Tuesday, October 6, 2009

I'M VERY DOWN

Sekembali dari UUM, Sintok, sampai di KL sekitar jam 3.30 pagi. Keesokkannya ialah Majlis Rumah Terbuka pejabat saya yang mana kami sebagai tuan rumah. Pada hari yang sama, saya ada 9 jemputan hari raya dan hanya dapat memenuhi tiga sahaja. Itupun berakhir hampir jam 1.30 pagi. Rumah terbuka pejabat dilakukan terlalu lama iaitu mulai jam 11 pagi hingga jam 5 petang (6 jam). Saya berpendapat, rumah terbuka sangat sesuai jika dilakukan sekitar 3 ke 4 jam sahaja. Penuh dengan jemputan.
Sehingga hari ini, hanya staf-staf di pejabat yang mengucapkan tahniah atas kejayaan menerima pingat emas UUM. Rasanya nak pergi bercuti. Nak berehat. tq

No comments: