Laman Pena Celoreng menumbuhi karya-karya oleh Mohd Radzi bin Abd Hamid. Sesetengah darinya telah disiarkan oleh akhbar dan makalah tempatan. Nimatilah karya-karya ini seadanya. email: radzi_hamid@yahoo.com
Wednesday, December 30, 2009
SELAMAT TINGGAL TAHUN 2009
Tuesday, December 29, 2009
WARDIEBURN GARAGE SALE
Tuesday, December 22, 2009
ISU SEKOLAH BERASRAMA PENUH
Keduanya ialah adakah rungutan-rungutan yang dilontarkan oleh ibu bapa yang mana permohonan anak-anak mereka gagal di beri perhatian, diselesaikan atau berlalu begitu sahaja. Ataupun paling marhaennya, ditertawakan atau di lihat sebagai isu remeh. Apakah kriteria sebenarnya yang ditimbangtarakan oleh pihak yang diberi amanah bagi memilih. Saya dimaklumkan bahawa setiap gurubesar Sekolah Berasrama Penuh mempunyai hak untuk memilih sendiri berdasarkan kuota atau peratus yang diperuntukkan kepadanya. Jadi bermakna ada dua pihak pemilih. Katakanlah, gurubesar mempunyai hak untuk memilih 30% dan KPM mempunyai hak untuk memilih bakinya lagi 70%. Begitulahkan. Pada pendapat saya, sistem beginilah yang mencetuskan banyak rungutan ibu bapa seperti anak orang kaya, bapanya memandu Mercedes, anak ahli politik yang ‘confirm’ banyak wang, diterima di Sekolah Berasrama Penuh. Manakala anak-anak kepada golongan pertengahan ditolak seperti anak PTD, anak kakitangan profesional dan sokongan dlll. Anak-anak yang bapanya mempunyai pendapatan rendah atau miskin ataupun susah, saya mendoakan agar permohonan bagi anak-anak mereka yang berjaya mendapat 5A diterima kerana mereka wajib dipertimbangkan. Apa yang membimbangkan ialah anak orang susah yang dapat 5A ditolak tetapi anak orang-orang tertentu, mungkin guru sekolah berkenaan yang hanya dapat 4A 1B atau pun 3A jee, diterima masuk ke Sekolah Asrama Penuh. Jika ia tidak berlaku, maka sangatlah bagus.
Ketiganya, siapakah pihak yang boleh dipercayai bagi menyemak perkara ini. Sayapun tak tahu.
Keempatnya, ialah Amanah yang diberi kepada sesiapa sahaja yang berada dalam kumpulan bagi memilih pelajar-pelajar yang layak adalah satu tanggungjawab yang besar. Sekiranya amanah tersebut tidak dilaksanakan dengan betul yakni memilih mereka yang tidak layak atau kurang layak sedangkan ada lagi pelajar lain yang paling layak, maka kumpulan ini telah melakukan satu kezaliman dan berdosa. Maka jawablah kepada Tuhan,
Saya terpanggil untuk memberi pendapat berkaitan hal ini kerana pada tahun 2008, saya diminta bagi menyediakan SURAT SOKONGAN kepada seorang pelajar cemerlang sekolah yang mana berdekatan dengan penginapan saya. Pelajar ini segala yang terbaik ada padanya dengan Tokoh Nilam, Tokoh Pemimpin, Ketua Murid dan segala macam lagi, dapat 5A plak tu. Pada pandangan saya, adalah mustahil untuk permohonan pelajar ini ditolak. Pendapatan ibu bapa adalah sederhana. Hakikatnya permohonan pelajar ini tidak diterima. Saya sangat tersentuh dan terharu kerana pelajar yang baik macam tu pun tak dapat, yang lain-lain saya tak tahulah. Atau adakah semua pelajar yang telah dipilih, adalah lebih baik dari itu. Wooo! hebatlah generasi kita ni. Akhirnya, tidak ada seorangpun dari anak-anak dari sekolah tersebut yang mendapat 5A diterima. Dan saya pening berkaitan apakah kriteria yang diambil kira. Berdasarkan kegagalan tersebut, saya difahamkan YDP PIBG sekolah berkenaan telah meletak jawatan kerana tidak memberi apa-apa makna dan beliau tidak upaya membantu pelajar yang paling cemerlang di sekolahnya.
Thursday, December 17, 2009
(BAGI SESIAPA YANG BERHASRAT UNTUK MENDAKI GUNUNG KINABALU, BACALAH CATATAN INI KERANA SAYA AKAN TITIPKAN BEBERAPA PESANAN PENTING)
Pada bulan Okt 2009, member memaklumkan bahawa jabatan beliau akan menganjurkan cabaran Kinabalu mulai 12 hingga 16 Dis 09. Tak perlu fikir banyak dan buang masa, saya ‘thumbs-up’. Jadikkkk. Lagipun sebagai penutup kejayaan tahun 2009 dan sempena Awal Muharam (tahun baru), amat lah sesuai saya mengikutinya. Dengan bayaran hanya RM 800.00 bagi orang luar seperti saya (staf hanya RM 600.00), saya mendaftar. Kos ini termasuk semua iaitu perjalanan kapal terbang, kenderaan darat, penginapan, sajian dan beberapa aktiviti lawatan dan peralatan mendaki. Sangat-sangat murahhh. Murah gilerrr uuu sbb saya dah buat banyak survey ttg kos Kinabalu ni. Paling murahpun RM 1,300.00. Tu belum tentu lancar sebab tau-tau jelah, kalau amatur yang anjurkan.
Maka kumpulan yang terlibat dikehendaki menjalani latihan intensif. Memandangkan saya orang luar dan sangat sibuk, maka saya tak dapat bersama dalam semua latihan yang diadakan. Awal-awal lagi saya telah nyatakan pada member, bahawa tahap kecergasan saya berada di paras sangat lemah. Yelahhhh! Setelah hampir setahun saya berehat. Tahun lepas saya menghadapi masalah saraf di sebelah kiri kerana mengangkat barang berat. Terpaksa melalui beberapa tahap perubatan sukan dan rawatan elektro magnetik tiga kali seminggu di Seremban (di Labu dan Seremban 2). Kosnya sangat tinggi iaitu RM 80.00 sekali rawatan. Kalau seminggu tiga kali selama hampir setahun? Serata cerok tukang urut saya cari tapi kehebatan bomoh syiling 50 sen telah pupus. Semuanya tukang urut cari makan. Iklan sana sini tapi kesan urut dan cara urut sangat memualkan. Ada satu tukang urut buta di sebuah kampung dekat mambau, lagi mengarut. Saya rasa dia ni tak buta sangatlahhhh. Saya sakit kaki, tapi dia urut seluruh badan. Sebelah badan RM 30.00, kalau dua belah RM 60.00. Dia kata kena urut semua baru tahu kat mana sakit. Saya kata tak payah urut semua sebab saya dah tahu kat mana sakit, kat kaki kiri laa. Akhirnya dia urut semua. Upahnya saya bayar RM 80.00 (RM 50 sekeping dan RM 10 tiga keping. Bila saya serahkan wang tersebut pada beliau, di letakkan bayaran saya ke lantai dan dia kata ‘ini tak cukup sebab bayaran urut sebelah sahaja RM 30.00, saya urut adik semua badan. Katanya. Saya terkejut kerana menyangka tidak cukup sebab saya dah bayar seperti yang ditetapkan termasuk tip 20 hinggit sebagai sedekah. Saya kata, ‘ehh, tu dah bayar lebihh tu pak cik’. Berapa adik bayar? 80 hinggit. Ye ke?. Rupa-rupanya, dia tersalah raba. Dia raba duit 10 hinggit je, duit lima puluh tak dirabanya. Tak naklah rokemen tukang urut ni kat pembaca blog sebab tah pe-pe urutannya.
Sejak itu, saya tidak aktif sgt sbb kesakitan masih teras. Dalam pada masa tu, kena wakili jabatan main bola sepak. Dah lama tak main. Lepas tu tak cukup pemain, jadi kena main full time. Akhirnya Muscle paha kanan koyak sebab lama tak aktif. Tu yang kena rehat lama. Memang sakit, tersangat sakit kalau otot koyak. Jangan buat main. Nak sembahyang pun pelan-pelan tunduk macam ‘slow motion’. Sejak itu, saya tidak berlari dan tahu akan tahap kecergasan diri, sangat lemah. Dua minggu sebelum mendaki, sangat-sangat sibuk sehingga pada 11 Dis, saya masih di Bukit tinggi kerana mesyuarat akhir tahun (tiga hari). Pagi hari akhir meeting ada pertandingan golf. Main golfpun rasa penat, macam mana nak panjat Kinabalu. Tak terbayangkan. Memang saya terasa penat masa main golf sebab itu golf saya sejak setahun yang lalu, hancus macam sagonn.
Esoknya nak berangkat ke sabah. Apapun jadi, pergi tetap pergi sebab duit dah bayar. Kalau tak boleh mendaki sampai ke puncak, separuh jalanpun ok. Lain kali datang lagi. Itulah tekad saya. Dan saya pesan pada kawan supaya dia berlatih sungguh-sungguh sebab saya nak tumpang tenaga dia. Dia lagi sibuk dari saya. Jangan kata nak panjat tangga di batu caves, tangga kat rumahpun tak sempat nak panjat. Terus terang, saya katakan, pendakian ini semata-mata bergantung pada semangat dan kekuatan mental saya sahaja. Kekuatan fizikal dan kecergasan jasmani – totaly outttt. Apa bahana dan petakanya, ikutlah cerita saya dalam perjalanan ini. Sebagai gambarannya, ialah separuh nyawa saya dibuatnya. Berjalan macam budak pakai lampin yang dah penuh. Kura-kurapun boleh potong sambil lepas stering. Janganlah buat hal panjat gunung tanpa kecergasan jasmani. Macam nak mampus rasanya.
TIP PERTAMA: TENTUKAN TAHAP KECERGASAN YANG BAIK DAN BUAT PERSEDIAAN LATIHAN FIZIKAL SEPERTI MEMANJAT TANGGA DAN LARIAN.
11 Dis 09 – PERSIAPAN
Selepas check-out dari Tropicale D’Colmar, Bkt Tinggi; terus balik rumah, sampai jam 5 petang. Terpaksa pergi pejabat sebab nak kena siapkan dua folder mesyuarat penting iaitu pada 14 Dis dan 16 – 17 Dis (bos yang akan pergi meeting). Saya desk officersnya projek tuu. Dahlaaa empat hari kat Bkt Tinggi. Selepas siap folder, balik rumah hampir jam 1 pagi. Terus kemas beg, capai tu capai ni. Nasib baik dah buat checklist. Ikut je, masuk beg. Tak tidur, terus mandi dan tunggu member datang ambil sebab kami mesti berada di PULAPOL Jln Semarak pada jam 3.30 pagi.
Sampai di PULAPOL Jalan Semarak lebih kurang jam 3 pagi. Ada taklimat pergerakan oleh pegawai yang bertanggungjawab. Naik bas polis ke LCCT, dua buah bas dan dua buah van polis. Nak kena on time sebab orang polis ikut masa. Jam hampir 4 pagi kami bertolak ke LCCT, Sepang. Saya tidur di sepanjang perjalanan sebab letih sangat. Tiba di LCCT, kami terus check-in. Masa check in air asia tak pagi check-in secara kumpulan. kena buat satu-satu sebab kalau lebih berat kena bayar. Saya dan member, risau kena bayar lebih muatan. Cepat-cepat angkat beg celoreng pergi timbang. Lega, beg saya beratnya 13.5 kg dan beg dia pula 13.7 kg jeee. Selamat lah kami. Masa tu, time dah suntuk sangat. Dah jam 6 lebih you. Kalau check-in sorang-sorang mesti tak sempat. Ada cadangan untik kutip rm 20.00 setiap orang bagi bayaran lebih utk semua tapi ada yang tak setuju. Sebab tim kami lebih 100 orang, jadi banyaklah ragamnya. Biasalah tuu. Ada yang kata, beg saya tak lebih, sapa yang bawa lebih dialah yang bayar. Jadi, keputusannya, check-in masing-masing. Oleh sebab saya orang luar, jadi saya dok diam ajelah. Tengah-tengah dok kalut, Komandan PULAPOL Jln Semarak SAC II Dato’ Amar Sing al Ishar Singh pun sampai. Dan dia buat keputusan, check in semua sekali. Bayaran lebih bagi sama rata utk setiap rombongan. Kita bergerak sebagai satu tim. Macam tulah ‘leader’ buat keputusan. Kau setuju atau tidak kena ikut demi kebaikan semua peserta. Tabikkkkk, Dato’. Saya tersenyum dari jauh kerana sejak awal lagi saya telah memilih keputusan seperti itu, suka ataupun tidak.
Kami check in, bergegas berlari ke ruang pelepasan, duduk sekejap dan terus naik pesawat air asia. Sungguhpun kerusi antara ahli keluarga yang turut serta berlainan tetapi akhirnya kami ‘manage’ untuk dapatkan kerusi berdekatan dlm air asia. Sebaik sahaja berada di angkasa, apa lagi, kami belum minum pagi. Masing-masing sedang kebuluran. Kami order package donut dua set termasuk 2 hot milo. Sampai sudah, crew air asia tak minta bayaran. Jadi rasanya mungkin donut yang lebih dan kami minum free lah. Sedap juga donut free, dua plak tu. Perasa strawberry dan honey.
Mendarat di Terminal 2, Kota Kinabalu. Kami bekerjasama mengangkat beg ke dalam trak polis dan dengan dua buah bas dan dua buah van polis, bergerak ke Hotel Promanade. Malangnya, bilik belum siap kerana penginap hotel sebelumnya check-out lewat. Sementara menunggu bilik disiapkan, kami dibawa bersiar-siar di sekitar bandar Kota Kinabalu dan berhenti makan tengahari di restoran mamak yang terkenal di Sabah iaitu – CHOICE-. Masuk yang ini dah dua kali, aku makan kat sini. Kali pertama, Panglima Sabah belanja makan udang galah besar pada Sep 09. Restoran penuh dengan kumpulan kami yang ramai. Habis makan, kami bertolak balik ke Hotel. Kami dibahagi ikut group bilik. Apartmen ada tiga bilik. Saya di groupkan dengan kumpulan dari Bukit Aman dan Staf Pulapol. Pada petangnya kami dibawa bersiar-siar di Pantai Tanjung Aru. Semasa di pantai, hujan turun sekejap.
Kami berteduh di gerai makanan Pantai Tanjung Aru, ada jual hasil tempatan seperti keropok leko sabah, jagung manis, kuih cincin (tapi bentuk dia tak macam cincin pun, macam kueh peneram, tah sapa punya cincin mcm tu). Kami beli jagung, murah macam tak nak jual jeee. Empat jagung bakar atau steam dengan harga RM 3.00. Maca mana orang sabah nak kaya. Pada sebelah malamnya di lokasi yang sama, kami menjamu selera di Restoran Makanan Laut Tanjung Aru. Sedapppp you kat situ. Kalau tak silap saya kami dihidangkan dengan 5 jenis hidangan makanan laut bermula dengan sup jagung manis campuran isi ketam, sayur sabah goreng sambal, isi ikan masam-masam manis, udang goreng tepung, ayam masak manis dan akhir sekali buah-buahan tempatan. Sambil makan dihiburkan oleh tarian tradisional Sabah. Akhir sekali beberapa peserta dijemput meniup sumpit dan melakukan tarian buluh. Aku rasa nak pergi cuba tapi takut terkepit kaki plakkkk. Ambil gambar ok laaaa. Habis makan, balik ke hotel dan tidur. Lelappppp sebab penat.13 Dis 09 – PANGGILAN PULAU MANUKAN
Tepat jam 9 pagi, kami bertolak ke jeti Polis Marin. Sarapan pagi telah siap disediakan. Sungguhpun terganggu sedikit dek sikap tidak profesional katering tetapi itulah yang manisnya apabila berekspedisi berkumpulan. Saya sangat suka, bila ada gangguan kerana ia akan mencernakan pemikiran kita bagi menyelesaikannya. Nasi lemak sambal ikan bilis dan dua jenis kueh (bingka ubi kuning dan hijau). (DSP Mazlan dan Isteri C/Insp Ema. Di belakang kelihatan Komandan sedang melihat peserta makan)
Ada yang ambil dua-dua sekali, rupa-rupanya ambil satu jeee lah. Pilih yang kuning atau hijau. Makan bersila di atas Jeti Marin dan ada yang makan di atas kapal. Keterujaan pemandangan dan kelaparan melupakan sikap leceh katering. Aku terus bersila atas jeti, lepas tu DSP Mazlan dan isterinya dan anak-anaknya datang buat lengkung, pas tu ramai lagilah bersila. Seron0kkk you. Dato’ dan datin pun bersila jugaaa. Memang sporting habis Komandan Pulapol ni. Kita sebenranya dahaga kan pemimpin yang bersikap demikian. Satu persatu, kelebihan dan keistimewaan yang ada pada komandan ini dipertontonkan oleh Tuhan kepada saya dan saya sangat peka dan menyanjung tinggi. Selesai sarapan pagi, naik bot peronda pantai marin dua buah dan sebuah bot peronda laju. Sebaik tiba di Pulau Manukan, maka bermulalah episod duyung, mak duyung, dan dugong berenang. Oppppp terlupa, buntal pun ada jugaaaa. Macam biasa, aku bukan suka sangat mandi laut. Maklumlah rumah dekat dengan pantai, di Pantai Dalam, KL. He he he. Aku dengan dua tiga orang lagi lepak, makan kacang dan menikmati kueh cincin yang bukan macam cincin, baring-baring.
(G.Kinabalu di lihat dari Jeti Pulau Manukan)
TIP NO 2: TIDUR/REHAT PADA SETIAP RUANG YANG ADA.
Makan tengahari oleh katering yang sama, sayur campur kedekut, rendang daging dan kari ayam. Tak ada masalah, makan ok- kenyang. Pada petangnya kami bertolak balik ke tanah besar dan terus hotel untuk check-out dan bertolak ke Kundasang. Perjalanan ke ZEN RESORT mengambil masa hampir dua jam. Kami singgah di pusat barang kraf tangan di Ranau. Ada yang minum teh tarik, beli biskut, makan durian, rambutan. Ada ahli kump yang minta saya cuba durian yang beliau sedang makan. Katanya durian ni rasanya macam pisang. Buahnya kecil-kecil sahaja. Saya pun cubalah, tak tahulah orang lain tapi saya tetap rasa macam durian. He hehe, mungkin dia baru lepas makan pisang atau kek pisang. Saya membeli sesikat pisang dan sebotol madu lebah. Asli youuuu, RM 25 hinggit tapi selepas sesi negotation, dapat RM 20 jeee. Sampai di Zen Resort kalau tak silap jam 5 petang gitu. Resort yang sangat besar dan upaya menerima ramai tetamu. Pembahagian bilik dibuat oleh pegawai penginapan iaitu DSP Habibi. Aku dapat bilik dengan Nazaruddin dan Nazaremi. Dua-dua polis, sorang kat IPD Kepong dan sorang lagi kal KL rasanya. Rupa-rupanya, mereka ni dua beradik. Malangnya bilik ada dua katil je tapi kami bertiga. Aku kata, hari dah nak malam, tak payah dok pening kepala. Asingkan tilam dengan alasnya, sorang tidur atas tilam dan sorang lagi tidur atas spiringg. Sebaik selesai mandi, kami di bawa ke restoran Zen Resort, Makan malam. Sedap, memang sedap tapi kambing masak kicap tu habis cepat sangat. Group aku dapat bawang masak kicap jeee. Tapi pada akhirnya dapat juga sebab, di masak lagi.
TIP TAMBAHAN 2A: BILA MAKAN SECARA BUFFET, JANGAN INGAT KITA ADALAH ORANG YANG TERAKHIR SEKALI MAKAN DAN ORANG LAIN SEMUA DAH SELESAI MAKAN. MAKA KITA BOLEH MELANTAK HABIS-HABISAN.
Balik dari makan, masing-masing sibuk mengemas beg kerana beg perlu dibahagi kepada dua. Satu Beg mengisi barang-barang yang akan ditinggalkan dan satu beg lagi di isi barang keperluan mendaki dari Lapan Rata ke puncak, beg ini perlu diserahkan pada ‘POTTER’ (bukan POINTER yeeee – sebab ada yang sebut pointer). Tapi betul juga laaa sebab pada akhirnya Potter bertukar menjadi pointer.
TIP KE-3: PAKAIAN PENDAKIAN DARI LAPAN RATA KE PUNCAK DIISI DALAM PLASTIK BEG SAHAJA SEBAB POTTER ADA BEGNYA SENDIRI. (BAJU TEBAL DUA LAPIS, SELUAR TEBAL, SETOKIN TEBAL, PENUTUP MUKA DAN KEPALA, GLOVE TEBAL DAN LAMPU KEPALA).
Pendakian Gunung Kinabalu akan melalui empat fasa iaitu:
Fasa 1: Dari pintu permulaan (Timpohon atau Mesilau) ke Lapan Rata (Jarak dari Timpohon 6km (jalan mendaki), jarak dari Mesilau ialah 8 km(jalan agak mudah dan kurang mendaki))
Fasa 2: Dari Lapan rata ke Puncak (jaraknya ialah 2.72km)
Fasa 3: Turun dari puncak ke Laban Rata.
Fasa 4: Turun dari Laban Rata ke Pintu Masuk Timpohon atau Mesilau.
Siap kemas, kami terus lelap. Esok pagi, sarapan pagi awal. Saya order enam biji telur rebus sebagai bekal dlm perjalanan. Pisang yang dibeli di Ranau semalam dibahagikan antara ahli kumpulan. Masing-masing empat biji. Terbeliak mata Kak Chik dan Ema Gelak Besar, asal bagi pisang niii. Saya kata bawa je, nanti tenguklah apa jadinya.
TIP KE 4: JANGAN SARAPAN TERLALU BANYAK. AMBIL MAKANAN YANG MEMBERI TENAGA SAHAJA SEPERTI TELUR DAN SEDIKIT NASI.
Ada taklimat dan pembahagian kumpulan pendaki dan guide. Setiap kumpulan lima orang (campur lelaki dan perempuan – oleh kerana makhluk lelaki ni dah jadi species yang dah nak pupus, maka tak semua kump dpt lelaki sebagai pengeras semangat kump) dan seorang guide Gunung Kinabalu.
(Ini adalah geng gp aku (dari kiri: Ema Gelak Besaq, Bro Sofian Globe Silk Store, Kak Chik tapi besar, ASP Rose dan akulah). T-shirt askar paling bagus utk hiking sebab serap peluh. Ambil terus jelahhh)
Kumpulan saya ialah ASP Rose, SM Kak Chik, Cik Ema Gelak Besar dan SJN Sofian Globe. Guide kami bernama Abdul Hasnim.
(Sesi bergambar di Dataran Zen Resort dengan berlatar belakangkan G.Kinabalu)
Selepas taklimat ada sesi bergambar dengan berlatar belakang Gunung Kinabalu. Selepas itu, kami bertolak ke lokasi pendaftaran di kaki gunung Kinabalu. Di sana kami akan diperkenalkan kepada guide yang telah dilantik. Guide kumpulan saya yang telah ditetapkan iaitu Abdul Hasnim tapi belum sampai. So aku dan Bro Sofian GSS buat strecthing dulu. Cam biasalaaaa tu.
(Memanglah senyum sebab belum mula gi. Nanti dah penat, senyum ke mana. Streching ni penting sebelum memulakan pendakian. Bermula dari atas (kepala) dan berakhir di kaki)
Kami di maklumkan guide kump kami iaitu Abdul Hasnim tak datang dan guide ditukar kepada Pak Jo. Setelah sesi perkenalan dengan guide, Pak Jo mendapatkan seorang potter utk kumpulan kami bagi membawa barangan yang telah siap dibungkus. Potter bernama YUNUS. Setelah ditimbang, barangan Kak Chik dan Ema (12 kg), aku dengan rose (14.5 kg), sofian punya 6 kg). Kos membawa barang ialah RM 8.00/kilo. Setelah potter siap mengemas begnya dengan barangan kami, kami berangkat dengan van polis ke lokasi mula pendakian iaitu di Timpohon. Kami semua bermula di Timpohon. Memandangkan hanya ada dua buah van polis yang mengangkut kami, jadi terpaksa menunggu. Komandan ajak naik van dia penuh. Kami sumbat dekat 15 orang. Datin pun duduk atas riba dia sebab nak bagi ramai dapat masuk. Tabikkkkkk la kat Dato’ ni.
(Gambar bersama Komandan PULAPOL KL SAC II Dato' Amar Singh al Ishar Singh di Pusat Pendaftaran pendaki Taman Kinabalu)
Sebaik sahaja sampai di Timpohon, kami diberi taklimat dan mendaftar di pintu masuk. Setiap seorang akan diberi Tag Pengenalan pendaki. MOHD RADZI (021) – bermakna aku pendaki yang ke 21 dalam rombongan kami. (Guide Pak Jo sedang memberi taklimat kepada kumpulan kami di Pintu Timpohon)
TIP KE-5: PAKAIN KETIKA MENDAKI TAHAP 1 (DARI TIMPOHON ATAU MESILAU KE LABAN RATA) IALAH SELUAR YANG RINGAN, T-SHIRT COTTON, KASUT YANG SESUAI, BEG GALAS KECIL (DALAMNYA DIISI DENGAN AIR MINUMAN BOTOL KECIL SAHAJA, 100 PLUS OK, COKLAT BAR, DAN SEDIKIT MAKANAN SEPERTI SANDWICH (KALAU AMBIL PAKEJ, ADA PACK LUNCH – TAK PERLU BAWA SEMUA, AMBIL MAKANAN YANG PENTING SHJ) BAJU HUJAN DAN SEHELAI BAJU TEBAL YANG NIPIS SIKIT. BAJU INI BERGUNA, SEKIRANYA HUJAN, SUHU SANGAT SEJUK. TONGKAT RASANYA TIDAK PERLU)
TIP KE-6: SEKIRANYA ANDA TIDAK UPAYA MEMBAWA BEG GALAS KECIL, ANDA BOLEH MENYEWA POTTER CILIK (ANAK-ANAK POTTER) YANG BERSEDIA MEMBANTU ANDA DENGAN SEDIKIT BAYARAN. JADI ANDA AKAN MENDAKI DENGAN BEBAS TANPA MUATAN. POTTER INI AKAN MENGEKORI KE MANA SAHAJA ANDA BERADA.
Kami mula mendaki pada jam 0915 dari Pintu Timpohon pada ketinggian 1886.4m. Permulaan pendakian akan dIsambut oleh Air Terjun Carcosa, ambik gambar mestiii bagi setiap pendaki.
Tiba di pondok perhentian yang pertama iaitu Pondok Kandis (1981.7m) yang jaraknya lebi kurang 0.8 km sahaja pada jam 0942. Kumpulan saya tidak berhenti, ambil gambar sekejap dan teruskan pendakian kerana ingin cepat sampai sebab hujan mungkin turun pada sebelah petang. Kalau hujan, sakitlahhhh pendakian – licin dan sejuk. Dalam perjalanan pendakian, kita akan bertemu dengan pendaki-pendaki yang sedang menuruni gunung kerana mereka telah selesai pendaki dan juga potter-potter yang mengangkut barang resort dan kepunyaan pendaki. Macam biasa, tunjuklah sikap Malaysia yang peramahhhhh tu pada pendaki dari negara-negara luar, Give five dah jadi universal punya appreciation. Sempat sembang dengan dua tiga orang pendaki dari luar negara seperti German, New Zealand dan Peranchis. Kami tiba di Pondok Ubah di ketinggian 2081.4m (1.5km) pada jam 10 pagi. Rehat sekejap, bergambar dan meneruskan pendakian.
(Bergambar di Pondok Ubah. (Dari Kiri: Dua kakak yang tumpang bergambar, Bro Sofian GSS, aku, ASP Rose dan Potter Yunus dgn muatannya)
Dari Pondok Ubah kami mendaki ke Pondok Lowi (2.5km), tiba sekitar jam 1035.
(Mendaki laluan berbatu dan curam. Kelihatan saya yang sedang penat, tak kenal (gp lain), potter cilik, Bro Sofian Globe silk store, dan kakak tinggi (gp lain). Kami terpaksa potong sebab depa lambat sangat atau depa yang potong kami. he he he)
Dari pondok lawi ke Layang-Layang pada ketinggian 2702m (lokasi penginapan staf pada jarak 4km – dulu dikenali sebagai ‘Carson’s Camp’) kami tiba pada jam 1210. Berhenti makan sedikit sahaja. Malangnya telur rebus yang diorder dari Zen Resort tak betul-betul masak, dia separuh masak je, habis pecahhhhh. Ni lah yang dikatakan ‘pecah kaca pecah gelas, pecah telur melepas’. Disini adalah simpang pertemuan bagi pendaki yang bermula dari Mesilau. Dari layang-layang kami terus mendaki Pondok Villosa (pondok ke-5) pada ketinggian 2690m, jaraknya lebih kurang 5 km dan tiba pada jam 1.25 tghari. Dan pondok yang terakhir ialah pondok paka di jarak 5.5 km. Pondok Paka berada pada ketinggian 3080m. Jangan lupa menikmati keindahan ciptaan Tuhan semasa dalam pendakian. Flora dan fauna sangat menakjubkan. Udara yang sangat bersih. Bunga kiri dan kanan track. Jangan lupa lihat Periuk Kera, walaupun kera tidak pernah menggunakannya sebagai periuk. Yeee la kan, kera mana pandai nak masak. Dia makan buah jeee, buah kan tak perlu masakk, makan gitu jeee. Kami menamatkan fasa 1 pendakian dan tiba di Laban Rata pada jam 2.53 ptg. Oleh kerana makan malam kami pada jam 5 petang, maka kami terpaksa makan sedikit di resort. Makanannya sedappp. Saya order kopi panas dan meehun tomyam. Makanannya taklah mahal sangat seperti yang digembar-gemburkan. Memadailah dengan kepenatan dan upah membawanya ke atas bukit. Kos seteko kopi panas (dapat dalam tiga cawan gitu) dan semangkuk besar meehun sup (kami makan enam orang) ialah RM 32.00. Ok paaa. Kos satu tin Air minuman 100 plus ialah RM 5.50. Bagi saya, harga tersebut adalah memadai dan tidak mahal. Seingat saya satu tin air 100 plus di atas ‘Table Mountain’ (Johannesburg) ialah RM 28.00. Melihat pada prestasi mendak ahli kumpulan saya pada fasa 1, saya terpaksa buat keputusan bagi bergerak secara buddy-buddy dalam fasa 2 nanti. Ini kerana pendakian fasa 2 perlu sedikit laju bagi mengejar masa. Guide iaitu Pak Jo saya tugaskan dia sentiasa bersama Kak Chik sebab Kak Chik tak larat sangat. Pak Jo ditugaskan bagi menentukan Kak Chik sampai ke Puncak, walau apa sekalipun. Bro Sofian Globe ditugaskan berbuddy dengan Ema gelak besar dan saya dengan rose. Dalam hati saya, saya harap-harap ASP Rose ni kuatlah, boleh saya tumpang tenaga dia sebab saya seperti yang dinyatakan sejak awal hanyalah berbekalkan semangat dan mental sahaja. Siang-siang lagi saya dah bagitau kat ASP Rose. Mana ada orang percaya, sebab saya ni tentera tapi itulah hakikatnya. Kenapa, tentera tu semua mesti kuat ke? Ada juga yang lembek. Apa jadi sekalipun mesti bergerak secara buddy. Kalau sorang tak sampai, dua-dua tak sampai. Kalau sorang sampai, dua-dua akan sampai. Macam dalam filem Musketeers ‘All for one, one for all’.
(Gambar diambil dari anjung Laban Rata Resort (veranda belakang))
Sebaik selesai, ambil gambar sekejap kat luar sebab kabus dah mula hilang dan dah nampak puncak kinabalu. Sesi fotografi berlangsung. Kepala pening sikit, mungkin sebab ketinggian. Ambil kunci bilik no 11 (jumlah penginap dalam bilik ini ialah 11 orang. Saya buka baju terus bergerak ke tandas bagi mencuba ‘jumping bath’. Ni semua kejee orang gilaa je. Mandi dengan air sejuk macamm air batu. Saya mandi sambil melompat-lompat tak sampai lima saat. Terus lap badan, dan dah di kira mandilah tu. Lepas mandi baru, rasa pening kepala hilang. Keluarkan semua pakaian yang nak di pakai untuk fasa 2. Kumpulan terakhir sampai ke Laban rata sekitar jam 6 petang iaitu Kump ASP Sumathi dan anchor man iaitu DSP Habibi. Kami makan malam awal. Taklimat dan tidur awal. Saya ingat saya seorang je yang tak boleh tidur, rupa-rupanya ramai yang tak boleh tidur. Tapi ada juga yang telah berdengkur sejak sampai. Aku, memang tak boleh tidur langsung sebab 11 orang dalam bilik no 11, macam-macam bunyi, ada yang bangun makan, ada anak yang panggil ayah dia sebab nak pergi toilet.
TIP 7: SEBELUM TIDUR, BELASAH PANADOL ACTIFAST DUA BIJI. GERENTI OK.
Sekitar jam 12.30 mlm cam tu, ramai yang telah bersiap untuk bergerak. Kumpuan saya sampai di restoran tempat menunggu agak awal. Jadi sebaik sahaja sarapan siap di hidang, kami pemakan yang pertama. Menunya ialah nasi goreng, mee hun goreng, telur mata lembu kampung, sosej dan bubur oat.
(Kumpulan aku sampai awal tapi Kak Chik belum sampai, memang slow sikit dia ni. (Dari Kiri: Bro Sofian GSS, ASP Rose, Kak Ani Cantik dan Ema Gelak Besar)
TIP KE-8: JANGAN MAKAN TERLALU BANYAK, MAKAN SEDIKIT SAHAJA DAN MAKANAN YANG MEMBERI TENAGA. KALAU MAKAN BANYAK, ANDA AKAN MUNTAH SEMASA DLM PERJALANAN. TELAN ANTIFAST LAGI DUA BIJI.
Kumpulan saya, telah saya ingatkan sebeLum makan. Lepas tu mereka takut nak makan lak plakkk. Pakaian saya memang tebal sebab ‘prepared for worst’. 4 lapis baju, dua lapis seluar dan setokin snow (saki baki masa kat NZ), glove dengan topi (sisa masa kat London termasuk jaket tebal snow). Tapi saya tetap bawa penutup kepala yang dibekalkan dan glove kulit NZ. Baju hujan, mesti. Mengikut cite kawan-kawan pendaki, kalau mendaki ke puncak dan hujan turun, sejukkknya hanya Tuhan sahaja yang tahu. So prepared for worst. Kami mula bergerak dengan lampu di kepala pada jam 0220 pagi. Tapi ‘gate’ belum buka, tunggu sekejap baru penjaganya sampai. Dalam perjalanan kedengaran ramai yang muntah. Kan dah cakap tadikan, jangan makan banyak. Bila dah pakai banyak lapis, berpeluh la plakkk. Pergerakan sangat perlahan kerana mendaki tangga demi tangga dan bergayut dari tali ke tali. Inilah saat-saat yang sangat menguji. Pada ketinggian lebih 4000 meter, oksigen sangat kurang, nafas menjadi semput. Aku ni, tenaga fizikal plak tak ada. Berjalan setapak demi setapak, macam kura-kura. Apapun, walaupun perlahan tapi jangan berhenti.
