Saturday, November 28, 2009

MENGINSTITUSIKAN MASJID

Agama Islam adalah agama rasmi negara dan dalam masa yang sama agama-agama lain boleh mempraktikkan fahaman mereka dengan bebas sekiranya ia bersesuaian. Sejak merdeka, perkara ini telah di tetapkan tetapi apakah pengisiannya. Apa yang berlaku, ianya hanyalah tertera di atas kertas dan menjadi isu atau perkara panas apabila ia cuba dimainkan oleh sesetengah pihak. Dalam hal ini, orang Islam tidak boleh sewenang-wenang mendirikan masjid tanpa kebenaran pihak berwajib tetapi agama lain boleh mendirikan rumah ibadat mereka di mana-mana sahaja tanpa memerlukan kebenaran pun waima di tanah milik orang lain sekalipun. Contohnya di Seremban, di atas puncak bukit yang bersebelah dengan Jaya Jusco Seremban 2, kelihatan sebuah rumah ibadat di atas bukit. Pada waktu malamnya kelihatan balam api. Pada hal rumah ibadat ini dibina di atas tanah milik orang lain. Pada tahun 1998, ketika membuat latihan membaca peta (intersection-latihan mencari kedudukan) saya melihat rumah ibadat ini kecil sahaja. Dalam diam-diam ia menjadi besar dan semakin besar sehinggakan tuan tanah tidak lagi mempunyai hak untuk merobohkan. Cuba dalam hal ini, masjid yang di dirikan. Gerenti ia boleh dirobohkan dengan segera.

Contoh kedua ialah jalan raya baru di kampung saya yang dibina dari Gurun ke Empangan Beris. Dalam laluan ini, banyak masjid dan surau terpaksa dipindahkan. Banyak tanah perkuburan orang islam termasuk pusara arwah ibu saya terpaksa dipindahkan
kerana terkena laluan jalan raya yang dibesarkan. Dalam pengamatan saya, kenapa rumah ibadat dan perkuburan agama lain boleh dielakkan oleh jurutera yang dipilih? Kenapa rumah ibadat dan tanah perkuburan Islam tidak boleh dielakkan?. Dalam hal tanah perkuburan ibu saya, masih luas ruang tanah di sebelah lain, kenapa ke situ yang dibuatnya.

Kita kembali kepada isu masjid. Islam adalah agama rasmi. Justeru saya ini mengangkat cadangan bagi mempertingkatkan imej masjid sebagai lambang atau simbol agama rasmi di Malaysia. Cadangan ini hanya kepada masjid, bukan surau. Tetapi di Kelantan, masjid pun kadang-kadang dipanggil surau. Itulah surau, itulah masjid. Dalam cadangan saya ini, masjid yang saya maksudkan ialah lokasi yang boleh dilakukan sembahyang Jumaat.

Apa yang berlaku, masjid kita hari ini, khususnya di kampung-kampung berada dalam keadaan tidak diurus dengan baik. Ada yang semak, ada yang agak kotor, ada yang tidak bersih khususnya tandas; semuanya mengharapkan kerja-kerja sukarela. Masjid khas tidak termasuk dalam kategori ini iaitu masjid-masjid yang berada di tengah bandar ataupun masjid negeri seperti masjid Putrajaya, Masjid Negara dan lain-lain. Masjid Khas memang telah lama diinstitusikan. Cadangan saya merujuk kepada masjid yang bukan dalam kategori itu. Sepatutnya masjid kita yang lainpun telah lama diinstitusikan. Masjid kita sepatutnya telah lama mempunyai sebuah organisasi yang tersusun
dan lengkap. Dalam organisasi tersebut, masjid mempunyai tukang kebunnya sendiri, masjid mempunyai pencuci tandasnya sendiri, masjid mempunyai penjaga dan pencucinya sendiri, masjid mempunyai pegawai tadbirnya yang sendiri dan lain-lain lagi. Semuanya digajikan ataupun dibuat secara kontrak. Kebanyakan masjid kita pada hari ini, banyaklaahhh, semuanya di buat secara sukarela bagi yang suka dan rela. Mengharapkan anak-anak membentangkan sejadah, mencuci sudut-sudut yang sering dikunjungi tahi cicak dan tahi tikus. Apa yang ada dalam organisasi masjid hari ini ialah imam 1 hingga ke imam 2, bilal, setiausaha, dan beberapa AJK tambahan. Yang bergaji hanya imam dan bilal. Yang lain adalah sukarela. Melihat kepada kekuatan dan kekayaan negara pada hari ini dan Islam sebagai Agama Rasmi, sudah masanya kita mengangkat institusi masjid menjadi lebih tersusun dan kemas. Sekiranya masjid diinstitusikan, maka tidak ada lagi komen-komen seperti masjid kotor, tandas di masjid kotor, lanskap tidak terjaga, masjid berkunci dan sebagainya.

