Wednesday, April 20, 2011

AKAR SUTUN [RAJA AKAR]

[Akar sutun menjalar di sepanjang pagar. Akarnya bergerigis dan daunya bujur seperti daun sirih]
Mohon banyak-banyak maaf kepada kawan-kawan yang bertanya tentang akar ini. Saya terpaksa mengambil masa yang agak lama bagi mencari gambar yang jelas bagi menerangkan perihal ‘raja akar’. Nama saintifik, memang saya tak tahu. Setahu saya, ia dipanggil akar ‘sutun’. Sesetengah orang khususnya kaum China atau sin seh China panggil ‘akar bakawali’. Tetapi bakawali ada pokok lain yang mengeluarkan ‘Bunga Bakawali’ yang juga ubat yang mujarab. Kalau tengok filem cite P.Ramle, adalah kisah merantau nak cari Bunga bakawali. Bunganya sangat cantik. Semasa di kampung, mahaguru mengesyorkan kami mengamalkan makan akar ini, seinci setiap hari. Terus terang, saya tak dapat makan seinci, hanya beberapa cm sahaja. Sebabnya, kalau anda cuba, anda akan dapat jawapannya dengan serta-merta. Ada seorang anak murid senior yang amal, contohnya Mat Dawi. Hasilnya memang terbukti, jangan kata lintah atau pacat, nyamuk pun tak nak lalu. Di katakan darahnya berperisa ‘pahit’.

[Akar Sutun juga mempunyai cabang]
Akar ini, upaya mengubat darah tinggi, kencing manis dan menghapus kolesterol. Rasanya, aduhhhhh. Memang pahit nak mampus. Jangan kata makan seinci, tergigit sikit sahaja, seminggu lidah rasa pahit yang amat sangat. Kaedahnya ada pelbagai cara. Pertamanya boleh dikunyah terus, macam makan sirih. Keduanya, dipotong atau diracik halus dan dijemur kering. Bila dah kering boleh direbus dan air rebusan di minum atau pun dikunyah dan makan. Ketiganya, di mesin halus, dijadikan serbuk. Serbuk ini dijadikan minuman selepas sarapan pagi. Ia hendaklah dilarutkan dengan air panas.

Di sini saya kongsi gambar akar sutun yang saya temui semasa pergi kenduri kahwin sahabat di Melaka minggu lepas. Tuan rumah ini tanam sepokok sahaja dan sangat subur, mengelilingi pagar rumah.
[Akar yang tuan berwarna putih kelabu]
p/s Penalcida [ubat askar] pun tak sepahit akar sutun.
[Tanamlah kat rumah. Ini baru sepoko]

6 comments:

Nur Emyinda said...

Eureka! At last! Akhirnya Tuan Radzi dapat jugak tunaikan pertanyaan para rakan blog Tuan tentang info pohon sutun. Terima kasih Tuan Radzi... penantian dan harapan yang tertunai akhirnya. Pernah jugak saya tengok akar bakawali; nampak memang macam sama je dengan akar sutun ni. Agaknya mungkinkah ianya lebih pahit dari daun mengkudu ke Tuan? Mungkin kalau saya terjumpa, saya nak jugakla merasa..sikiiiiiiiiiiiiit je...nanti saya taklah kena gigit pacat dan nyamuk kalau pegi camping. TERIMA KASIH TN RADZI FOR THE INFO...

p/s pagar rumah sape dalam gambar ni yang tuannya tanam pohon ni Tuan Radzi?...bolehlah saya mintak beli bila perlu... ;-)

Nur Emyinda said...

Tuan Radzi, maaf ya saya bertanya lagi...apakah rasa sutun ni pahitnya seperti lempoyang? Kalau lempoyang memanglah teramatlah pahit...alah bisa tegal biasa...sekarang dah jadi antara ulaman saya. Tapi susah nak dapat di pasar kecuali balik kampung. Hmmm...pastinya sutun ni lebih amat2lah pahit sebab namanya pun Raja Akar...kenalah jugak saya ni merasa agaknya bagi mengetahui dan membuat perbandingan tahap kepahitannya kan Tuan!

p/s...bakal pengantin bagus makan sutun ni..jadi tak lah orang katakan "berdarah manis" dan sampai tak boleh keluar rumah...;-)- kata2 nenek pada kakak2 saya yang bakal jadi pengantin suatu ketika dulu. Indahnya bahasa Melayu lama dengan maksud tersirat sebenarnya...

solareagle300 said...

penangan ubat askar.cik nur jom join military.leh tolong jaga dari pacat. hehehe

ejaMaria said...

Bang, saya search info tentang pokok ni sbb ada org bagi pd saya... nama lain dia Patawali...
yang Bakawali tu pokok lain spesis kaktus...

anyway... TQ utk gambar dan info...

Ngah said...

Assalamualaikum...saya mohon share ya. Terimakasih

Unknown said...

Akar ni memang sangat-sangat, kalau nak buat baby yg dah cukup umur 2 tahun berhenti menyusu susu ibu, pakai Darah akarni, confirm baby tu tak nak lagi dah menyusu susu ibu.