TIP KE-9: TERUS MENDAKI, JANGAN BERHENTI REHAT SEBAB KALAU REHAT, KITA NAK REHAT LAMA DAN AKAN RASA LETIH SANGAT UNTUK BERGERAK. BIAR PERLAHAN TAPI TAK BERHENTI. CARI BUDDY YANG KUAT SEBAB DIA BOLEH TARIK KITA.
Semasa mendaki ke puncak kita akan melalui pondok pendaftaran di Sayat-Sayat. Pondok ini bertugas sebagai penyemak, siapa yang telah berjaya mendaki ke puncak. Tag Pengenalan jangan lupa. Tanpa tag, anda tidak dibenarkan mendaki. Kerana pengesahan pendakian hanyalah berdasarkan tag tersebut. Setelah bergerak macam kura-kura hampir 4 jam lebih pada jarak yang hanya 2.72 km, akhirnya kami sampai di LOW’S PEAK (4095.2M). Fajar mula menyinsing dan memancarkan cahaya keemasan pagi menjadikan seluruh puncak bukit seperti emas yang bersinar.
(Kump aku di puncak. (Kiri Depan: Kak Chik dan ASP Rose. Kiri Blkg: Pak Jo (Guide) dan aku. Bro Sofian GSS dan Ema Gelak Besar tak de sebab Bro Sofian dah turun dan ema belum sampai)
Semasa saya dan ASP Rose sampai di puncak, Bro Sofian Globe dah sampai tapi ema gelak besar tak dee. Katanya ema ikut Naza sebab naza masih bertenaga. Aku mula meradang. Bab tak ikut arahan, memang aku tak leh terima. Tapi sbb kat atas puncak, aku simpan je radang tu mungkin radang paru-paru kot. Tak lama pas tu ema sampai dengan Naza, dan akhir sekali Kak Chik dengan Abg Jo (bukan Pak Jo lagi yeee). Sebab kalau tak sebab bantuan abg Jo, kak Chik memang tak sampai ke puncak. Kecoh suara kak Chik, dia berjaya sampai ke puncak. Sampai tolak orang habis sebab dia nak ambil gambar.
(Dari kiri: Tak kenal, Bro Sofian GSS, Kak Chik, Nazaremi, Ema Gelak Besar, ASP Rose, Tak kenal dan aku)
Kami bersesi fotografi. Jam 0640, Aku dan rose terus cepat-cepat bergerak menuruni puncak sebab nak turun pun satu seksa. Dalam perjalanan turun inilah, kami bernasib baik dapat bergambar dengan berlatarkan Oyayubi Imu Peak. Siapa yang bertuah, puncak ini akan memancarkan wajah orang hutan di dadanya ketika kita bergambar.
(Sila lihat tebing gunung, kelihatan muka orang hutan. Dah balik, bila tgk gambar baru berasan)
(Gambar muka orang hutan di banjaran gunung dalam gambar ASP Rose sangat jelas)
Lihat gambar, wajah orang hutan terpancar di dada Oyayubi Peak. Kata orang, siapa yang dapat wajah tu dalam gambarnya, adalah satu pemberian dan penghargaan si gunung. Mengikut kepercayaan orang sabah. Semasa menuruni puncak inilah, ramai yang menangis melihat kecuraman gunung kerana semasa mendaki hari gelap, tidak nampak apa-apa. (Semasa sedang turun, aku menemui ibu kepada gerombolan kami iaitu Datin Raj Kaur yang sedang menaiki ke puncak. Dia tengah berehat. Sikit lagi datin, hanya 7 meter sahaja lagi. Very motherly, macam komandan jugaaak)
Bila turun hari dah cerah, curam youuu, kalau terlepas tali memang terus masuk dalam tanah. Ada sekitar 40 ke 50 meter cam tu.
(Satu perjalanan turun yang memenatkan. Kenapa tak de teksi ke kat atas tu ye?)
Memang tenaga tak ada langsung, hanya bergerak dengan semangat dan mental. Masa ni lah terfikir, siapa yang suruh cari susah. Duduk kat pejabat bagus punya aircorn, kau nak pergi panjat gunung. Yang gatal nak pergi daki tu apa pasal. Ini semua kerja bodoh dan cari susah. Tiba di Laban Rata pada jam 0935. Terus sarapan dan kemas barang. Tukar pakaian dan terus cabut turun dalam fasa 4. Masa tu hujan dah mula turun. Ramai pendaki yang tak mahu keluar.
TIP KE-10: KAKI DAH SAKIT, TENAGA DAH BERKURANG, JADI CEPAT-CEPATLAH TURUN KE TIMPOHON/MESILAU. JANGAN REHAT TERLALU LAMA. BERTOLAK SEBELUM JAM 12 TGHARI. KALAU LEWAT, KITA AKAN SAMPAI MALAM DAN MEMBER YANG SAMPAI AWAL AKAN FEDUP SEBAB KENA TUNGGU KITA LAMA.
Sebab dah ada pengalaman dengan hujan bukit, saya dan ahli kumpulan terus buka baju hujan dan mula turun pada jam 11 pagi. Kami memutuskan untuk turun lebih awal sebab masing-masing dah sakit kaki. Kita bergerak perlahan, biar turun awal dan kita akan sampai tak lewat sangat. Kalau lewat turun, kita akan sampai malam di Timpohon. DSP Mazlan dan isterinya ASP Ema dan dua nak perempuannya pun ikut serta. Bergerak lebih kurang 20 meter di hadapan, tak deee hujannn pun. Macam tulah hujan di kawasan perbukitan. Kalau lebat, dia lebat betul. Kalau tak lebat, dia tak menyeluruh.
(Ini gambar di Terminal 2 semasa nak balik KL pada 16 Dis 09. Dari Kiri: aku, Bor Sofian GSS, Kak Chik yang sibuk dgn kameranya, ASP Rose, Ema Gelak Besar, dan Nazaruddin yang telah membantu Ema Gelak Besar ke puncak setelah ditinggalkan oleh Bro Sofian GSS)
Ekspedisi ini diklasifikasikan sangat berjaya dan telah dirancang dengan penuh teliti dan sistematik. Kecacatan hanya pada hal-hal yang minor sahaja, itu pun sangat sedikit dan telah diselesaikan. Jadi tak perlulah kita bercakap tentangnya kerana celah gigi sahaja. Banyak lagi hal-hal yang berjaya dan perlu diperkatakan. Tahniah, tahniah, tahniah (sila sambung sampai cukup 100 kali) kepada jawatan kuasa dan sesiapa sahaja yang telah bertungkus lumus menguruskan cabaran ini. Kepada C/Insp Nazatulakmar dan suami DSP Mazlan, tima kasih kerana ajak saya. Ajak lah lagiiii. Kalau nak sebut perkara-perkara yang cemerlang ialah:
1. Pengangkutan dari awal hingga akhir - Upper First Class.
2. Makan/Sajian dari awal hingga akhir - Upper First Class.
3. Perjalanan Program - Upper First Class.
4. Penginapan - Upper First Class.
5. Kesportingan ahli - terlalu hebat -lima bintang.
6. Kakitangan Tmn Kinabalu - Tahniah atas satu perkhidmatan yang terbaik, teruskan perjuangan.
Begitulah cerita pendakian.
Akhirkata, saya ingin berdiri tegak dan memberi hormat kepada Komandan PULAPOL KL.
'Terima Kasih dan Tahniah! Dato'"
p/s
1. Jangan lupa kamera. Kalau boleh sorang satu. Sebab ada kes kamera jem sebab sejuk.
2. Bawa sandal, sebab sangat berguna semasa turun pada fasa 4.
3. Jangan lupa ambil semula wang pendaftaran bagi pengambil kunci di resort Laban Rata (RM 10).
Sunday, December 6, 2009
KETERUJAAN BUKU DI RAK PAMERAN
Friday, December 4, 2009
BUKU TERBARU
Tuesday, December 1, 2009
AKULAH PAHLAWAN TANPA CALIT TANPA BINTANG
‘AKULAH PAHLAWAN TANPA CALIT, TANPA BINTANG’
di Kampung Lenang
Chin Peng dan anjing-anjingnya
mengganas
bakar! bakar! bunuh! bunuh!
rumah nendaku terbakar
rumah jiran nendaku terbakar
seluruh kampung lenang terbakar
api menjulang menjadi siang
hiruk pikuk orang kampung melolong
yang tua di bunuh
yang muda terbunuh
bumi kampung lenang berlenang dengan darah
bumi kampung lenang
berdengung dengan esak tangis anak-anak
Malam itu
kami segerombolan wira bergelar pahlawan
melangkah di belantara perbatasan
mengintip, menghidu gerak komunis durjana
dengan tekad bulat
darah kampung lenang wajib kami bebat
nyawa nenda dan datuk ku wajib aku tebat
berpuluh tahun kami di belantara
demi menjaga keamanan negara
demi menentukan keharmonian terjaga
demi menentukan seluruh rakyat tidur lena
Hari ini
kamilah yang di katakan pahlawan
walaupun tanpa calit tanpa bintang
walaupun hidup tidak kaya
walaupun kami tidak punya harta
walaupun kami tidak punya wang berjuta
walaupun ada anak-anak yang kehilangan bapa
walaupun ada suri ada isteri yang ditinggalkan
setelah berabad lama berjuang
menggalas senapang melibas pedang
pahlawankah aku?
walaupun aku tanpa kaki
walaupun aku masih menagih sekeping tanah
walaupun aku masih menagih sebuah rumah
setelah berkorban segala
pahlawankah aku?
hingga perlu merayu
menyembah jabatan kebajikan masyarakat
menagih belas kasihan
untuk terus hidup tanpa calit tanpa bintang tanpa kaki
inikah harga sebuah perjuangan?
inikah nasib kehidupan pahlawan?
Saturday, November 28, 2009
MENGINSTITUSIKAN MASJID
Contoh kedua ialah jalan raya baru di kampung saya yang dibina dari Gurun ke Empangan Beris. Dalam laluan ini, banyak masjid dan surau terpaksa dipindahkan. Banyak tanah perkuburan orang islam termasuk pusara arwah ibu saya terpaksa dipindahkan kerana terkena laluan jalan raya yang dibesarkan. Dalam pengamatan saya, kenapa rumah ibadat dan perkuburan agama lain boleh dielakkan oleh jurutera yang dipilih? Kenapa rumah ibadat dan tanah perkuburan Islam tidak boleh dielakkan?. Dalam hal tanah perkuburan ibu saya, masih luas ruang tanah di sebelah lain, kenapa ke situ yang dibuatnya.
Kita kembali kepada isu masjid. Islam adalah agama rasmi. Justeru saya ini mengangkat cadangan bagi mempertingkatkan imej masjid sebagai lambang atau simbol agama rasmi di Malaysia. Cadangan ini hanya kepada masjid, bukan surau. Tetapi di Kelantan, masjid pun kadang-kadang dipanggil surau. Itulah surau, itulah masjid. Dalam cadangan saya ini, masjid yang saya maksudkan ialah lokasi yang boleh dilakukan sembahyang Jumaat.
Apa yang berlaku, masjid kita hari ini, khususnya di kampung-kampung berada dalam keadaan tidak diurus dengan baik. Ada yang semak, ada yang agak kotor, ada yang tidak bersih khususnya tandas; semuanya mengharapkan kerja-kerja sukarela. Masjid khas tidak termasuk dalam kategori ini iaitu masjid-masjid yang berada di tengah bandar ataupun masjid negeri seperti masjid Putrajaya, Masjid Negara dan lain-lain. Masjid Khas memang telah lama diinstitusikan. Cadangan saya merujuk kepada masjid yang bukan dalam kategori itu. Sepatutnya masjid kita yang lainpun telah lama diinstitusikan. Masjid kita sepatutnya telah lama mempunyai sebuah organisasi yang tersusun dan lengkap. Dalam organisasi tersebut, masjid mempunyai tukang kebunnya sendiri, masjid mempunyai pencuci tandasnya sendiri, masjid mempunyai penjaga dan pencucinya sendiri, masjid mempunyai pegawai tadbirnya yang sendiri dan lain-lain lagi. Semuanya digajikan ataupun dibuat secara kontrak. Kebanyakan masjid kita pada hari ini, banyaklaahhh, semuanya di buat secara sukarela bagi yang suka dan rela. Mengharapkan anak-anak membentangkan sejadah, mencuci sudut-sudut yang sering dikunjungi tahi cicak dan tahi tikus. Apa yang ada dalam organisasi masjid hari ini ialah imam 1 hingga ke imam 2, bilal, setiausaha, dan beberapa AJK tambahan. Yang bergaji hanya imam dan bilal. Yang lain adalah sukarela. Melihat kepada kekuatan dan kekayaan negara pada hari ini dan Islam sebagai Agama Rasmi, sudah masanya kita mengangkat institusi masjid menjadi lebih tersusun dan kemas. Sekiranya masjid diinstitusikan, maka tidak ada lagi komen-komen seperti masjid kotor, tandas di masjid kotor, lanskap tidak terjaga, masjid berkunci dan sebagainya.
Dalam masa yang sama, kerajaan juga wajib memperuntukkan sedikit perbelanjaan kepada masjid setiap tahun. Sekurang-kurangnya, masjid mempunyai dana untuk menjanakan aktiviti atau projek-projek yang ingin dijalankan. Janganlah kita hanya mengharapkan dana sedekah oleh jemaah sahaja atau wang zakat dari pihak tertentu. Kita bercakap pasal agama rasmi negara, bukan bahasa rasmi negara.
