Tuesday, August 18, 2009

SATU PERJALANAN YANG MENGUJI

KALAU TAK DIPECAHKAN RUYUNG, TAKKAN DAPAT SAGUNYA


Sebenarnya saya telah melalui satu perjalanan yang sangat menguji ke persada juara sayembara sajak kebangsaan 2009. Ianya bermula dari awal iaitu diperingkat ATM. Pada awalnya saya telah dimaklumkan pada waktu yang agak singkat iaitu lebih kurang dua minggu cam tu bahawa pertandingan sajak peringkat ATM akan diadakan. Itu pun sebab jawatan kuasa menelefon saya untuk mendapatkan piala pusingan yang ada dalam pegangan saya, barulah saya tahu berita pertandingan tu. Dalam masa yang sama saya terlibat dengan Latihan Keris Strike bersama Tentera Amerika Syarikat selama 2 minggu. Saya bergelut diantara memilih dan menghafal sajak. Dah puas cari buku Jamung Merdeka tapi tak jumpa sebab buku milik saya ada sahabat pinjam tapi tak bagi balik.


Pada hari pertandingan yang mana ianya bermula pada jam 0900 pagi. Saya tersangkut dalam jem yang sangat teruk di setapak. Sehingga jam 0923 pagi saya masih tersangkut. Memang saya akan terlepas pertandingan tahun ini dan tidak dapat memepertahankan kejuaraan. Kalau saya tak hadir, dalam tentera bermakna saya 'absent' dan boleh dikenakan tindakan tatatertib. Apa yang berlaku, saya turun dari kenderaan tentera dan menahan satu kapcai yang melalui kereta saya. Dan bertanya adakah beliau melalui Jalan Semarak. Pendekkan cerita, 'brother' kapcai tu pun satu haluan dengan saya dan saya pun membonceng motosikalnya dengan uniform tentera tanpa topi keledar. Saya nekad. Yang bagusnya, dia plak menghantar saya hingga ke depan Kementerian Pertahanan. Terima kasih 'brother' kapcai.


Cun-cun, sebaik sahaja saya sampai di Auditorium MINDEF, duduk sekejap, giliran saya mendeklamasikan sajakpun tiba dan berjaya ke peringkat kebangsaan. Lepas berjaya, sajak untuk peringkat kebangsaan tidak ada pada AJK. AJK kata Jabatan Kebudayaan tak bagi, Jabatan Kebudayaan kata dah faks. Nyatanya saya tak dapat sajak, hanya diterima dua hari selepas itu. Jadi saya ada hanya lebih kuruang 14 hari untuk hafal, faham, hayati, cari lagu, rentak dan adunkan gaya.


Di peringkat kebangsaan pula, tak ada orang yang nak jadikan kita anak muridnya. Kalau pompuanlah saya ni, semua berebut. Sanggup memandu jauh untuk pergi ajar anak murid. Saya ni yang menawarkan diri untuk pergi ambil guru dan hantar balikpun, mereka tak mau. Dah nasib badannnn.


Saya sepatutnya melapor awal tetapi terpaksa tertangguh sebab belum dapat pelepasan bos. Bukannya bos tak bagi tetapi bos tak ada kat pejabat. Bukan salah bos tapi silap pihak pengurusan kerana menghantar surat sangat lewat. Surat panggilan untuk melapor diri sampai di pejabat pada pagi 12 Ogos 09 dan saya tengah 'out station'. Bos 'out station'. Tiba-tiba AJK telefon dan tanya kenapa tidak melapor diri?. Saya tanya lapor diri untuk apa sebab tak tahu pun. Jadi pada petang Rabu tu saya serba salah sama ada nak pergi atau tidak sebab saya ni tentera nak kena ikut arahan. Selagi tak dapat kebenaran bos, tak leh gi laaaa. Sebab tu saya lapor sangat lewat dan 'miss' bengkel puisi. Pening juga nak cari bangunan MAS yang dah tak ada logo tu. Dah lama tinggal di KL pun saya memusing cari. Tak tahulah peserta dari luar macam mana, sah akan pusing renit.


Pada hari pertandingan, saya telah berada di Auditorium Perdana, Angkasapuri,RTM sejak jam 8 pagi. Kami berlatih acara akhir untuk rakaman TV. Bukan berlatih sajak. Sebab dah biasa juga dengan RTM, saya memang dah jangka bahawa banyak masa terbuang dengan menunggu. Menunggu. Menunggu. Sampai jam 6 petang belum selesai. Satu hari suntuk raptai. Tak sempat balik. Nasib baik baju dah bawa siap-siap. Ingat boleh mandi kat bilik persalinan, ok la sikit. Lagipun aku hanya bawa tuala muka jee. Memang sentiasa ada dalam kereta. Malangnya bilik persalinan kami kongsi dengan peserta wanita dan artis-artis jemputan. Bilik mandi tak ada pintu plakk dahhhh. Terpaksalah naik ke atas, akhir sekali aku mandu kat tandas belakang auditorium jeeee. Ok juga mandi kat situ sebab tandasnya besar dan baunya tak kuatlah sangat.


Yang paling sedih ialah sifu aku kena pergi 'out station' sehari sebelum. Jadi pada malam final tu aku sangat perlukan dia untuk betulkan lagu dan gaya pada saat-saat akhir. Tapi dia tak ada. Balunnn je laa. Kat belakang pentas, macam-macam perasaan. Rasanya macam tak ada tenaga sebab dah letih. Naik je ke pentas, aku pun balunnnnn sajak Solihin Osman tu, 'Terima Kasih Pengalaman'. Memang telah melalui pelbagai pengalaman. Terima kasihlah pengalaman. Rasanya oklah kot aku baca tu.


Letih. Letih. Letih.

No comments: