Sunday, August 30, 2009

KELAB DEKLAMATOR MALAYSIA

Tn/Pn, saya dan sahabat sedang merancang untuk menubuhkan KELAB DEKLAMATOR MALAYSIA (KDM) secara sah. Kita akan kumpulkan para deklamator di bawah satu bumbung. Banyak munafaat yang boleh diperoleh seperti menyebar luaskan maklumat aktiviti, memaparkan nombor kontak deklamator sebab penaja susah nak cari selama ini. Saya sedang berusaha, kita daftarkan secara sah. Bengkel pertama yang dirancang akan dianjurkan ialah BENGKEL PENGHAKIMAN PUISI. Apa macam berminat?

6 comments:

D'Rimba said...

Saya sangat berminat Tuan.........Huhuhu...Sila tunjuk ajar ya Tuan Johan Kebangsaan.

Azree Ariffin said...

Tuan Radzi, saya juga berminat untuk membantu. Cadangan saya sebagai permulaan adalah menubuhkan sebuah blog khusus untuk deklamator berkumpul dan menyebarkan berita-berita berkaitan deklamasi. Sebelum ini, cerita-cerita deklamasi ini sgt susah utk kita jumpa di internet. Kalau ada blog, sekurang-kurangnya kita ada pusat berkumpul di alam maya.

Wassalam

D'Rimba said...

Cadangan Azree itu ada benarnya dan ada juga saya terfikir sebelum ini untuk membuatnya tapi tidak kesampaian lagi sampai sekarang ini kerana waktu dan maklumat amat terhad. Mudahan terlaksana segera. Memang perlu persatuan deklamator ini untuk kita mencari banyak pentas pertandingan deklamasi ini setiap tahun, dengan konsep dan format baru yang lebih segar lagi menyeluruh memartabatkan alam deklamasi dan sastera Melayu dengan lebih berkesan bukan sekadar di pinggiran.

akumurba said...

Baik untuk kebajikan deklamator. Memang pada malam terakhir sayembara, Saudara Sahrin Haron dari Johor dan PW 1 TLDM Azamin Itam pun pernah berbicara akan hal ini. Cuma kita menanti titik asal mula dan penerajunya sahaja.

akumurba said...

Kelab Deklamator perlu berintipatikan kepada jadual persembahan, aktiviti para deklamator sepanjang masa, para deklamator juga perlu didedahkan untuk menjadi seorang penceramah bengkel-bengkel puisi ( hanya yang menjadi Kelab Blog sahaja )dan isu-isu panas yang menduka dan luka dalam dunia deklamator serta yang paling penting semangat setiakawan yang tidak putus sesama deklamator. Bagus tu Tuan. Saya boleh cadangkan beberapa nama seperti Hasnida Abdul Ghani, johan 2002, Shukri Abdullah johan 1996 dan Tuan sendiri boleh menjadi penerajunya. Selain tu, libatkan sekali Raihani Md. Saaid kerana saya yakin blog akan bertambah panas dan popular dengan adanya beliau.

Talk Anything Here... said...

salam..macamane nak join kelab ni??sanagt berminat urk deklamasi sajak..

noraziziah@gmail.com