Sunday, November 22, 2009

BANTUAN MANGSA BANJIR KEDAH

Seperti yang saya maklumkan dalam catatan jelajah juara-juara, kami mengambil peluang untuk turut bersimpati dengan mangsa-mangsa banjir di Kedah. Rumah di tepi sawah, di belakangnya ada sungai plus hujan tak henti-henti, maka rumah tenggelam dek air. Ada rumah yang hanya nampak bumbung (rumah bawah setingkat) dan ada rumah yang hampir ke lantai di tingkat 1. Apapun kami berdoa semoga mangsa-mangsa banjir bersabar dan tenang menghadapi dugaan Allah S.W.T. Kebanyakan mereka adalah dari pada keluarga petani, susahhhh. Kami, meredah selut dan hujan berhati-hati. Bagi yang pompuan sangat berhati-hati kerana ada 'lintah'. Ada yang kata 'pacat'. Ini mesti anak bandar. 'Lintah' habitatnya dalam air seperti sawah, sungai, paya dan lain-lain, bersaiz besar. Lintah pun banyak jenis. Manakala 'pacat' habitatnya ialah di atas darat, di kawasan yang lembab seperti kawasan berumput, daun yang lembab dan saiznya pun kecil sahaja. Kalau nak cite bab ni, tiga haripun tak habis.

Semasa meredah lecah dan air separuh lutut, saya terkenang 'Projek Jari Kelingking' anjuran Mahasiswa Bacelor Komunuikasi UPM di Batu Pahat, Johor. Projek ini sangat besar, kami bergerak sejumlah 7 buah bas bersama 8 buah truck askar yang penuh dengan barang bantuan pelbagai jenis. Dari yang murah hinggalah yang mahal. Sayu hati bila mengenang ada artis wanita kita yang menyumbang wang tunai sangat banyak. Artis iini sangat ikhlas, jadi dia ingin merahsiakan dirinya. Tetapi untuk maklumat pembaca blog saya, artis wanita ini akan berkahwin dalam masa terdekat dengan Datuk 'K'. Jadi sama-samalah kita berdoa semoga jodohnya berpanjangan dan sentiasa dalam bahagia. Berdasarkan rungutan mangsa banjir semasa tu yang mengatakan mereka tidak mendapat bantuan, maka semua barang bantuan, di sampaikan sendiri dan terus kepada mangsa. Maka di Kedah, kami Juara-Juara pelbagai genre menyampaikan terus bantuan kepada mangsa banjir.

Dalam hati saya telah lama berbuku dan wujud persoalan. Bila ada musibah di negara orang seperti indonesia, pakistan, palestin, India, Sri Lanka dan banyak lagi, kita rakyat Malaysia kelam kabut mengutip derma. Pelbagai pihak berebut-rebut menubuhkan tabung kemanusiaan bagi membantu mangsa. Memanglah sangat bagus tetapi apabila rakyat kita sendiri yang mendapat musibah seperti sekarang ini di kedah, Kelantan dan Terengganu; kenapa orang kita tidak berebut menubuhkan tabung itu dan tabung ini. Semuanya mengharapkan bantuan kerajaan. Memang ada bantuan yang dihulurkan tetapi ianya tidak bersungguh-sungguh seperti mana yang diusahakan kepada mangsa yang bukan rakyat kita. Adakah sikap kita memang macam tu. dalam hal yang lebih kecil, kalau belanja kawan-kawan makan walaupun mahal, kita tidak ambil kisah tetapi bila nak belanja adik beradik sendiri atau anak sendiri, kita sentiasa berkira-kira. Kenapa kita macam tu ye?.Satu persoalan lagi, kenapa kita tidak mahu berubah? Pada tahun 1984, saya terlibat dalam operasi menyelamat mangsa banjir di Pahang dan 14 tahun kemudian (1998), saya sekali lagi terlibat dalam operasi menyelamat mangsa banjir di pahang, di tempat yang sama juga. dalam hati saya berkata, kenapa mangsa-mangsa ini yang setiap tahun di landa banjir tidak mahu berhijrah ke tempat yang lebih tinggi? Tak ada duit nak beli tanah. Kenapa tak bina rumah yang tinggi seperti mana rumah di tepi pantai. Berdasarkan pengalaman banjir, kita semestinya tahu takat air paling tinggi. Maka rumah kita bina di mana lantainya berdasarkan ketinggian takat air tersebut. Ada suara-suara yang mengatakan, inilah musim mengumpul beras, sardin, maggi, ikan kering, duit, kain tuala dan lain-lain lagi. Dalam masa yang sama juga, inilah masanya YB menjadi popular dan menunjukkan sikap prihatinnya kepada pengundinya. Bagus jugakan. Tetapi dimanakah sikap berdikari atau 'survival' kita?. Setiap tahun kena banjir dan hampir pada bulan yang sama, kenapa kita tidak mahu belajar darinya?
Apapun saya bersyukur kerana tidak ditimpa musibah dan belum lagi menerima dugaan tuhan yang seumpama itu. Lawatan kami ke kawasan mangsa-mangsa banjir kedah meriah dalam konsep 1Malaysia kerana mangsa-mangsa tersebut adalah pelbagai bangsa. Yang banyaknya adalah petani, yang banyak jadi petani adalah - MELAYU.

No comments: