Saturday, September 5, 2009

PENDAKI EVEREST LONGLAI DI TANAH HARAM

Ini adalah kisah yang kedua dan terakhir yang saya janjikan untuk berkongsi. Kisah anih di Tanah Haram. Semasa dalam perjalanan, salah seorang dari ahli jemaah ialah bekas pendaki gunung tertinggi. Semasa kami minum kopi di Qatar, saya terdengar beliau berkata akan melakukan tawaf paling banyak sebab dia adalah pendaki everest. Gunung yang tinggi boleh didaki, inikan pula bertawaf je. Pada ketika itu, saya minum di meja lain. Suaranya dapat didengar dan isu yang dibualkan ketika itu ialah berapa kali nak buat tawaf.
Apabila kami menjejak kaki di Jeddah, hamba Allah si pendaki di serang demam panas. Dalam perjalanan ke Madinah, demam beliau bertambah teruk sampai tak boleh bangun. Di Madinah, beliau terus terbaring dalam bilik. Selama 5 hari di Madinah, si pendaki hanya berada di dalam bilik. Demamnya semakin teruk ketika kami dalam perjalanan ke Tanah Haram. Beliau terpaksa berkerusi roda ke hotel.
Pendekkan cerita, sehinggalah kami berangkat pulang ke tanahair, si pendaki sekalipun tidak dapat melakukan tawaf. Allah maha besar dan maha mengetahui. Sehingga tiba di KLIA, sipendaki masih di atas kerusi rodanya.
Inilah cerita yang ingin saya kongsikan. Semoga ia menjadi teladan dan sempadan kepada kita. Insyaallah.

No comments: