Thursday, December 17, 2009

CABARAN KINABALU 15 DIS 2009 - PULAPOL KL

(BAGI SESIAPA YANG BERHASRAT UNTUK MENDAKI GUNUNG KINABALU, BACALAH CATATAN INI KERANA SAYA AKAN TITIPKAN BEBERAPA PESANAN PENTING)

Pada bulan Okt 2009, member memaklumkan bahawa jabatan beliau akan menganjurkan cabaran Kinabalu mulai 12 hingga 16 Dis 09. Tak perlu fikir banyak dan buang masa, saya ‘thumbs-up’. Jadikkkk. Lagipun sebagai penutup kejayaan tahun 2009 dan sempena Awal Muharam (tahun baru), amat lah sesuai saya mengikutinya. Dengan bayaran hanya RM 800.00 bagi orang luar seperti saya (staf hanya RM 600.00), saya mendaftar. Kos ini termasuk semua iaitu perjalanan kapal terbang, kenderaan darat, penginapan, sajian dan beberapa aktiviti lawatan dan peralatan mendaki. Sangat-sangat murahhh. Murah gilerrr uuu sbb saya dah buat banyak survey ttg kos Kinabalu ni. Paling murahpun RM 1,300.00. Tu belum tentu lancar sebab tau-tau jelah, kalau amatur yang anjurkan.

Maka kumpulan yang terlibat dikehendaki menjalani latihan intensif. Memandangkan saya orang luar dan sangat sibuk, maka saya tak dapat bersama dalam semua latihan yang diadakan. Awal-awal lagi saya telah nyatakan pada member, bahawa tahap kecergasan saya berada di paras sangat lemah. Yelahhhh! Setelah hampir setahun saya berehat. Tahun lepas saya menghadapi masalah saraf di sebelah kiri kerana mengangkat barang berat. Terpaksa melalui beberapa tahap perubatan sukan dan rawatan elektro magnetik tiga kali seminggu di Seremban (di Labu dan Seremban 2). Kosnya sangat tinggi iaitu RM 80.00 sekali rawatan. Kalau seminggu tiga kali selama hampir setahun? Serata cerok tukang urut saya cari tapi kehebatan bomoh syiling 50 sen telah pupus. Semuanya tukang urut cari makan. Iklan sana sini tapi kesan urut dan cara urut sangat memualkan. Ada satu tukang urut buta di sebuah kampung dekat mambau, lagi mengarut. Saya rasa dia ni tak buta sangatlahhhh. Saya sakit kaki, tapi dia urut seluruh badan. Sebelah badan RM 30.00, kalau dua belah RM 60.00. Dia kata kena urut semua baru tahu kat mana sakit. Saya kata tak payah urut semua sebab saya dah tahu kat mana sakit, kat kaki kiri laa. Akhirnya dia urut semua. Upahnya saya bayar RM 80.00 (RM 50 sekeping dan RM 10 tiga keping. Bila saya serahkan wang tersebut pada beliau, di letakkan bayaran saya ke lantai dan dia kata ‘ini tak cukup sebab bayaran urut sebelah sahaja RM 30.00, saya urut adik semua badan. Katanya. Saya terkejut kerana menyangka tidak cukup sebab saya dah bayar seperti yang ditetapkan termasuk tip 20 hinggit sebagai sedekah. Saya kata, ‘ehh, tu dah bayar lebihh tu pak cik’. Berapa adik bayar? 80 hinggit. Ye ke?. Rupa-rupanya, dia tersalah raba. Dia raba duit 10 hinggit je, duit lima puluh tak dirabanya. Tak naklah rokemen tukang urut ni kat pembaca blog sebab tah pe-pe urutannya.

Sejak itu, saya tidak aktif sgt sbb kesakitan masih teras. Dalam pada masa tu, kena wakili jabatan main bola sepak. Dah lama tak main. Lepas tu tak cukup pemain, jadi kena main full time. Akhirnya Muscle paha kanan koyak sebab lama tak aktif. Tu yang kena rehat lama. Memang sakit, tersangat sakit kalau otot koyak. Jangan buat main. Nak sembahyang pun pelan-pelan tunduk macam ‘slow motion’. Sejak itu, saya tidak berlari dan tahu akan tahap kecergasan diri, sangat lemah. Dua minggu sebelum mendaki, sangat-sangat sibuk sehingga pada 11 Dis, saya masih di Bukit tinggi kerana mesyuarat akhir tahun (tiga hari). Pagi hari akhir meeting ada pertandingan golf. Main golfpun rasa penat, macam mana nak panjat Kinabalu. Tak terbayangkan. Memang saya terasa penat masa main golf sebab itu golf saya sejak setahun yang lalu, hancus macam sagonn.

Esoknya nak berangkat ke sabah. Apapun jadi, pergi tetap pergi sebab duit dah bayar. Kalau tak boleh mendaki sampai ke puncak, separuh jalanpun ok. Lain kali datang lagi. Itulah tekad saya. Dan saya pesan pada kawan supaya dia berlatih sungguh-sungguh sebab saya nak tumpang tenaga dia. Dia lagi sibuk dari saya. Jangan kata nak panjat tangga di batu caves, tangga kat rumahpun tak sempat nak panjat. Terus terang, saya katakan, pendakian ini semata-mata bergantung pada semangat dan kekuatan mental saya sahaja. Kekuatan fizikal dan kecergasan jasmani – totaly outttt. Apa bahana dan petakanya, ikutlah cerita saya dalam perjalanan ini. Sebagai gambarannya, ialah separuh nyawa saya dibuatnya. Berjalan macam budak pakai lampin yang dah penuh. Kura-kurapun boleh potong sambil lepas stering. Janganlah buat hal panjat gunung tanpa kecergasan jasmani. Macam nak mampus rasanya.

TIP PERTAMA: TENTUKAN TAHAP KECERGASAN YANG BAIK DAN BUAT PERSEDIAAN LATIHAN FIZIKAL SEPERTI MEMANJAT TANGGA DAN LARIAN.

11 Dis 09 – PERSIAPAN

Selepas check-out dari Tropicale D’Colmar, Bkt Tinggi; terus balik rumah, sampai jam 5 petang. Terpaksa pergi pejabat sebab nak kena siapkan dua folder mesyuarat penting iaitu pada 14 Dis dan 16 – 17 Dis (bos yang akan pergi meeting). Saya desk officersnya projek tuu. Dahlaaa empat hari kat Bkt Tinggi. Selepas siap folder, balik rumah hampir jam 1 pagi. Terus kemas beg, capai tu capai ni. Nasib baik dah buat checklist. Ikut je, masuk beg. Tak tidur, terus mandi dan tunggu member datang ambil sebab kami mesti berada di PULAPOL Jln Semarak pada jam 3.30 pagi.

12 Dis 09 - DARI JLN SEMARAK KE NEGERI BAWAH BAYU

Sampai di PULAPOL Jalan Semarak lebih kurang jam 3 pagi. Ada taklimat pergerakan oleh pegawai yang bertanggungjawab. Naik bas polis ke LCCT, dua buah bas dan dua buah van polis. Nak kena on time sebab orang polis ikut masa. Jam hampir 4 pagi kami bertolak ke LCCT, Sepang. Saya tidur di sepanjang perjalanan sebab letih sangat. Tiba di LCCT, kami terus check-in. Masa check in air asia tak pagi check-in secara kumpulan. kena buat satu-satu sebab kalau lebih berat kena bayar. Saya dan member, risau kena bayar lebih muatan. Cepat-cepat angkat beg celoreng pergi timbang. Lega, beg saya beratnya 13.5 kg dan beg dia pula 13.7 kg jeee. Selamat lah kami. Masa tu, time dah suntuk sangat. Dah jam 6 lebih you. Kalau check-in sorang-sorang mesti tak sempat. Ada cadangan untik kutip rm 20.00 setiap orang bagi bayaran lebih utk semua tapi ada yang tak setuju. Sebab tim kami lebih 100 orang, jadi banyaklah ragamnya. Biasalah tuu. Ada yang kata, beg saya tak lebih, sapa yang bawa lebih dialah yang bayar. Jadi, keputusannya, check-in masing-masing. Oleh sebab saya orang luar, jadi saya dok diam ajelah. Tengah-tengah dok kalut, Komandan PULAPOL Jln Semarak SAC II Dato’ Amar Sing al Ishar Singh pun sampai. Dan dia buat keputusan, check in semua sekali. Bayaran lebih bagi sama rata utk setiap rombongan. Kita bergerak sebagai satu tim. Macam tulah ‘leader’ buat keputusan. Kau setuju atau tidak kena ikut demi kebaikan semua peserta. Tabikkkkk, Dato’. Saya tersenyum dari jauh kerana sejak awal lagi saya telah memilih keputusan seperti itu, suka ataupun tidak.

Kami check in, bergegas berlari ke ruang pelepasan, duduk sekejap dan terus naik pesawat air asia. Sungguhpun kerusi antara ahli keluarga yang turut serta berlainan tetapi akhirnya kami ‘manage’ untuk dapatkan kerusi berdekatan dlm air asia. Sebaik sahaja berada di angkasa, apa lagi, kami belum minum pagi. Masing-masing sedang kebuluran. Kami order package donut dua set termasuk 2 hot milo. Sampai sudah, crew air asia tak minta bayaran. Jadi rasanya mungkin donut yang lebih dan kami minum free lah. Sedap juga donut free, dua plak tu. Perasa strawberry dan honey.

Mendarat di Terminal 2, Kota Kinabalu. Kami bekerjasama mengangkat beg ke dalam trak polis dan dengan dua buah bas dan dua buah van polis, bergerak ke Hotel Promanade. Malangnya, bilik belum siap kerana penginap hotel sebelumnya check-out lewat. Sementara menunggu bilik disiapkan, kami dibawa bersiar-siar di sekitar bandar Kota Kinabalu dan berhenti makan tengahari di restoran mamak yang terkenal di Sabah iaitu – CHOICE-. Masuk yang ini dah dua kali, aku makan kat sini. Kali pertama, Panglima Sabah belanja makan udang galah besar pada Sep 09. Restoran penuh dengan kumpulan kami yang ramai. Habis makan, kami bertolak balik ke Hotel. Kami dibahagi ikut group bilik. Apartmen ada tiga bilik. Saya di groupkan dengan kumpulan dari Bukit Aman dan Staf Pulapol. Pada petangnya kami dibawa bersiar-siar di Pantai Tanjung Aru. Semasa di pantai, hujan turun sekejap.

Kami berteduh di gerai makanan Pantai Tanjung Aru, ada jual hasil tempatan seperti keropok leko sabah, jagung manis, kuih cincin (tapi bentuk dia tak macam cincin pun, macam kueh peneram, tah sapa punya cincin mcm tu). Kami beli jagung, murah macam tak nak jual jeee. Empat jagung bakar atau steam dengan harga RM 3.00. Maca mana orang sabah nak kaya. Pada sebelah malamnya di lokasi yang sama, kami menjamu selera di Restoran Makanan Laut Tanjung Aru. Sedapppp you kat situ. Kalau tak silap saya kami dihidangkan dengan 5 jenis hidangan makanan laut bermula dengan sup jagung manis campuran isi ketam, sayur sabah goreng sambal, isi ikan masam-masam manis, udang goreng tepung, ayam masak manis dan akhir sekali buah-buahan tempatan. Sambil makan dihiburkan oleh tarian tradisional Sabah. Akhir sekali beberapa peserta dijemput meniup sumpit dan melakukan tarian buluh. Aku rasa nak pergi cuba tapi takut terkepit kaki plakkkk. Ambil gambar ok laaaa. Habis makan, balik ke hotel dan tidur. Lelappppp sebab penat.13 Dis 09 – PANGGILAN PULAU MANUKAN

Tepat jam 9 pagi, kami bertolak ke jeti Polis Marin. Sarapan pagi telah siap disediakan. Sungguhpun terganggu sedikit dek sikap tidak profesional katering tetapi itulah yang manisnya apabila berekspedisi berkumpulan. Saya sangat suka, bila ada gangguan kerana ia akan mencernakan pemikiran kita bagi menyelesaikannya. Nasi lemak sambal ikan bilis dan dua jenis kueh (bingka ubi kuning dan hijau). (DSP Mazlan dan Isteri C/Insp Ema. Di belakang kelihatan Komandan sedang melihat peserta makan)

Ada yang ambil dua-dua sekali, rupa-rupanya ambil satu jeee lah. Pilih yang kuning atau hijau. Makan bersila di atas Jeti Marin dan ada yang makan di atas kapal. Keterujaan pemandangan dan kelaparan melupakan sikap leceh katering. Aku terus bersila atas jeti, lepas tu DSP Mazlan dan isterinya dan anak-anaknya datang buat lengkung, pas tu ramai lagilah bersila. Seron0kkk you. Dato’ dan datin pun bersila jugaaa. Memang sporting habis Komandan Pulapol ni. Kita sebenranya dahaga kan pemimpin yang bersikap demikian. Satu persatu, kelebihan dan keistimewaan yang ada pada komandan ini dipertontonkan oleh Tuhan kepada saya dan saya sangat peka dan menyanjung tinggi. Selesai sarapan pagi, naik bot peronda pantai marin dua buah dan sebuah bot peronda laju. Sebaik tiba di Pulau Manukan, maka bermulalah episod duyung, mak duyung, dan dugong berenang. Oppppp terlupa, buntal pun ada jugaaaa. Macam biasa, aku bukan suka sangat mandi laut. Maklumlah rumah dekat dengan pantai, di Pantai Dalam, KL. He he he. Aku dengan dua tiga orang lagi lepak, makan kacang dan menikmati kueh cincin yang bukan macam cincin, baring-baring.

(G.Kinabalu di lihat dari Jeti Pulau Manukan)

TIP NO 2: TIDUR/REHAT PADA SETIAP RUANG YANG ADA.

Makan tengahari oleh katering yang sama, sayur campur kedekut, rendang daging dan kari ayam. Tak ada masalah, makan ok- kenyang. Pada petangnya kami bertolak balik ke tanah besar dan terus hotel untuk check-out dan bertolak ke Kundasang. Perjalanan ke ZEN RESORT mengambil masa hampir dua jam. Kami singgah di pusat barang kraf tangan di Ranau. Ada yang minum teh tarik, beli biskut, makan durian, rambutan. Ada ahli kump yang minta saya cuba durian yang beliau sedang makan. Katanya durian ni rasanya macam pisang. Buahnya kecil-kecil sahaja. Saya pun cubalah, tak tahulah orang lain tapi saya tetap rasa macam durian. He hehe, mungkin dia baru lepas makan pisang atau kek pisang. Saya membeli sesikat pisang dan sebotol madu lebah. Asli youuuu, RM 25 hinggit tapi selepas sesi negotation, dapat RM 20 jeee. Sampai di Zen Resort kalau tak silap jam 5 petang gitu. Resort yang sangat besar dan upaya menerima ramai tetamu. Pembahagian bilik dibuat oleh pegawai penginapan iaitu DSP Habibi. Aku dapat bilik dengan Nazaruddin dan Nazaremi. Dua-dua polis, sorang kat IPD Kepong dan sorang lagi kal KL rasanya. Rupa-rupanya, mereka ni dua beradik. Malangnya bilik ada dua katil je tapi kami bertiga. Aku kata, hari dah nak malam, tak payah dok pening kepala. Asingkan tilam dengan alasnya, sorang tidur atas tilam dan sorang lagi tidur atas spiringg. Sebaik selesai mandi, kami di bawa ke restoran Zen Resort, Makan malam. Sedap, memang sedap tapi kambing masak kicap tu habis cepat sangat. Group aku dapat bawang masak kicap jeee. Tapi pada akhirnya dapat juga sebab, di masak lagi.

TIP TAMBAHAN 2A: BILA MAKAN SECARA BUFFET, JANGAN INGAT KITA ADALAH ORANG YANG TERAKHIR SEKALI MAKAN DAN ORANG LAIN SEMUA DAH SELESAI MAKAN. MAKA KITA BOLEH MELANTAK HABIS-HABISAN.

Balik dari makan, masing-masing sibuk mengemas beg kerana beg perlu dibahagi kepada dua. Satu Beg mengisi barang-barang yang akan ditinggalkan dan satu beg lagi di isi barang keperluan mendaki dari Lapan Rata ke puncak, beg ini perlu diserahkan pada ‘POTTER’ (bukan POINTER yeeee – sebab ada yang sebut pointer). Tapi betul juga laaa sebab pada akhirnya Potter bertukar menjadi pointer.

TIP KE-3: PAKAIAN PENDAKIAN DARI LAPAN RATA KE PUNCAK DIISI DALAM PLASTIK BEG SAHAJA SEBAB POTTER ADA BEGNYA SENDIRI. (BAJU TEBAL DUA LAPIS, SELUAR TEBAL, SETOKIN TEBAL, PENUTUP MUKA DAN KEPALA, GLOVE TEBAL DAN LAMPU KEPALA).

Pendakian Gunung Kinabalu akan melalui empat fasa iaitu:

Fasa 1: Dari pintu permulaan (Timpohon atau Mesilau) ke Lapan Rata (Jarak dari Timpohon 6km (jalan mendaki), jarak dari Mesilau ialah 8 km(jalan agak mudah dan kurang mendaki))

Fasa 2: Dari Lapan rata ke Puncak (jaraknya ialah 2.72km)

Fasa 3: Turun dari puncak ke Laban Rata.

Fasa 4: Turun dari Laban Rata ke Pintu Masuk Timpohon atau Mesilau.

Siap kemas, kami terus lelap. Esok pagi, sarapan pagi awal. Saya order enam biji telur rebus sebagai bekal dlm perjalanan. Pisang yang dibeli di Ranau semalam dibahagikan antara ahli kumpulan. Masing-masing empat biji. Terbeliak mata Kak Chik dan Ema Gelak Besar, asal bagi pisang niii. Saya kata bawa je, nanti tenguklah apa jadinya.

TIP KE 4: JANGAN SARAPAN TERLALU BANYAK. AMBIL MAKANAN YANG MEMBERI TENAGA SAHAJA SEPERTI TELUR DAN SEDIKIT NASI.

Ada taklimat dan pembahagian kumpulan pendaki dan guide. Setiap kumpulan lima orang (campur lelaki dan perempuan – oleh kerana makhluk lelaki ni dah jadi species yang dah nak pupus, maka tak semua kump dpt lelaki sebagai pengeras semangat kump) dan seorang guide Gunung Kinabalu.

(Ini adalah geng gp aku (dari kiri: Ema Gelak Besaq, Bro Sofian Globe Silk Store, Kak Chik tapi besar, ASP Rose dan akulah). T-shirt askar paling bagus utk hiking sebab serap peluh. Ambil terus jelahhh)

Kumpulan saya ialah ASP Rose, SM Kak Chik, Cik Ema Gelak Besar dan SJN Sofian Globe. Guide kami bernama Abdul Hasnim.

(Sesi bergambar di Dataran Zen Resort dengan berlatar belakangkan G.Kinabalu)

Selepas taklimat ada sesi bergambar dengan berlatar belakang Gunung Kinabalu. Selepas itu, kami bertolak ke lokasi pendaftaran di kaki gunung Kinabalu. Di sana kami akan diperkenalkan kepada guide yang telah dilantik. Guide kumpulan saya yang telah ditetapkan iaitu Abdul Hasnim tapi belum sampai. So aku dan Bro Sofian GSS buat strecthing dulu. Cam biasalaaaa tu.

(Memanglah senyum sebab belum mula gi. Nanti dah penat, senyum ke mana. Streching ni penting sebelum memulakan pendakian. Bermula dari atas (kepala) dan berakhir di kaki)

Kami di maklumkan guide kump kami iaitu Abdul Hasnim tak datang dan guide ditukar kepada Pak Jo. Setelah sesi perkenalan dengan guide, Pak Jo mendapatkan seorang potter utk kumpulan kami bagi membawa barangan yang telah siap dibungkus. Potter bernama YUNUS. Setelah ditimbang, barangan Kak Chik dan Ema (12 kg), aku dengan rose (14.5 kg), sofian punya 6 kg). Kos membawa barang ialah RM 8.00/kilo. Setelah potter siap mengemas begnya dengan barangan kami, kami berangkat dengan van polis ke lokasi mula pendakian iaitu di Timpohon. Kami semua bermula di Timpohon. Memandangkan hanya ada dua buah van polis yang mengangkut kami, jadi terpaksa menunggu. Komandan ajak naik van dia penuh. Kami sumbat dekat 15 orang. Datin pun duduk atas riba dia sebab nak bagi ramai dapat masuk. Tabikkkkkk la kat Dato’ ni.

(Gambar bersama Komandan PULAPOL KL SAC II Dato' Amar Singh al Ishar Singh di Pusat Pendaftaran pendaki Taman Kinabalu)

Sebaik sahaja sampai di Timpohon, kami diberi taklimat dan mendaftar di pintu masuk. Setiap seorang akan diberi Tag Pengenalan pendaki. MOHD RADZI (021) – bermakna aku pendaki yang ke 21 dalam rombongan kami. (Guide Pak Jo sedang memberi taklimat kepada kumpulan kami di Pintu Timpohon)


TIP KE-5: PAKAIN KETIKA MENDAKI TAHAP 1 (DARI TIMPOHON ATAU MESILAU KE LABAN RATA) IALAH SELUAR YANG RINGAN, T-SHIRT COTTON, KASUT YANG SESUAI, BEG GALAS KECIL (DALAMNYA DIISI DENGAN AIR MINUMAN BOTOL KECIL SAHAJA, 100 PLUS OK, COKLAT BAR, DAN SEDIKIT MAKANAN SEPERTI SANDWICH (KALAU AMBIL PAKEJ, ADA PACK LUNCH – TAK PERLU BAWA SEMUA, AMBIL MAKANAN YANG PENTING SHJ) BAJU HUJAN DAN SEHELAI BAJU TEBAL YANG NIPIS SIKIT. BAJU INI BERGUNA, SEKIRANYA HUJAN, SUHU SANGAT SEJUK. TONGKAT RASANYA TIDAK PERLU)

TIP KE-6: SEKIRANYA ANDA TIDAK UPAYA MEMBAWA BEG GALAS KECIL, ANDA BOLEH MENYEWA POTTER CILIK (ANAK-ANAK POTTER) YANG BERSEDIA MEMBANTU ANDA DENGAN SEDIKIT BAYARAN. JADI ANDA AKAN MENDAKI DENGAN BEBAS TANPA MUATAN. POTTER INI AKAN MENGEKORI KE MANA SAHAJA ANDA BERADA.

Kami mula mendaki pada jam 0915 dari Pintu Timpohon pada ketinggian 1886.4m. Permulaan pendakian akan dIsambut oleh Air Terjun Carcosa, ambik gambar mestiii bagi setiap pendaki.

Tiba di pondok perhentian yang pertama iaitu Pondok Kandis (1981.7m) yang jaraknya lebi kurang 0.8 km sahaja pada jam 0942. Kumpulan saya tidak berhenti, ambil gambar sekejap dan teruskan pendakian kerana ingin cepat sampai sebab hujan mungkin turun pada sebelah petang. Kalau hujan, sakitlahhhh pendakian – licin dan sejuk. Dalam perjalanan pendakian, kita akan bertemu dengan pendaki-pendaki yang sedang menuruni gunung kerana mereka telah selesai pendaki dan juga potter-potter yang mengangkut barang resort dan kepunyaan pendaki. Macam biasa, tunjuklah sikap Malaysia yang peramahhhhh tu pada pendaki dari negara-negara luar, Give five dah jadi universal punya appreciation. Sempat sembang dengan dua tiga orang pendaki dari luar negara seperti German, New Zealand dan Peranchis. Kami tiba di Pondok Ubah di ketinggian 2081.4m (1.5km) pada jam 10 pagi. Rehat sekejap, bergambar dan meneruskan pendakian.

(Bergambar di Pondok Ubah. (Dari Kiri: Dua kakak yang tumpang bergambar, Bro Sofian GSS, aku, ASP Rose dan Potter Yunus dgn muatannya)

Dari Pondok Ubah kami mendaki ke Pondok Lowi (2.5km), tiba sekitar jam 1035.

(Mendaki laluan berbatu dan curam. Kelihatan saya yang sedang penat, tak kenal (gp lain), potter cilik, Bro Sofian Globe silk store, dan kakak tinggi (gp lain). Kami terpaksa potong sebab depa lambat sangat atau depa yang potong kami. he he he)

