Thursday, August 23, 2012

Fajar Syawal dan Ibu Tua


FAJAR SYAWAL DAN IBU TUA

TIAP KALI SALAM AIDILFITRI MUNCUL
AKU MENJENGUK DAN MENGHITUNG KEDUT RAUT WAJAH SI IBU TUA
YANG TINGGAL JAUH DI PERDU BUKIT
BERSAMA POHON AZAM YANG DISEMAI.

SI IBU MENANTI
DENGAN KETUPAT PULUT BERCAMPUR KACANG
DENGAN RENDANG AYAM KAMPUNG
DAN SEPASANG BAJU KURUNG LABUH
YANG DIJAHITNYA SENDIRI.

DI HUJUNG PENANTIANNYA
KU LIHAT REDUP MATA SI IBU SAYU
KERINDUAN YANG SEKIAN LAMA TERPINTAL
DAN DIKURUNG KESUNYIAN
PECAH DENGAN DERUAN BUNYI KEPULANGAN – ANAKNYA.

DUNIANYA YANG SUNYI
RESAP DI BALIK BUKIT
DAN DIRINYA TIBA-TIBA MENJADI MERIAH DISELUBUNGI SENYUM TAWA
HINGGA DI KANDANG TIDUR
PENAT KABUR DI BALIK KEDUT DERITANYA
ITU INI BEGITU DAN BEGINI
PEMBUKA CERITANYA PADA SESIAPA SAHAJA YANG DI TEMUINYA.

NAMUN SI IBU TAHU
DUNIA SUNYINYA AKAN TETAP BERKUNJUNG
DAN TINGGALLAH SI IBU DI DESA
TATKALA SYAWAL DI PENGHUJUNG
BERSAMA SEPI SEBAGAI TEMAN ABADI.


KARYA :
Pena Celoreng

2 comments:

Nur Emyinda said...

Salam Pena Celoreng,
('uuuwwaaaaa...sob sob sob...sedu sedan...) Bisa nangissss….Tersentuh hati membaca dan menghayati bait2 kata dalam puisi ni...terasa sayu sungguuuuuh...

Restu dan redha seorang ibulah bermulanya segala jatuh bangunnya perjalanan kita dalam hidup ini...Syurga di telapak kaki ibu, kasih ibu membawa ke syurga.

p/s ibu selalu, pernah citerkan kisah nakhoda tanggang masa kecik2 dulu...takut dan insaf insaf insaf ;-D X nak jadi anak derhaka.

Btw Pena Celoreng,
Fajar Syawal dan Ibu Tua, Nukilan hati Mohd Radzi, Ucapan Selamat Berhari Raya, Salah dan silap harap dimaafi.

royalputra300 said...

syabas pena celoreng.

nuremyinda, anda sendiri berjiwa puitis. tahniah. suka baca puisi dan 3 blog anda.


from the eyes of a warrior.