PORT DICKSON
ADALAH SEGEMPAL TANAH MULA
25 PERAJURIT BERTATIH MELANGKAH BERLARI
MENYUSUR AKAR
MEMAHAM DENAI DAN LURAH
MEMAHAM PAYA DAN LEMBAH
MEMPERKUKUH IMAN
KEPADA TUHAN
MEMPERTAJAM AZAM
KEPADA NUSA
MENJADI SATU BARISAN PERTAHANAN
YANG KUKUH JIWA
YANG SEDIA SIAGA
1 MAC 1933 ADALAH TANGGALNYA
DEK TANAH BERTUAH DIINTAI MATA DURJANA
BRITISH, JEPUN, KOMUNIS
RAMAI YANG SEDAR AKAN MAHSUL BUMI BERDAULAT
INGIN DIJAJAH INGIN DIPERINTAH
WATAN BANGSA BANGKIT MEMBELA
DARI KUALA PAK AMAT HINGGA KE BUKIT CANDU
ADNAN DITIKAM MELEPAS DENDAM
DARAH MELIMPAH HINGGA KE KUALA
SEGALA-GALA BERMULA DI SINI
TEMPAT LAHIRNYA PAHLAWAN
PAGI INI DI TENGAH
RUANG
TANAH LAHIRNYA
PAHLAWAN
ADA MATAHARI SAUJANA
ADA SINAR BIASAN
PELANGI
ADA DERAP PAHLAWAN
BERKELANA
MEMAHAT SUMPAH
MENGOTA KATA
SEMPURNALAH SUDAH
BIDALAN PUSAKA
SIRIH PULANG KE
GAGANG
KOTA INI MENJADI
GELANGGANG
KOTA INI DI TANDA
SEMPADAN
DENGAN KALIMAH ALLAH
DAN MUHAMMAD
SEBAGAI KOTA
PAHLAWAN
SYURGA DI TANAH
KHATULISTIWA
KOTA PAHLAWAN INI
ADALAH WARISAN PUSAKA
YANG DI DADANYA TERTERA
“BIAR PUTIH TULANG, JANGAN PUTIH MATA”
KERANA KITA ADALAH TERAS KEDAULATAN
MAJU MEREALISASIKAN WAWASAN KOTA BERTUAH
KERANA DI PUNDAK KITA
ADA HARAPAN, ADA MISI, ADA GAGASAN
DAN DI HADAPAN BERSERAK RANJAU
TAJAM BERBISA
AYUH KITA BERSATU
AYUH KITA BERPADU
1 comment:
Selamat Hari Pahlawan!
Post a Comment