Dari pondok lawi ke Layang-Layang pada ketinggian 2702m (lokasi penginapan staf pada jarak 4km – dulu dikenali sebagai ‘Carson’s Camp’) kami tiba pada jam 1210. Berhenti makan sedikit sahaja. Malangnya telur rebus yang diorder dari Zen Resort tak betul-betul masak, dia separuh masak je, habis pecahhhhh. Ni lah yang dikatakan ‘pecah kaca pecah gelas, pecah telur melepas’. Disini adalah simpang pertemuan bagi pendaki yang bermula dari Mesilau. Dari layang-layang kami terus mendaki Pondok Villosa (pondok ke-5) pada ketinggian 2690m, jaraknya lebih kurang 5 km dan tiba pada jam 1.25 tghari. Dan pondok yang terakhir ialah pondok paka di jarak 5.5 km. Pondok Paka berada pada ketinggian 3080m. Jangan lupa menikmati keindahan ciptaan Tuhan semasa dalam pendakian. Flora dan fauna sangat menakjubkan. Udara yang sangat bersih. Bunga kiri dan kanan track. Jangan lupa lihat Periuk Kera, walaupun kera tidak pernah menggunakannya sebagai periuk. Yeee la kan, kera mana pandai nak masak. Dia makan buah jeee, buah kan tak perlu masakk, makan gitu jeee. Kami menamatkan fasa 1 pendakian dan tiba di Laban Rata pada jam 2.53 ptg. Oleh kerana makan malam kami pada jam 5 petang, maka kami terpaksa makan sedikit di resort. Makanannya sedappp. Saya order kopi panas dan meehun tomyam. Makanannya taklah mahal sangat seperti yang digembar-gemburkan. Memadailah dengan kepenatan dan upah membawanya ke atas bukit. Kos seteko kopi panas (dapat dalam tiga cawan gitu) dan semangkuk besar meehun sup (kami makan enam orang) ialah RM 32.00. Ok paaa. Kos satu tin Air minuman 100 plus ialah RM 5.50. Bagi saya, harga tersebut adalah memadai dan tidak mahal. Seingat saya satu tin air 100 plus di atas ‘Table Mountain’ (Johannesburg) ialah RM 28.00. Melihat pada prestasi mendak ahli kumpulan saya pada fasa 1, saya terpaksa buat keputusan bagi bergerak secara buddy-buddy dalam fasa 2 nanti. Ini kerana pendakian fasa 2 perlu sedikit laju bagi mengejar masa. Guide iaitu Pak Jo saya tugaskan dia sentiasa bersama Kak Chik sebab Kak Chik tak larat sangat. Pak Jo ditugaskan bagi menentukan Kak Chik sampai ke Puncak, walau apa sekalipun. Bro Sofian Globe ditugaskan berbuddy dengan Ema gelak besar dan saya dengan rose. Dalam hati saya, saya harap-harap ASP Rose ni kuatlah, boleh saya tumpang tenaga dia sebab saya seperti yang dinyatakan sejak awal hanyalah berbekalkan semangat dan mental sahaja. Siang-siang lagi saya dah bagitau kat ASP Rose. Mana ada orang percaya, sebab saya ni tentera tapi itulah hakikatnya. Kenapa, tentera tu semua mesti kuat ke? Ada juga yang lembek. Apa jadi sekalipun mesti bergerak secara buddy. Kalau sorang tak sampai, dua-dua tak sampai. Kalau sorang sampai, dua-dua akan sampai. Macam dalam filem Musketeers ‘All for one, one for all’.

(Gambar diambil dari anjung Laban Rata Resort (veranda belakang))

Sebaik selesai, ambil gambar sekejap kat luar sebab kabus dah mula hilang dan dah nampak puncak kinabalu. Sesi fotografi berlangsung. Kepala pening sikit, mungkin sebab ketinggian. Ambil kunci bilik no 11 (jumlah penginap dalam bilik ini ialah 11 orang. Saya buka baju terus bergerak ke tandas bagi mencuba ‘jumping bath’. Ni semua kejee orang gilaa je. Mandi dengan air sejuk macamm air batu. Saya mandi sambil melompat-lompat tak sampai lima saat. Terus lap badan, dan dah di kira mandilah tu. Lepas mandi baru, rasa pening kepala hilang. Keluarkan semua pakaian yang nak di pakai untuk fasa 2. Kumpulan terakhir sampai ke Laban rata sekitar jam 6 petang iaitu Kump ASP Sumathi dan anchor man iaitu DSP Habibi. Kami makan malam awal. Taklimat dan tidur awal. Saya ingat saya seorang je yang tak boleh tidur, rupa-rupanya ramai yang tak boleh tidur. Tapi ada juga yang telah berdengkur sejak sampai. Aku, memang tak boleh tidur langsung sebab 11 orang dalam bilik no 11, macam-macam bunyi, ada yang bangun makan, ada anak yang panggil ayah dia sebab nak pergi toilet.

TIP 7: SEBELUM TIDUR, BELASAH PANADOL ACTIFAST DUA BIJI. GERENTI OK.

Sekitar jam 12.30 mlm cam tu, ramai yang telah bersiap untuk bergerak. Kumpuan saya sampai di restoran tempat menunggu agak awal. Jadi sebaik sahaja sarapan siap di hidang, kami pemakan yang pertama. Menunya ialah nasi goreng, mee hun goreng, telur mata lembu kampung, sosej dan bubur oat.

(Kumpulan aku sampai awal tapi Kak Chik belum sampai, memang slow sikit dia ni. (Dari Kiri: Bro Sofian GSS, ASP Rose, Kak Ani Cantik dan Ema Gelak Besar)

TIP KE-8: JANGAN MAKAN TERLALU BANYAK, MAKAN SEDIKIT SAHAJA DAN MAKANAN YANG MEMBERI TENAGA. KALAU MAKAN BANYAK, ANDA AKAN MUNTAH SEMASA DLM PERJALANAN. TELAN ANTIFAST LAGI DUA BIJI.

