Saturday, August 29, 2009

DILEMA PENDEKLAMATOR

Memang sangat dilema. Ini merujuk kepada jemputan-jemputan membaca puisi di beberapa lokasi dalam masa yang sama khususnya malam merdeka, mlm ni. Ada sahabat baik pun minta tolong deklamasi di kawasan dia (ADUN), siap nak bagi hotel dan nak hantar kereta ambil. Kita dah bagi nombor tepon kawan-kawan yang lain tapi tak mahu juga. Itu yang susah betul. Sebenarnya saya cuba menolak dengan baik dan tak nak terikat dengan mana-mana acara sebab bimbang di jemput di peringkat negara semasa sambutan kemerdekaan. Sampai tiga hari lepas, peringkat negara tak ada buat panggilan, jadi saya pun buat komitmen dengan Kumpulan Raihan sebab sahabat yang tersangat baik minta tolong sangat-sangat. Acaranya malam ni di Selangor. Dah bayar pun, duitnya pun dah saya selesaikan. Ramai juga yang dijemput, ada Rabani, DJ IKIM, Akay dan beberapa artis lagi. Tup tup tup, peringkat negara plak calllll. Tu yang leceh sangat niii. Memang nak sangat baca sajak tu sebab jarang dapat peluang keemasan macam tu tapiiiiii....... Duit yang dah selesai tu macam mana? Kata orang tua-tua menjadi pegangan "manusia berpegang pada janji, binatang berpegang pada talinya". Saya terpaksa menepis, tak tahulah apa jadi. Katanya nak cakap (mengadulah tu) dengan bos saya plak. Susahlah saya macam tuuu sebab saya ni nak kena ikut arahan. Prinsip tu, prinsip juga.
Dilema ni jadi lebih rumit, bila bos saya sendiri cakap, siap bersemuka lagi, suruh saya baca puisi semasa 'countdown' di kem. Haru biru saya. Bagilah penjelasan apapun, mana bos nak layan. Dah puas saya 'explain', dia tetap kata "kaulah juga yang baca". Peninglaaa. Kalau artis, mereka ikut siapa yang bayar mahal. Dalam tentera, mungkin tn/pn tak pernah tahu; saya dah beribu kali baca puisi dalam acara tentera. Dari acara paling besar melibatkan SPB YDP Agong, melibatkan DYM Sultan dan macam-macam Pak Menteri, mana pernah dibayar. Satu sen pun tak dapat. Nama kitapun tak disebutnya. Yang kena bayar ialah kitalah, nak bayar tol, nak bayar duit minyak, duit makanpun duit sendiri. Dah tu siap kena marahhh lagi. Tapi itulah yang dikatakan 'TENTERA', mesti patuh dan taat pada arahan.
Memang aku dilema. Malam ni, aku baca di Selangor dulu, harap-harap sempat lari balik ke kem. Ya, Tuhan selamatkan hambamu. Amin

2 comments:

Marvic said...

may Allah be with you....

Tengku said...

ya allah, kesiannya. tapi memang macam tulah bang kalau hendak jadi orang seni. banyak makan hati, dari makan gaji, bak kata pak samad. nasib deklamator memang selalu dipandang sepi, tapi tak apa, Kelab Deklamator Profesional Kebangsaaan kan ada. hehehe, bila nak mula? semangat dah berkobar-kobar dah ni jang oiiii