menurut kata dia). Sepatutnya saya dah menang dua kali tetapi sebab nak menangkan orang lain, maka nilai-nilai tertentu diubah. Mungkin nasib saya tak ada masa tu dan tahun ni akhirnya, saya dapat juga serta pengalaman yang banyak dan sesuai dengan sajak TERIMA KASIH PENGALAMAN. Memang saya bertekad untuk memberi satu persembahan yang terbaik dan mantap supaya pengadil tersepit dan tidak mempunyai pilihan lain.
Apapun, kawan-kawan juga banyak menolong. Banyakkkk. Maka banyak pendapat dan komen tu saya jadikan seperti yang disebut dalam puisi Terima Kasih Pengalaman iaitu
KERUH YANG DITAMPI DAN KELABU YANG DISISIR
(Maksudnya: Yang baik jadikan teladan, Yang buruk jadikan sempadan)

Friday, August 21, 2009
HIKMAH HAJARATUL ASWAD
Kalau saya cerita bab ni, tn/pn mesti geleng kepala punya. Betapa saya berusaha dan nak sangat menang sebab dah letih nak layan golek-menggolek sayembara puisi kebangsaan. Semalam ada sahabat yang telefon dan maklumkan bahawa dia mungkin tak akan masuk lagi sebab dah rasa tua sangat. Saya katakan padanya, sayapun macam tu pada setiap tahun sebelum menang. Setiap tahun saya katakan, ini adalah tahun terakhir dan ingin bersara. Tapi bila tiba musim sayembara, semangatnya jadi lain, naik sheikh plakkk. Masuk lagi tak menang lagi. Jadi jangan putus asa sebab hanya 5 orang sahaja bekas-
bekas johan sayembara yang pertama kali masuk dan menang. Yang lainnya ada yang 10 kali, 11 kali, 5 kali, 7 kali, 4 kali barulah menang. Kita ni baru dua tiga kali, dah tu tak ada kroni plak. Setakat ini otai yang paling lama ialah Pn Suliha. Beliau menyertainya sejak dari sayembara yang pertama pada tahun 1987. Banyak juga negeri yang diwakilinya kerana berdasarkan lokasi dia bekerja. Mengikut data saya, dia dah 16 kali menyertai sayembara. Manakala otai kedua ialah sdr Azmi Perak, lebih otai dari saya. Dia dah 11 kali.
Ini bab hikmah batu Hajaratul Aswad di Kota Kaabah. Semasa berkunjung ke sana baru-baru ni, saya menginap sebilik dengan bekas Timb MB Pahang. Dia nasihatkan saya pergi cium dan jilat hajaratul aswad dengan niat untuk memiliki suara yang baik dan menang sajak. Pada mulanya saya katakan, tak mungkin sebab berjuta manusia yang mengelilingi hajaratul aswad dan saya tak sanggup menolak orang lain, walaupun ada banyak tenaga. Dia kata pada saya, jangan niat macam tu. "Kau pergi je tawaf dan berniat nak cium hajaratul aswad dari hotel lagi, Insyaallah akan ada ruangnya". Sebelum subuh esoknya, saya bertolak ke miqat dengan niat yang begitu. Selesai subuh di miqat saya terus bergerak ke Haram seorang diri dan melaksanakan tawaf. Magik, setiap pusingan tawaf saya dapat menghampiri hajaratul aswad dan dapat mencium dan menjilatnya dengan mudah dan agak lama. Tidak adapun penjaga arab yang nak tarik saya keluar kerana saya merasakan sangat lama disitu dan perlu berundur bagi peluang jemaah lain. Bayangkanlah Tuhan membuka ruang kepada saya sebanyak lima kali menghampiri hajaratul aswad dengan sangat mudah iaitu ketika jemaah arab sedang bertolak, saya yang kecil tubuh dikurniakan lorong untuk mencelah. Sebanyak lima kali dalam tempoh yang sangat lama. Seusai bertawaf dan solat sunat di makam Ismail, saya menangis teresak-esak. Sujud syukur kepada Allah S.W.T. Selepas bertahlul, saya membeli Al-Quran dan bersedekah pada Masjidil Haram termasuk bahagian yang Tengku Khalidah Tengku Bidin titipkan. Dia berikan kepada saya sejumlah wang tunai yang agak banyak untuk dsedekah di Mekah. Saya pun tak tahu bahawa di Masjidilharam atau Masjid Nabawi tidak ada tabung sedekah wang. Apa yang jemaah lakukan ialah membeli Al-Quran dan penjual akan 'cop' tanda sedekah dan Al-Quran tersebut diletakkan di para dalam masjid. Jadi wang sedekah Tengku Khalidah telah saya belikan Al-Quran dan sedekah kepada Masjidilharam. Terima kasih kepada jemaah lain yang membantu saya sebab banyak juga naskahnya (tak kenalpun jemaah yang menolong, rasa macam malaikat je). Semoga Allah S.W.T memakbulkan apa yang Tengku Khalidah hajati. Amin.
'Part' saya antara hajaratul aswad dan suara telah selesai. Saya kongsi kisah peluang menghampiri hajaratul aswad pada rakan sebilik iaitu bekas Timb MB Pahang (Dato'), dia pula yang menangis teresak-esak sampai terduduk kat lantai. Kami sama-sama menginsafi diri.
InsyaAllah saya akan berkongsi dua cerita pelik yang sampai saat ini saya masih termanggu. Dan mungkin boleh menjadi panduan bagi kita yang akan ke Mekah. Terima kasih.

Wednesday, August 19, 2009
SATU PERJALANAN YANG SANGAT PANJANG
SANGAT JAUH DAN SANGAT BERGERIGIS
Selepas dinobatkan sebagai juara; banyaklah pihak yang menjemput untuk membaca sajak di dalam majlis mereka. Saya sangat menghargai dan berterima kasih atas jemputan tuan/puan. Semalam sahaja ada tiga jemputan untuk membaca sajak dalam majlis makan malam sempena ketibaan Ramadan, Majlis Meraikan Perpisahan bos dll. Saya dengan rendah diri memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi ke semua jemputan kerana dalam masa yang sama saya pun tersangat sibuk dengan kerja-kerja di pejabat. Saya berdoa dan berharap pihak yang menjemput saya telah menjemput rakan-rakan seperjuangan saya yang mana nombor kontak mereka telah saya berikan. Bagi jemputan yang terlalu jauh seperti di Melaka, Perak dan negeri Kedah ku maju 2010, bukan saya tak sudi tetapi saya mempunyai ramai rakan penyajak yang hebat di negeri-negeri berkenaan. Rasanya sangat sesuai jika mereka yang diundang, bukannya saya. Bukannya saya nak menolak 'duit raya; tetapi itulah hakikatnya. Di samping terlalu sibuk dengan kerja, saya juga mohon mengizinkan saya untuk menghormati rakan-rakan saya di sana.

Dalam masa yang sama, ramai sahabat yang bertanya termasuk wartawan bertanya, bagaimana saya boleh berkecimpung dalam sajak? sejak bila saya berkecimpung? macam mana pegawai tentera boleh berminat dengan sajak? banyak la plak tanyaaa? Sebenarnya saya pun tidak pasti sejak bila ia bermula (tarikh sebenar). Semasa di sekolah rendah, saya langsung tidak berbakat. Saya tidak menyertai apa-apapun aktiviti seni di sekolah. Saya hanya menyertai pasukan pengakap. Itupun hanya sehingga mendapat lencana keris perak. Dalam aktiviti pengakappun saya tidak menyerlah bahkan sangat takut jika disuruh membuat persembahan. Berkaitan akademik di sekolah rendah, malu lah nak citeee. Saya taklah pandai dan taklah tersangat tak cerdik sebab sekiranya dalam kelas saya ada 37 orang pelajar, dalam peperiksaan saya akan sentiasa berada dalam kedudukan ini iaitu sama ada no 35 atau 36. Tetapi sekalipun tak pernah dapat nombor 'last' atau 37. Itulah yang saya katakan tadi, saya taklah tersangat tak cerdik sebab ada orang lebih teruk dari saya.