Selain daripada itu, imam-imam harus diberi khusus khas seperti kursus komunikasi, perucapan awam, kaunseling dll. Supaya ia mendapat skil atau kepakaran yang tinggi dalam khutbahnya dan syarahan semasa kuliah-kuliah harian. Maka, kita tidak lagi terperangkap dalam khutbah yang membosankan. Manakala para bilal pula perlu menghadiri kursus-kursus suara, vokal dan lagu.
Baru-baru ini, saya dijemput untuk memberi syarahan kepada seminar imam-imam masjid di seluruh Wilayah Persekutuan, ada sekitar 200 orang imam macam itu. Imam dari KL, Putrajaya, Labuan dikumpulkan. Usaha menteri agama yang baru ini sangat mulia dan sangat cemerlang. Saya diberi tajuk Institusi dan pengurusan masjid. Secara kebetulan semasa syarahan saya ada beberapa ketua pengarah dari institusi agama turut hadir, maka cadangan di atas telah saya utarakan. Beberapa contoh tidak baik dan baik masjid yang ada dalam Wilayah Persekutuan telah saya tunjukkan termasuk gambar. Ada masjid yang sangat aktif, kreatif dan berjaya dan ada masjid yang jumud dan beku. Jemaah pada hari ini telah berubah dalam semua spektrum termasuk minat dan kadar dengar. Kuliah-kuliah agama tidak lagi boleh merangkum jemaah dalam kelompok yang sama. Kanak-kanak hendaklah diberi kuliah yang sesuai dengannya, begitu juga dewasa dan orang tua. Apa yang berlaku, rata-rata masjid memberi kuliah yang sama (biasanya dikhususkan pada golongan tua) tanpa mengira dalam jemaah yang hadir ada yang masih kanak-kanak dan sedang menjadi dewasa. Kenapa yang datang ke masjid hanya orang-orang tua dan amat sedikit anak-anak dewasa? Jawapan kepadanya berkaitan dengan apa yang kita isi di masjid. Ada sesetengah kes,imam menengking anak-anak yang membuat bising di masjid. Praktikal dan profesionalkah begitu? Maka imam harus berkursus. Kita inginkan anak-anak mendekati masjid dan dalam masa yang sama kita inginkan mereka berdiam seperti batu sedangkan naluri mereka tidak begitu. Tidak adakah kaedah lain seperti menyediakan ruang kanak-kanak bermain di dalam atau di luar masjid. Khususkan satu ruang dan sediakan beberapa peralatan permainan bagi mereka bermain dan ada penjaganya. Tak bolehkah? Saya tidak mahu membandingkan dengan masjid-masjid di negara lain yang telah saya tengok dan lihat dan renung dan tatkala saya melihat masjid orang lain, saya merasa sangat sayu dan bertanya kenapa masjid di kampung kita tak boleh jadi macam ni sedangkan kita jauh lebih mampu dari negara yang saya lihat?
Dalam masa yang sama, ada beberapa buah masjid di dalam negara kita telah mula bergerak dan sangat cemerlang. Saya tak pasti sama ada ia bergerak secara sukarela ataupun ada organisasi khusus. Di kampung saya, banyak jemaah selalu lepak di kedai gunting rambut di hadapan masjid hingga masuk waktu sembahyang. Pernah juga terfikir kenapa masjid tidak khususkan satu ruang kedai gunting rambut dalam kawasan masjid?. Dalam kajian dan pemerhatian saya ke beberapa buah masjid di sekitar N9, Selangor dan KL, saya ada menemui elemen ini dan sangat teruja. Ada masjid yang dah ada laman web dan blog sendiri bagi mendaftar jemaah kariahnya. Ada masjid yang membina tempat ambil air sembahyang yang sangat panjanggggg. Tak perlu lagi jemaah berbaris dan menunggu. Tahniah kepada AJK masjid-masjid berkenaan seperti Masjid Putera Nilai, Masjid Wangsa Melawati, Masjid Wardieburn dll.
Sebagai renungan, saya sertakan beberapa keping gambar sebagai renungan bersama. Marilah kita gerakkan satu usaha bagi menginstitusikan masjid kerana ia adalah simbol kepada Agama Rasmi Negara iaitu Islam.
Sunday, November 22, 2009
HAZIQ JUARA AKADEMIK FANTASIA
(Gambar semasa persembahan sekitar tahun 2007)
Saya ada jugalah dua tiga pengalaman dengan artis-artis ni. Saya kenal mereka tapi mereka tak kenal sayalah. Sombong nak mampus, tah apa spesiespun saya tak tahu. Ada satu peristiwa di Studio RTM, Angkasapuri, satu artis ni yang sekarang penuh dengan kontroversi, sombongnyaaaa, mak oiii. Hanya Tuhan sahaja yang tahu kenapa ia macam tu sebab Tuhan yang jadikan dia. kalau lelaki tak pelah juga. Ni kes artis pompuan. Sayapun tak pasti artis ni penyanyi ke pelakon. kejap-kejap nyanyi, kejap berlakon, kejap-kejap jadi MC, sekarang ni jadi pengarah filem plakkk dahhh. Baru buat tajuk filem, dah kecoh kontroversuinya. belum tayang lagiii tu. Kalau ada drama yang tunjuk muka artis ni, saya terus tukar siaran lain, tengok berita tamil ke atau berita mandarin lagi bagus. Bukan saya tak suka dengan dia, mesti suka sebab dia lawa jugaaaa tapi bab sombongggg tu. Tak semua artis macam tuuu. Macam Haziq kan bagussss.
BANTUAN MANGSA BANJIR KEDAH
Saturday, November 21, 2009
JELAJAH JUARA-JUARA
Persembahan kami menggunakan buah tangan en roslan dari JKKN Ibu pejabat. Biasalah mamat penang ni, tak pernah kering dengan idea. Memang dia ni, kena tabik. sangat kreatif dan idea dia sangat cepat dan gila. Kali ini dia lebih santai dan tak arrogant sangat seperti mana yang banyak-banyak peserta SPBK yang lepas komplain. Persembahan di bahagikan kepada 3 segmen. Segmen pertama adalah nostalgia negara yang diukir melalui perlambangan lagu-lagu P.Ramlee dan lakonan dari Kumpulan Akrab Kedah yang diketuai oleh Johan Raja Lawak (Yus). Memang kelakar habis uuuuu. Saya dan faizal sampai sakit perut gelak. Segmen kedua adalah segmen patriotik, faizal membukanya dengan syair sarawak bertajuk Malaysia1. Kemudian tampil juara mentor (Khairudin), juara lagu asli (Adzrina), Haziq, dan adzrina tampil semula dengan lagu-lagu kepahlawanan lama, kemudian aku tampil dengan kumpulan teater kedah dengan sajak 'Pemuda-Pemudi Tiang Negara', . Karya sendiri. Sajak ni sajak lama yang dicipta bagi dibaca oleh Fauziah Ghoush semasa acara Menjunjung Damai di Bukit Jalil. Segmen akhir ialah segmen 1 Malaysia. Lim Fheng-Fheng dengan sajak 'Delegasi Tun Mahathir', dia sedikit terganggu kerana kena ikat dengan prop seperti maya karin terbang dalam filem sundal malam tuuu.