JUARA: SAYEMBARA PUISI KEBANGSAAN 2009
Tidak ada apa yang boleh saya lakukan sebagai satu perlambangan kepada sebuah kesyukuran yang sangat kudus dan nirmala. Sebagai seorang Islam, saya melakukan sujud syukur dan kemudiannya berterima kasih kepada sesiapa sahaja khususnya kepada sifu-sifu yang tidak pernah jemu untuk mengajar dan menegur saya. Saya juga berterimakasih kepada semua rakan seperjuangan yang juga telah mempamerkan satu persembahan yang sangat bermutu. Mereka telah berusaha dengan gigih dan hanya nasib sahaja tidak menyebelahi. Hakikatnya, semua telah berjaya kerana untuk sampai ke tahap itu iaitu berada dalam satu sayembara dengan jago-jago dari negeri-negeri, bukanlah mudah. Perjuangannya amat panjang.
Bagi saya pula, setiap tahun saya berusaha dan tidak pernah sekalipun untuk berputus asa kerana amat memahami asam garam, politiking, golek menggolek, sorok menyorok dan macam-macam lagi yang ada dalam sayembara puisi kebangsaan. Letih memang letih. Lebih-lebih lagi pada tahun ini yang mana perserta terpaksa melalui saringan plak. JANGAN KOMPLEN, ini adalah prinsip saya dalam sayembara ini. Saya terus berjuang dan akhirnya nasib menyebelahi saya pada kali ke-9 pada tahun 2009. Sejak dari awal lagi saya merasakan bahang untuk menang. Sebenarnya rasa seperti ini ada dalam diri saya pada setiap tahun tapi tahun-tahun sebelumnya tidak menang pun. Bermakna ia hanyalah permainan seorang yang sedang berada dalam sayembara atau pertandingan. Kepada sahabat yang berjaya iaitu Suliha, Tarmizi dan C/Insp Mohamed Mahat; sekalung tahniah kerana anda semua turut membantu saya berjaya.
Sajak 'TERIMA KASIH PENGALAMAN' membawa saya ke persada. Setelah dua kali pertemuan dengan penulis iaitu Solihin Osman, barulah saya memahami apa yang ingin disampaikan oleh pengkarya dan bagaimana ia mahu disampaikan. Solihin, bukan sahaja seorang penulis, beliau juga seorang pembaca puisi yang hebat. Maka jenuh juga ilmu yang saya timba darinya. Terima kasih. Sebenarnya saya berguru dengan ramai juga sifu puisi. Rata-rata yang mengatakan gaya saya agak keras dan perlu dilembutkan. Maka saya menukarkan jantina guru dari lelaki kepada perempuan. ASP Rose Baini Kasim bekas johan kebangsaan 2005, seorang yang bersuara tegas, bersahaja dan lembut. Maka saya berguru dengan beliau sama ada dari aspek suara atau gaya. Memang mulut dia ni tak ada insuran, Pegawai polislahhh. Komen dia sangat pedas dan akan buat kita sakit hati. Kadang-kadang rasa macam nak belah jeeee. Tetapi memandangkan bukannya senang nak dapat guru yang ikhlas macam tu, maka diteruskan. Sementelah lagi pula, mana ada orang yang nak ajar kita. Bekas johan nak ajar? Selepas kita telefon bagi tau nak berguru dengan dia, lepas tu dia tak akan angkat telefon lagi. Sibuk dia lebih dari lebah. Jadi, bila ada je orang yang nak tunjuk ajar kita, tangkaplah cepatttt.
Keputusan siapakah yang dapat masuk ke final, tidaklah memeranjatkan sangat. Sayapun ada buat congak. Ada yang kena dan ada yang tak kena. Macam tulahh. Mengikut congak aku, yang bagus dan boleh diambil kira pada malam saringan tu ialah C/Insp Mohamad Mahat, Suliha, Tarmizi putrajaya (suara dia memang first class), Fairuzan Melaka (masa raptai dia sangat bagus tapi pd mlm saringan, aku tgk mood dia lari dan penghayatan tiba-tiba hilang. Mungkin sebab gangguan mike atau bini dia tgh lambai. He he he), Norhisham KL (depa kata bagus tapi aku tak sempat tgk sbb tgh dok siap kat blkg. Berdasarkan raptai, dia bagus), dan Azmi Perak. Begitulah yang berlaku pada saya pada 8 tahun yang saya terlibat. Nasib juga tidak menyebelahi saya. Mengapa saya katakan nasib? Pertamanya, kalau kita teliti bekas-bekas johan kebangsaan; ia boleh di pecahkan kepada tiga kategori. Kategori pertama; 1/3 daripadanya mendapat sajak yang sama dengan sajak yang dibaca di peringkat negeri. Maka mereka tidak perlu bergelut untuk hafal lagi cuma buat sentuhan sikit je. Kategori kedua; 1/3 lagi pulak bernasib baik kerana ada hubungan silaturahim yang agak rapat dengan pengadil. Golongan ini boleh bergelak ketawa dengan pengadil, bersembang seperti dah lama kenal, pernah sama-sama menjayakan sesuatu projek atau sama-sama buat antologi, aktif dalam aktiviti seni di negeri yang sama dan macam-macam lagi. Tapi ini bukanlah satu kesalahan kerana sifat manusia memang macam tu. Sesiapa pun akan sikap begitu. Pada ketika itu, saya sebagai orang baru, tak ada sapapun yang saya kenal. Pernah satu ketika, ada pengadil yang ketika bersalam dengan saya tetapi beliau bersembang dengan peserta yang dikenalinya. Mungkin dia tak berasan tetapi saya berasan dan rasa kecil hati sangat. Tak boleh buat apa sebab mereka telah berkawan lama dan kita ni tak kenal lagipun dan mereka tak minat nak kenalpun. Siapalah kita. Kalau melukut di tepi gantang tu, kira ok lah juga. Ini, jangan kata di tepi gantang, gantang pun tak nampak. Kita sedar siapa kita.
Kategori ketiga; bakinya yang lain adalah jagoan sejati. Hanya ada 5 orang sahaja yang berjaya pada kali pertama bertanding. Mereka memang bagus. Bagi saya, ini bukan nasib, kalau adapun faktor nasib ianya hanya berapa peratus sahaja. Tapi ada johan kategori ini yang mendapat sajak yang sama dengan di peringkat negeri.
Tetapi ada juga yang lebih bernasib baik lagi kerana ia berada dalam kategori 1 dan 2 sekaligus.
Dahlah dapat sajak yang sama, barisan pengadil plak geng dia. Awal-awal lagi kita dah boleh agak.
Dahlah dapat sajak yang sama, barisan pengadil plak geng dia. Awal-awal lagi kita dah boleh agak.
Di kategori manakah anda? Saya? Rasanya saya berada dalam satu kategori baru iaitu kategori yang keempat.
Akhir kata, terima kasih kepada semua rakan dan pihak yang terlibat. Terima kasih.
2 comments:
congrats sebab menang jugak...biasa la ..kalau ada network dgn pengadil boleh je menang..but if u won something through your hard work, that is something that you should be proud of sampai bila2...betul x?
Yes dear, absolutely and crystal I do agreed wt u. WORK HARD is the key to the most satisfied success; not through the short cut way. But peoples lv to do that esp us (Malaysian). Actually, it takes my blood to come out with marvelous performance. Tq for yr sp. All the best
Post a Comment