Penglibatan dalam acara seni bermula semasa di sekolah menengah, SMS Kedah. Sebenarnya saya bermula dengan pidato, kemudian cik gu sastera sekolah iaitu Cik Gu Salim bin Ramli memasukkan saya ke dalam tim Bahas Sekolah. Agak lama dalam tim bahas, kami bertanding di banyak tempat. Memandangkan saya datang dari asas pidato, maka dalam setiap pertandingan bahas, sentiasa dinobatkan sebagai pemidato terbaik. Seingat saya sekitar tahun 1981 atau 1982 gi tu, saya mula bersajak. Antara sajak yang pernah saya baca ialah 'PONDOK DI TEPI LOMBONG' karya Ahmad Sarju. Cikgu Salim bin Ramli juga yang menyarankan saya menyertainya dan
muncul sebagai Johan pada tahun 1983 dengan sajak 'AKU' karya usman awang. Sekitar tempoh itu juga, sebanyak 4 kali sajak karya saya disiarkan dalam majalah pelajar. Masa tu, memang glamour habisss you. Bayangkanlah sajak saya tersiar dalam majalah pelajar, kemudian cikgu sastera gunting dan tampal di papan kenyataan. Banyak pelajar pompuan yang cuba nek kenen.
muncul sebagai Johan pada tahun 1983 dengan sajak 'AKU' karya usman awang. Sekitar tempoh itu juga, sebanyak 4 kali sajak karya saya disiarkan dalam majalah pelajar. Masa tu, memang glamour habisss you. Bayangkanlah sajak saya tersiar dalam majalah pelajar, kemudian cikgu sastera gunting dan tampal di papan kenyataan. Banyak pelajar pompuan yang cuba nek kenen. Ini gambar ketika saya menjadi johan Deklamasi Puisi sempena Hari Bahasa dan Sastera Sekolah. Sebaik sahaja tamat persekolah (sebenarnya tak tamatpun sebab semasa dalam 'lower six', saya dapat tawaran ke Royal Military College, Iron River). Jadi terus cabut. Seingat saya, dalam tempoh itu, sekitar tahun 1984 ke 1986, saya ada membaca sajak karya Thazali Mohd Elah (Johan Kebangsaan 1995). Sebaik sahaja tamat latihan dan balik dan melapor di 2nd Batalion RAMD di Kem Batu 5, Mentakab; saya berubah terus dari minat dalam bidang sajak ke
bidang yang lain. Kalau cerita mesti tak percaya punya. Cayaaaaa tak?. Kan dah kata tadi mesti tak percaya punyakan. Saya menyertai pertandingan Musabaqah Al-Quran. Sekali masuk je terus menang. Lepas tu sibuk lawan sana, lawan sini, wakil itu dan wakil ini. Kira hebat juga laaaa. Pohhhh, rasa macam magik jeee pokemon jeee. Tiba-tiba saya berhenti dari musabaqoh sebab satu hari bila balik bercuti di kampung, ayahanda saya kata 'tok sah dok lawanlah baca Quran ni, baca untuk kita cukup laaa'. Titik. Saya terus menarik diri dengan mendadak dari menyertai musabaqoh Al-Quran. Saya mendapat pendidikan awal dari sekolah agama.
Dalam ruang tersebut, saya memilih aktiviti yang terus juga sangat berlainan dan biasa dengan saya semasa kecil di kampung. Pada satu masa dulu, kampung saya terkenal dengan pusat seni bela diri. Nak belajar jenis silat apa?, semua ada di situ, dalam satu kawasan tapi berbeza gelangang. Antaranya ialah Seni Silat Gayung, Nasrul Haq, Abjad, Silat Pulut, Tomoi siam, Silat Harimau Berantai, Silat Helang Putih dan ada dua tiga lagi. Kami kanak-kanak di kampung, sebaik sahaja selesai mengaji quran dan selesai kelas nasyid sebab kami ada Kumpulan Nasyid dikampung, kami terus melapur di gelanggang ikut jenis silat yang dipilih. Saya sempat khatam beberapa jenis silat dan mandi minyak gayung dan akhir sekali saya melapur di gelanggang tomoi siam. Gurunya dari Patani iaitu Heng Sengsamai. Belumpun tamat belajar, guru kami mati kena tembak di Siam semasa balik menziarahi ayahnya yang sedang sakit. Gelanggang diteruskan oleh pelajar paling kanan iaitu Takiyudin Hasan (sekarang EXCO Kelantan (dato'), Peguam dalam kes Mat Sabu Kena tangkap, Presiden Bolasepak kelantan). Kami belajar hingga ke akhir 'buah 21' dan akhirnya saya melapor di SMS, Kedah dan terpaksa tinggal di asrama.
Saya menyertai
pertandingan tinju. Bermula dengan pidato, bahas, sajak, musabaqoh, tinju. Tak payah cite banyak lah bab bertinju ni sebab saya dah bertinju sejak dari kecil di kampung. Kami dah lali dengan 'sparing', buat pertunjukkan semasa kenduri kahwin, lawatan pembesar dan sukan daerah. 'Sparing' partner saya ialah AYOB, janji jangan tumbuk tapi dia tumbuk kuat. Tulang hidung saya dah lama patah, kalau tak silap saya sekitar umur 8 tahun cam tu. Dalam sukan tinju ni saya pernah dinobatkan sebagai 'PENINJU TERBAIK' selama dua tahun berturut-turut. Pialanya saya simpan hingga ke hari ini. Tak nak lah cite bab lawan tinju ni sebab lawan saya memang kena belasah teruk. Ada yang patah rahang, ada yang kena masuk hospital sampai seminggu lebih. Gambar ni ketika menang lawan dengan komando. Komandopun kena belasah teruk. Pertandingan dihentikan kerana hidungnya berdarah tak henti-henti ketika baru berlawan tak sampai dua minit. Saya tak ingat pula,
bila saya berhenti dari bertinju dan berkecimpung dalam pertandingan menembak. Masa tu dah masuk askar, menembaklah kerja kami. Sebelum masuk askar, ayahanda saya telah menghantar saya berguru dengan seorang sahabat beliau yang seguru dengannya. Guru yang hebat di daerah kami iaitu 'Mahaguru Hj Mat Lala' di Jeneri. Dikatakan guru ni kebal. Tak tahulah kerana saya tak pernah tengok. Tapi berdasarkan pengamatan saya selama berguru dengan dia, mungkin juga sebab tok guru seorang yang sangat warak, ilmu agamanya sangat tinggi. Tok guru pondoklahh, memang cam tu. Anak murid beremut. Lama juga saya tinggal dirumah beliau. Dalam banyak-banyak ilmu tu, salah satunya ialah ilmu menembak. Dengan mengamalkan ayat tertentu dalam tempoh tertentu, kita tak perlu tembak ke sasaran. Tembak ke langitpun, peluru tersebut akan pergi ke sasaran yang kita hajati. Ilmu menembak ni hebat, memang ilmu ni sangat hebat. Sebab semasa dalam tentera saya berpeluang mengujinya. Saya boleh menembak hanya kepala jarum peniti pada jarak 500 meter dengan menggunakan mata kasar. Ini gambar ketika dinobatkan sebagai 'JAGUH' menembak. Sama juga macam kes musabaqoh, ayahanda saya kita ilmu tu bukan diajar dan belajar untuk bertanding. Ia diajar dan belajar untuk diri sendiri dan membantu orang lain yang sedang susah. Bukan untuk menyombong diri. Titik lagi. Saya berhenti terus dari menyertai mana-mana pertandingan menembak selepas itu.
Dan kini saya menyambung bidang yang pernah saya terlibat semasa di bangku sekolah iaitu 'BERSAJAK'. Dalam perkhidmatan tentera saya mula membaca sajak sejak berpangkat Kapten lagi tapi tak masuk bertanding sebab tak tahupun ada pertandingan membaca sajak. Bila tahu jee, saya masuk dan tak menangpun. Dua tahun saya cuba tapi hanya berjaya ke final sahaja. Tahun ketiga saya tak masuk tapi saya pergi melihat pertandingan ini di beberapa buah negeri dan merakamnya. Bila balik rumah, saya teliti semua video yang saya rakam dan cuba kenal pasti mengapa saya tak boleh menang. Rupa-rupanya, dalam sajakpun ada anjakan paradigma. Cara dan kaedah bersajak telah jauh berubah tetapi dalam dua pertandingan yang saya sertai, saya masih membaca gaya bersajak semasa di sekolah dulu. Lanjut dan mendayu-dayu. Jadi saya menimba ilmu dari video tersebut. Tahun berikutnya saya masuk
dan JOHAN. Maka selepas itu bermulalah keaktifan saya dengan sayembara puisi kebangsaan sehingga menjadi Johan selama 9 tahun. Tahun depan dah tak boleh masuk lagi, di haramkan dan saya juga tidak dibenarkan menyertai mana-mana pertandingan sajak yang ada dalam negara. Sedih la juga sebab tak de laaa 'mashukkk'. he he he. 9 tahun satu tempoh yang agak lama. Saya ada merakam dan mengkaji keperluan dan citarasa pengadil dalam sayembara ini. Sayembara Puisi Kebangsaan sangat unik sebab berjuta citarasa. Ada yang kata perlu begitu, ada yang kata perlu begini dan ada yang kata begitu dan beginipun tak perlu. Lagi banyak kita membuat analisa kepada ulasan ketua panel juri, lagi pening kita jadinya. Tahun ni, dia kata nak macam ni; kitapun mengubah dan mematuhinya. Bila bertanding tahun depan, dia kata tak nak macam tu plak, nak macam hu hunhu plak. Politik pun kuat seperti yang saya ulas pada artikel sebelum. Justeru itulah dalam artikel itu saya agak banyak mengulas isu 'NASIB' atau REZEKI. Nasib belum menyebelahi anda tetapi nasib telah menyebelahi saya pada tahun ini, 2009. Berdasarkan pengalaman, nasihat saya tak payahlah mengkajinya kerana ia akan membuang masa sahaja. Jangan serik nak cuba dan berusaha untuk membuata persembahan yang terbaik. Selebihnya berdoa dan tunggulah nasib anda.
Akhir kata, saya pernah mendeklamasi puisi dihadapan beribu orang putih semasa 'Convo Dinner di Wellington'. saya mendeklamasi puisi 'SUMPAH ANAK MERDEKA' dalam bahasa melayu dan diterjemahkan ke dalam bahasa inggeris, dipaparkan di skrin. Masa mula-mula baca, orang putih masih bersembang, setelah rangkap pertama, mereka sunyi sepi melihat seorang anak melayu mendeklamasikan sajak melayu dengan berpakaian melayu sepenuhnya. Ini gambar semasa mendeklamasi puisi tersebut di Wellington Hall. Tabik saya kepada Tuan dan Puan. Terima kasih.Tuesday, August 18, 2009
SATU PERJALANAN YANG MENGUJI
KALAU TAK DIPECAHKAN RUYUNG, TAKKAN DAPAT SAGUNYA
Sebenarnya saya telah melalui satu perjalanan yang sangat menguji ke persada juara sayembara sajak kebangsaan 2009. Ianya bermula dari awal iaitu diperingkat ATM. Pada awalnya saya telah dimaklumkan pada waktu yang agak singkat iaitu lebih kurang dua minggu cam tu bahawa pertandingan sajak peringkat ATM akan diadakan. Itu pun sebab jawatan kuasa menelefon saya untuk mendapatkan piala pusingan yang ada dalam pegangan saya, barulah saya tahu berita pertandingan tu. Dalam masa yang sama saya terlibat dengan Latihan Keris Strike bersama Tentera Amerika Syarikat selama 2 minggu. Saya bergelut diantara memilih dan menghafal sajak. Dah puas cari buku Jamung Merdeka tapi tak jumpa sebab buku milik saya ada sahabat pinjam tapi tak bagi balik.
Pada hari pertandingan yang mana ianya bermula pada jam 0900 pagi. Saya tersangkut dalam jem yang sangat teruk di setapak. Sehingga jam 0923 pagi saya masih tersangkut. Memang saya akan terlepas pertandingan tahun ini dan tidak dapat memepertahankan kejuaraan. Kalau saya tak hadir, dalam tentera bermakna saya 'absent' dan boleh dikenakan tindakan tatatertib. Apa yang berlaku, saya turun dari kenderaan tentera dan menahan satu kapcai yang melalui kereta saya. Dan bertanya adakah beliau melalui Jalan Semarak. Pendekkan cerita, 'brother' kapcai tu pun satu haluan dengan saya dan saya pun membonceng motosikalnya dengan uniform tentera tanpa topi keledar. Saya nekad. Yang bagusnya, dia plak menghantar saya hingga ke depan Kementerian Pertahanan. Terima kasih 'brother' kapcai.
Cun-cun, sebaik sahaja saya sampai di Auditorium MINDEF, duduk sekejap, giliran saya mendeklamasikan sajakpun tiba dan berjaya ke peringkat kebangsaan. Lepas berjaya, sajak untuk peringkat kebangsaan tidak ada pada AJK. AJK kata Jabatan Kebudayaan tak bagi, Jabatan Kebudayaan kata dah faks. Nyatanya saya tak dapat sajak, hanya diterima dua hari selepas itu. Jadi saya ada hanya lebih kuruang 14 hari untuk hafal, faham, hayati, cari lagu, rentak dan adunkan gaya.
Di peringkat kebangsaan pula, tak ada orang yang nak jadikan kita anak muridnya. Kalau pompuanlah saya ni, semua berebut. Sanggup memandu jauh untuk pergi ajar anak murid. Saya ni yang menawarkan diri untuk pergi ambil guru dan hantar balikpun, mereka tak mau. Dah nasib badannnn.
Saya sepatutnya melapor awal tetapi terpaksa tertangguh sebab belum dapat pelepasan bos. Bukannya bos tak bagi tetapi bos tak ada kat pejabat. Bukan salah bos tapi silap pihak pengurusan kerana menghantar surat sangat lewat. Surat panggilan untuk melapor diri sampai di pejabat pada pagi 12 Ogos 09 dan saya tengah 'out station'. Bos 'out station'. Tiba-tiba AJK telefon dan tanya kenapa tidak melapor diri?. Saya tanya lapor diri untuk apa sebab tak tahu pun. Jadi pada petang Rabu tu saya serba salah sama ada nak pergi atau tidak sebab saya ni tentera nak kena ikut arahan. Selagi tak dapat kebenaran bos, tak leh gi laaaa. Sebab tu saya lapor sangat lewat dan 'miss' bengkel puisi. Pening juga nak cari bangunan MAS yang dah tak ada logo tu. Dah lama tinggal di KL pun saya memusing cari. Tak tahulah peserta dari luar macam mana, sah akan pusing renit.
Pada hari pertandingan, saya telah berada di Auditorium Perdana, Angkasapuri,RTM sejak jam 8 pagi. Kami berlatih acara akhir untuk rakaman TV. Bukan berlatih sajak. Sebab dah biasa juga dengan RTM, saya memang dah jangka bahawa banyak masa terbuang dengan menunggu. Menunggu. Menunggu. Sampai jam 6 petang belum selesai. Satu hari suntuk raptai. Tak sempat balik. Nasib baik baju dah bawa siap-siap. Ingat boleh mandi kat bilik persalinan, ok la sikit. Lagipun aku hanya bawa tuala muka jee. Memang sentiasa ada dalam kereta. Malangnya bilik persalinan kami kongsi dengan peserta wanita dan artis-artis jemputan. Bilik mandi tak ada pintu plakk dahhhh. Terpaksalah naik ke atas, akhir sekali aku mandu kat tandas belakang auditorium jeeee. Ok juga mandi kat situ sebab tandasnya besar dan baunya tak kuatlah sangat.
Yang paling sedih ialah sifu aku kena pergi 'out station' sehari sebelum. Jadi pada malam final tu aku sangat perlukan dia untuk betulkan lagu dan gaya pada saat-saat akhir. Tapi dia tak ada. Balunnn je laa. Kat belakang pentas, macam-macam perasaan. Rasanya macam tak ada tenaga sebab dah letih. Naik je ke pentas, aku pun balunnnnn sajak Solihin Osman tu, 'Terima Kasih Pengalaman'. Memang telah melalui pelbagai pengalaman. Terima kasihlah pengalaman. Rasanya oklah kot aku baca tu.
Letih. Letih. Letih.
Monday, August 17, 2009
JUARA: SAYEMBARA PUISI KEBANGSAAN 2009
Tidak ada apa yang boleh saya lakukan sebagai satu perlambangan kepada sebuah kesyukuran yang sangat kudus dan nirmala. Sebagai seorang Islam, saya melakukan sujud syukur dan kemudiannya berterima kasih kepada sesiapa sahaja khususnya kepada sifu-sifu yang tidak pernah jemu untuk mengajar dan menegur saya. Saya juga berterimakasih kepada semua rakan seperjuangan yang juga telah mempamerkan satu persembahan yang sangat bermutu. Mereka telah berusaha dengan gigih dan hanya nasib sahaja tidak menyebelahi. Hakikatnya, semua telah berjaya kerana untuk sampai ke tahap itu iaitu berada dalam satu sayembara dengan jago-jago dari negeri-negeri, bukanlah mudah. Perjuangannya amat panjang.
Bagi saya pula, setiap tahun saya berusaha dan tidak pernah sekalipun untuk berputus asa kerana amat memahami asam garam, politiking, golek menggolek, sorok menyorok dan macam-macam lagi yang ada dalam sayembara puisi kebangsaan. Letih memang letih. Lebih-lebih lagi pada tahun ini yang mana perserta terpaksa melalui saringan plak. JANGAN KOMPLEN, ini adalah prinsip saya dalam sayembara ini. Saya terus berjuang dan akhirnya nasib menyebelahi saya pada kali ke-9 pada tahun 2009. Sejak dari awal lagi saya merasakan bahang untuk menang. Sebenarnya rasa seperti ini ada dalam diri saya pada setiap tahun tapi tahun-tahun sebelumnya tidak menang pun. Bermakna ia hanyalah permainan seorang yang sedang berada dalam sayembara atau pertandingan. Kepada sahabat yang berjaya iaitu Suliha, Tarmizi dan C/Insp Mohamed Mahat; sekalung tahniah kerana anda semua turut membantu saya berjaya.
Sajak 'TERIMA KASIH PENGALAMAN' membawa saya ke persada. Setelah dua kali pertemuan dengan penulis iaitu Solihin Osman, barulah saya memahami apa yang ingin disampaikan oleh pengkarya dan bagaimana ia mahu disampaikan. Solihin, bukan sahaja seorang penulis, beliau juga seorang pembaca puisi yang hebat. Maka jenuh juga ilmu yang saya timba darinya. Terima kasih. Sebenarnya saya berguru dengan ramai juga sifu puisi. Rata-rata yang mengatakan gaya saya agak keras dan perlu dilembutkan. Maka saya menukarkan jantina guru dari lelaki kepada perempuan. ASP Rose Baini Kasim bekas johan kebangsaan 2005, seorang yang bersuara tegas, bersahaja dan lembut. Maka saya berguru dengan beliau sama ada dari aspek suara atau gaya. Memang mulut dia ni tak ada insuran, Pegawai polislahhh. Komen dia sangat pedas dan akan buat kita sakit hati. Kadang-kadang rasa macam nak belah jeeee. Tetapi memandangkan bukannya senang nak dapat guru yang ikhlas macam tu, maka diteruskan. Sementelah lagi pula, mana ada orang yang nak ajar kita. Bekas johan nak ajar? Selepas kita telefon bagi tau nak berguru dengan dia, lepas tu dia tak akan angkat telefon lagi. Sibuk dia lebih dari lebah. Jadi, bila ada je orang yang nak tunjuk ajar kita, tangkaplah cepatttt.
Keputusan siapakah yang dapat masuk ke final, tidaklah memeranjatkan sangat. Sayapun ada buat congak. Ada yang kena dan ada yang tak kena. Macam tulahh. Mengikut congak aku, yang bagus dan boleh diambil kira pada malam saringan tu ialah C/Insp Mohamad Mahat, Suliha, Tarmizi putrajaya (suara dia memang first class), Fairuzan Melaka (masa raptai dia sangat bagus tapi pd mlm saringan, aku tgk mood dia lari dan penghayatan tiba-tiba hilang. Mungkin sebab gangguan mike atau bini dia tgh lambai. He he he), Norhisham KL (depa kata bagus tapi aku tak sempat tgk sbb tgh dok siap kat blkg. Berdasarkan raptai, dia bagus), dan Azmi Perak. Begitulah yang berlaku pada saya pada 8 tahun yang saya terlibat. Nasib juga tidak menyebelahi saya. Mengapa saya katakan nasib? Pertamanya, kalau kita teliti bekas-bekas johan kebangsaan; ia boleh di pecahkan kepada tiga kategori. Kategori pertama; 1/3 daripadanya mendapat sajak yang sama dengan sajak yang dibaca di peringkat negeri. Maka mereka tidak perlu bergelut untuk hafal lagi cuma buat sentuhan sikit je. Kategori kedua; 1/3 lagi pulak bernasib baik kerana ada hubungan silaturahim yang agak rapat dengan pengadil. Golongan ini boleh bergelak ketawa dengan pengadil, bersembang seperti dah lama kenal, pernah sama-sama menjayakan sesuatu projek atau sama-sama buat antologi, aktif dalam aktiviti seni di negeri yang sama dan macam-macam lagi. Tapi ini bukanlah satu kesalahan kerana sifat manusia memang macam tu. Sesiapa pun akan sikap begitu. Pada ketika itu, saya sebagai orang baru, tak ada sapapun yang saya kenal. Pernah satu ketika, ada pengadil yang ketika bersalam dengan saya tetapi beliau bersembang dengan peserta yang dikenalinya. Mungkin dia tak berasan tetapi saya berasan dan rasa kecil hati sangat. Tak boleh buat apa sebab mereka telah berkawan lama dan kita ni tak kenal lagipun dan mereka tak minat nak kenalpun. Siapalah kita. Kalau melukut di tepi gantang tu, kira ok lah juga. Ini, jangan kata di tepi gantang, gantang pun tak nampak. Kita sedar siapa kita.
Kategori ketiga; bakinya yang lain adalah jagoan sejati. Hanya ada 5 orang sahaja yang berjaya pada kali pertama bertanding. Mereka memang bagus. Bagi saya, ini bukan nasib, kalau adapun faktor nasib ianya hanya berapa peratus sahaja. Tapi ada johan kategori ini yang mendapat sajak yang sama dengan di peringkat negeri.
Tetapi ada juga yang lebih bernasib baik lagi kerana ia berada dalam kategori 1 dan 2 sekaligus.
Dahlah dapat sajak yang sama, barisan pengadil plak geng dia. Awal-awal lagi kita dah boleh agak.
Dahlah dapat sajak yang sama, barisan pengadil plak geng dia. Awal-awal lagi kita dah boleh agak.
Di kategori manakah anda? Saya? Rasanya saya berada dalam satu kategori baru iaitu kategori yang keempat.
Akhir kata, terima kasih kepada semua rakan dan pihak yang terlibat. Terima kasih.
Sunday, August 9, 2009
NOVEL PERANG

Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Cetakan terhad. Telah ada di pasaran. Jangan terlepas. Bingit dengan tembakan dan letupan bom, basah dengan air mata dan darah. Poyo dengan cinta yang mula berbunga. Teguhkan semangat kental anda kerana jiwa dan perasaan anda akan turut berperang ketika menyelusuri kisah dalam PLATUN HARIMAU.
Harga senaskah (Kulit Tebal) RM 22.00
Harga senaskah (Kulit nipis) RM 18.00
atau boleh membuat tempahan melalui penulis. Harga istimewa. Sila hubungi radzi_hamid@yahoo.com atau HP 012-3031766 untuk maklumat lanjut.
Saturday, July 18, 2009
TEKS UCAPAN PEMENANG ANUGERAH PINGAT EMAS CANSELOR
SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-22
PADA 28 MAC 2009
BERTAJUK: SELAKSA PENGORBANAN SEBIHUN PENGHARGAAN
(OLEH: MOHD RADZI BIN ABD HAMID)
BISMIILAHIRAHMANIRRAHIM.
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA.
KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA, AL-SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI AL-MARHUM SULTAN BADLISHAH, TUANKU SULTAN KEDAH MERANGKAP TUANKU CANSELOR DAN KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA, TUANKU SULTANAH KEDAH.
AMPUN TUANKU,
PATIK, MOHON LIMPAH PERKENAN UNTUK BERUCAP KEPADA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN DAN HADIRIN HADIRAT YANG LAIN.
AMPUN TUANKU,
YANG BERHORMAT DATO SERI USTAZ AZIZAN BIN ABDUL RAZAK, MENTERI BESAR KERAJAAN NEGERI KEDAH
YANG BERHORMAT, TAN SRI DATO' SERI DR. ABDUL HAMID PAWANTEH, PRO-CANSELOR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA DAN YANG BERBAHAGIA PUAN SRI;
YANG AMAT BERBAHAGIA/TUN DATO' SRI (DR.) AHMAD FAIRUZ, DATO' SHEIKH ABDUL HALIM, PRO-CANSELOR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA DAN YANG AMAT BERBAHAGIA TOH PUAN DATIN SRI;
YANG BERBAHAGIA, TAN SRI DATO’ WIRA DR NORDIN KARDI, NAIB CANSELOR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
YANG DIHORMATI PROFESOR MADYA DR KAMIL MD IDRIS, DEKAN KOLEJ PERNIAGAAN.
PROFESOR MADYA DR ENGKU MUHAMMAD NAZRI ENGKU ABU BAKAR, DEKAN KOLEJ SASTERA DAN SAINS
DR AHMAD MARTADHA MOHAMED, DEKAN KOLEJ UNDANG-UNDANG, KERAJAAN DAN PENGAJIAN ANTARABANGSA
DATO’-DATO’, DATIN-DATIN, TUAN-TUAN, PUAN-PUAN DAN RAKAN-RAKAN YANG SAYA HORMATI SEKALIAN.
PADA PAGI YANG PENUH BERMAKNA INI, MARILAH KITA BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH SUBAHNAHU WATAALA DI ATAS LIMPAH KURNIA DAN IZINNYA, KITA SELAMAT SAMPAI DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, SINTOK DENGAN SELAMAT DAN SETERUSNYA BERKUMPUL DI DALAM DEWAN MU’ADZAM SHAH BAGI BERSAMA-SAMA MERAIKAN KEJAYAAN DIRI SENDIRI, RAKAN TAULAN, ANAK-ANAK, SUAMI ATAU ISTERI DAN SAUDARA MARA. SERTA TIDAK MELUPAKAN JUGA KITA MELAFAZKAN SELAWAT DAN SALAM BUAT JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SOLLALLAH HUALIHI WASAALAM., NABI BESAR AKHIR ZAMAN.
PERTAMA SEKALI, SAYA INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KERANA TELAH MEMBERI PENGHORMATAN YANG MUNGKIN MENJADI SEKALI SEUMUR HIDUP SAYA BAGI MENYAMPAIKAN UCAPAN PADA HARI PEMASYHURAN KONVOKESYEN INI. SAYA DENGAN RENDAH DIRI INGIN MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA GRADUAN YANG TELAH MENERIMA KELULUSAN PROFESIONAL PADA PAGI INI SAMA ADA YANG DAPAT BERSAMA-SAMA DENGAN KITA ATAUPUN YANG BERHALANGAN.
HADIRIN HADIRAT SEKALIAN
IZINKAN SAYA UNTUK MENGIMBAU KEMBALI SEDIKIT KENANGAN KEHIDUPAN SEBAGAI MAHASISWA ATAUPUN MAHASISTUA. PADA TAHUN PERTAMA PEMBELAJARAN KITA, TEMPOH SEMESTER PERTAMA KITA LALUI DENGAN PENUH DEBARAN, CABARAN DAN TEKA-TEKI. BERGELUT DENGAN MASA YANG AMAT SINGKAT, PERSOALAN ADAKAH TELAH MEMILIH SUBJEK YANG BETUL?, ADAKAH MEMAKAI PAKAIAN YANG SESUAI ATAU TERLALU ANGGUN?, TUGASAN YANG MENIMBUN, KECEWA KERANA GAGAL MENEMUI BAHAN KAJIAN, BUKU ATAU HILANG DATA AKIBAT SERANGAN VIRUS KOMPUTER DAN TIDAK DAPAT TIDUR LENA KERANA DIGANGGU BEBAN TUGASAN BERTULIS YANG MANA MASA SERAHAN TELAH DEKAT, DAN BAYANGAN PEPERIKSAAN YANG AKAN DI HADAPI. TIDAK LUPA JUGA DENGAN MASALAH KEKANGAN KEWANGAN YANG KITA HADAPI DAN PELBAGAI KERENAH PARA PENSYARAH.
KITA JUGA DIBELENGGU OLEH KETIDAKTENTUAN KEPUTUSAN-KEPUTUSAN YANG KITA BUAT DALAM MENYELESAIKAN MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI. SAYA PERCAYA ADA DI ANTARA KITA YANG HAMPIR-HAMPIR PUTUS ASA DAN INGIN MENINGGALKAN PENGAJIAN INI TETAPI ATAS NASIHAT DAN DORONGAN RAKAN TAULAN DAN KEINGINAN BESAR UNTUK MERUBAH KEHIDUPAN IBU BAPA KITA YANG SUSAH DI KAMPUNG, MAKA BADAI, TAUFAN DAN GELOMBANG PENGAJIAN TETAP KITA REDAH KERANA DALAM PELAYARAN INI, KITALAH KELASINYA DAN KITALAH JUGA NAKHODANYA. JUSTERU TIDAK BOLEH TIDAK UNTUK MENGATAKAN BAHAWA KITA SEBENARNYA TELAH MENJADI MATANG, MASAK YANG SANGAT RANUM, INTELEKTUAL, DAN PROFESIONAL KERANA ONAK DAN DURI PENGAJIAN YANG TELAH KITA LALUI. MAKA ITU RAKAN-RAKAN SEKALIAN, HARI INI, KITA SEBENARNYA ADALAH PROFESIONAL KELAS PERTAMA DAN MENJADI HERO YANG TIDAK DIFILEMKAN. DALAM PADA ITU, ADA JUGA RAKAN-RAKAN YANG TELAH BERTEMU PASANGAN ATAU BUAH HATI DAN TELAH MEMADU KASIH DAN MENGIKAT JANJI SELAMA TIGA KE EMPAT TAHUN. UCAPAN TAHNIAH BERGANDA KEPADA RAKAN-RAKAN DALAM KATEGORI INI KERANA SELAIN BERJAYA BERGRADUAT, MEREKA JUGA BERJAYA MENDAPAT PASANGAN HIDUP. KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT MAJU JAYA DAN SEMOGA JANJI DAPAT DI METERAI. INSYA-ALLAH.
RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN
SEGULUNG KERTAS YANG KITA TERIMA PADA HARI INI ADALAH SATU TANDA ATAU INDIKATOR SEBAGAI SESEORANG YANG MEMILIKI KELULUSAN PROFESIONAL. KELULUSAN PROFESIONAL INI SANGAT PENTING KERANA IA MENGIKTIRAF SESEORANG INDIVIDU ITU TELAH MEMILIKI PENGETAHUAN YANG MENCUKUPI, DAN MEMILIKI SPEKTRUM KEPAKARAN UNTUK DIAPLIKASIKAN DALAM ORGANISASI TERTENTU. ORGANISASI-ORGANISASI DI LUAR SANA TIDAK AKAN BERBELAH BAGI UNTUK MENERIMA PEMILIK KELULUSAN PROFESIONAL INI KERANA MEREKA DAPAT BEKERJA DENGAN BERKESAN DAN SANGAT CEKAP. INI KERANA, KELULUSAN PROFESIONAL INI DIPEROLEH DALAM TEMPOH YANG AGAK PANJANG, MELALUI LATIHAN DAN PEMBELAJARAN YANG SISTEMATIK DI SEBUAH INSTITUSI YANG DIPANGGIL UNIVERSITI. MAKA ITU, SESETENGAH DARI KITA AKAN MENGGANTUNG SEGULUNG KERTAS YANG DITERIMA PADA HARI INI, DI DINDING PEJABAT ATAU RUMAH SEBAGAI LAMBANG PERJUANGAN, KEJAYAAN, PENGHARGAAN DAN STATUS.
