Tuesday, December 1, 2009

AKULAH PAHLAWAN TANPA CALIT TANPA BINTANG

Tiba-tiba setelah agak lama tidak menelefon, Dato’ Nik Zaaba telefon dua minggu sudah. Tapi saya tak jawab. Bukan sebab tak mahu jawab tetapi tak sedar telefon berbunyi. Ada panggilan terlepas dua kali dan dia tinggalkan pesanan suara. Rupa-rupanya undangan baca sajak. Acaranya di Dewan Tun Ismail, PWTC. Ada raptai dan acaranya pada sebelah petang jam 4.30 petang. VVIP ialah Datin Seri Rosmah Mansur dan beberapa orang menteri lagi.
(Saya kena jadi orang tua, veteranlah gitu. Dah disolek mcm org tua tapi tak jadiiikkk pun)
Saya juga diminta mengarang sebuah sajak berkaitan keperwiraan. Selepas tiga hari berlalu termasuk Sabtu dan Ahad, idea tak datang-datang. Satu baris pun tak dapat idea. Sabtu dan ahad itu penuh dengan acara berganti tidur dan tayangan gambar oleh Astro. Lepas satu cerita, tidurrrr, sambung cerita lagiii, tidurr. Sebabnya ialah idea tak kunjung langsung. Isnin adalah acaranya. Pagi Isnin ada mesyuarat pula, panjang pula tu. Habis mesyuarat lebih kurang jam 12 tghhari gitu. Terus berlabuh di depan komputer dan cuba menagih idea. Masa tengah kelam kabut tu juga, Dato’ Nik telefon. Ini mesti kes tak sampai di dewan lagi sebab raptai pada jam 12 tghhari. Sambil otak berputar memerah idea daan jari menaip maka terhasil sebuah sajak, kononnya laaa macam sajak. Setelah selesai, saya rasa ini bukan sajak tapi macam satu pengisahan sejarah luka pahlawan. Sedap juga laahhhh, bila baca. He he he. Tajuknya ialah

‘AKULAH PAHLAWAN TANPA CALIT, TANPA BINTANG’
Senja itu
di Kampung Lenang
Chin Peng dan anjing-anjingnya
mengganas
bakar! bakar! bunuh! bunuh!
rumah nendaku terbakar
rumah jiran nendaku terbakar
seluruh kampung lenang terbakar
api menjulang menjadi siang
hiruk pikuk orang kampung melolong
yang tua di bunuh
yang muda terbunuh
bumi kampung lenang berlenang dengan darah
bumi kampung lenang
berdengung dengan esak tangis anak-anak

Malam itu
kami segerombolan wira bergelar pahlawan
melangkah di belantara perbatasan
mengintip, menghidu gerak komunis durjana
dengan tekad bulat
darah kampung lenang wajib kami bebat
nyawa nenda dan datuk ku wajib aku tebat
berpuluh tahun kami di belantara
demi menjaga keamanan negara
demi menentukan keharmonian terjaga
demi menentukan seluruh rakyat tidur lena

Hari ini
kamilah yang di katakan pahlawan
walaupun tanpa calit tanpa bintang
walaupun hidup tidak kaya
walaupun kami tidak punya harta
walaupun kami tidak punya wang berjuta
walaupun ada anak-anak yang kehilangan bapa
walaupun ada suri ada isteri yang ditinggalkan

setelah berabad lama berjuang
menggalas senapang melibas pedang
pahlawankah aku?
walaupun aku tanpa kaki
walaupun aku masih menagih sekeping tanah
walaupun aku masih menagih sebuah rumah

setelah berkorban segala
pahlawankah aku?
hingga perlu merayu
menyembah jabatan kebajikan masyarakat
menagih belas kasihan
untuk terus hidup tanpa calit tanpa bintang tanpa kaki
inikah harga sebuah perjuangan?
inikah nasib kehidupan pahlawan?
p/s mcm nilah yg dikatakan sajak 'mee maggi'. Walaupun sumbang dan tah pe pe, tapi yang sumbang dan tah pe pe tulah anugerah Tuhan.

2 comments:

Azree Ariffin said...

tuan Radzi,
wah dalam sendat-sendat masa tu boleh juga perah idea buat sajak yer? Kalau sayalah, memang dah lama blank! heheh. Tampallah gambar bersajak kat sini. Nak jugak tgk. :)

Marvic said...

Tuan Radzi,

dah lama kita x berjumpa kan...hehehe..apa khabar skrg? harap2 semuanya sihat dan baik aje kan