Thursday, July 21, 2011

DARI NOVEL KE DRAMA KOMEN PENONTON

Salam semua. Semalam adalah saat yang mengujakan saya tatkala menyaksikan novel kita diperturunkan ke drama. Sebagai manusia kecil dan tak memiliki banyak kejayaan, maka ia sangat menggembirakan dan saya sangat seronok.

Keduanya, semalam juga merupakan sejarah dalam penggunaan HP yang mana saya menerima 382 SMS pada sejam sebelum, semasa dan selepas drama di tayangkan. Mcm2 pandangan; suka, duka, masin, manis dll tapi banyak yg manis.

Ketiganya, semalam juga semasa drama sedang di tayangkan [ketika iklan], bekas Sjn Platun Harimau yang bersama-sama saya di belantara telah menelefon saya. Pesara Sjn Mansur Man PGB (Panglima Gagah Berani) telah lama bersara dan kini bekerja sebagai JAGA atau Pengawal Keselamatan di sebuah kilang di Sg Petani. Telah sekian lama saya cuba menjejak insan ini; akhirnya drama Pl Aumm menemukan kami. Pingat PGB beliau terima kerana kejayaan dalam pertempuran yang saya kisahkan dalam novel tersebut. Seorang Sjn yang kurus seperti penagih dadah dan kaki libas dalam sepak takraw. Itu lah dia Sjn Mansur.

Setakat ini juga saya ada menerima beberapa komen melalui email dan FB, saya sertakan bagi tatapan semua.


KOMEN PENONTON 1

Salam... again my utmost CONGRATULATIONS in advance for the premiere viewing of PH 1 tonite. Am excited myself and sure will enjoy it as you had suggested. Moreover, i had read the novel five times already and hopefully everything goes fine; especially when it comes to the technicality of TNB personnels!

Hopefully taklah jadi "blackout" at that moment of pride....awaited for so long...Hahaha...memang nak kena saman mereka2 tu kalau jadi camtu di JB ni...I'll be the first on the list to do so

Anyway, keep up the good work Tuan, and make ATM proud!

All the best Tuan Radzi.

Take care ya.


KOMEN PENONTON 2

...............

Salam, Radzi...Datin Sri said anak lelaki dia seronok tengok Platun Harimau, Datin Sri saje mengusik anak dia ajak pergi Tesco pukul 9.30 pm, tp anak dia jawab...nak habiskan tengok Platun Harimau dulu. Meaning that, ada impak cerita tu pada kanak-kanak juga. Syabas dari I and Datin Sri. Malam tadi pun, Datin Sri msg I teruja tanya pukul berapa ur drama will start. I believe that, she's on the way to read ur book also. Gongrets Radzi.

KOMEN PENONTON 3

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya...

Salam Tuan Radzi,
Maaf ya kalau email saya ini agak panjang untuk Tuan membacanya kali ini dan mungkin berbaur emosional.

Tuan, lagu latar penutup drama PH...sayu dan sungguh bermakna bagi mereka yang dekat dengan para perwira yang terkorban dalam misi Hutang Darah Dibayar Darah itu Tuan Radzi...tersentuh jugak hati saya mendengar nya bila saya kaitkan bait2 awal permulaan drama PH tadi...hutan belantara tidak pernah menjanjikan apa2... ...pilihan yang ada membunuh atau dibunuh...keringat, airmata, darah dan nyawa, adalah galang gantinya kepada sebuah keamanan... bait kata2 dalam ms 1 novel PH yang sungguh mendalam artinya bagi seorang wira berjiwa pejuang membela kedaulatan negara, bangsa dan agamanya. Kata2 ini betul2 menggambarkan realiti semangat sang harimau...dalam diam senyap pergerakannya, mangsa dapat diterkam dan dibaham.

Sayangnya Tuan, secara peribadi, saya rasakan terlalu banyaknya iklan yang diselangselikan di antara lakunan tersebut sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi saya, dan mungkin jugak para penonton yang fanatik mengikuti perjuangan perwira negara ini. Yang memusykilkan ialah adakah turutan drama tersebut mampu diikuti sepenuhnya oleh remaja2 generasi muda yang bakal menjadi tonggak masa depan negara??!! Well, apalah salahnya kalau drama sebegini hebat mesejnya ini tidak diselitkan dengan iklan??!!!. Pihak RTM perlu lebih peka tentang isu yang lebih utama dari hanya semata mengaut royalti dari pengiklanan. MESEJ PENTING DRAMA PH perlu lebih diberi keutamaan kerana nilainya lebih amat berharga...Sesungguhnya,analoginya, maruah dan kedaulatan negara dan bangsa jua tiada tandingnya dengan nilai wang yang ada dan bakal diperolehi dari paparan pengiklanan yang melampau dalam drama sebegini. Jika dibuat pengamatan kasar, mesej utama drama ini cuma lebihkurang 1/2 jam saja berbanding sejam sepertimana yang diperuntukkan dan dipaparkan dalam akhbar.

Tuan Radzi, seperkara lagi, kenapalah RTM menayangkan drama novel Tuan ini pada malam Jumaat, yang kebiasaannya akan bertembung dengan Forum Perdana di TV 1 dan jugak rancangan bercorak agama di TV 9.
Pihak RTM perlu peka dengan hal ini kerana pastinya ianya seperti "torn between two lovers"..."yang ini kasih, yang itu sayang, mana satu nak pilih"!!! hehehe ... kalau boleh nakla tengok dua2 sekali pada malam yang sama...Well, mungkin para penonton kenala buat pilihan agaknya mana satu yang nak ditonton dahulu dan mana satu yang akan direkod untuk ditonton kemudian. Itupun kalau ada recorder...Mungkin slot drama PH patut ditayangkan selain dari malam Jumaat yang tidak bersaing dengan slot keagamaan di saluran lain...RTM jugakla tu!

Okaylah Tuan Radzi, maafkan saya ya dengan pandangan saya ini pada Tuan. Drama dari novel Tuan ini pastinya akan lebih hebat lagi jika pihak berwajib lebih peka dengan "priority". Kekadang terfikir saya, bagaimana boleh drama di saluran TV singapura boleh ditayangkan tanpa gangguan iklan??!! macam dalam satu penerbangan...with a smooth take off and a pleasant cruise in the air...

Anyway Tuan Radzi, walau apapun, sekurang2nya drama dari novel Tuan ini akhirnya ditayangkan jua...setelah lama menanti sejak janjinya 1 Mac lalu. Tahniah Tuan Radzi. Teruslah menulis lagi kisah perjuangan para perwira sebegini agar dapat dijadikan khazanah sejarah kedaulatan dan keamanan negara dari perjuangan anak watan yang berjiwa waja. Sesungguhnya merekalah antara pejuang negara yang tidak didendangkan selama ini...The Unsung Heroes! Semoga selepas ini, jasa bakti mereka telah terkorban, yang masih ada dan terus berjuang dan kalian semua di ATM dihargai dan dihormati. May the Nation honour the fallen heroes/souls...coz' they need to be remembered for their heroic acts of heroism and kind deeds...These are ordinary men with extraordinary courage who had risks their lives in order to save their friends!

All the very best in your forthcoming endeavours Tuan Radzi. You've keep the Malaysian Military flag fly high and made MAF proud!

Take care Tuan.
Adios...

p/s...sesungguhnya gugurnya wira2 negara ini patut dikenang selama2nya...dan novel Tuan mampu menjadi kenangan cerita mereka....

Thursday, June 30, 2011

TARIKH TAYANGAN DRAMA PLATUN HARIMAU

Tarikh Mula Tayang: 21 Julai 2011 (Khamis).

Tarikh Tamat Tayang: 20 Okt 2011

Masa Tayangan: 9 malam, setiap malam khamis.

Saluran: TV2 (Slot Selekta Prima On 2 sempena bulan kemerdekaan).


MAJLIS PELANCARAN

DRAMA PLATUN HARIMAU: HUTANG DARAH DI BAYAR DARAH


[Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Darat dan Panglima Medan Tentera Darat di perkenalkan kepada barisan pelakun. Kelihatan Mandy Chong dan Prebet Aleng]

[Panglima Angkatan Tentera di perkenal kepada 'veteran' pejuang iaitu Mejar Arman Yadi (Bersara) yang turut berlakon dan memberi khidmat nasihat khususnya dalam taktik dan teknik pertempuran hutan. Kelihatan dalam gambar ialah Puan Maimon sebagai ibu kepada Prebet Aleng, Norman Hakim sebagai CO, dan Pengarah berpengalaman Nurhalim aka Ahmad Nispu daa]

[Panglima Angkatan Tentera dan barisan pelakon bersedia bagi acara pelancaran]

[Gong dipalu sebagai tanda pelancaran]

[Sebaik sahaja gong di palu, Platun Harimau terjun dari siling dewan dan menembak pengganas komunis di dalam Klinik (babak serang hendap di atas siling Klinik Chong Wah)]


Assalamualaikum para sahabat,

Pertamanya, berbanyak maaf kerana agak lama tidak menulis. Sebenarnya saya ada banyak masa sebab semester ‘break’ sehingga September. Masalahnya ialah serangan ‘virus malasungguh’.

Saya hanya ingin berkongsi satu perkara berkaitan Drama Platun Harimau yang ditunggu sekian lama. Selepas tarikh tayang pada 1 Mac tertunda, saya tidak lagi berani memaklumkan tarikh-tarikh tayangan sebab bimbang ia tidak berlaku, walaupun dimaklumkan beberapa lagi tarikh lagi selepas 1 Mac.

Pagi ini saya telah menerima surat dari RTM yang menyatakan bahawa Drama Platun harimau akan ditayang pada tarikh dan maklumat yang dinyatakan di atas.

(Yat sebagai heroin. Cantikkannn]

[Penulis novel, Heroin dan Pengarah Nurhalim]

[Mesti 'OK']

Sebab tarikh 21 Jul 2011 dipilih ialah bersempena pelancaran Kempen Kibaran jalur Gemilang Merdeka 2011.

[Majlis kudapan sebaik sahaja pelancaran selesai. Kelihatan dalam gambar CO 4 RAMD yang telah banyak membantu. Hampir 4 bulan barisan pelakun dan krew menginap di Kem Tapah. Terima kasih Tuan]

[Setelah berpenat lelah lebih 4 bulan, sekarang - makan time -]
[Sambil makan, sembang-sembang, para hadirin dihiburkan oleh artis-artis dari Badan Kesenian Tentera Darat. Pelakon Puan Maimon dan Zaidi Omar turut menyumbangkan dua buah lagu. Suara orang lama dicampur dengan lagu lama, memang peeeerrghhh]

Saturday, April 30, 2011

BCOMEKS 2004 UPM: SATU PERJALANAN YANG SANGAT PANJANG

[Sesiapa sahaja yang membaca: Timbalah sesuatu dari satu perjalanan yang sangat panjang yang telah saya tempuhi. Perjalanan ini memerlukan kegigihan dan semangat yang maha besar. Semoga dengan membacanya, anda akan mendapat motivasi diri yang besar juga. Semoga begitu dan berjayalah]

Atas apa pun sebab atau sandarannya, keputusan yang saya pilih adalah gila dan mungkin memeranjat banyak pihak (jika di khabarkan). Maka saya tidak hebahkan pada sesiapapun. Dari aspek kerja dan pangkat, saya sebenarnya tidak perlu lagi ijazah kedua tetapi bagi menemani teman (pada mulanya) saya mendaftar di UPM pada awal tahun 2004 sebagai Mahasiswa Eksekutif UPM. Mendaftar bermakna, saya terpaksa berkorban cuti hujung minggu selama tiga tahun setengah kerana semua kuliah di lakukan di hujung minggu iaitu pagi dan petang Sabtu dan kemudian bersambung pada pagi Ahad. Akan begitulah selama tiga tahun setengah. No golf on Saturday an Sunday, please!. Selama itu jugalah set golf di gantung.

Semasa mendaftar di Lata Siswa FBMK, UPM, seramai 112 orang mahasiswa yang sealiran. Tidak ada seorang pun di kenali. Pada kuliah pertama, kelihatan tiga muka yang agak ‘biasa’ iaitu Zul Gapena (memang dah kenal), Siti Jasmina (tahu tapi tak kenal), Tengku Khalidah (saya kenal dia tapi dia tak kenal saya), yang lain semuanya tak kenal.

Biarlah saya ceritakan bagaimana saya harungi pengalaman tiga tahun setengah itu. Bertugas di MINDEF, kami tak kenal hujung minggu. Bagi kami sama sahaja. Maka ada kalanya ketika kuliah nak bemula, saya berada di pejabat tetapi sebaik mungkin berusaha tidak mahu ketinggalan kuliah. Disiplin ini di latih sejak kecil lagi. Sejak belajar mengaji al-Quran di kampung, memang tak pernah ponteng. Hujan lebat ke, guruh ke, tetap sampai di rumah guru al-Quran (Hajah Rodiah atau Tok Lang).

Ada kalanya, say bertukar pakaian di dalam kereta. Dari pejabat bergegas, memandu ke UPM, berhenti di lampu isyarat Jalan Semarak depan Pejabat Tanah; di situ say bertukar baju dari uniform ke baju lain tanpaa mempedulikan pemandu di kiri dan kanan. Kemudian kereta berhenti lagi di lampu isyarat jalan Semarak, di situ saya bertukar seluar sambil memastikan tak ada bas di kiri atau kanan. Kadang-kadang ketika lampu hijau menyala, saya hanya memandu dengan berseluar dalam sambil menutup dengan seluar di atasnya. Ketika kereta memasuki kawasan parking fakulti, saya telah siap bertukar pakaian, hanya menunggu setokin dan kasut sahaja. Kunci kereta, angkatn beg. Biasanya dah ada rakan-rakan di parking atau meja latar siswa. Angkat tangan dan terus ke tandas, basuh muka dan sikat rambut.

Kalau masih ada masa, lepak dulu ngan member sambil borak-borak kat latar siswa ataupun pergi minum dulu kat kafteria. Kalau tak ada masa terus masuk ke kuliah. Kalau tak bekerja pada hujung minggu; sebaik jam 6 pagi saya telah bersiap untuk ke kuliah. Jarang sangat lewat dan tak suka datang kuliah lewat. Bermula itu, kami mula kenal mengenal antara satu sama lain. Sementelah lagi apabila saya dilantik sebagai Penghulu. Al-maklumlah, tenterakan; memang la disiplin sikit. Begitulah apabila kita memimpin sekumpulan anak-anak muda yang agak ramai. Dalam apa-apa hal pun, mesti ada yang setuju dan mesti juga ada yang tidak setuju. Mesti ada yang rajin, mesti ada yang kurang rajin. Mesti ada yang banyak cakap dan mesti ada yang rajin kerja tapi tak banyak cakap. Jujur hati, saya suka begitu supaya adik-adik dapat belajar sesuatu dan merupakan cabaran kepada saya.

Kursus kami memerlukan agak banyak projek praktikal. Bermula dari seminar di luar hinggalah ke seminar di universiti luar negara. Antara projek-projek besar ialah MAWI@UPM, Hulurkan Jari kelingkingmu (bantuan banjir di Batu Pahat), Seminar di Universiiti Sumatera Utara, dan lain-lain lagi. Dalam menjayakan semua projek-projek ini, saya dibantu oleh sahabat-sahabat yang memang tak boleh lupa sampai mati. Kalau dah matipun dan terbaring kat dalam kubur, kalau muka-muka ni yang minta tolong, Insyallah saya akan bangun dan bantu. Harap-harap mereka tak akan melarikan diri. Jika saya diizinkan sebut nama, saya boleh nyatakan seperti berikut; Salimah (MDEC, tengah buat master kat UPM – tabik Sally, memang sangat suka membantu), Tengku Khalidah (Editor Pancaindera UM, berhasrat nak buat master tapi belum lagi, banyak membantu dari aspek kewangan (sponsor)), Siti Jasmina (penulis skrip bertaraf negara, katanya nak buat master kat UM tapi belum lagi), Rose (Bkt Aman, memang dah titik- tak nak sambung lagi dah), Amir (Peg Pemadam), Khateja Begum (Front Manager Crwon Princess (dah tukar kerja)), Adnan (Timb Ketua Polis Batu Pahat), Zul gapena (Peg Kebudayaan Tawau), Helmi (Tutor kat UPM), Ita (bendahari yang terhormat), Reizal (kat mana tah sekarang), dan lain-lain banyak lagi member yang suka membantu.

