CINTAKU PADAMU
............
aku hanya ingin sebuah cinta yang biasa
biasa sahaja
bukannya cinta Lela Majnun
Maupun cinta Shah Jehan dan Mumtaz
Kerana aku tak upaya harungi lara seperti
Lela
Kerana aku tak upaya membangunkan Taj Mahal
lagipun, kerana aku juga ingin mencintaimu
dengan sederhana
tanpa kata yang sarat metafora
dan belai manja yang memukau takwa
Aku hanya ingin sebuah cinta yang biasa
biasa sahaja
kalau boleh, biarlah cintaku seumpama
sehelai daun kering yang melayang
dan jatuh di dadamu
dan meneduhi dirimu dari bahang
dunia.........
Zie
MINDEF
No comments:
Post a Comment