Jangan lepaskan peluang. Kisah yang selama ini
menjadi RAHSIA BESAR, tersimpan dalam bilik kebal, dihidangkan kepada anda
dalam Novel PH 2 – HINGGA KE LUBANG CACING. Membongkar rahsia 25 tahun
terpendam di belantara. Belantara dan mergasatua bangkit mengisahkan bagaimana anak-anak
Platun Harimau menyamar sebagi orang gila, penjual aiskrim, cikgu sekolah,
pemandu kereta sapu, peniaga nasi lemak, kumpulan tabligh, pekerja LLN, penoreh
getah dll. PH 2 juga turut membongkar krisis (pergaduhan) Tentera-PDRM pada
zaman 80an. Adakah anda tahu bahawa Lorong Hj Taib 5, Chow Kit pernah menjadi
pusat komunikasi pengganas komunis? Ikuti jejak anak-anak harimau dalam Operasi
Hingga ke Lubang Cacing dalam novel ini.
Laman Pena Celoreng menumbuhi karya-karya oleh Mohd Radzi bin Abd Hamid. Sesetengah darinya telah disiarkan oleh akhbar dan makalah tempatan. Nimatilah karya-karya ini seadanya. email: radzi_hamid@yahoo.com
Saturday, October 6, 2012
Tuesday, September 4, 2012
MALAYSIA AIRLINES SIGNATURE
Salam, I do hv the opportunity to tasted Malaysia Airlines ‘satay’ which is ur MAS catering signature. They had wins Award for the Best Airline Catering Signature at the 2012 World Airline Awards held at Farnborough Air Show. Other than catering award, MAS also wins the World's Best Cabin Staff award for 2012.
(8 cucuk satay, jus mangga calamansi. As u see, cucumber besarkan)
My observation; the meat either beef or chicken satay so soft and yummy. The side dishes, green cucumber and onion a little bit bigger size and the gravy not chefly pore on top of the satay. My suggestions are on the two minor comments. The taste of the satay is awesome. I’m looking forward to enjoy the satay again on the flight back home 2morow.
(For 12 hr flt, I m really enjoying in flt movies)
For the cabin staff services, I think they short of staff.
To share the knowledge, what is the World Airline Awards? The World Airline Awards are the world class benchmarking tool for Passenger Satisfaction levels of airlines throughout the world including low cost airlines, delivering a unique survey format based on analysis of business and leisure travellers, across all cabin travel types (First Class, Business Class, Premium Economy Class and Economy class passengers). Air travellers were surveyed by telephone, questionnaires and online about their experiences with airlines on the ground and in the air during a 10-month period. The survey measured passenger satisfaction across more than 38 key performance indicators of airline front-line product and service, including check-in, boarding, onboard seat comfort, cabin cleanliness, food, beverages, in-flight entertainment and staff service. The Survey covered over 200 airlines, from the largest international airlines to smaller domestic carriers.
Proud to be Malaysian. We should hv sense of belonging – PETRONAS, Proton Saga, KTM, FELDA, ATM, Oil Palm, etc.
Thursday, August 23, 2012
Fajar Syawal dan Ibu Tua
FAJAR SYAWAL DAN IBU
TUA
TIAP KALI SALAM AIDILFITRI MUNCUL
AKU MENJENGUK DAN MENGHITUNG KEDUT RAUT
WAJAH SI IBU TUA
YANG TINGGAL JAUH DI PERDU BUKIT
BERSAMA POHON AZAM YANG DISEMAI.
SI IBU MENANTI
DENGAN KETUPAT PULUT BERCAMPUR KACANG
DENGAN RENDANG AYAM KAMPUNG
DAN SEPASANG BAJU KURUNG LABUH
YANG DIJAHITNYA SENDIRI.
DI HUJUNG PENANTIANNYA
KU LIHAT REDUP MATA SI IBU SAYU
KERINDUAN YANG SEKIAN LAMA TERPINTAL
DAN DIKURUNG KESUNYIAN
PECAH DENGAN DERUAN BUNYI KEPULANGAN –
ANAKNYA.
