Sunday, December 6, 2009

KETERUJAAN BUKU DI RAK PAMERAN

Semalam saya pergi ke KLCC, jem teruk. Pada mulanya tak tahu sebab apa. Lepas tu baru tahu, rupa-rupanya ada PC Fair di Pusat Konvensyen KLCC. Tak nak nampak la poster plakkkk. Ini bab KLCC semalam punya cite. Saya pergi nak cari seluar hiking sebab minggu depan nak ke Kinabalu sebagai penutup tahun 2009. Pusing punya pusing, macam biasalah, saya tak pernah miss untuk berlegar kat dalam kunikoniya dgn MPH. Tiba-tiba ternampak Novel Platun Harimau kat rak pameran buku baru di Kunikoniya. Teruja sungguh. Macam-macam rasa. Seronok, bangga dan gembira sangat. Duduk kejap kat situ, buat survey la konon. Lepas itu dua tiga orang pengunjung yang pegang dan belek-belek, TAPI TAK BELIPUN. Saya rasa sangat sangat ........(tak tahu nak gambar perasaan masa tu dengan perkataan), rasanya lebih hebat dari teruja. Maklumlah, saya bukan ada banyak buku. Tu lah sebiji toge, terkulat-kulat novel saya. Nak kata bagus pun tak berapa berani, nak kata tak baguspun, rasanya boleh tahan. Sebab bagus ke atau tak bagus, itulah karya yang ideanya adalah anugerah Tuhan. Kunikoniya menjual semua edisi kulit keras. Melalui semakan online di meja semakan kunikoniya, hanya tinggal 6 naskah je lagi. Menurut DBP, versi kulit keras telah habis dijual. Manakala versi kulit nipis hanya tinggal 700 buah gitu. Lepas tu MPH dah order lagi 400 naskah tambahan. DBP dok suruh saya sambung misi seterusnya dan buat tebal sikit. Idea dan cerita pengalaman memanglaaaa banyakkkk sangat tapi masa yang tak banyak.
Dalam seminar di Port Dickson, peserta seminar telah membeli buku Jepun sebanyak 27 naskah dan Novel Platun harimau terjual sebanyak 38 naskah. Banyak tuuuuu. Belum campur yang student saya beli kat Akademik Audit Negara. Ramai yang minta naskah kulit keras.

p/s kita penulis yang baru belajar ni, tengok buku kita dijualpun dah rasa bangga. Tak beli pun tak pe. Kalau beli nanti, buku kita tak de kat kedai lagi. he he he
p/s tunggu novel cinta akan keluar dengan tajuk 'BILA HATI DIRACIK CINTA'. Tragis youuuu

9 comments:

Azree Ariffin said...

Tuan, novel cinta tu betul ke? Atau gurauan jer? hehhe.

PENA CELORENG said...

Betul, dah siap pun. Tengah semak dan masukkan apa yang patut. Dia ada unsur kreatif untuk dipilih oleh pembaca. Belum tahu nak hantar kat mana, rasanya Alaf21 atau PTS. Bersabar. Tapi 18SX jeee.

sinaganaga said...

Gilak aaah lu tulis novel cinta, tuan! Pst pst, ada bubuh bab pasal sardin lagi ke? Ha ha.

dugongsenyum said...

Membaca novel Platun Harimau macam menonton movie perang, best ah tak sedar dah habis. Tabik ah!

Kebetulan agaknya, dua tiga hari ni isteri saya masak sardin je hari-hari. Masa makan sardin terus ingat novel tuan, dahsyat ah sardin.

PENA CELORENG said...

He he he, sardin tu memang ada kuasa sakti. simple, stupid, sedappp. kalau pekena masa hujan dgn capati, puhhhh. kat pasar keramat ada capati panas dengan sardin. Anak mami yang jual tu pun sedap di pandang. Terima kasih kerana membaca novel saya. tapi ada member kata, dia cari kat online konikuniya tak dee. pelikkk juga sebab kat kedai depa dah juall. salam dgn wife, peminat sardin dan surat cinta 'poyo je' dlm Platun harimau.

sairil syam said...

saye pon dah abis bace buku platun harimau...beli mase seminar tuan kat akademik audit bulan 11/2009

balik kursus baru ade can boleh baca, sibuk kursus katakan.

biler main game counter strike, teringat kapten fauzi platun harimau. fire in the hole..

kudabesi said...

salam tuan,

buku nih dah dapat review yang baik dari ahli-ahli forum Panggilan Pertiwi (http://panggilanpertiwi.forumotion.net/)

iaitu forum peminat pertahanan malaysia..hehe

tuan la kan, penyair penembak tepat dekat maskara tu?

trooper_knife said...

sebuah novel military yang hebat. teruskan usaha saudara untuk terus menulis novel mahupun kisah benar mengenai pahit getir serta pengorbanan anggota keselamatan yang telah berjuang menghapuskan petualang negara demi memastikan keamanan dan kesejahteraan negara terus terjamin.

en_me said...

sonoknyerrr.. ehehe