Friday, August 28, 2009

GAMBAR BESAR DAN CANTIK DALAM KOSMO

Ramai juga member yang telefon termasuklah member yang tak pernah telefon seumur hidup. Mereka berusaha dapatkan nombor HP saya (0123031766). Yang paling memeranjatkan ialah pesaing sajak semasa sekolah kat SMS, Kedah. Dia kata, "hang kira orait la, sampai la ni aktif sajak lagi. Pas tu menang kebangsaan pulak. Tabik llllaaa". Bermakna gambar yang kosmo siarkan tu memang meletup. Bos saya kata,

Bos: "Wah hencem gambar dalam kosmo"
Saya: "He he he, takkan Tan Sri baru tau saya hencem?"
Bos: Dia tak cakap apa pun hanya senyum jeee.

Memang teruja sangat sebab gambar saya satu page besar lagi. Lepas tu ada lagi gambar di page selepasnya. Kalau nak beli satu page tu harganya RM 40,000.00. Banyak tu!. mana nak cari duit. Sampai saat ini saya rasa seronok sangat sebab beberapa perkara. Pertamanya gambar besar dan jelas, kedua: kali pertama sajak kebangsaan dapat gambar besar macam tu (sebelum ni ciput jeee, ada yang tak siarkan langsung pun ada) dan akhir sekali orang kampung saya mesti kecoh punya. Maklumlah orang kampung macam saya ni, ulu pula tu. Dah ulu, banat (lebih jauh dari ulu. Dah dekat dgn hutan atau dikelilingi hutan) lagi pula. Kampung saya nun jauh di utara teramat ulu. Bidalan 'tempat jin bertendang' pun tidak upaya memberi pembayangnya kerana jin pun tak nak datang bertendang di kampung saya. Di kampung saya, anak jiran masuk JAWI pun, (bersunat la. Orang utara sebut masuk JAWI) kami dah gembira satu kampung, buat kenduri sejak dari petang hinggalah darah tak meleleh lagi, baru selesai kenduri. Kenduri masuk jawi pun sampai sembelih lembu, kambing dan macam-macam lagi. Kukuh dalam ingatan saya, semasa saya masuk jawi dulu, dari petang hingga ke malam kami berkenduri. Pada sebelah malamnya ada main gendang silat dan bersilat lagi. Malam tu menunya taklah special sangat hanya gulai nenas dan ikan talang kering, ulam (jering, genuak, pucuk stan dan jambak) dan cabai melaka (sambal belacan la ni). Esuk paginya kami 13 orang kanak-kanak bertuah berendam dalam charok (sungai kecil yang sejuk airnya dimana diatasnya ada hutan kelubi) sejak lepas subuh lagi. Ada lintah tapi anak kampung macam kami, lintah pun takut. Kalau dapat, kami akan lawan tarik lintah, sapa yang paling panjang. Selepas itu, anak-anak muda akan ambil kami dan tanggung atas bahu dan dibawa ke rumah Pak Lang Shad (orang paling tua di kampung, dah lama meninggal). Di halaman rumah, ramai anak-anak gadis berbaris memegang bunga manggar sambil bernashid. Kompang tak ada, memang dikampung saya tak ada langsung kompang. Kami cuma ada gendang silat, gong dan serunai. Kami didudukan di atas rumah dan diberi sepiak pinang. Lepas tu ikut giliranlah untuk 'selamat tinggal pucong'. Mudimnya bernama Tok Mudim Hasan, kerjaya tetapnyanya sebagai pemandu teksi; mudim hanya kerjaya semasa cuti sekolah. Part pertama yang paling takut ialah mengenangkan ada kes mudim terpotong kepala sekali. Part kedua yang paling ngering ialah jika kita punya senjata tu, dia jadi cina buta. Ini kes serius sebab Tok Mudim terpaksa sepit pucong dan di belah empat dengan gunting. Semasa berendam pagi tadi, kami dah pakat-pakat cek, sapa yang senjatanya jadi cina buta. Saya punya ok. Saya masih ingat semasa didudukkan di atas batang pisang, dia berbual dengan saya. Katanya, tak sakit ni, macam gigit semut jeee sambil ayah saya menggilas tangan ke atas. Pucung disepit dengan sepit buluh (macam kita buat panggang iakn tu). Lepas sepit terus dipotong. Tapi bila kena potong, mak Oiiiiiiii, Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya. Sumpah! memang sakit sangat, sangat. Kalau nak kena masuk jawi sekali lagi, memang aku cabut. Mana ada bius, bius kami adalah kesejukan air charok tadi. Lepas dia potong, serpihan pocong tu di cucuk ke dalam batang pisang tersebut. Mudim kampung membalut luka senjata kami hanya dengan daun pisang, kemudiannya di atasnya dilapisi dengan kain pembalut luka. Daun pisang ni akan melekat sekitar 5 ke 6 hari gitu. Kami berbaring secara berbaris di ruang tamu rumah. Kain pelikat diikat dengan tali dan diikat pada satu dawai yang diikat pada alang rumah. Lepas, tu orang ramai pakat dok datang selak kain tengok. Dua tiga hari duduk berbaring je kat rumah Pak Lang Shad. Dua tiga hari jugalah orang dok selak kain. Memang tak sensor habis. Antara komen wajibnya ialah "Oooooo, yang ni dah kering", "Oooo yang tu masih meleleh darah lagi". Menu pula hanyalah nasi putih dengan ikan talang kering, lebih kurang macam menu pompuan dalam pantang. Anak-anak gadis hanya dapat melihat dari hujung halaman rumah je. Mereka berjengket-jengket, melompat-lompat sebab ruang tingkap yang terbuka tu tinggi juga, tolok menolak, sakat menyakat bagi yang ada rasa dia suka pada seseorang. Masa tu saya di kampung, tak ada orang yang sukapun. Dari sinilah asal usul wujudnya lagu 'pucung-pucung' yang dikenali sekarang sebagai 'poco-poco' (nanti di ruang yang lain saya akan cerita sejarah lagu ini).

