Wednesday, August 19, 2009

SATU PERJALANAN YANG SANGAT PANJANG

SANGAT JAUH DAN SANGAT BERGERIGIS

Selepas dinobatkan sebagai juara; banyaklah pihak yang menjemput untuk membaca sajak di dalam majlis mereka. Saya sangat menghargai dan berterima kasih atas jemputan tuan/puan. Semalam sahaja ada tiga jemputan untuk membaca sajak dalam majlis makan malam sempena ketibaan Ramadan, Majlis Meraikan Perpisahan bos dll. Saya dengan rendah diri memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi ke semua jemputan kerana dalam masa yang sama saya pun tersangat sibuk dengan kerja-kerja di pejabat. Saya berdoa dan berharap pihak yang menjemput saya telah menjemput rakan-rakan seperjuangan saya yang mana nombor kontak mereka telah saya berikan. Bagi jemputan yang terlalu jauh seperti di Melaka, Perak dan negeri Kedah ku maju 2010, bukan saya tak sudi tetapi saya mempunyai ramai rakan penyajak yang hebat di negeri-negeri berkenaan. Rasanya sangat sesuai jika mereka yang diundang, bukannya saya. Bukannya saya nak menolak 'duit raya; tetapi itulah hakikatnya. Di samping terlalu sibuk dengan kerja, saya juga mohon mengizinkan saya untuk menghormati rakan-rakan saya di sana.
Dalam masa yang sama, ramai sahabat yang bertanya termasuk wartawan bertanya, bagaimana saya boleh berkecimpung dalam sajak? sejak bila saya berkecimpung? macam mana pegawai tentera boleh berminat dengan sajak? banyak la plak tanyaaa? Sebenarnya saya pun tidak pasti sejak bila ia bermula (tarikh sebenar). Semasa di sekolah rendah, saya langsung tidak berbakat. Saya tidak menyertai apa-apapun aktiviti seni di sekolah. Saya hanya menyertai pasukan pengakap. Itupun hanya sehingga mendapat lencana keris perak. Dalam aktiviti pengakappun saya tidak menyerlah bahkan sangat takut jika disuruh membuat persembahan. Berkaitan akademik di sekolah rendah, malu lah nak citeee. Saya taklah pandai dan taklah tersangat tak cerdik sebab sekiranya dalam kelas saya ada 37 orang pelajar, dalam peperiksaan saya akan sentiasa berada dalam kedudukan ini iaitu sama ada no 35 atau 36. Tetapi sekalipun tak pernah dapat nombor 'last' atau 37. Itulah yang saya katakan tadi, saya taklah tersangat tak cerdik sebab ada orang lebih teruk dari saya.
Penglibatan dalam acara seni bermula semasa di sekolah menengah, SMS Kedah. Sebenarnya saya bermula dengan pidato, kemudian cik gu sastera sekolah iaitu Cik Gu Salim bin Ramli memasukkan saya ke dalam tim Bahas Sekolah. Agak lama dalam tim bahas, kami bertanding di banyak tempat. Memandangkan saya datang dari asas pidato, maka dalam setiap pertandingan bahas, sentiasa dinobatkan sebagai pemidato terbaik. Seingat saya sekitar tahun 1981 atau 1982 gi tu, saya mula bersajak. Antara sajak yang pernah saya baca ialah 'PONDOK DI TEPI LOMBONG' karya Ahmad Sarju. Cikgu Salim bin Ramli juga yang menyarankan saya menyertainya dan muncul sebagai Johan pada tahun 1983 dengan sajak 'AKU' karya usman awang. Sekitar tempoh itu juga, sebanyak 4 kali sajak karya saya disiarkan dalam majalah pelajar. Masa tu, memang glamour habisss you. Bayangkanlah sajak saya tersiar dalam majalah pelajar, kemudian cikgu sastera gunting dan tampal di papan kenyataan. Banyak pelajar pompuan yang cuba nek kenen.
Ini gambar ketika saya menjadi johan Deklamasi Puisi sempena Hari Bahasa dan Sastera Sekolah. Sebaik sahaja tamat persekolah (sebenarnya tak tamatpun sebab semasa dalam 'lower six', saya dapat tawaran ke Royal Military College, Iron River). Jadi terus cabut. Seingat saya, dalam tempoh itu, sekitar tahun 1984 ke 1986, saya ada membaca sajak karya Thazali Mohd Elah (Johan Kebangsaan 1995). Sebaik sahaja tamat latihan dan balik dan melapor di 2nd Batalion RAMD di Kem Batu 5, Mentakab; saya berubah terus dari minat dalam bidang sajak ke bidang yang lain. Kalau cerita mesti tak percaya punya. Cayaaaaa tak?. Kan dah kata tadi mesti tak percaya punyakan. Saya menyertai pertandingan Musabaqah Al-Quran. Sekali masuk je terus menang. Lepas tu sibuk lawan sana, lawan sini, wakil itu dan wakil ini. Kira hebat juga laaaa. Pohhhh, rasa macam magik jeee pokemon jeee. Tiba-tiba saya berhenti dari musabaqoh sebab satu hari bila balik bercuti di kampung, ayahanda saya kata 'tok sah dok lawanlah baca Quran ni, baca untuk kita cukup laaa'. Titik. Saya terus menarik diri dengan mendadak dari menyertai musabaqoh Al-Quran. Saya mendapat pendidikan awal dari sekolah agama.

