Atas apa pun sebab atau sandarannya, keputusan yang saya pilih adalah gila dan mungkin memeranjat banyak pihak (jika di khabarkan). Maka saya tidak hebahkan pada sesiapapun. Dari aspek kerja dan pangkat, saya sebenarnya tidak perlu lagi ijazah kedua tetapi bagi menemani teman (pada mulanya) saya mendaftar di UPM pada awal tahun 2004 sebagai Mahasiswa Eksekutif UPM. Mendaftar bermakna, saya terpaksa berkorban cuti hujung minggu selama tiga tahun setengah kerana semua kuliah di lakukan di hujung minggu iaitu pagi dan petang Sabtu dan kemudian bersambung pada pagi Ahad. Akan begitulah selama tiga tahun setengah. No golf on Saturday an Sunday, please!. Selama itu jugalah set golf di gantung.
Semasa mendaftar di Lata Siswa FBMK, UPM, seramai 112 orang mahasiswa yang sealiran. Tidak ada seorang pun di kenali. Pada kuliah pertama, kelihatan tiga muka yang agak ‘biasa’ iaitu Zul Gapena (memang dah kenal), Siti Jasmina (tahu tapi tak kenal), Tengku Khalidah (saya kenal dia tapi dia tak kenal saya), yang lain semuanya tak kenal.
Biarlah saya ceritakan bagaimana saya harungi pengalaman tiga tahun setengah itu. Bertugas di MINDEF, kami tak kenal hujung minggu. Bagi kami sama sahaja. Maka ada kalanya ketika kuliah nak bemula, saya berada di pejabat tetapi sebaik mungkin berusaha tidak mahu ketinggalan kuliah. Disiplin ini di latih sejak kecil lagi. Sejak belajar mengaji al-Quran di kampung, memang tak pernah ponteng. Hujan lebat ke, guruh ke, tetap sampai di rumah guru al-Quran (Hajah Rodiah atau Tok Lang).
Ada kalanya, say bertukar pakaian di dalam kereta. Dari pejabat bergegas, memandu ke UPM, berhenti di lampu isyarat Jalan Semarak depan Pejabat Tanah; di situ say bertukar baju dari uniform ke baju lain tanpaa mempedulikan pemandu di kiri dan kanan. Kemudian kereta berhenti lagi di lampu isyarat jalan Semarak, di situ saya bertukar seluar sambil memastikan tak ada bas di kiri atau kanan. Kadang-kadang ketika lampu hijau menyala, saya hanya memandu dengan berseluar dalam sambil menutup dengan seluar di atasnya. Ketika kereta memasuki kawasan parking fakulti, saya telah siap bertukar pakaian, hanya menunggu setokin dan kasut sahaja. Kunci kereta, angkatn beg. Biasanya dah ada rakan-rakan di parking atau meja latar siswa. Angkat tangan dan terus ke tandas, basuh muka dan sikat rambut.
Kalau masih ada masa, lepak dulu ngan member sambil borak-borak kat latar siswa ataupun pergi minum dulu kat kafteria. Kalau tak ada masa terus masuk ke kuliah. Kalau tak bekerja pada hujung minggu; sebaik jam 6 pagi saya telah bersiap untuk ke kuliah. Jarang sangat lewat dan tak suka datang kuliah lewat. Bermula itu, kami mula kenal mengenal antara satu sama lain. Sementelah lagi apabila saya dilantik sebagai Penghulu. Al-maklumlah, tenterakan; memang la disiplin sikit. Begitulah apabila kita memimpin sekumpulan anak-anak muda yang agak ramai. Dalam apa-apa hal pun, mesti ada yang setuju dan mesti juga ada yang tidak setuju. Mesti ada yang rajin, mesti ada yang kurang rajin. Mesti ada yang banyak cakap dan mesti ada yang rajin kerja tapi tak banyak cakap. Jujur hati, saya suka begitu supaya adik-adik dapat belajar sesuatu dan merupakan cabaran kepada saya.
Kursus kami memerlukan agak banyak projek praktikal. Bermula dari seminar di luar hinggalah ke seminar di universiti luar negara. Antara projek-projek besar ialah MAWI@UPM, Hulurkan Jari kelingkingmu (bantuan banjir di Batu Pahat), Seminar di Universiiti Sumatera Utara, dan lain-lain lagi. Dalam menjayakan semua projek-projek ini, saya dibantu oleh sahabat-sahabat yang memang tak boleh lupa sampai mati. Kalau dah matipun dan terbaring kat dalam kubur, kalau muka-muka ni yang minta tolong, Insyallah saya akan bangun dan bantu. Harap-harap mereka tak akan melarikan diri. Jika saya diizinkan sebut nama, saya boleh nyatakan seperti berikut; Salimah (MDEC, tengah buat master kat UPM – tabik Sally, memang sangat suka membantu), Tengku Khalidah (Editor Pancaindera UM, berhasrat nak buat master tapi belum lagi, banyak membantu dari aspek kewangan (sponsor)), Siti Jasmina (penulis skrip bertaraf negara, katanya nak buat master kat UM tapi belum lagi), Rose (Bkt Aman, memang dah titik- tak nak sambung lagi dah), Amir (Peg Pemadam), Khateja Begum (Front Manager Crwon Princess (dah tukar kerja)), Adnan (Timb Ketua Polis Batu Pahat), Zul gapena (Peg Kebudayaan Tawau), Helmi (Tutor kat UPM), Ita (bendahari yang terhormat), Reizal (kat mana tah sekarang), dan lain-lain banyak lagi member yang suka membantu.
Hakikatnya, ada beberapa rakan sekuliah yaang sebenarnya lebih gigih dan mempunyai azam yang lebih kukuh dari saya. Antaranya ialah Kak Wan Thowaibah (DJ Radio Pahang), telah di penghujung perkhidmatan (nak pencen dah) tapi nak belajar lagi. Setiap minggu bertolak dari Kuantan ke Serdang dan balik ke Kuantan semula pada petang Ahad; seorang lagi ialah Ustaz; beeliau bertugas di Bukit Mertajam, Kedah. Bertolak dengan bas pada petang Jumaat, bermalam di surau fakulti selama dua malam. Habis je kuliah petang ahad, terus balik ke Kedah dengan bas.
Setelah berjuang selama tiga tahun lebih, akhirnya awal tahun 2008, kami bergembira dengan kejayaan yang dicapai – konvokesyen. Tahniah kepada semua. Sehingga kini, persahabatan kami masih kuat terjalin. Khususnya pada ‘Hawai –Five-O’ (myself, Amir, Tg Khalidah, Jasmina, dan Rose). Tatkala melihat gambar-gambar konvo kami, saya terkenang perjalanan yang panjang dan sangat hormat kepada rakan-rakan saya. Saya amat menyanjung kalian semua dan sentiasa akan menghargai persahabatan kita.
‘RINGAN SAMA DIJINJING DAN BERAT SAMA DI PIKUL’
1 comment:
satu penghargaan buat saya bila nama saya di mention oleh abg radzi dlm blog nie :)saya berdoa tak dpt byk, dpt secebis semangat mcm abg pun jadi arrr :) terima kasih abg radzi yg byk mengajar saya dan sy masih lagi ingin belajar dari abg
Post a Comment