SESUNGGUHNYA, DALAM BUDAYA KITA PADA HARI INI, TERDAPAT BANYAK CARA MUDAH UNTUK MENJADI POPULAR SEPERTI MEMASUKI AKADEMIK FANTASIA, PERTANDINGAN RAJA LAWAK ATAU TEH TARIK DAN BANYAK LAGI. TETAPI YANG PASTINYA IALAH PERJUANGAN UNTUK MEMILIKI KELAYAKAN PROFESIONAL INI BUKANLAH SALAH SATU DARINYA. KEJAYAAN MEMILIKI KELAYAKAN INI TIDAK MENDAMBAKAN WARTAWAN SEPERTI KEJAYAAN SEORANG ARTIS DALAM FILEM; ANTARANYA IALAH FAZURA, M DAUD KILAU, RAMLAH RAM DAN BANYAK LAGI. APA YANG INGIN SAYA TEGASKAN DISINI IALAH, DUNIA YANG KITA PILIH BUKANLAH UNTUK MENJADI TERKENAL TETAPI MENJADI SEORANG YANG PROFESIONAL DAN INTELEKTUAL YANG BOLEH DIGEMBLENGKAN OLEH AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. YANG BOLEH DIJADIKAN TEMPAT BERGANTUNG OLEH KELUARGA BAGI MENEBUS SEMULA YANG TELAH TERGADAI ATAU TERJUAL
RAKAN GRADUAN SEKALIAN
DI SEBALIK KEJAYAAN KITA MEMPEROLEH KELULUSAN PROFESIONAL INI, TERDAPAT INSAN-INSAN YANG TIDAK PERNAH JEMU UNTUK MENDIDIK KITA, TERDAPAT INSAN-INSAN YANG TIDAK KENAL PENAT LELAH UNTUK BERUSAHA MENDAPATKAN SUMBER KEWANGAN BAGI MENYARA PENGAJIAN KITA. INSAN-INSAN YANG SAYA MAKSUDKAN IALAH PARA PENSYARAH, IBU BAPA, SUAMI, ISTERI, SAUDARA MARA DAN PENJAGA-PENJAGA YANG LAIN. MEREKA TIDAK PERNAH JEMU UNTUK MENDOAKAN KEJAYAAN KITA PADA HARI INI DAN TABAH .
JUSTERU, SEGUNUNG UCAPAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PENSYARAH-PENSYARAH, SEMUA IBU BAPA SERTA PENJAGA YANG TURUT HADIR BAGI MERAIKAN KEJAYAAN KAMI PADA PAGI INI. HARI INI, PAGI INI DI DEWAN MU’ADZAM SHAH, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, SINTOK ADALAH DETIK DAN LOKASI YANG MEMBUKTIKAN BAHAWA SEGALA USAHA, PENGORBANAN, PENAT LELAH YANG DICURAHKAN, TANAH SEBIDANG ATAU PADI SEJELAPANG YANG TERPAKSA DIJUAL ATAU DIGADAIKAN BAGI MENCIPTA KEJAYAAN KAMI TELAH MEMBUAHKAN HASIL. PETIKLAH IA.
OLEH YANG DEMIKIAN, SAYA MENYERU RAKAN-RAKAN SEKALIAN UNTUK BANGUN BERDIRI BERSAMA-SAMA SAYA, UNTUK MEMBERI TEPUKAN YANG PALING GEMURUH SEBAGAI TANDA SIMBOLIK PENGHARGAAN KITA KEPADA MEREKA. (AJAR CARA HORMAT ALA TENTERA)
TEPUK – HANYA TEPUK 22 KALI SETIAP MAHASISWA
SESUNGGUHNYA, PENGORBANAN PARA PENSYARAH, IBU BAPA DAN SANAK SAUDARA TIDAK AKAN DAPAT KAMI BALAS HINGGA BILA-BILA. DALAM ERTI KATA LAIN PENGORBANAN IBU BAPA KITA TERLALU BESAR. MEREKA MENDOAKAN KITA DI SEPANJANG HAYAT HIDUP MEREKA YAKNI SEJAK KITA DI DALAM KANDUNGAN HINGGALAH KITA MENJADI MANUSIA. PENGORBANAN INI DICATAT DALAM SATU LAGU SELOKA MELAYU TRADISI.
(NYANYI LAGU SELOKA LAMA)
CUKUPLAH BULAN IBU MENGANDUNG
SEMBILAN BULAN HARI DIHITUNG
IBU BERSERAH RUGI DAN UNTUNG
KEPADA TUHAN MEMINTA TOLONG
(AJUK PERCAKAPAN: “MAK! SAYA NAK PERGI KERJA. MAK KEMAS RUMAH, CUCI PINGGAN, BASUH BAJU DAN MASAK. NANTI SAYA BALIK NAK MAKAN”)
ANAK YANG BESAR SUDAH BERANAK
IBU DIBUAT SEPERTI KULI BATAK
HATI IBU RASA TERSENTAK
IBU MENANGIS TERESAK-ESAK
MENGENANG BALASAN SEORANG ANAK
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN
KESEMPATAN INI SAYA AMBIL UNTUK MENDOAKAN AGAR RAKAN-RAKAN SEKALIAN AKAN BERJAYA DALAM APA JUA BIDANG YANG AKAN DICEBURI SELEPAS INI. AMBILLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK TERUS MEMPELAJARI BIDANG DAN KEMAHIRAN BARU YANG MAMPU MEMBERI NILAI TAMBAH BAGI DIRI MASING-MASING. BUKTIKANLAH, BAHAWA LEPASAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA ADALAH GRADUAN YANG BERWIBAWA, BERKEBOLEHAN SERTA MAMPU BERSAING DENGAN PENUH INTELEKTUAL.
AKHIR KATA, SEBAGAI MEWAKILI SELURUH GRADUAN YANG DIGRADUATKAN PADA SESI INI, JIKA ADA SALAH DAN SILAP YANG TELAH KAMI LAKUKAN KEPADA PENSYARAH-PENSYARAH, KAKITANGAN-KAKITANGAN KOLEJ, IBU BAPA DAN RAKAN TAULAN, SEPULUH JARI KAMI SUSUN, AMPUN DAN MAAF KAMI PINTA, SERTA HALALKAN MAKAN, MINUM DAN ILMU YANG TELAH KAMI TERIMA SEPANJANG BERADA DI SINI. MAJLIS KONVOKESYEN PAGI INI SANGAT BERMAKNA KEPADA KAMI. OLEH YANG DEMIKIAN, KAMI JUGA MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK JAWATAN KUASA KONVOKESYEN DAN SESIAPA SAHAJA YANG TERLIBAT BAGI MENJAYAKAN MAJLIS YANG PENUH PRESTIJ INI. TERIMA KASIH.
AMPUN TUANKU,
PATIK INGIN BERHENTI DI SINI, KERANA IBU BAPA, SANAK SAUDARA, PENSYARAH-PENSYARAH, DAN SAHABAT HANDAI YANG BERADA DI DALAM DEWAN INI DAN DI LUAR DEWAN, TIDAK SABAR LAGI UNTUK BERSAMA-SAMA BERKONGSI KEJAYAAN DAN DETIK YANG PENUH BERMAKNA. BAGI MEREKA YANG MEMILIKI KEKASIH ATAU ISTERI MUNGKIN AKAN MENDAPAT SEJAMBAK BUNGA DAN BAGI MEREKA YANG MUNGKIN MEMPUNYAI DUA KASIH, MUNGKIN AKAN DAPAT LEBIH JAMBAK BUNGA. MARILAH KITA SAMA-SAMA MERAIKANNYA. TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA.
SEKIAN, WASSALAMUALIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH. TERIMA KASIH.