Kumpulan saya, telah saya ingatkan sebeLum makan. Lepas tu mereka takut nak makan lak plakkk. Pakaian saya memang tebal sebab ‘prepared for worst’. 4 lapis baju, dua lapis seluar dan setokin snow (saki baki masa kat NZ), glove dengan topi (sisa masa kat London termasuk jaket tebal snow). Tapi saya tetap bawa penutup kepala yang dibekalkan dan glove kulit NZ. Baju hujan, mesti. Mengikut cite kawan-kawan pendaki, kalau mendaki ke puncak dan hujan turun, sejukkknya hanya Tuhan sahaja yang tahu. So prepared for worst. Kami mula bergerak dengan lampu di kepala pada jam 0220 pagi. Tapi ‘gate’ belum buka, tunggu sekejap baru penjaganya sampai. Dalam perjalanan kedengaran ramai yang muntah. Kan dah cakap tadikan, jangan makan banyak. Bila dah pakai banyak lapis, berpeluh la plakkk. Pergerakan sangat perlahan kerana mendaki tangga demi tangga dan bergayut dari tali ke tali. Inilah saat-saat yang sangat menguji. Pada ketinggian lebih 4000 meter, oksigen sangat kurang, nafas menjadi semput. Aku ni, tenaga fizikal plak tak ada. Berjalan setapak demi setapak, macam kura-kura. Apapun, walaupun perlahan tapi jangan berhenti.

TIP KE-9: TERUS MENDAKI, JANGAN BERHENTI REHAT SEBAB KALAU REHAT, KITA NAK REHAT LAMA DAN AKAN RASA LETIH SANGAT UNTUK BERGERAK. BIAR PERLAHAN TAPI TAK BERHENTI. CARI BUDDY YANG KUAT SEBAB DIA BOLEH TARIK KITA.

Semasa mendaki ke puncak kita akan melalui pondok pendaftaran di Sayat-Sayat. Pondok ini bertugas sebagai penyemak, siapa yang telah berjaya mendaki ke puncak. Tag Pengenalan jangan lupa. Tanpa tag, anda tidak dibenarkan mendaki. Kerana pengesahan pendakian hanyalah berdasarkan tag tersebut. Setelah bergerak macam kura-kura hampir 4 jam lebih pada jarak yang hanya 2.72 km, akhirnya kami sampai di LOW’S PEAK (4095.2M). Fajar mula menyinsing dan memancarkan cahaya keemasan pagi menjadikan seluruh puncak bukit seperti emas yang bersinar.

(Kump aku di puncak. (Kiri Depan: Kak Chik dan ASP Rose. Kiri Blkg: Pak Jo (Guide) dan aku. Bro Sofian GSS dan Ema Gelak Besar tak de sebab Bro Sofian dah turun dan ema belum sampai)

Semasa saya dan ASP Rose sampai di puncak, Bro Sofian Globe dah sampai tapi ema gelak besar tak dee. Katanya ema ikut Naza sebab naza masih bertenaga. Aku mula meradang. Bab tak ikut arahan, memang aku tak leh terima. Tapi sbb kat atas puncak, aku simpan je radang tu mungkin radang paru-paru kot. Tak lama pas tu ema sampai dengan Naza, dan akhir sekali Kak Chik dengan Abg Jo (bukan Pak Jo lagi yeee). Sebab kalau tak sebab bantuan abg Jo, kak Chik memang tak sampai ke puncak. Kecoh suara kak Chik, dia berjaya sampai ke puncak. Sampai tolak orang habis sebab dia nak ambil gambar.

(Dari kiri: Tak kenal, Bro Sofian GSS, Kak Chik, Nazaremi, Ema Gelak Besar, ASP Rose, Tak kenal dan aku)

Kami bersesi fotografi. Jam 0640, Aku dan rose terus cepat-cepat bergerak menuruni puncak sebab nak turun pun satu seksa. Dalam perjalanan turun inilah, kami bernasib baik dapat bergambar dengan berlatarkan Oyayubi Imu Peak. Siapa yang bertuah, puncak ini akan memancarkan wajah orang hutan di dadanya ketika kita bergambar.

(Sila lihat tebing gunung, kelihatan muka orang hutan. Dah balik, bila tgk gambar baru berasan)

(Gambar muka orang hutan di banjaran gunung dalam gambar ASP Rose sangat jelas)

Lihat gambar, wajah orang hutan terpancar di dada Oyayubi Peak. Kata orang, siapa yang dapat wajah tu dalam gambarnya, adalah satu pemberian dan penghargaan si gunung. Mengikut kepercayaan orang sabah. Semasa menuruni puncak inilah, ramai yang menangis melihat kecuraman gunung kerana semasa mendaki hari gelap, tidak nampak apa-apa. (Semasa sedang turun, aku menemui ibu kepada gerombolan kami iaitu Datin Raj Kaur yang sedang menaiki ke puncak. Dia tengah berehat. Sikit lagi datin, hanya 7 meter sahaja lagi. Very motherly, macam komandan jugaaak)

Bila turun hari dah cerah, curam youuu, kalau terlepas tali memang terus masuk dalam tanah. Ada sekitar 40 ke 50 meter cam tu.