Hakikatnya, ada beberapa rakan sekuliah yaang sebenarnya lebih gigih dan mempunyai azam yang lebih kukuh dari saya. Antaranya ialah Kak Wan Thowaibah (DJ Radio Pahang), telah di penghujung perkhidmatan (nak pencen dah) tapi nak belajar lagi. Setiap minggu bertolak dari Kuantan ke Serdang dan balik ke Kuantan semula pada petang Ahad; seorang lagi ialah Ustaz; beeliau bertugas di Bukit Mertajam, Kedah. Bertolak dengan bas pada petang Jumaat, bermalam di surau fakulti selama dua malam. Habis je kuliah petang ahad, terus balik ke Kedah dengan bas.

Setelah berjuang selama tiga tahun lebih, akhirnya awal tahun 2008, kami bergembira dengan kejayaan yang dicapai – konvokesyen. Tahniah kepada semua. Sehingga kini, persahabatan kami masih kuat terjalin. Khususnya pada ‘Hawai –Five-O’ (myself, Amir, Tg Khalidah, Jasmina, dan Rose). Tatkala melihat gambar-gambar konvo kami, saya terkenang perjalanan yang panjang dan sangat hormat kepada rakan-rakan saya. Saya amat menyanjung kalian semua dan sentiasa akan menghargai persahabatan kita.

‘RINGAN SAMA DIJINJING DAN BERAT SAMA DI PIKUL’

[Di hadapan pintu masuk UPM: (dari kiri) Myself, Rose, Reizal, Tg Khaalidah, Sally and Amir]

[The first thing we must do after our convo is to meet ur lecturers. The dean is ur first in the list: (from left) Tg Khalidah, Radzi, Reizal, Amir, Sally, Rose and Jasmina]

[Dean: You all cant wait in my office: Reizal, Sally, Amir, Rose, Myself n Tg Khalidah]

[An honour: Rose, myself and ur Dean]

[Di tangga Pej Dekan: dari kiri, Jamsina, Rose, Dr Hamisah, Tg Khalidah]

[Reizal, Amir, Sally, and Rose]

[Myself, Rose and Tg Khalidah]

[Radzi, you deserved it. Bravo]

Wednesday, April 27, 2011

GERAKAN MELAYU: DI MANA IA BERMULA?

Pada tahun 1946 semangat perjuangan Bangsa Melayu mula bangkit dan semarak di selatan tanah air iaitu Johor. Ianya mula berkembang di beberapa buah kampung dan kemudiannya menjadi satu gerakan beberapa daerah yang kuat. Di pertengahan tahun 1946 terdapat 8 buah persatuan perjuangan Melayu yang kuat di Johor iaitu (1) Persatuan Melayu Kluang, (2) Kesatuan Melayu Johor, (3) Persatuan Melayu Johor Bharu, (4) Lembaga, (5) Wakil Kumpulan Melayu Batu Pahat, (6) Persatuan Melayu Segamat, (7) Kumpulan Melayu Mersing dan (8) Persatuan Melayu Pontian.

Satu pertemuan antara wakil-wakil persatuan telah diadakan di Johor Bharu pada bulan Jan 1946. Wakil-wakil telah bersetuju untuk bergabung dan menubuhkan PERGERAKAN MELAYU SEMENANJUNG JOHOR. Dalam satu perbincangan yang diadakan, keputusan telah dicapai bagi melantik Dato’ Onn bin Jaafar sebagai pemimpin Pergerakan Melayu Semenanjung Johor. Terdapat 6 tujuan pergerakan ini ditubuhkan ialah (1) bagi menentang penubuhan Malayan Union, (2) menyatukan dan mengawal keselamatan orang-orang Melayu akibat pergaduhan kaum [yang pada mulanya berlaku di Batu Pahat dan kemudian merebak ke Kuala Pilah (N9), Lambar Kanan di Teluk Anson, Kuala Kangsar, Raub Pahang], (3) Menyatukan orang-orang Melayu dan berjuang serta mempertahankan hak-hak dan kedudukan istimewa orang-orang Melayu supaya ‘mereka akan kasih dan sayang kepada negara mereka, bekerjasama dengan kerajaan dan sesama mereka’., (4) menjadi satu pergerakan untuk menjadi badan bersuara dalam memperjuangkan hak-hak serta kehidupan orang melayu seluruhnya.

Pada 1 hingga 4 Mac 1946, Pergerakan Melayu Semenanjung Johor telah menganjurkan perhimpunan Kongres Melayu Setanah Melayu (Se Malaya). Kongres ini dihadiri oleh para wakil dari 41 buah pertubuhan Melayu dari seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura. Dalam perbincangan kongres ini, satu resolusi telah disepakati yang mana menubuhkan sebuah badan yang mewakili seluruh orang-orang Melayu. Badan ni diberi nama ‘PERTUBUHAN MELAYU BERSATU’ atau ‘United Malays National Organization (UMNO)’ semasa kongres bertemu pada kali ketiga pada 11 hingga 12 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bharu.

Bermula dari saat itu PERGERAKAN MELAYU SEMENANJUNG JOHOR termansuh dengan sendiri kerana telah berjuang atas nama persatuan yang baru iaitu UMNO. Berjuang bagi orang-orang Melayu. Apa yang diperjuangkan? Sila lihat tujuan asal penubuhan dengan nama ‘PERGERAKAN MELAYU SEMENANJUNG JOHOR’.
p/s Tabik pada orang-orang Johor. Aku ingin menyeru [melutut dan mengangkat tangan] ‘Wahai orang-orang Johor, Bangkitlah semula sebelum terlewat’.

Wednesday, April 20, 2011

AKAR SUTUN [RAJA AKAR]

[Akar sutun menjalar di sepanjang pagar. Akarnya bergerigis dan daunya bujur seperti daun sirih]
Mohon banyak-banyak maaf kepada kawan-kawan yang bertanya tentang akar ini. Saya terpaksa mengambil masa yang agak lama bagi mencari gambar yang jelas bagi menerangkan perihal ‘raja akar’. Nama saintifik, memang saya tak tahu. Setahu saya, ia dipanggil akar ‘sutun’. Sesetengah orang khususnya kaum China atau sin seh China panggil ‘akar bakawali’. Tetapi bakawali ada pokok lain yang mengeluarkan ‘Bunga Bakawali’ yang juga ubat yang mujarab. Kalau tengok filem cite P.Ramle, adalah kisah merantau nak cari Bunga bakawali. Bunganya sangat cantik. Semasa di kampung, mahaguru mengesyorkan kami mengamalkan makan akar ini, seinci setiap hari. Terus terang, saya tak dapat makan seinci, hanya beberapa cm sahaja. Sebabnya, kalau anda cuba, anda akan dapat jawapannya dengan serta-merta. Ada seorang anak murid senior yang amal, contohnya Mat Dawi. Hasilnya memang terbukti, jangan kata lintah atau pacat, nyamuk pun tak nak lalu. Di katakan darahnya berperisa ‘pahit’.

[Akar Sutun juga mempunyai cabang]
Akar ini, upaya mengubat darah tinggi, kencing manis dan menghapus kolesterol. Rasanya, aduhhhhh. Memang pahit nak mampus. Jangan kata makan seinci, tergigit sikit sahaja, seminggu lidah rasa pahit yang amat sangat. Kaedahnya ada pelbagai cara. Pertamanya boleh dikunyah terus, macam makan sirih. Keduanya, dipotong atau diracik halus dan dijemur kering. Bila dah kering boleh direbus dan air rebusan di minum atau pun dikunyah dan makan. Ketiganya, di mesin halus, dijadikan serbuk. Serbuk ini dijadikan minuman selepas sarapan pagi. Ia hendaklah dilarutkan dengan air panas.

Di sini saya kongsi gambar akar sutun yang saya temui semasa pergi kenduri kahwin sahabat di Melaka minggu lepas. Tuan rumah ini tanam sepokok sahaja dan sangat subur, mengelilingi pagar rumah.
[Akar yang tuan berwarna putih kelabu]
p/s Penalcida [ubat askar] pun tak sepahit akar sutun.
[Tanamlah kat rumah. Ini baru sepoko]

Wednesday, March 2, 2011

TAYANGAN DRAMA PL HARIMAU

Berdasarkan perancangan awal, episod 1 akan ditayangkan pada 1 Mac 2011. Seminggu tiga kali di TV 2. Saya pun tunggu juga. Tayangan terpaksa di tunda kerana pihak RTM merasakan drama tersebut sgt bagus, maka ia perlukan masa utk buat promo supaya ramai khalayak tahu dan bersedia bagi menontonnya. Tayanganya tetap pada bulan Mac. Kita tunggu promo oleh RTM.

p/s Sila saksikan MHI pada 4 Mac 11. Saya akan menjelaskan berkaitan sejarah penubuhan Tentera Darat.

Saturday, February 26, 2011

An Honest and Masterpiece Comments

Kepada sahabat semua, saya terpanggil untuk membaca satu komen yang ditulis oleh seorang bloger yang saya tidak kenal iaitu 'dieya'. Macam mana saya terbuka blog 'dia' ni? Tidak terbuka secara tidak sengaja, 'dieya' ada posting comments, jadi sebagai membalas masanya membuka blog saya, maka saya membaca komen dia dlm blog saya dan seterusnya membaca blog dia. Makk oiii panjangnya komen dia pasal novel perang tu. Pada saya, berdasarkan beberapa write-up dlm blog 'dieya',She very educated person, always rasionalise thingd, joyes, simple, very friendly - maka ramai kawan suka dgn dia, have time for friends but kalau tak silap dia suka simpan kedukaan. Bagi beliau, kedukaan hanyalah untuk diri sendiri atau sangat privacy. Cantik.

Maka saya kongsi komen 'dieya' terhadap novel perang Platun Harimau.

pena celoreng & platun harimau

Remember that entry where I said I stalk several blogs of people I have nothing in common with? Well, Maya requested that I share the links here (sorry Maya for the delay, you know how busy I am these days, but better late than never, right?). Anyway, since it’s a weekend and I have a bit of time before heading to Spanish class, I shall entertain her request. So here’s a peek at one of the stalked blog.

PENA CELORENG

It’s owned by Lt. Kol. Mohd. Radzi bin Abd. Hamid, an army officer (is “officer” the right term for a Lt. Kol.?) who has a penchant for literature. A very well-read man too. He has - get this - 4 diplomas, 2 degrees and 3 masters *gawk*. And now working on his fourth master *double gawk*. Just finished his thesis vi-vo. Me? I’m doing one lousy MBA yet I already feel like going bonkers! And I can’t even think of a thesis topic yet!

What’s up with the blog?

I came across it sometime last year. I don’t remember how I got there. Must be one of those boring weekends when I had nothing better to do than clicking on people’s blogroll.

The first entry I read on Pena Celoreng was a short story about the rescue mission during Highland Towers tragedy. I was impressed by how it was told from the rescuer’s point of view, unlike most write-ups which are told from the victim’s point of view. Since then, I visit the blog every now and then, reading one or two of the writer’s masterpieces every time.

He writes about the army (mostly). Bought his book Platun Harimau sometime last year. Was initially disturbed by photos of killed communists and wounded soldiers in it. Well, I normally read before bedtime, so having those images playing in my head before going to sleep wasn’t nice! So I kept the book with others on my “will read them one day” pile (which is quite an impressive pile, wonder when I will start finish reading them all). It stayed there for a while, months to be exact.

I finally started finished reading Platun Harimau recently. Wrapped it up in just a few hours. Well, the book is not that thick to begin with and it has plenty of pictures. Plus, the first several pages are list of terms, short forms and illustrations to assist readers.

How was it? A good read I must say. The fighting scenes were well crafted. The sad scenes were emotional without being mushy. The military terms can be a little put-off sometimes. Had to flip to the reference page every now and then to get what they meant. Yet they also gave the book its life. After all, what do I expect, it’s a war novel, not a chic lit :-p

The TV drama version of the book is coming up soon. I read on Utusan that the first episode will be aired on 1 March 2011 on TV1, in conjunction with Hari Ulang tahun Tentera Darat ke-78. Fortunately it will be on Tuesday night and I don’t have a class.

Can’t wait to watch the premiere!

P.S.: Wanna share your stalked blog?

Platun Harimau Memburu Komunis

[Platun Harimau Dalam Pancaindera (27 Feb 11)]
ATAS semangat menyedarkan generasi muda bahawa komunis adalah pengganas yang pernah bertindak kejam kepada rakyat negara ini, novel berjudul Platun Harimau kini diangkat menjadi drama bersiri.
Drama yang mengisahkan kegigihan perajurit Tentera Darat khususnya Rejimen Askar Melayu DiRaja dengan menggempur kubu-kubu kuat pengganas komunis dan menangkap tali barut yang membantu pengganas.
Berlatarkan operasi-operasi khas dan rahsia sekitar tahun 1980an, anggota Platun Harimau seramai 20 orang dipilih khas di kalangan perajurit Askar Melayu.
Mereka kemudiannya dilatih khas oleh komando bagi menyelinap ke dalam kem-kem komunis dengan amanat yang dipegang iaitu ‘membunuh atau terbunuh'.
Drama arahan pengarah pengalaman, Nurhalim Ismail itu akan mula ditayangkan pada 1 Mac ini sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat.
Menjanjikan kisah perang yang luar biasa, Platun Harimau membariskan ramai pelakon hebat antaranya Norman Hakim, Safura Ya'cob, Yatt, Zamarul Hisham, Zul Zuhaimi, Watie Elite, Zaidi Omar, Wendy Wong, Rosnah Mat Aris, Zarina Akademi Fantasia dan Afzan Anak Wayang.
Drama 15 episod itu menjalani penggambaran di Kem Tapah, Pusat Latihan Peperangan Khas (kem latihan komando), Markas Taktikal Kem Banding, Markas Taktikal Kem Gubir, Kem Klian Intan, Kem Erskin, Tanah Perkuburan Kuala Woh, Kampung Changkat, Pekan Chenderiang dan kawasan hutan di Perak.
Sementara itu, Platun Harimau diterbitkan dengan kerjasama Tentera Darat, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Nadirasa Budaya Produksi, Muzium Tentera Darat dan Institut Perisikan Angkatan Tentera Malaysia.
Drama tersebut turut mendapat kerjasama Tentera Udara DiRaja Malaysia, Rejimen Gerakhas, 4 RAMD, 4 Skuadron Semboyan dan pakar-pakar letupan dari Rejimen Jurutera.
Novel Platun Harimau muncul novel terlaris di pasaran pada 2009, ditulis oleh Leftenan Kolonel Mohd. Radzi Abd. Hamid.
Novel keluaran DBP itu berdasarkan pengalaman Mohd. Radzi sendiri ketika memimpin Platun Harimau dalam puluhan operasi memburu pengganas komunis di perbatasan negara dan negeri Pahang.

Monday, February 21, 2011

ASAL USUL LAUNGAN MERDEKA

Barangkali ramai di antara kita yang tidak mengetahui bagaimanakah perkataan MERDEKA ini dijadikan slogan laungan penaik semangat kebangsaan. Anda tahu? Jika jawapannya adalah ‘tidak’, sila terus membaca.
Pada Okt 1945, setelah Jepun menyerah kalah, Tentera British kembali ke Malaya. Sebaik sahaja kembali, British mendapat sedikit tentangan dari orang-orang Melayu kerana sikap mereka lari menunggalkan Malaya dan menyerahkan nasib rakyat kepada Jepun. Di samping itu, buruh-buruh orang China dan India yang didatangkan dari Tanah besar China dan Benua India di bawah tiga sistem kemasukan pekerja seperti Kangani, Rumah Kongsi, Kelompok dll telah mengambil kesempatan membebaskan diri mereka dari terikat kepada majikan-majikan. Bagi samseng-samseng rumah kongsi China mengambul kesempatan melarikan diri.
Sultan-sultan Melayu tidak lagi mempercayai British. Atas sebab-sebab ini British membuat keputusan bagi mentadbirkan terus Negeri-Negeri Melayu di bawah nama gagasan Malayan Union. Seorang Gabenor akan dilantik bagi menjalankan tugas. Malayan Union akan memberi hak sama rata kepada semua rakyat termasuk kaum-kaum pendatang yang di bawah oleh British sebagai buruh-buruh.
Manakala Pulau Pinang dan Melaka kekal di bawah pemerintahan British yang mana Pulau Pinang di tadbir atas prinsip sewaan dari Kerajaan kedah dengan bayaran RM 5,000 setahun (sehingga kini pulau pinang adalah di sewa dari kerajaan Kedah). Manakala Singapura pula kekal sebagai tanah jajahan British sebagai ibu pejabat [Maka itu kita lihat Singapura sekarang mendapat banyak kelebihan termasuk pulau-pulau berdekatan kerana Ibu Pejabat British. Setelah British menyerahkan kepada Singapura, maka Lee Kuan Yew mendapat keuntungan daripadanya. Ini melibatkan segala perjanjian semasa British yang memberi banyak kelebihan kepada British].
Peristiwa Harold MacMicahel yang memaksa dan mengugut sultan-sultan Melayu telah menyebabkan mereka terpaksa menandatangani syarat-syarat perjanjian yang menghilangkan kuasa mereka ke atas negeri-negeri melayu. Lantaran itu, pada 1 Mac 1946, wakil-wakil dari 41 persatuan anak Melayu telah bermesyuarat dan menubuhkan ‘United Malay National Organization’ iaitu UMNO. Ada rujukan yang mengatakan pada 11 Mei 1946. Presiden UMNO yang pertama ialah Onn Jafar. UMNO mengeluarkan resolusi menentang Malayan Union. Bagi menyatukan orang-orang Melayu (INGAT: Tidak semua orang melayu menyokong UMNO), maka UMNO mencadangkan SATU slogan bagi dilaungkan dalam perarakan atau tunjuk perasaan iaitu ‘HIDUP MELAYU’. Sejak itu, slogan Hidup Melayu diperkasakan. Ditulis di sepanduk-sepanduk. Maka itu, kita lihat pendatang-pendatang kaum China dan India tidak turut bersama menentang Malayan Union kerana slogan Hidup Melayu. Penentangan secara perarakan dibuat di beberapa tempat hingga aklhirnya pada 31 Mac 1945, Pentadbiran tentera British di tamatkan secara rasminya. Tentangan hebat dan terus-tersusun oleh orang-orang Melayu khususnya melalui UMNO sangat membimbangkan British. Maka itu, British menghantar dua orang pegawai tentera iaitu Katen L.D Gammans dan Lt Kol D.R. Ress William selaku wakil parlimen British bagi meninjau pendapat orang-orang melayu. Hasil tinjauan sangat memeranjatkan British kerana orang-orang Melayu berpadu sangat kuat menentang malayan union. Kerajaan Britih di UK menjadi semakin bimbang kerana bukan sahaja tentang orang-orang melayu menjadi semakin kuat bahkan terdapat pegawai- pegawai tentera British sendiri yang tidak setuju dengan Malayan Union. Contohnya Ralp Hone iaitu Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam Pentadbiran British sejak awal lagi menentang dan tidak setuju dengan mengurangkan kuasa sultan. Selain dari itu ialah Malcom Mc Donald iaitu Gabenor Jeneral yang turut menyokong idea Persekutuan Tanah Melayu oleh UMNO. Tentangan demi tentangan akhirnya pada 31 Jab 1948, Malayan Union dibubarkan. Dan diganti dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Jan 1948. Raja-raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu di Bilik jamuan King’s House (iaitu Carcosa sekarang).
Pada 4 Feb 1951, dalam satu persidangan setengah tahun Majlis Perikatan Pemuda UMNO di Kelab Sultan Sulaiman, satu cadangan telah diangkat iaitu menukar slogan ‘HIDUP MELAYU’ kepada ‘HIDUP MERDEKA’. Setelah berbincang panjang lebar, persidangan UMNO mendapati cadangan slogan baru iaitu HIDUP MERDEKA adalah kurang sesuai, maka ia di tolak. Oleh kerana ketika itu objektif perjuangan UMNO bukan lagi membubarkan malayan union tetapi perjuangan mendaratkan kemerdekaan, maka slogan HIDUP MERDEKA diubah suai dan hanya perkataan MERDEKA sahaja yang dipersetujui. Maka sejak itu slogan merdeka dilaungkan dalam semua perjumpaan UMNO dan perkataan ini juga diangkat kepada Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957 sempena pengisytiharan Persekutuan Tanah Melayu sebagai tanah yang MERDEKA.
Demikainlah.