Dalam ruang tersebut, saya memilih aktiviti yang terus juga sangat berlainan dan biasa dengan saya semasa kecil di kampung. Pada satu masa dulu, kampung saya terkenal dengan pusat seni bela diri. Nak belajar jenis silat apa?, semua ada di situ, dalam satu kawasan tapi berbeza gelangang. Antaranya ialah Seni Silat Gayung, Nasrul Haq, Abjad, Silat Pulut, Tomoi siam, Silat Harimau Berantai, Silat Helang Putih dan ada dua tiga lagi. Kami kanak-kanak di kampung, sebaik sahaja selesai mengaji quran dan selesai kelas nasyid sebab kami ada Kumpulan Nasyid dikampung, kami terus melapur di gelanggang ikut jenis silat yang dipilih. Saya sempat khatam beberapa jenis silat dan mandi minyak gayung dan akhir sekali saya melapur di gelanggang tomoi siam. Gurunya dari Patani iaitu Heng Sengsamai. Belumpun tamat belajar, guru kami mati kena tembak di Siam semasa balik menziarahi ayahnya yang sedang sakit. Gelanggang diteruskan oleh pelajar paling kanan iaitu Takiyudin Hasan (sekarang EXCO Kelantan (dato'), Peguam dalam kes Mat Sabu Kena tangkap, Presiden Bolasepak kelantan). Kami belajar hingga ke akhir 'buah 21' dan akhirnya saya melapor di SMS, Kedah dan terpaksa tinggal di asrama.

Saya menyertai pertandingan tinju. Bermula dengan pidato, bahas, sajak, musabaqoh, tinju. Tak payah cite banyak lah bab bertinju ni sebab saya dah bertinju sejak dari kecil di kampung. Kami dah lali dengan 'sparing', buat pertunjukkan semasa kenduri kahwin, lawatan pembesar dan sukan daerah. 'Sparing' partner saya ialah AYOB, janji jangan tumbuk tapi dia tumbuk kuat. Tulang hidung saya dah lama patah, kalau tak silap saya sekitar umur 8 tahun cam tu. Dalam sukan tinju ni saya pernah dinobatkan sebagai 'PENINJU TERBAIK' selama dua tahun berturut-turut. Pialanya saya simpan hingga ke hari ini. Tak nak lah cite bab lawan tinju ni sebab lawan saya memang kena belasah teruk. Ada yang patah rahang, ada yang kena masuk hospital sampai seminggu lebih. Gambar ni ketika menang lawan dengan komando. Komandopun kena belasah teruk. Pertandingan dihentikan kerana hidungnya berdarah tak henti-henti ketika baru berlawan tak sampai dua minit. Saya tak ingat pula, bila saya berhenti dari bertinju dan berkecimpung dalam pertandingan menembak. Masa tu dah masuk askar, menembaklah kerja kami. Sebelum masuk askar, ayahanda saya telah menghantar saya berguru dengan seorang sahabat beliau yang seguru dengannya. Guru yang hebat di daerah kami iaitu 'Mahaguru Hj Mat Lala' di Jeneri. Dikatakan guru ni kebal. Tak tahulah kerana saya tak pernah tengok. Tapi berdasarkan pengamatan saya selama berguru dengan dia, mungkin juga sebab tok guru seorang yang sangat warak, ilmu agamanya sangat tinggi. Tok guru pondoklahh, memang cam tu. Anak murid beremut. Lama juga saya tinggal dirumah beliau. Dalam banyak-banyak ilmu tu, salah satunya ialah ilmu menembak. Dengan mengamalkan ayat tertentu dalam tempoh tertentu, kita tak perlu tembak ke sasaran. Tembak ke langitpun, peluru tersebut akan pergi ke sasaran yang kita hajati. Ilmu menembak ni hebat, memang ilmu ni sangat hebat. Sebab semasa dalam tentera saya berpeluang mengujinya. Saya boleh menembak hanya kepala jarum peniti pada jarak 500 meter dengan menggunakan mata kasar. Ini gambar ketika dinobatkan sebagai 'JAGUH' menembak. Sama juga macam kes musabaqoh, ayahanda saya kita ilmu tu bukan diajar dan belajar untuk bertanding. Ia diajar dan belajar untuk diri sendiri dan membantu orang lain yang sedang susah. Bukan untuk menyombong diri. Titik lagi. Saya berhenti terus dari menyertai mana-mana pertandingan menembak selepas itu.

Dan kini saya menyambung bidang yang pernah saya terlibat semasa di bangku sekolah iaitu 'BERSAJAK'. Dalam perkhidmatan tentera saya mula membaca sajak sejak berpangkat Kapten lagi tapi tak masuk bertanding sebab tak tahupun ada pertandingan membaca sajak. Bila tahu jee, saya masuk dan tak menangpun. Dua tahun saya cuba tapi hanya berjaya ke final sahaja. Tahun ketiga saya tak masuk tapi saya pergi melihat pertandingan ini di beberapa buah negeri dan merakamnya. Bila balik rumah, saya teliti semua video yang saya rakam dan cuba kenal pasti mengapa saya tak boleh menang. Rupa-rupanya, dalam sajakpun ada anjakan paradigma. Cara dan kaedah bersajak telah jauh berubah tetapi dalam dua pertandingan yang saya sertai, saya masih membaca gaya bersajak semasa di sekolah dulu. Lanjut dan mendayu-dayu. Jadi saya menimba ilmu dari video tersebut. Tahun berikutnya saya masuk dan JOHAN. Maka selepas itu bermulalah keaktifan saya dengan sayembara puisi kebangsaan sehingga menjadi Johan selama 9 tahun. Tahun depan dah tak boleh masuk lagi, di haramkan dan saya juga tidak dibenarkan menyertai mana-mana pertandingan sajak yang ada dalam negara. Sedih la juga sebab tak de laaa 'mashukkk'. he he he. 9 tahun satu tempoh yang agak lama. Saya ada merakam dan mengkaji keperluan dan citarasa pengadil dalam sayembara ini. Sayembara Puisi Kebangsaan sangat unik sebab berjuta citarasa. Ada yang kata perlu begitu, ada yang kata perlu begini dan ada yang kata begitu dan beginipun tak perlu. Lagi banyak kita membuat analisa kepada ulasan ketua panel juri, lagi pening kita jadinya. Tahun ni, dia kata nak macam ni; kitapun mengubah dan mematuhinya. Bila bertanding tahun depan, dia kata tak nak macam tu plak, nak macam hu hunhu plak. Politik pun kuat seperti yang saya ulas pada artikel sebelum. Justeru itulah dalam artikel itu saya agak banyak mengulas isu 'NASIB' atau REZEKI. Nasib belum menyebelahi anda tetapi nasib telah menyebelahi saya pada tahun ini, 2009. Berdasarkan pengalaman, nasihat saya tak payahlah mengkajinya kerana ia akan membuang masa sahaja. Jangan serik nak cuba dan berusaha untuk membuata persembahan yang terbaik. Selebihnya berdoa dan tunggulah nasib anda.

Akhir kata, saya pernah mendeklamasi puisi dihadapan beribu orang putih semasa 'Convo Dinner di Wellington'. saya mendeklamasi puisi 'SUMPAH ANAK MERDEKA' dalam bahasa melayu dan diterjemahkan ke dalam bahasa inggeris, dipaparkan di skrin. Masa mula-mula baca, orang putih masih bersembang, setelah rangkap pertama, mereka sunyi sepi melihat seorang anak melayu mendeklamasikan sajak melayu dengan berpakaian melayu sepenuhnya. Ini gambar semasa mendeklamasi puisi tersebut di Wellington Hall. Tabik saya kepada Tuan dan Puan. Terima kasih.

5 comments:

Azree Ariffin said...

Assalamualaikum Lt Kol!

Tahniah atas kejayaan sewaktu sayembara tempoh hari. Saya juga menyaksikan acara berkenaan dan sangat suka dengan cara tuan. Saya juga terlibat dalam arena deklamasi, dan tahun ini bertanding di peringkat IPTA, tetapi belum ada rezeki. Rasanya kena berguru dengan tuanlah pula ye? hehe.

Jemput ke blog saya - azreeariffin.blogspot.com.

Wassalam

Mohd Radzi said...

he he he, terima kasihlah kerana menyokong seni ini. Kita sehaluanlah. Berguru, tidak masalah. Saya telah lama bertekad, jika menang, saya akan mencurahkan ilmu kepada sesiapa sahaja. Tak nak jadi mcm peristiwa yang telah saya hadapi. Kita tak leh kedekut ilmu. Kedekut duit tak peeee.

Azree Ariffin said...

oh, kedekut duit takpe ya? alamak, baru nak minta belanja. hehe. Membaca entri ini, banyak juga pencapaian tuan ya. Sangat mengagumkan. Apa yang saya dapat lihat, tuan memang tak putus asa dalam mencapai kejayaan. Tuan juga menulis novel ye? Saya baru tahu. Teruja untuk membacanya. :)

Bagaimana untuk saya berhubungan dengan tuan ya?

PENA CELORENG said...

Sdrku Azree, sebenarnya tn lagi banyak aktiviti seni daripd saya. Bila saya selusuri blog tn, pehhhhh! memang budak sains gilee ni. Kita serupalaaaa. Saya dulupun budak sains gak. Novel tu boleh beli di kedai (sy difahamkan byk kedai dah habis). Saya boleh tolong belikan di pencetakan DBP. Hargnya RM 22.00 (kulit keras), RM 18.00 (kulit nipis). Kos pos saya belanja (sedekah). Sms pada sy (0123031766) jika berminat. Nanti saya jelaskan mcm mn nak bayar. TK

syafiq said...

TAHNIAH TUAN...