DUNIANYA YANG SUNYI
RESAP DI BALIK BUKIT
DAN DIRINYA TIBA-TIBA MENJADI MERIAH
DISELUBUNGI SENYUM TAWA
HINGGA DI KANDANG TIDUR
PENAT KABUR DI BALIK KEDUT DERITANYA
ITU INI BEGITU DAN BEGINI
PEMBUKA CERITANYA PADA SESIAPA SAHAJA YANG
DI TEMUINYA.
NAMUN SI IBU TAHU
DUNIA SUNYINYA AKAN TETAP BERKUNJUNG
DAN TINGGALLAH SI IBU DI DESA
TATKALA SYAWAL DI PENGHUJUNG
BERSAMA SEPI SEBAGAI TEMAN ABADI.
KARYA :
Pena Celoreng
Tuesday, April 24, 2012
PORT DICKSON TANAH BERTUAH LAGI BERSEJARAH
PORT DICKSON
ADALAH SEGEMPAL TANAH MULA
25 PERAJURIT BERTATIH MELANGKAH BERLARI
MENYUSUR AKAR
MEMAHAM DENAI DAN LURAH
MEMAHAM PAYA DAN LEMBAH
MEMPERKUKUH IMAN
KEPADA TUHAN
MEMPERTAJAM AZAM
KEPADA NUSA
MENJADI SATU BARISAN PERTAHANAN
YANG KUKUH JIWA
YANG SEDIA SIAGA
1 MAC 1933 ADALAH TANGGALNYA
DEK TANAH BERTUAH DIINTAI MATA DURJANA
BRITISH, JEPUN, KOMUNIS
RAMAI YANG SEDAR AKAN MAHSUL BUMI BERDAULAT
INGIN DIJAJAH INGIN DIPERINTAH
WATAN BANGSA BANGKIT MEMBELA
DARI KUALA PAK AMAT HINGGA KE BUKIT CANDU
ADNAN DITIKAM MELEPAS DENDAM
DARAH MELIMPAH HINGGA KE KUALA
SEGALA-GALA BERMULA DI SINI
TEMPAT LAHIRNYA PAHLAWAN
PAGI INI DI TENGAH
RUANG
TANAH LAHIRNYA
PAHLAWAN
ADA MATAHARI SAUJANA
ADA SINAR BIASAN
PELANGI
ADA DERAP PAHLAWAN
BERKELANA
MEMAHAT SUMPAH
MENGOTA KATA
SEMPURNALAH SUDAH
BIDALAN PUSAKA
SIRIH PULANG KE
GAGANG
KOTA INI MENJADI
GELANGGANG
KOTA INI DI TANDA
SEMPADAN
DENGAN KALIMAH ALLAH
DAN MUHAMMAD
SEBAGAI KOTA
PAHLAWAN
SYURGA DI TANAH
KHATULISTIWA
KOTA PAHLAWAN INI
ADALAH WARISAN PUSAKA
YANG DI DADANYA TERTERA
“BIAR PUTIH TULANG, JANGAN PUTIH MATA”
KERANA KITA ADALAH TERAS KEDAULATAN
MAJU MEREALISASIKAN WAWASAN KOTA BERTUAH
KERANA DI PUNDAK KITA
ADA HARAPAN, ADA MISI, ADA GAGASAN
DAN DI HADAPAN BERSERAK RANJAU
TAJAM BERBISA
AYUH KITA BERSATU
AYUH KITA BERPADU
Friday, February 10, 2012
Perjuangan Seorang Sahabat
Al-Fatihah
6 Jan 2012, saya kehilangan seorang sahabat
baik. Juga seorang rakan kuliah. Kami berkongsi ‘supervisor’ yang sama iaitu
Prof. Dr Hassan (UUM). Dan saya pernah menumpang di rumah abang beliau lebih
dua minggu semasa pembentangan kertas kerja di UUM, Sintok.
| [Habib, myself, Salehudin, Abg Zamri: (Jambatan gantung Tamparuli)] |
7 Jan 2012, jam 8 malam, saya menerima sms dari pusat operasi
24 jam berkaitan berita kematian Lt Kol Habibullah. Sungguhpun mesej sms
tersebut sangat jelas dan menggunakan format laporan berita benar tetapi saya
masih tidak percaya. Sebelum sempat menalifon pusat operasi, sms dari rakan di
Lubnan menyusul. Dan saya yakin akan berita pemergian marhum. Langsung saya
membuat puluhan sms dan fb kepada semua rakan-rakan baik. Mereka jua seperti
saya; tidak percaya dengan sms tersebut. Langsung menelefon bagi mendapat
kepastian. Begitulah lumrah kita, tidak mahu kehilangan rakan yang baik.
Arwah, tidak ada rekod sakit jantung. Bahkan pemeriksaan pakar kesihatan sebelum berangkat ke misi, beliau di sahkan sihat dan layak bertugas di PBB. ATM mengenakan syarat ketat kelulusan kesihatan bagi semua anggota yang akan ke misi PBB. Semasa di Lubnan, arwah dikatakan sakit perut kerana gastrik dan dibawa ke hospital dan koma kerana serangan angin. dan akhirnya disahkan meninggal dunia di hospital yang kedua kerana serangan jantung. Justeru, kita beringat-ingatlah dengan serangan angin, gastrik dan macam-macam lagi.
| [Habib, Myself, Rizal : Konvo UUM)] |
Dalam usia 42 tahun, anak-anak masih kecil,
beliau di panggil Tuhan. Begitulah peraturan ajal. Marhum Habib seorang yang
mudah berurusan, tidak banyak soal atau songe, periang, serius dalam melakukan
kerja, ‘sportsman’ (bola keranjang, ragbi, bolasepak dll). Semua rakan sekuliah
menyenangi beliau.
| [Abg ?, Habib, Abg Zamri, Hubby Linda, Linda, Zawiyah, Myself (di jeti Kota Kinabalu)] |
Marilah kita sedekah Al-Fatihah kepada arwah
Lt Kol Habib dengan doa semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama
para solihin. Amin
Tuesday, February 7, 2012
Akibat dari kelembutan bangsaku
Ini adalah salah satu dari beribu-ribu lemon implikasi dari kelembutan bangsaku. Orang bukan Islam sudah berani mengupas (campur tangan) hal-ehwal Islam dan mereka bijak mengumpan dengan 'comparative analysis' yang boleh mengelabukan mata bangsa kerana bangsaku lebih suka menggunakan hujah 'logik akal'. Pastinya tidak semua isu agama boleh dihujah atau disandarkan dengan 'logik akal' sahaja.
Maka akan ada bangsaku yang akan menyokong Chew Hoong Ling kerana 'logik akal' mengatakan, sambutan ini tak ada apa-apa dan bagus bagi mengukuhkan kasih sayang bla bla bla. Tak terlintas langsung nak 'celebrate' atau memperingati hari kematian paderi St. Valentine. Ewah ewah, logik akal memang sedap bunyinya. Hadis riwayat Aishah "Tuhan mencelakakan umat yang mengikuti perbuatan orang-orang yahudi dan nasrani"
P/S Macaroon (kuih kecil dan manis) di cipta oleh nun dari gereja iaitu St.Macaroon dan menjadi makanan para 'nun' dan pengunjung gereja di negara ciptaanya. Macaroon ini dengan tiba-tiba menjadi popular dan kegilaan rakyat Malaysia pada awal tahun 2010.
PETIKAN BERITA
Hari Kekasih: Pemuda PAS Digesa Tidak Curiga
Oleh SIRA HABIBU
PETALING JAYA: Pemuda PAS tidak seharusnya melihat sambutan Hari Valentine atau Hari Kekasih sebagai sesuatu yang buruk kerana sambutannya semata-mata ingin menyatakan rasa cinta kepada pasangan, keluarga dan rakan.
Presiden Suara Wanita, Chew Hoong Ling berkata, aktiviti tidak bermoral berlaku setiap hari dan bukannya pada sambutan Hari Kekasih sahaja.
"Jadi Pemuda PAS tidak seharusnya terlalu takut atau curiga tentang Hari Kekasih," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kempen anti Hari Kekasih yang dibuat setiap tahun bagi memastikan umat Islam tidak menyambut hari hari berkenaan.
Pada Selasa, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menggesa kerajaan menyiarkan iklan bagi menyatakan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah bertentangan dengan syariat Islam menjelang sambutannya pada 14 Februari ini.
Selain itu tambah Chew, kebiasaanya masyarakat Asia didapati sukar untuk meluahkan rasa cinta dan kasih terhadap pasangan masing-masing dan memerlukan satu hari istimewa untuk meluahkannya.
PETALING JAYA: Pemuda PAS tidak seharusnya melihat sambutan Hari Valentine atau Hari Kekasih sebagai sesuatu yang buruk kerana sambutannya semata-mata ingin menyatakan rasa cinta kepada pasangan, keluarga dan rakan.
Presiden Suara Wanita, Chew Hoong Ling berkata, aktiviti tidak bermoral berlaku setiap hari dan bukannya pada sambutan Hari Kekasih sahaja.
"Jadi Pemuda PAS tidak seharusnya terlalu takut atau curiga tentang Hari Kekasih," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kempen anti Hari Kekasih yang dibuat setiap tahun bagi memastikan umat Islam tidak menyambut hari hari berkenaan.
Pada Selasa, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menggesa kerajaan menyiarkan iklan bagi menyatakan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah bertentangan dengan syariat Islam menjelang sambutannya pada 14 Februari ini.
Selain itu tambah Chew, kebiasaanya masyarakat Asia didapati sukar untuk meluahkan rasa cinta dan kasih terhadap pasangan masing-masing dan memerlukan satu hari istimewa untuk meluahkannya.
Tuesday, January 17, 2012
PERCUTIAN 2011: LONDON-SWITZLAND-PARIS
Salam semua. Penaka terlalu sibuk, blog saya
tidak berisi. Sibuk yang datang berundu-randa hingga kelihatan
berculang-caling. Hasrat dan niat bagi menulis kisah percutian yang agak
panjang belum juga kesampaian. Idea datang bertimpa-timpa dan bercangkaliwang
dalam kotak fikir. Rontaan keinginan menulis dan berkongsi pengalaman dengan
blogiends bertarung dengan kesibukan yang tak upaya ditepis. Ia seakan-akan
mengeluarkan bunyi seperti gendang yang akhirnya bersipongang dalam deria kiri
dan kanan kepala. Justeru, bagi tidak menghampakan permintaan rakan-rakan yang
berhasrat pergi bercuti dalam sirkit yang sama, saya sertakan ‘map plan’ bagi
percutian kami (5 orang). Kos yang dipaparkan di dalam kotak adalah kos
keretapi dan hotel di sepanjang percutian bagi lima orang. Bermakna lebih
kurang RM1,000.00 lebih bagi setiap orang. Ianya termasuk tiket penerbangan MAS
dari KLIA ke Heatrhow dan dari Charles de Gore ke KLIA. Asasnya kos penerbangan
pergi dan balik lebih kurang RM 6,000.00 (pergi balik). Bermakna percutian di
London (4 hari ), Switzland (5 hari ), dan Paris (6 hari); hanya memakan kos RM
7 ke 8 ribu sahaja. Plus minus, senang kira RM 10 ribu la macam tu.
Sebagai ‘perancang cuti’ yang dilantik, ‘map
plan’ ini adalah yang terbaik yang mana prinsip percutian ialah ‘Bercuti ala
Millionare, berbelanja ala kadar’. Makan; syarat yang ditetapkan ialah ‘good
meal’ sekurang-kurangnya sekali dalam sehari sama ada ‘lunch’ atau ‘dinner’. Hotel ada menyediakan ‘a blody damn good
breakfast’. Have a good breakfast, tapau apa yang patut termasuk air
minuman (juice), kemudian terbanglah. Kami keluar awal pagi dan balik ke hotel
lewat malam. Memang cuti betullll. Pergi sebanyak tempat yang boleh.
bye
p/s nanti bila saya percuma, saya akan tulis
pengalaman bercuti sebagai panduan rakan-rakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
