Friday, December 4, 2009

BUKU TERBARU

Akhirnya, akhirnya, atlast, terbit juga buku sejarah negara yang sekian lama berada dalam simpanan Dewan Bahasa dan Pustaka. Sejarah penaklukan Tentera Jepun ke atas Tanah Melayu semasa di bawah pemerintahan British. Selama berdekad kita di hidangkan dengan buku-buku sejarah yang digarap berdasarkan persepktif barat iaitu British dan Jepun. Saya memulakan kajian pada tahun 1998 dan siap pada tahun 2005. Manuskripnya di hantar pada DBP pada tahun 2005 dan Dewan mengambil masa yang sangat lama untuk mengeluarkan buku ini. Janganlah lepaskan peluang menyoroti sejarah negara kita yang dicintai ini melalui perspektif kita sendiri iaitu Malaysia. Inilah satu-satunya buku penaklukan Tentera Jepun yang lengkap termasuk di Sabah dan Sarawak. Sungguhpun ada beberapa rajah penting dan ada yang sangat penting tidak dimasukkan (saya tak pasti kenapa), tetapi ianya tidak menghalang kelancaran buku sejarah ini. Ia menggunakan bahasa yang sangat mudah di fahami dan digarap dengan penuh kreativiti bagi menarik minat pembaca. Buku ini juga mengulas perjuangan anak-anak watan yang turut sama mempertahankan tanahair tercinta. Anak-anak watan yang menganggotai Batalion Pertama dan Kedua Rejimen Askar Melayu DiRaja telah berjuang sejak dari Pantai Kuala Pak Amat, Pantai Badang di Kota Bharu hinggalah ke kubu pertahanan terakhir di Mount Faber, Singapura. Mereka sedang bertahan dan berusaha memperkukuhkan kubu pertahanan di Mount Faber sedangkan Tentera British berlumba-lumba lari menaiki kapal laut bagi menyelamatkan diri. Akhirnya British memilih untuk menyerah diri setelah rakyatnya berjaya melarikan diri dan ketika itu saki baki anak-anak watan (Bn Pertama dan Bn Kedua) masih bertahan di Mount Faber. Pantang Melayu menyerah kalah, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Oleh kerana buku 'Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu dan Borneo' ini baru dikeluarkan dan semestinya agak lambat untuk sampai di kedai-kedai buku. Oleh itu, siapa yang berminat memilikinya, bolehlah menghubungi saya terus (email), saya akan nyatakan bagaimana caranya. Harga buku ini hanyalah RM 29.00. Jika di poskan, kos pos ialah RM 4.00 sahaja. Maka dengan RM 31.00 sahaja, buku tersebut akan berada dalam peti pos rumah siapa yang berhajat. Atau, malam esok, jam 0830 mlm di Laman Rumah Pena, buku ini dan Novel Perang Platun Harimau akan turut dijual.

Selamat menghayatinya.

6 comments:

Azree Ariffin said...

Tahniah dah keluar buku baru! Tempoh lebih drpd 10 tahun tu mmg sgt lama. Tapi saya kira tentu hasilnya berbaloi. Buku sejarah bukan senang hendak dihasilkan. Kagum dgn pencapaian tuan. Satu demi satu kejayaan dicapai. :)

Shuq FaqaĊ£ said...

Terima kasih atas hadiah karya dari tuan tadi semasa di Maskara. Akan diteliti dan disimpan sebagai sebuah koleksi karya yang berharga. =D

encikkucing said...

saya nk buku ni. emel saya di azmil_skywalker@yahoo.com

trooper_knife said...

buku yang mesti saya miliki. bolehkah saya membeli terus daripada saudara?

trooper.knife@gmail.com

Jijoy said...

salam...
buku ni ada jual lagi ke? sy nak 1.. mintak tuan autograf sket cam aritu..

azizul@audit

Nur Emyinda said...

Buku yang sangat patut dibaca oleh semua yang bernama 'rakyat Malaysia di bumi Tanah Melayu...yang jiwanya dan semangatnya cintakan negara. Semoga sejarah hitam dulu tidak akan berulang... Terima kasih Tuan Pena Celoreng atas hadiah yang tidak ternilai ini...TAHNIAH kerana mempunyai 'a heart of gold' and being one of the unsung heroes! Proud of U ! Bravo...