Saturday, February 19, 2011

Pelancaran Drama Platun Harimau

Nadirasa, Tentera Darat terbit drama Platun Harimau

[UTUSAN MALAYSIA 19 FEB 2011]
KUALA LUMPUR 18 Feb. - Diadaptasi daripada sebuah novel perang bertajuk Platun Harimau, Nadirasa Budaya (M) Sdn. Bhd. dengan kerjasama Tentera Darat menerbitkan sebuah drama bersiri bertajuk Platun Harimau.
Drama dengan tema 'Hutang Darah dibayar Darah' itu diangkat daripada kisah benar unit skuad kombat Tentera Darat dalam mempertahankan negara dari ancaman komunis sepanjang 1987 hingga 1988.
Platun Harimau yang diadaptasi daripada novel perang karya Leftenan Kolonel Mohd. Radzi Abd. Hamid yang juga ketua skuad kombat terbabit bakal ditayangkan sebanyak 13 episod di RTM1 bermula 1 Mac ini sempena Hari Ulang tahun Tentera Darat ke-78.
Penerbit drama bersiri itu, Razali Mohd. Yussof berkata, drama Platun Harimau itu bertujuan menyedarkan generasi muda bahawa komunis adalah pengganas yang bertindak kejam kepada rakyat negara ini.
"Tentera Darat khususnya askar Melayu telah berjuang menentang komunis dan ramai yang terkorban, tercedera, cacat penglihatan dan sengsara hingga ke saat ini. Bangkitlah anak-anak Malaysia menentang golongan yang memperjuangkan komunis," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran drama tersebut oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zin di Dewan Bunga Tanjung, Wisma Transit, di sini hari ini.
Hadir sama timbalannya, Leftenan Jeneral Datuk Wira Zulkefli Zainal Abidin dan Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi.
Drama Platun Harimau adalah cerita sebenar yang dilalui Tentera Darat melalui Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sekitar 1980-an yang menerima tentangan hebat pengganas komunis yang dikenali sebagai 'Black Jacket'.
Seramai 16 perajurit gugur di medan perang di Daerah Gubir, di utara Perak bersempadan dengan Betong (wilayah Siam) yang merupakan kawasan hitam pengganas komunis Black Jacket yang diketuai oleh Chong Woo.
Razali berkata, drama yang menjalani penggambaran sekitar kawasan hutan di Tapah, Perak dan Kem Sungai Udang serta Kem Terendak di Melaka itu dibarisi pelakon seperti Zul Huzaimi, Norman Hakim dan Yatt Hamzah.
Sementara itu, Mohd. Radzi berkata, novel Platun Harimau merupakan pengalaman yang mampu membawa masyarakat khususnya golongan remaja mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi terutama apabila ia menyentuh soal keselamatan negara.
"Remaja sekarang harus sedar mereka mempunyai tanggungjawab dan dalam memberikan sumbangan yang bermanfaat dan bermakna kepada negara kita selain mementingkan semangat setiakawan," katanya.

Tuesday, January 18, 2011

Latihan Akhir Platun Harimau

[Platun Harimau berlatih di Kem Komando. Mempersiapkan diri, mental dan fizikal bagi menyelinap ke dalam kem musuh - membunuh atau terbunuh]

Setelah mendapat khabar malang dari sahabat-sahabat di perbatasan, Platun Harimau yang sedang menjalani latihan lanjutan khas di Kem Komando, Sg Udang, menamatkan latihan lebih awal.

Kata Jurulatih Komando:

"Hari ini, sudah sampai masanya, anak-anak harimau kembali ke hutan. Ingatlah pesan terakhir, anda hanya ada dua pilihan iaitu 'membunuh atau terbunuh"

Latihan diteruskan dengan pelbagai kaedah penerjunan tali.

Kata jurulatih PARPU komando:

[Belantara tidak menyediakan tilam dan karpet merah untuk anda. Jangan hebat di atas tetapi jika jatuh ke bawah, anda tidak hebat. Nyawa di tangan anda sendiri]

Maka itu keseluruhan pelakon drama Platun Harimau mengambil masa lebih seminggu terjun dari menara tertinggi di pusat latihan komando, siang dan malam. Latihan ini diperlukan sebelum terjun dari pesawat NURI.

[Gambar kanan: Zul Huzaimi dan Yus Waisar terjun gaya spider. Memerlukan keberanian dan latihan yang gigih]

Kata Jurulatih PARPU:

"Zul Huzaimi dan Yus Waisar, anda telah lulus dan layak terjun dari pesawat. Tetapi ingat, nyawa ditangan anda sendiri. Jika jatuh adalah maut".


[Kesemua anggota Platun Harimau berjaya di turunkan dengan pesawat di tiga lokasi; tasik Banding, Hutan Pahang dan Sempadan negara. Empat buah pesawat NURI terbang rendah iaitu 'tactical flying' membawa empat KTK Platun Harimau ke kawasan musuh] Gambar kanan: Kapten Fauzi (Zul Huzaimi) orang yang pertama turun bagi menyelamatkan kawasan sebelum anggota lain turun. Begitulah budaya Platun Harimau]

Krew NURI: "Tuan, pesawat hanya boleh ke turun ke jarak 300 meter kerena pucuk pokok terlalu tinggi"
Lt Fauzi: "Terlalu tinggi. Tali tidak sampai. Turun lagi 50 meter"
Krew NURI: "Negatif tuan. Turun dan terjun"
Lt Fauzi: "Harimau! Turun dan terjun. Go! go! go!"
[Hero dan Heroin Platun Harimau. Yatt sebagai Kapten (Dr) Baini dan Zul Huzaimi sebagai Lt Fauzi]