Lepas tiga hari gitu, saya di gendong ayah bawa balik ke rumah. Jangan minum banyak air, nanti temoloknya besar (pesan orang tua). Lepas dua tiga hari, barulah kita mula mencuba untuk membuka balutan daun pisang tersebut. Kalau tak melekat, bersyukurlahhh. Kalau melekat kat luka atau hujung kain pembalutpun tumpang nak lekat sama. Tu yang duduk di jemuran sehari suntuk sambil meraung. Nak kena titik air rendaman daun bunga raya (hisbiscus disebut orang KL) di bahagian yang melekat tadi. Maka berlakulah part cuba mencuba. Titik air, cuba buka dan tarik, titik lagi dan cuba lagi. Seingat saya, saya punya melekat sikit je. Saya dimaklumkan bahawa sahabat saya iaitu Rejab (sekarang berniaga kedai makan di hadapan stesyen komuter Sentul), dia punya sampai kain pembalut melekat kat dalam. Berdarah semula. Ngeri dibuatnyaaaa.

Kalau masuk JAWI pun, masyarakat dikampung saya berkenduri besar, heboh dan kami yang di jantan'kan jadi glamour habis. Bayangkanlah anak kampung mereka masuk surat khabar, gerenti ada dua tiga orang mak cik di kampung saya akan histeria. Gerenti dalam sebulan ni, sama ada di dangau simpang tiga (tempat orang kampung berehat pada waktu petang), di kepala titi (tempat anak-anak muda lepak), di retak (macam titi), di tangga surau, di kedai beli sekerap tepi kubur, di lorong ke kebun getah, ketika berselisih semasa menoreh, lepas moreh; inilah isu yang akan di perbualkan. Nak jadi cerita pula, kalau dalam tempoh ini ada kenduri kendara berbuka puasa, inilah isu utama dan satu-satunya isu yang akan diperbualkan. Nak buat macam mana, masyarakat kampung saya ulu banat ni, memang dah begitu budaya kami. Kalau susah, sama-sama susah, kalau syiok, semua pakat tumpang syiok. RM 5,000.00 bagi kami di kampung seperti 5 ke 6 juta. Rasa macam tak tau nak kira. Tak boleh nak bayang banyak mana duit lima ribu tu kalau dikumpulkan sekali sebab di kampung saya semasa harga getah naik, duit tunai 2 ke 3 ratus pun dah terlalu banyak. Banyak sangat dahhh. Sebab tu dikampung saya, kalau kenduri kawin, sampai hari ni ada orang bagi sehinggit, ada yang bagi tiga biji kelapa (belum kopek dan mungkin ada yang dah bertunas), ada yang bawa ayam seekor, ada yang bagi telor ayam, ada yang bagi beras se si'a (macam tupperware gitu). Kalau tn/pn baca novel Seluang Menodak Baung karya SN Dato' Shahnon Ahmad, kampung saya lebih susah lagi dari Kampung Banggul Derdap. Kampung Banggul Derdap tak jauh dari jalanraya dan hanya lebih kurang 3 ke 4 batu je dari Pekan Sik. Kampung saya lagi jauh ke dalam, lebih 10 batu jaraknya dari Pekan Sik.

Adik saya kata, kaum kerabat saya pada petang itu berkumpul semua (adik, abang, kakak dan semua anak sedara) berbuka puasa di rumah ayahanda. Pakat-pakat dok tengok dan belek gambar kosmo tu. Kosmo di Pekan Sik hari tu, sebelum bang zohor dah habis. Ini adalah sms yang adik saya kirim selepas berbuka puasa pada hari tu;

"Kami dok belek gambaq abg ni, khatam 3x dah.. tahniah gambaq besaq.pak bangga la, kami ramai ni 4 hidang. mak buat pulut udg, tpg talam. b.pozi, k.mah ada.."