Dalam masa yang sama, kerajaan juga wajib memperuntukkan sedikit perbelanjaan kepada masjid setiap tahun. Sekurang-kurangnya, masjid mempunyai dana untuk menjanakan aktiviti atau projek-projek yang ingin dijalankan. Janganlah kita hanya mengharapkan dana sedekah oleh jemaah sahaja atau wang zakat dari pihak tertentu. Kita bercakap pasal agama rasmi negara, bukan bahasa rasmi negara.

Selain daripada itu, imam-imam harus diberi khusus khas seperti kursus komunikasi, perucapan awam, kaunseling dll. Supaya ia mendapat skil atau kepakaran yang tinggi dalam khutbahnya dan syarahan semasa kuliah-kuliah harian. Maka, kita tidak lagi terperangkap dalam khutbah yang membosankan. Manakala para bilal pula perlu menghadiri kursus-kursus suara, vokal dan lagu.
Baru-baru ini, saya dijemput untuk memberi syarahan kepada seminar imam-imam masjid di seluruh Wilayah Persekutuan, ada sekitar 200 orang imam macam itu. Imam dari KL, Putrajaya, Labuan dikumpulkan. Usaha menteri agama yang baru ini sangat mulia dan sangat
cemerlang. Saya diberi tajuk Institusi dan pengurusan masjid. Secara kebetulan semasa syarahan saya ada beberapa ketua pengarah dari institusi agama turut hadir, maka cadangan di atas telah saya utarakan. Beberapa contoh tidak baik dan baik masjid yang ada dalam Wilayah Persekutuan telah saya tunjukkan termasuk gambar. Ada masjid yang sangat aktif, kreatif dan berjaya dan ada masjid yang jumud dan beku. Jemaah pada hari ini telah berubah dalam semua spektrum termasuk minat dan kadar dengar. Kuliah-kuliah agama tidak lagi boleh merangkum jemaah dalam kelompok yang sama. Kanak-kanak hendaklah diberi kuliah yang sesuai dengannya, begitu juga dewasa dan orang tua. Apa yang berlaku, rata-rata masjid memberi kuliah yang sama (biasanya dikhususkan pada golongan tua) tanpa mengira dalam jemaah yang hadir ada yang masih kanak-kanak dan sedang menjadi dewasa. Kenapa yang datang ke masjid hanya orang-orang tua dan amat sedikit anak-anak dewasa? Jawapan kepadanya berkaitan dengan apa yang kita isi di masjid. Ada sesetengah kes,imam menengking anak-anak yang membuat bising di masjid. Praktikal dan profesionalkah begitu? Maka imam harus berkursus. Kita inginkan anak-anak mendekati masjid dan dalam masa yang sama kita inginkan mereka berdiam seperti batu sedangkan naluri mereka tidak begitu. Tidak adakah kaedah lain seperti menyediakan ruang kanak-kanak bermain di dalam atau di luar masjid. Khususkan satu ruang dan sediakan beberapa peralatan permainan bagi mereka bermain dan ada penjaganya. Tak bolehkah? Saya tidak mahu membandingkan dengan masjid-masjid di negara lain yang telah saya tengok dan lihat dan renung dan tatkala saya melihat masjid orang lain, saya merasa sangat sayu dan bertanya kenapa masjid di kampung kita tak boleh jadi macam ni sedangkan kita jauh lebih mampu dari negara yang saya lihat?

Dalam masa yang sama, ada beberapa buah masjid di dalam negara kita telah mula bergerak dan sangat cemerlang. Saya tak pasti sama ada ia bergerak secara sukarela ataupun ada organisasi khusus. Di kampung saya, banyak jemaah selalu lepak di kedai gunting rambut di hadapan masjid hingga masuk waktu sembahyang. Pernah juga terfikir kenapa masjid tidak khususkan satu ruang kedai gunting rambut dalam kawasan masjid?. Dalam kajian dan pemerhatian saya ke beberapa buah masjid di sekitar N9, Selangor dan KL, saya ada menemui elemen ini dan sangat teruja. Ada masjid yang dah ada laman web dan blog sendiri bagi mendaftar jemaah kariahnya. Ada masjid yang membina tempat ambil air sembahyang yang sangat panjanggggg. Tak perlu lagi jemaah berbaris dan menunggu. Tahniah kepada AJK masjid-masjid berkenaan seperti Masjid Putera Nilai, Masjid Wangsa Melawati, Masjid Wardieburn dll.

Sebagai renungan, saya sertakan beberapa keping gambar sebagai renungan bersama. Marilah kita gerakkan satu usaha bagi menginstitusikan masjid kerana ia adalah simbol kepada Agama Rasmi Negara iaitu Islam.

Sunday, November 22, 2009

HAZIQ JUARA AKADEMIK FANTASIA

(Ini gambar pada 22 Nov 09 semasa menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kedah)
(Gambar semasa persembahan sekitar tahun 2007)

Kalau tak silap saya, dah tiga kali saya bertemu anak muda ini. Kami sama-sama terlibat dalam membuat pertunjukkan. Dan minggu lepas adalah pertemuan yang ketiga dan agak panjang iaitu 3 hari. Saya mengambil kesempatan berbual dengan beliau dan bapanya. Bab suaranya dengan irama asli, tak payahlah saya cite, sebab semua orang dah tengok kehebatan beliau dalam AF kan? Cerita yang saya nak kongsi ni bukan pasal suaranya yang hebat tetapi pasal sikap beliau.

