Thursday, November 12, 2009

JALANRAYA OH JALANRAYA

Sekarang ni musim hujan. Lebattt. Ianya bermula terlalu awal. Mengikut ramalan musim hujan akan bermula mulai Disember tetapi sekarang dah mula hujan. Di KL setiap petang hujan lebat. Apabila hujan lebat, jalanraya kita di sesetengah lokasi dan banyak lokasi, jalan akan ditenggelami air yang bertakung. Ianya bertakung kerana sama ada longkang dah penuh dan membuak atau tersekat. Selepas itu jalan akan berlubang yang amat merbahayakan penunggang motosikal. manakala Pemilik kereta terpaksa membuat 'alignment' semula kepada tayar kereta yang terjejas kestabilannya. Jika kita perhatikan, sebenarnya jalanraya kita tidak bermutu tinggi. Kaedah binanya ikut mudah dan asalkan untung. Kadang-kadang kita lihat jalan kita rendah ditengah, di tepi dan dimana-mana. Jalan yang kita bina tidak ada resolusi pada air hujan. Satu masalah lagi ialah jalan kita asyik sangat di korek. Turap hari ini, esok lusa korek semula. Bab korek tu oklah. Mungkin ada keperluan tetapi bab menampalnya semula tidak dibuat dengan sempurna. Berdasarkan pengalaman saya di negara orang, jalan mereka dibina dalam bentuk cempung di tengah atau di tepi. Makanya, apabila hari hujan, air hujan akan terus mengalir ke longkang di kiri atau di kanan dan kiri jalan. Sebab itu jalanraya di negara maju lain tidak berlubang. Majlis perbandaran atau mana-mana pihak yang bertanggungjawab, sewajarnya meronda ketika hujan lubat bagi mengenalpasti jalan yang bertakung air dan membuat perubahan. Sudah sampai masanya kita memikirkan persoalan ini, memiliki jalan yang bermutu, pengorek dan perbandaran yang lebih bertanggungjawab.

6 comments:

Azree Ariffin said...

Salam, tuan. sudah balik Malaysiakah? Lama mendiamkan diri di blog ini ya. Harap dapat apa yang dicari di perantauan. Ya, sekarang ini memang musim hujan. Terasa sejuk memanjang...

PENA CELORENG said...

He he he, after very very long vacation, emmmm it should better right?. Yeahhh, after 18 hr sleeping, movieing, gameing, keep eating after eating which available on flight MH 201, five of us reach Buones Aires. Not bad, Cape town was wonderfull and johannesburg are very modern n keep us moneyless. I did throw 'Pn Rozita letter' at cape of good hope at line of cape point. Pertemua dua lautan. Balik yeee, gelabah puyuh sebab kena viva tesis, the next morning. tak tidur sampai pagi. h he eheee, now demammm

Azree Ariffin said...

aduhai begitu pula. Well I am sure you gained a lot from your vacation. How about sharing some of the stories here? and some pictures perhaps. Nak jugak tahu cerita kat sana.

Hmm, patutlah cerita pasal hujan, demam rupanya. Get well soon!

blackhackle said...

welcome home my fren..sejak bila lak risau pasal hujan dan jalanraya ni..hujan rahmat,..jalan kat Malaya mmg cam tu ler..korek dan tampal kan ke budaya...itu belum kira jln baru.. siap saja depa bubuh selekoh merbahaya..sekali fikiq ..dah tau merbahaya dok buat selekoh buat apa..Karpak!!

akumurba said...

Tuan Radzi, jom intai-intai kenangan 2002 di akumurba.dah lama tak update. sibuk sangat bro.

PENA CELORENG said...

wahai aku murba, saya selalu menjenguk ke teratak tuan hamba tetapi dah lama tak dihidang dengan juadah. asyik tengok muka suri tn hamba yang jelita tu. he he. hidangkanlah dengan secangkir kopi kampung dan roti mayat.