(Satu perjalanan turun yang memenatkan. Kenapa tak de teksi ke kat atas tu ye?)

Memang tenaga tak ada langsung, hanya bergerak dengan semangat dan mental. Masa ni lah terfikir, siapa yang suruh cari susah. Duduk kat pejabat bagus punya aircorn, kau nak pergi panjat gunung. Yang gatal nak pergi daki tu apa pasal. Ini semua kerja bodoh dan cari susah. Tiba di Laban Rata pada jam 0935. Terus sarapan dan kemas barang. Tukar pakaian dan terus cabut turun dalam fasa 4. Masa tu hujan dah mula turun. Ramai pendaki yang tak mahu keluar.



(Kak Ani Cantik dan Abang Sasa (Brother No Feeling (kata anak DSP Mazlan) yang ditemui semasa dalam perjalanan turun)

(Inilah dia puncak yang telah meronton jiwaku selama hampir 20 tahun. Atlast tertawan juga akhirnya)

TIP KE-10: KAKI DAH SAKIT, TENAGA DAH BERKURANG, JADI CEPAT-CEPATLAH TURUN KE TIMPOHON/MESILAU. JANGAN REHAT TERLALU LAMA. BERTOLAK SEBELUM JAM 12 TGHARI. KALAU LEWAT, KITA AKAN SAMPAI MALAM DAN MEMBER YANG SAMPAI AWAL AKAN FEDUP SEBAB KENA TUNGGU KITA LAMA.

Sebab dah ada pengalaman dengan hujan bukit, saya dan ahli kumpulan terus buka baju hujan dan mula turun pada jam 11 pagi. Kami memutuskan untuk turun lebih awal sebab masing-masing dah sakit kaki. Kita bergerak perlahan, biar turun awal dan kita akan sampai tak lewat sangat. Kalau lewat turun, kita akan sampai malam di Timpohon. DSP Mazlan dan isterinya ASP Ema dan dua nak perempuannya pun ikut serta. Bergerak lebih kurang 20 meter di hadapan, tak deee hujannn pun. Macam tulah hujan di kawasan perbukitan. Kalau lebat, dia lebat betul. Kalau tak lebat, dia tak menyeluruh.

(Ini gambar di Terminal 2 semasa nak balik KL pada 16 Dis 09. Dari Kiri: aku, Bor Sofian GSS, Kak Chik yang sibuk dgn kameranya, ASP Rose, Ema Gelak Besar, dan Nazaruddin yang telah membantu Ema Gelak Besar ke puncak setelah ditinggalkan oleh Bro Sofian GSS)

Ekspedisi ini diklasifikasikan sangat berjaya dan telah dirancang dengan penuh teliti dan sistematik. Kecacatan hanya pada hal-hal yang minor sahaja, itu pun sangat sedikit dan telah diselesaikan. Jadi tak perlulah kita bercakap tentangnya kerana celah gigi sahaja. Banyak lagi hal-hal yang berjaya dan perlu diperkatakan. Tahniah, tahniah, tahniah (sila sambung sampai cukup 100 kali) kepada jawatan kuasa dan sesiapa sahaja yang telah bertungkus lumus menguruskan cabaran ini. Kepada C/Insp Nazatulakmar dan suami DSP Mazlan, tima kasih kerana ajak saya. Ajak lah lagiiii. Kalau nak sebut perkara-perkara yang cemerlang ialah:

1. Pengangkutan dari awal hingga akhir - Upper First Class.

2. Makan/Sajian dari awal hingga akhir - Upper First Class.

3. Perjalanan Program - Upper First Class.

4. Penginapan - Upper First Class.

5. Kesportingan ahli - terlalu hebat -lima bintang.

6. Kakitangan Tmn Kinabalu - Tahniah atas satu perkhidmatan yang terbaik, teruskan perjuangan.

Begitulah cerita pendakian.

Akhirkata, saya ingin berdiri tegak dan memberi hormat kepada Komandan PULAPOL KL.

'Terima Kasih dan Tahniah! Dato'"

p/s

1. Jangan lupa kamera. Kalau boleh sorang satu. Sebab ada kes kamera jem sebab sejuk.

2. Bawa sandal, sebab sangat berguna semasa turun pada fasa 4.

3. Jangan lupa ambil semula wang pendaftaran bagi pengambil kunci di resort Laban Rata (RM 10).

4 comments:

Azree Ariffin said...

Uish, panjangnya entri kali ni. Patutlah senyap lama. rupanya diam-diam ubi berisi. heheh

hmm, saya belum lagi berpeluang menjejakkan kaki ke sabah, apatah lagi ke gunung kinabalu. Tetapi selepas membaca entri ni, rasa bersemangat pula nak pergi. Tentu cantik keindahan panorama di sana kan?

terima kasih atas maklumat yang sangat berguna ini..

PENA CELORENG said...

Tak payah la pegi panjat gunung tu. Mcm nak mampus dibuatnya. Carilah gunung lain yang boleh mendebarkan. he he

sinaganaga said...

gile ape g panjat gunung pakai seluar tempah. ha ha

Dev Clarehova said...

mak aiiii...curamnya...besok kita orang nak panjang gunung ni....aduh duh duh duhhhh!