Monday, September 14, 2009

CERITA SEORANG JENERAL

(Artikel ini hanya untuk bacaan di dalam blog ini sahaja)
Saya percaya bahawa untuk menjadi seorang jeneral semestinya berkhidmat lebih 30 tahun. Dalam tempoh ini semestinya seorang jeneral telah mencurah segala-galanya yang terbaik bagi faedah perkhidmatan, agama, bangsa dan negara. Semestinya juga, setelah berkhidmat sekian lama dan sekian jenuh jasanya; maka ruang persaraannya harus di hormati sebaik mungkin.
Saya ingin berkongsi kisah ini dengan pembaca blog saya sekalian kerana jeneral ini amat dekat dengan hati saya. Semalam, saya menerima panggilan telefon dari seorang pegawai atasan bagi mendapatkan khidmat saya untuk menulis sebuah sajak dan seterusnya mendeklamasikannya semasa satu majlis persaraan jeneral ini. Saya jawab "minta maaf". Untuk jeneral ini, saya tidak akan berkarya dan mendeklamasikan apa-apa pun. Mereka tanya saya kenapa. Saya jawab, ini adalah protes saya kerana mengarahkan jeneral ini bersara dalam masa tiga hari termasuk hari sabtu dan ahad. Inilah mainan politik. Pejabat terpaksa dikemaskan pada hari minggu dalam keadaan tergesa-gesa, segala tradisi persaraan seorang jeneral terpaksa dilupakan kerana 'mainan politik'. Saya protes, kalau nak dakwa, silalah dakwa, saya bersedia.
Seorang guru yang nak bersarapun tahu lebih awal bila masa dia akan bersara. Sekurang-kurangnya, kelasnya akan mengadakan sedikit majlis ringkas. Inikan pula seorang jeneral yang paling tinggi jawatannya. Saya tidak pasti kenapa dan mengapa? Kenapa terkena kepada jeneral ini yang sangat disegani dan baik hati. Adakah kerana menegur anggota-anggota tentera supaya jangan terlibat dalam urusan politik, menjadi satu kesalahan hingga dihukum sedemikian rupa (ini adalah antara rumors atau 'grapewines' mengapa jeneral ini di arahkan bersara atau dalam erti kata sebenarnya berhenti dari perkhidmatan). Sebab sebenar, saya tidak tahu kerana tidak dijelaskan. Justeru wujudlah 'grapewines' atau rumors sama ada benar ataupun sengaja dicipta untuk meredakan ketegangan diri orang yang menciptakannya.
Pada hemat saya, atas alasan apa sekalipun, seorang jeneral yang pernah memimpin pasukan di Bosnia, wajar diberi tempoh sekurang-kurangnya sebulan untuk beliau bersedia untuk bersara. Oleh kerana tentera memiliki tradisinya sendiri yang telah dipraktikkan sekian lama, seperti perbarisan persaraan, lawatan akhir, dll, maka tempoh ini diperlukan. Setelah bersara atau berhenti, kita tidak lagi mengadakan perbarisan persaraan bagi seseorang. Tidak pernah berlaku. Mungkin ini satu kesilapan atau satu keputusan yang terpaksa ditelan. Mungkin juga 'mainan politik' ini mempunyai sebab tersendiri yang kukuh dan logik tetapi kita tidak mengetahuinya. Jika ada alasan yang munasabah, baguslahh. Tetapi sebagai staf yang pernah berkhidmat di bawah pemerintahan jeneral ini sejak sekian lama, saya semestinya tahu hati budi jeneral ini. saya berdoa semoga seorang jeneral dan keluarganya dikurniakan Allah SWT selaksa kesabaran.
Kalau seorang jeneral boleh diperlakukan sedemikian rupa, bagaimana pula dengan saya ni. Seekor tungau yang kelihatan dek mata kasar kerana warnanya merah. Kalau tidak bewarna, mungkin tak nampak. Saya berdoa kepada Allah SWT semoga perjalanan saya dijauhkan perkara atau kejadian sebegini. Amin.

4 comments:

Maj. Ramachandran Ramaswamy Iyer (Retd) said...

The word is "grapevine"

PENA CELORENG said...

Purposely spell 'GRAPEWINES'. Dah mabuk sangat dengan cerita ni.btw Tq.

selangor2u said...

salam tuan,

sememangnya persaraan beliau agak memeranjatkan sebab hanya dapat berita setelah PAT baru dilantik dan tidak kedengaran berita awal mengenai persaraan beliau....

agak dah memang ada sumthing wrong some where

BELIA WAJA WATAN said...

Salam Tuan, Level apa kita sekarang ni ...