Friday, August 21, 2009

HIKMAH HAJARATUL ASWAD

Kalau saya cerita bab ni, tn/pn mesti geleng kepala punya. Betapa saya berusaha dan nak sangat menang sebab dah letih nak layan golek-menggolek sayembara puisi kebangsaan. Semalam ada sahabat yang telefon dan maklumkan bahawa dia mungkin tak akan masuk lagi sebab dah rasa tua sangat. Saya katakan padanya, sayapun macam tu pada setiap tahun sebelum menang. Setiap tahun saya katakan, ini adalah tahun terakhir dan ingin bersara. Tapi bila tiba musim sayembara, semangatnya jadi lain, naik sheikh plakkk. Masuk lagi tak menang lagi. Jadi jangan putus asa sebab hanya 5 orang sahaja bekas-bekas johan sayembara yang pertama kali masuk dan menang. Yang lainnya ada yang 10 kali, 11 kali, 5 kali, 7 kali, 4 kali barulah menang. Kita ni baru dua tiga kali, dah tu tak ada kroni plak. Setakat ini otai yang paling lama ialah Pn Suliha. Beliau menyertainya sejak dari sayembara yang pertama pada tahun 1987. Banyak juga negeri yang diwakilinya kerana berdasarkan lokasi dia bekerja. Mengikut data saya, dia dah 16 kali menyertai sayembara. Manakala otai kedua ialah sdr Azmi Perak, lebih otai dari saya. Dia dah 11 kali.

Ini bab hikmah batu Hajaratul Aswad di Kota Kaabah. Semasa berkunjung ke sana baru-baru ni, saya menginap sebilik dengan bekas Timb MB Pahang. Dia nasihatkan saya pergi cium dan jilat hajaratul aswad dengan niat untuk memiliki suara yang baik dan menang sajak. Pada mulanya saya katakan, tak mungkin sebab berjuta manusia yang mengelilingi hajaratul aswad dan saya tak sanggup menolak orang lain, walaupun ada banyak tenaga. Dia kata pada saya, jangan niat macam tu. "Kau pergi je tawaf dan berniat nak cium hajaratul aswad dari hotel lagi, Insyaallah akan ada ruangnya". Sebelum subuh esoknya, saya bertolak ke miqat dengan niat yang begitu. Selesai subuh di miqat saya terus bergerak ke Haram seorang diri dan melaksanakan tawaf. Magik, setiap pusingan tawaf saya dapat menghampiri hajaratul aswad dan dapat mencium dan menjilatnya dengan mudah dan agak lama. Tidak adapun penjaga arab yang nak tarik saya keluar kerana saya merasakan sangat lama disitu dan perlu berundur bagi peluang jemaah lain. Bayangkanlah Tuhan membuka ruang kepada saya sebanyak lima kali menghampiri hajaratul aswad dengan sangat mudah iaitu ketika jemaah arab sedang bertolak, saya yang kecil tubuh dikurniakan lorong untuk mencelah. Sebanyak lima kali dalam tempoh yang sangat lama. Seusai bertawaf dan solat sunat di makam Ismail, saya menangis teresak-esak. Sujud syukur kepada Allah S.W.T. Selepas bertahlul, saya membeli Al-Quran dan bersedekah pada Masjidil Haram termasuk bahagian yang Tengku Khalidah Tengku Bidin titipkan. Dia berikan kepada saya sejumlah wang tunai yang agak banyak untuk dsedekah di Mekah. Saya pun tak tahu bahawa di Masjidilharam atau Masjid Nabawi tidak ada tabung sedekah wang. Apa yang jemaah lakukan ialah membeli Al-Quran dan penjual akan 'cop' tanda sedekah dan Al-Quran tersebut diletakkan di para dalam masjid. Jadi wang sedekah Tengku Khalidah telah saya belikan Al-Quran dan sedekah kepada Masjidilharam. Terima kasih kepada jemaah lain yang membantu saya sebab banyak juga naskahnya (tak kenalpun jemaah yang menolong, rasa macam malaikat je). Semoga Allah S.W.T memakbulkan apa yang Tengku Khalidah hajati. Amin.

'Part' saya antara hajaratul aswad dan suara telah selesai. Saya kongsi kisah peluang menghampiri hajaratul aswad pada rakan sebilik iaitu bekas Timb MB Pahang (Dato'), dia pula yang menangis teresak-esak sampai terduduk kat lantai. Kami sama-sama menginsafi diri.

InsyaAllah saya akan berkongsi dua cerita pelik yang sampai saat ini saya masih termanggu. Dan mungkin boleh menjadi panduan bagi kita yang akan ke Mekah. Terima kasih.

1 comment:

Azree Ariffin said...

Oh, saya juga begitu, tuan. Tahun ini tahun ketiga saya memasuki sayembara - tetapi kali pertama menyertainya setelah berguru dgn teratur. Tuhan saja yang tahu betapa semangatnya saya pada tahun ini, tetapi nak buat macam mana, masih belum ada rezeki. Tetapi, dari awal saya tetapkan niat bahawa yg saya utamakan sebenarnya adalah pengalaman. Kemenangan adalah bonus.

Saya juga mengalami peristiwa yang hampir serupa ketika mahu mengucup hajarul aswad. Rupa-rupanya kalau nak kucup, kena tetapkan niat sejak dari dalam hotel lagi. Saya pernah rempuh saja, tapi tak dapat. Bila dah niat dari hotel dan solat hajat dulu, alhamdullillah dipermudahkan jalan untuk mengucupnya.