Wednesday, July 8, 2009
NOVEL PERANG
Jangan terlepas peluang ini. Dapatkan naskah Novel Perang terbaru saya iaitu 'Platun Harimau'. Selepas 'Selamatkan Komando Amerika', 'Cinta Seorang Jeneral' dan 'Kapten Julia'; Platun Harimau adalah yang terbaik. Akan berada di pasaran mulai 12 Ogos 2009. Anda akan bersama dengan Leftenan Fauzi dalam sayembara hutang darah di bayar darah. Kekejaman komunis haram dibalas dengan bunga. Jangan biarkan keparat itu (Chin Peng) kembali mengotori laman kita. Nikmatilah dan hargailah sebuah keamanan yang didirikan diatas beribu nyawa dan darah perwira.p/s: Sediakan tuala, bunga dan senapang atau pedang kerana anda akan teresak-esak, jatuh cinta dan geram kepada PERAJURIT NEGARA, SEORANG KEKASIH dan pengganas komunis.
Sunday, March 1, 2009
WARKAH DARI RUNTUHAN BUKIT ANTARABANGSA
(Lt Kol Mohd Radzi bin Abd Hamid)
Sebelum mula menatap coretan ini, marilah kita memulakannya dengan membaca surah Al-Fatihah sebagai sedekah kepada mangsa-mangsa yang telah kembali ke rahmatullah. AL-FATIHAH.
Pertama-tama nya, terlebih dahulu saya memohon ampun dan maaf kerana apa yang akan saya dedahkan kepada pembaca semua merupakan satu maklumat yang sangat bersifat peribadi dan melibatkan kaum keluarga mangsa yang berkenaan (sekiranya ada). Saya adalah Leftenan Kolonel Mohd Radzi bin Abd Hamid iaitu Pegawai Gerakan Markas 4 Divisyen yang bertanggungjawab bagi Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Justeru dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku pada minggu sudah iaitu 6 Dis 2008, saya telah terlibat. Sebaik sahaja mendapat mesej ringkas dari Pegawai Bertugas Tentera pada jam 4.45 pagi yang berbunyi “OP BANTU: MERAH, RV SIMPANG BKT ANTARABANGSA, NLT 30 MIN. TINDAK”. Saya bingkas bangun, masih berpisat, mencapai pakaian celoreng dan terus memandu kenderaan ke lokasi RV. Sedikit penerangan tentang kandungan pesanan ringkas tersebut; OP BANTU ialah kata kod kepada Operasi Bantuan Tentera, MERAH bermaksud sangat serius, RV ialah lokasi pertemuan dan NLT 30 MIN bermaksud ‘Not late than 30 minutes’. Bermakna setiap anggota tentera yang menerima pesanan tersebut wajib tiba di RV dalam masa 30 minit.
Sebaik sahaja sampai di RV, saya terus menukar pakaian ke seragam celoreng yang mana tidak sempat dilakukan sebelum ini. Ketika itu, kelihatan suasana yang agak kelam kabut dek penduduk yang berpusu menyelamatkan diri. Kelam, gelap gelita. Dalam masa yang sama juga, anggota SMART, BOMBA dan pasukan polis tiba di lokasi. Salah seorang penduduk tampil ke depan memaklumkan apa yang telah berlaku dan dari arah mana kami boleh memasuki lokasi kejadian. Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, kami bertungkus-lumus berusaha dengan kaedah masing-masing untuk mencari mangsa dengan di bantu oleh cahaya lampu kereta hingga terlupa nyawa masing-masing. Di sini, saya rasa perlu untuk memaklumkan kepada pembaca semua bahawa terdapat enam orang penduduk yang turut sama berusaha mencari mangsa. Mereka tidak lari menyelamatkan diri. Manakala anggota SMART dan BOMBA dengan peralatan yang mereka ada, sangat membantu dan cukup terlatih. Pasukan polis pula dengan menggunakan peralatan perhubungan yang ada pada mereka, telah berusaha menghubungi pasukan-pasukan lain bagi mendapat bantuan tambahan seperti Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah, RELA dan pihak berwajib. Saya sangat takjub dengan kecepatan anggota polis mengawal lalu lintas. Manakala, kami anggota tentera, ketika sampai, kami tidak ada apa-apa peralatan. Maka sebahagiannya membantu membawa penduduk ke kawasan selamat dan sebahagian lagi membantu mencari mangsa dengan menggali tanah dengan dua belah tangan yang diberikan Tuhan kepada kami. Pasukan jurutera dan askar melayu dari 4 Divisyen bermula dari jam 4 petang hari tersebut hinggalah ke azan subuh berkemundang keesokkan paginya, bertungkus lumus tanpa sepicingpun melelapkan mata. Mereka berusaha keras menyiapkan jalan keluar sejauh 3.5 km dan jambatan sepanjang 65 meter demi menyelamatkan 5063 keluarga yang terkepung. Tepat jam 8 pagi, Panglima Divisyen tegak berdiri di atas jambatan bagi mengalu-alukan dan bersalam dengan orang yang pertama merentasi jalan dan jambatan. Dengan hanya membuka separuh cermin kereta dan muka yang tertekan, mereka bersalam. Dari aspek ini, betullah seperti dakwaan seorang pemberita asing yang kami anggota tentera tidak membantu apa-apa. Sebagai manusia biasa, ketika membandingkan apa yang telah anggota-anggota tentera bersama pasukan lain lakukan pada subuh 6 Dis 2008 dengan dakwaan tersebut, airmata saya menitis secara tiba-tiba. Berterima kasih dan bersyukurlah, Malaysiaku sayang.
Saya ingin menarik perhatian pembaca semua kepada satu berita berkaitan mangsa tanah runtuh yang disiarkan oleh Berita Harian pada 7 Dis 2008. Penemuan mangsa yang ke lapan, ke sembilan dan ke sepuluh iaitu seorang ibu bernama Puan Rozita bte Ismail dan dua orang anak yang berumur 12 tahun dan 10 tahun. Mereka ditemui tertimbus dalam keadaan berpelukan yang sangat erat. Malangnya ketika ditemui, ketiga-tiga mereka telah tidak bernyawa lagi.
Begini ceritanya;
Ketika subuh yang kelam dan sepatutnya bening tetapi tidak; pasukan penyelamat iaitu SMART, BOMBA, PDRM dan ATM bertarung dengan cemas, ketidaktentuan dan keinginan teratas untuk menyelamatkan mangsa. Ruang udara Bukit Antarabangsa sangat sibuk dengan jeritan pelbagai arahan, mesej radio, percakapan telefon dan ‘walkie-talkie’ dan suara penduduk yang mula sedar akan keadaannya. Tanpa sebarang arahan, kami berpecah kepada beberapa kumpulan kecil yang bergerak ke kawasan yang dijangkakan ada mangsa tertimbus. Tidak ada pasukan SMART, BOMBA, PDRM dan ATM; yang ada hanyalah sekumpulan manusia yang dipertanggungjawabkan bagi menyelamatkan mangsa tanpa mempedulikan apa pun warna pakaian seragam yang di pakai ketika itu. Satu kumpulan, satu keinginan. Tiba-tiba terdengar satu suara anggota penyelamat yang melaung ‘MANGSAAAA!’, dua tiga orang anggota penyelamat meluru ke arah laungan tersebut. Oleh kerana ketika itu saya berada sangat dekat, maka saya adalah orang yang pertama sampai dan terus terjun ke dalam lurah tanah bagi membantu seorang anggota SMART. Saya pasti beliau adalah anggota SMART kerana seragamnya yang kaya dengan pantulan cahaya. Mangsa, seorang wanita berumur sekitar 30an sedang memeluk erat dua anaknya. Kedua-dua anaknya dipeluk segaligus dengan kedua-dua tangannya merangkul erat. Ketika mengangkat mangsa, tangan saya merasakan badan salah seorang dari anaknya masih panas. Mungkin masih bernyawa. Ketika membuka rangkulan tangan mangsa terhadap dua anaknya, saya dapati mangsa juga menggenggam segumpal kertas. Gumpalan kertas tersebut saya ambil dan masukkan ke dalam poket seluar celoreng dan terus menjulang mangsa ke atas kepada anggota penyelamat yang lain.
Dua hari kemudian, mangsa dapat dikenal pasti sebagai Puan Rozita bte Ismail, berumur 33 tahun. Beliau tinggal bersama dua orang anaknya iaitu Diana Julia bte Abdullah William, 12 tahun, dan Diana Memey bte Abdullah William, 10 tahun. Seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai pembantu rumah di salah sebuah banglo yang terlibat dalam kejadian tersebut. Sebaik sahaja membaca berita maklumat ini yang disiarkan oleh Berita Harian, saya sekali lagi menitis air mata dan teringat kepada segumpal kertas yang ditemui dalam genggamannya dan saya terlupa kepadanya. Sangat bernasib baik kerana gumpalan kertas ini dikeluarkan dari seragam celoreng sebelum seragam yang kotor itu dihantar kepada perkhidmatan dobi yang disediakan oleh pihak berkaitan di kawasan pentadbiran bencana. Saya bergegas meninggalkan lokasi dan balik ke hotel penginapan pasukan penyelamat yang juga disediakan oleh pihak berkaitan dan mencari gumpalan kertas tersebut.
Gumpalan kertas tersebut telah pun kering dan masih bertanah; adalah sepucuk surat yang sangat peribadi; di tulis oleh Allahyarhamah Rozita bte Ismailkepada bekas suaminya iaitu Abdullah William. Memandangkan kandungan surat ini teramat peribadi, dan atas rasa tanggungjawab terhadap mangsa, maka saya menamatkan pembacaan saya yang ketika itu belum selesai. Surat tersebut saya cuci dengan tisu lembab dan lurus kembali dengan seterika panas dan dimasukkan ke dalam sampul surat. Alamatnya seperti yang tertera pada awal surat iaitu;
Abdullah William Franklin
Lot 196, S2H6 Avenue Drive
Avenue Park
Cristhchurh
New Zealand
Sebelum memasukan surat tersebut ke dalam peti pos, saya terpaksa menulis alamat saya di belakang sampul surat kerana kandungan surat yang sempat dibaca memaksa saya berbuat demikian. Setelah memasukkan surat berkenaan di dalam peti pos di Pejabat Pos Taman Melawati; saya sangat teruja kerana telah melaksanakan tanggungjawab. Selepas itu, saya kembali ke lokasi kejadian.
Semalam, iaitu 15 hari selepas surat dihantar, saya menerima kembali surat berkenaan. Alamat asal surat telah dipotong dan terdapat dua alamat baru yang berbeza atas nama Abdullah William Franklin, juga dipotong. Tertera tulisan tangan ‘Sir, according to NZ postal regulations, we cannot deliver your letter to anybody because Mrs Williams was pass away in 1998’. Tulisan tangan tersebut di tandatangan oleh Cristhchurh Post Office Master. Dengan rasa sedikit terkejut dan sedih, saya membuka semula surat berkenaan dan membacanya sehingga tamat. Justeru saya memohon berjuta kemaafan kepada sanak saudara (sekiranya ada) Allahyarhamah Rozita bte Ismail kerana membaca surat tersebut. Setelah selesai membaca surat tersebut, saya berpendapat kandungannya wajar di kongsi oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya penghuni yang terselamat dalam kejadian tersebut kerana kita akan mempelajari sesuatu darinya. Saya juga sedia bertanggungjawab atas tindakan ini. Inilah dia WARKAH DARI RUNTUHAN BUKIT ANTARABANGSA.
Ita @ Along, Julia dan Memey
Bukit Antarabangsa
5 Dis 2008
Buat seseorang yang sangat kami sayangi,
Abdullah William Franklin
Lot 196, S2H6 Avenue Drive
Avenue Park
Cristhchurh
New Zealand
Kekasihku William,
Kesyukuran yang membunga dan mewangi kami harumkan kepada Allah S.W.T yang amat menyayangi umatnya. Ita dan anak-anak sihat walafiat dan meneruskan kehidupan yang penuh berliku dan ranjau. Begitu juga, kami doakan buat abang yang jauh entah apakah gerangannya. Sungguhpun abang telah melupakan kami, tetapi sebagai wanita dan ibu yang lembut hatinya, mana mungkin Ita melupakan lelaki yang telah memberi dua zuriat pada Ita. Ingatan ini mengimbau kuat semasa sambutan Hari Raya Aidiladha yang lalu. Seingat Ita, kita belum pernah melaksanakan aqiqah bagi anak kita iaitu Memey. Maka Ita melaksanakannya ketika sambutan raya tersebut. Memey bertanyakan abang, ayahnya. Julia tidak lagi pernah bertanya. Mungkin Julia telah muak dan letih bertanya. Mereka juga sama seperti Ita, mana mungkin melupakan seorang ayah yang pernah bersama sungguhpun hanya seketika.
Surat ini hanyalah satu usaha kami bagi melepaskan beban rindu. Sungguhpun ianya sia-sia kerana tiga pucuk surat terdahulu dikembalikan. Sampai atau tidak surat ini bukanlah perkara utama kerana kami amat mendambakan kehidupan dan kerinduan. Cukuplah dengan sebuah kehidupan yang sempurna. Kami tidak pernah mengimpikan kehidupan seperti tuan rumah ini yang mana ibarat langit dengan bumi. Buat masa ini, Ita bekerja sebagai pembantu rumah kepada seorang usahawan muda yang sangat berjaya. Dengan izin beliau juga, Ita dan anak-anak dapat menginap di pondok di belakang banglonya. Tuan rumah ini masih muda dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Masih bujang dan tersangat banyak wang. Kami pun tidak tahu apakah pekerjaannya. Yang kami perlu tahu ialah makan dan tidur kami adalah percuma, dan setiap bulan Ita di beri upah. Syukurlah.
Kekasihku William,
Diri ini sering menitiskan air mata kerana teramat rindu kepadamu. Kerinduan Julia dan Memey menambahkan jumlah rindu yang bersarang di dada Ita. Kekasihku yang dirindui, mengapa abang meninggalkan kami ketika kami amat mengharapkan. Warkah ini adalah usaha yang terakhir bagi kami kerana Ita dan anak-anak merancang untuk berpindah ke sebuah rumah sewa di Keramat. Ita terpaksa berhenti kerja dan berpindah ke kawasan lain atas desakkan anak-anak. Sebenarnya kawasan penginapan mewah ini dirasakan sudah tidak selamat lagi. Seminggu yang lalu telah berlaku runtuhan lereng bukit di belakang rumah yang mana sebelumnya juga telah berlaku beberapa kali. Dari percakapan telefon tuan rumah, Ita dapat tahu bahawa perkara tersebut telah pun dilaporkan kepada pihak berwajib tetapi setakat ini tidak ada tindakan yang kelihatan. Julia dan Memey sering memaksa supaya kami berpindah kerana mereka sering diganggu mimpi tanah runtuh. Anak-anak sangat takut. Bahkan Ita sendiri pun bermimpi, dirimu datang menyaksikan kami berpindah.
Ketika ini, kerinduan Ita pada abang sangat memuncak. Hati menjadi sayu, nafsu amat meresahkan dan kenangan mengimbau datang sejak dari petang lagi. Kening mata kanan Ita bergerak-gerak sejak seminggu yang lalu. Bak kata orang tua, ia adalah petanda akan melihat atau bertemu dengan seseorang. Tak tahulah betul atau tidak kerana Ita amat mengharapkan orang yang akan di temui itu adalah abang; ayah pada Julia dan Memey. Sebaik sahaja Julia dan Memey mendengkur kecil, Ita mencium gambar dan kain abang sepuas-puasnya. Sungguhpun baunya telah lama hilang. Akhirnya Ita menangis dan menggigil kerana rindu yang teramat kuat.
Peluk cium dari kami
0328 pagi
Sebelum saya mengakhiri kisah, saya memohon kepada saudara mara Allahyarhamah Rozita bte Ismail agar dapat menghubungi saya dengan segera kerana WARKAH DARI RUNTUHAN BUKIT ANTARABANGSA masih ada dalam simpanan saya. Selagi saya menyimpaninya, selagi itulah saya merasai bebanannya. Saya boleh dihubungi melalui talian telefon mobil 012-3031766 atau melalui email radzi_hamid@yahoo.com. Sekiranya warkah ini tidak dituntut, saya bercadang untuk memasukkannya ke dalam botol dan menghanyutkannya ke laut lepas. Biarlah Tuhan yang maha berkuasa dan mengetahui menentukan perjalanan WARKAH DARI RUNTUHAN BUKIT ANTABANGSA.

Subscribe to:
Posts (Atom)