Begitulah suasana dalam keluarga saya. Keluarga orang susah macam tu lahh. Di kampung saya semua orang susah, jadi oleh sebab semuanya hampir sama, jadi tak ada siapapun yang rasa mereka susah. Tak ada orang kaya. Semasa ayahanda saya dapat basikal 'Raleigh', kami dianggap orang kaya sebab keluarga yang pertama ada basikal di kampung. Berduyun orang kampung pakat datang ke rumah nak tenguk menatang basikal ni. Hebat sungguh basikal tu. Maklumlah kami di kampung bukan setakat tak mampu nak beli basikal, nak sebut perkataan BASIKAL pun kami tak pandai sebab kami panggil 'KHERHEK'. Ayahanda sayapun tak pernah bermimpi untuk membeli basikal. Dia tak belipun, basikal tu kami dapat dari cabutan bertuah semasa pergi tenguk 'London Sarkas' yang datang 5 tahun sekali ke Pekan Sik melakukan pertunjukkan. Bayaran masuk hanyalah $1.00 (dewasa) dan $0.50 (kanak-kanak). Kami kena jual buah genuak dan cempedak bagi membiayai tiket tersebut. Hasilnya ayah saya dapat basikal cabutan bertuah. Basikal tersebut di letakkan dalam rumah hampir dua bulan, tak naikpun sebab sayang sangat.
Oleh sebab di kampung tidak ada hiburan, maka berita-berita atau peristiwa-peristiwa yang berlaku adalah satu hiburan. Berita sekecil kumanpun amat menghiburkan seperti ternampak haruan besar di laha (satu tasik di tengah sawah). Ramailah orang kampung yang datang ke laha sambil membawa serampang atau tiruk (serampang macam tombak tapi ia mempunyai banyak mata tajam yang dibuat dari besi kecil. Manakala tiruk pula hanya mempunyai satu mata besi sahaja dan kayu pemegang yang panjang), kot-kot haruan itu timbul lagi. Kalau tenguk rancangan Bersamamu dalam TV, bagi kami dikampung, it's nothing sebab di kampung ramai lagi yang lebih susah dari yang ada dalam rancangan tu.
Keluarga saya memang cam tu. Riuh-rendah, tak pernah sekalipun berkelahi. Seronok dan susah sama-sama kami tanggung. Menu tadi tu, pulut udang tu pulut panggang laaa. Di kedah kami panggil pulut udang (tak ada udangpun, hanya inti kelapa cili sahaja). Pulut udang dengan cucur udang tak sama k. Bayangkanlah jumlah ahli keluarga cukup satu tim bola sepak. Meriahhhhkan!.

p/s (1) pagi tadi saya ada terima sms dari Alida Yunus (Johan di Johor). Dia kata "Kesian kt psrta yg dpt no 2 n 3, tk ditulis pun nama diorg..". Betul jugakan. Tapi dia tak sebutpun bahawa nama dia ada ditulis. Ini kerja orang media. Isu yang ditulis bukan pasal sayembara puisi tapi pasal 'kecanduan puisi patriotik'.

p/s (2) Dalam Utusan Malaysia hari, Menteri Dato ...............kata rakyat Malaysia tak ada semangat patriotik, tak ada semangat kemerdekaan. Elehhhh! dia lagi tak ada semangat. Buktinya, dia memilih untuk pergi tenguk 'Pilih Kasih' dari menyaksikan Sayembara Puisi Kemerdekaan. Dia memilih untuk memberi siaran langsung kepada 'Pilih Kasih'. Patriotik ke?

4 comments:

edolah said...

tn, radzi (sekadar berkongsi info),
jangan lupa... sayembara 1996 di melaka dapat liputan juga page penuh 3 hlm (colour gak)di dalam akhbar "Watan"(tapi akhbar tu skg dah tutup!), dan yg menulisnya ialah salah seorg panel hakim akhir..Lim Swee Tin!

PENA CELORENG said...

Baguslah kalau ada siar sampai 3 muka surat. Saya juga terharu. Sekurang-kurangnya, dunia puisi ini juga mendapat tempat dlm Watan. Yang penting ialah bukan siapa tetapi apa iaitu puisi. Kat Melaka saya belum berjinak. Adakah anda yang Johan di Melaka? Masa kat Kedah pun, ada BH keluar sampai 4 ms tapi tak delah gambar penuh mcm yg saya ckpkan. Ianya satu penghargaan dan penghormatan media pada dunia puisi. Gambar saya hanyalah perantaraan dan saya menumpang sahaja. Insyaallah saya tak akan kedekut pengalaman dan masa.

Raja Azrul said...
This comment has been removed by the author.
Raja Azrul said...

salam..

saya nak tanya tok mudim kat kampung saudara masih ada lagi tak? kalau boleh saya inginkan no untuk hubungi beliau. terima kasih.