Wednesday, November 9, 2011

PERBEZAAN LADYFRIENDS, CLOSEFRIENDS DAN GIRLFRIENDS


APAKAH PERBEZAANNYA:
LADY FRIENDS [LF],
CLOSE FRIEND [CF], DAN
GIRLFRIENDS [GF]

Girlfriend kau ke tu?”
“Ehhh, tak lah kawan jee” ataupun
“taklahhh, rakan satu sekolah aku dulu” ataupun
“llaaaaa, tu kan kerja satu pejabat ngan aku”

Maka bermakna,GF tidak sama maksud dengan LF. Pada hemat saya, LF adalah tahap pertama dalam persahabatan lelaki dengan wanita. Persahabatan yang tidak mempunyai apa-apa rasa jiwa. Dan mungkin juga setakat kenalan sahaja atau kenal gitu-gitu je. Jika salah seorang atau kedua-duanya sekali mula menumbuhi atau sedia tertumbuh rasa jiwa, maka akan ada usaha berpindah dari tahap LF ke CF. Apakah tandanya atau bezanya LF dengan CF. Kalau LF, jarang-jarang telefon/sms/email/berbalas fb dll. Kalau telefon atau apapun pun hanya ketika perlu sahaja atau ada urusan. Kalau sudah mula berperang email/sms/fb/atau telefon bermakna sudah berada dalam ruang CF.
Dari aspek jarak juga memberi petanda. Kalau LF, jarak hubungan agak jauh dan sesekali mungkin berlaga bahu tanpa sengaja. Jarak yang rapat akan merimaskan. Kalau CF, jarak agak rapat dan jarak yang rapat itu menyenangkan dan merasakan tidak ada apa-apa yang tidak kena. Berpegang tangan? Belum lagi kerana CF belum sampai ke tahap intim. Biasanya CF ini banyak kita lihat semasa sambutan hari jadi kerana biasanya hanya CF dan BF sahaja yang dijemput semasa ‘birthday party’. Kalau LF, biasanya tidak di panggil. Segala-galanya terletak kepada ‘KEKERAPAN’ apa sahaja yang akan merubah darai tahap LF kepada CF. Kalau kerap sangat keluar ‘kopi-kopi’ atau ‘lepak-lepak’ kat tempat publik macam pergi ‘ngeteh’, haaaa tu tandanya dah jadi CF. Maka jangan salah faham kalau kita lihat seseorang berjalan dengan seseorang kerana mereka mungkin berada pada tahap LF ataupun CF.

Apa tandanya pula persahabatan pada tahap GF? GF ni, kalau berjalan tu sering berdua sahaja, macam belangkas gitu. Berpegangan tangan, jarak yang sangat intim. Pegang-pegang tu satu keperluan kerana magis sentuhan akan lebih mengakrabkan rasa GF. Kissing-kissing tu mula menjadi satu yang biasa. Mungkin pada mulanya agak gelojoh tetapi ia boleh dibentuk sebab ‘kissing’ GF disulam dengan jiwa dan gelojak hati. Maka ‘kissing’ tu menjadi sangat mengujakan dan sensation. GF juga ada part yang ‘light-light’ gitu. Atau kata orang, ‘ringan-ringan’ gitu. Biasa laaa tu. Buka sana, pegang sini, buka situ dan pegang sana; emmmm fahamkannnn? GF lah katakan. Dia ada ruang yang mana kalau tahap LF atau CF tak boleh sampai atau sentuh tetapi pada tahap GF, dia macam dapat lesen untuk sampai dan sentuh. Pada tahap ini, satu batasan atau ‘guideline’ mesti dibentuk dan ditanam dalam jiwa masing-masing. Namapun ringan-ringan. Lesen ‘P’ lah katakan. Tetapi dalam kes-kes tertentu, ada yang kedua-duanya tidak mahu memasang lesen ‘P’. Emmmm terserahhhh. Janji hati mahu suka bebbbb.

Jadi tanyalah diri sendiri, di mana anda? Di mana kesilapan anda? Anda mungkin tidak silap dan anda mungkin betul tetapi anda harus tahu bahawa perkara yang tidak silap dan betul itu telah tidak menjadi sesuai lagi dan mungkin telah bertukar menjadi silap dan salah.

Ada kawan kata; pegang sikitpun marah, GF mende tuuuu? Kan susah jadinya. Pada zaman saya sekolah ada falsafah yang membezakan dua keadaan iaitu:

“Ada dua buah kedai yang menjual kueh atau makanan, satu kedai menutup semua jenis makanannya dan satu lagi membuka jenis makanannya. Mana satu yang kita akan pilih?”

Dulu, ramai (khususnya lelaki) akan memilih kedai yang menutup jenis makanannya tetapi hari ini pilihan telah berubah. Ramai lelaki yang memilih kedai yang tidak menutup makanannya. Pada pendapat saya, sesekali buka, apa salahnya. Kalau tak dibuka, makanan tidak dapat di lihat atau dihidu.

Sekian.

No comments: