Salam semua. Penaka terlalu sibuk, blog saya
tidak berisi. Sibuk yang datang berundu-randa hingga kelihatan
berculang-caling. Hasrat dan niat bagi menulis kisah percutian yang agak
panjang belum juga kesampaian. Idea datang bertimpa-timpa dan bercangkaliwang
dalam kotak fikir. Rontaan keinginan menulis dan berkongsi pengalaman dengan
blogiends bertarung dengan kesibukan yang tak upaya ditepis. Ia seakan-akan
mengeluarkan bunyi seperti gendang yang akhirnya bersipongang dalam deria kiri
dan kanan kepala. Justeru, bagi tidak menghampakan permintaan rakan-rakan yang
berhasrat pergi bercuti dalam sirkit yang sama, saya sertakan ‘map plan’ bagi
percutian kami (5 orang). Kos yang dipaparkan di dalam kotak adalah kos
keretapi dan hotel di sepanjang percutian bagi lima orang. Bermakna lebih
kurang RM1,000.00 lebih bagi setiap orang. Ianya termasuk tiket penerbangan MAS
dari KLIA ke Heatrhow dan dari Charles de Gore ke KLIA. Asasnya kos penerbangan
pergi dan balik lebih kurang RM 6,000.00 (pergi balik). Bermakna percutian di
London (4 hari ), Switzland (5 hari ), dan Paris (6 hari); hanya memakan kos RM
7 ke 8 ribu sahaja. Plus minus, senang kira RM 10 ribu la macam tu.
Sebagai ‘perancang cuti’ yang dilantik, ‘map
plan’ ini adalah yang terbaik yang mana prinsip percutian ialah ‘Bercuti ala
Millionare, berbelanja ala kadar’. Makan; syarat yang ditetapkan ialah ‘good
meal’ sekurang-kurangnya sekali dalam sehari sama ada ‘lunch’ atau ‘dinner’. Hotel ada menyediakan ‘a blody damn good
breakfast’. Have a good breakfast, tapau apa yang patut termasuk air
minuman (juice), kemudian terbanglah. Kami keluar awal pagi dan balik ke hotel
lewat malam. Memang cuti betullll. Pergi sebanyak tempat yang boleh.
bye
p/s nanti bila saya percuma, saya akan tulis
pengalaman bercuti sebagai panduan rakan-rakan.
No comments:
Post a Comment