Pertamanya, memang kenalah anugerah Tuhan, suara hebat dianugerahkan kepada insan yang hebat juga sikapnya. Artis muda ini sangat jujur, tidak sombong, saya ulang tidak sombong, sama macam bapa dia, Haziq bercampur dengan semua orang tanpa mengira siapa pun ia. Lebih-lebih lagi dengan pompuan lawa, he he he. lawak jeee. Ketika acara menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir, saya lihat dialah artis yang bertungkus lumus, sangat prihatin. Semua rumah mangsa dia nak pergi, walaupun dah penat. Sebagai lulusan sarjana komunikasi, melalui komunikasi bukan verbal, saya tahu beliau sangat ikhlas. Saya sangat suka dengan artis yang begini.

Saya ada jugalah dua tiga pengalaman dengan artis-artis ni. Saya kenal mereka tapi mereka tak kenal sayalah. Sombong nak mampus, tah apa spesiespun saya tak tahu. Ada satu peristiwa di Studio RTM, Angkasapuri, satu artis ni yang sekarang penuh dengan kontroversi, sombongnyaaaa, mak oiii. Hanya Tuhan sahaja yang tahu kenapa ia macam tu sebab Tuhan yang jadikan dia. kalau lelaki tak pelah juga. Ni kes artis pompuan. Sayapun tak pasti artis ni penyanyi ke pelakon. kejap-kejap nyanyi, kejap berlakon, kejap-kejap jadi MC, sekarang ni jadi pengarah filem plakkk dahhh. Baru buat tajuk filem, dah kecoh kontroversuinya. belum tayang lagiii tu. Kalau ada drama yang tunjuk muka artis ni, saya terus tukar siaran lain, tengok berita tamil ke atau berita mandarin lagi bagus. Bukan saya tak suka dengan dia, mesti suka sebab dia lawa jugaaaa tapi bab sombongggg tu. Tak semua artis macam tuuu. Macam Haziq kan bagussss.

BANTUAN MANGSA BANJIR KEDAH

Seperti yang saya maklumkan dalam catatan jelajah juara-juara, kami mengambil peluang untuk turut bersimpati dengan mangsa-mangsa banjir di Kedah. Rumah di tepi sawah, di belakangnya ada sungai plus hujan tak henti-henti, maka rumah tenggelam dek air. Ada rumah yang hanya nampak bumbung (rumah bawah setingkat) dan ada rumah yang hampir ke lantai di tingkat 1. Apapun kami berdoa semoga mangsa-mangsa banjir bersabar dan tenang menghadapi dugaan Allah S.W.T. Kebanyakan mereka adalah dari pada keluarga petani, susahhhh. Kami, meredah selut dan hujan berhati-hati. Bagi yang pompuan sangat berhati-hati kerana ada 'lintah'. Ada yang kata 'pacat'. Ini mesti anak bandar. 'Lintah' habitatnya dalam air seperti sawah, sungai, paya dan lain-lain, bersaiz besar. Lintah pun banyak jenis. Manakala 'pacat' habitatnya ialah di atas darat, di kawasan yang lembab seperti kawasan berumput, daun yang lembab dan saiznya pun kecil sahaja. Kalau nak cite bab ni, tiga haripun tak habis.

Semasa meredah lecah dan air separuh lutut, saya terkenang 'Projek Jari Kelingking' anjuran Mahasiswa Bacelor Komunuikasi UPM di Batu Pahat, Johor. Projek ini sangat besar, kami bergerak sejumlah 7 buah bas bersama 8 buah truck askar yang penuh dengan barang bantuan pelbagai jenis. Dari yang murah hinggalah yang mahal. Sayu hati bila mengenang ada artis wanita kita yang menyumbang wang tunai sangat banyak. Artis iini sangat ikhlas, jadi dia ingin merahsiakan dirinya. Tetapi untuk maklumat pembaca blog saya, artis wanita ini akan berkahwin dalam masa terdekat dengan Datuk 'K'. Jadi sama-samalah kita berdoa semoga jodohnya berpanjangan dan sentiasa dalam bahagia. Berdasarkan rungutan mangsa banjir semasa tu yang mengatakan mereka tidak mendapat bantuan, maka semua barang bantuan, di sampaikan sendiri dan terus kepada mangsa. Maka di Kedah, kami Juara-Juara pelbagai genre menyampaikan terus bantuan kepada mangsa banjir.

Dalam hati saya telah lama berbuku dan wujud persoalan. Bila ada musibah di negara orang seperti indonesia, pakistan, palestin, India, Sri Lanka dan banyak lagi, kita rakyat Malaysia kelam kabut mengutip derma. Pelbagai pihak berebut-rebut menubuhkan tabung kemanusiaan bagi membantu mangsa. Memanglah sangat bagus tetapi apabila rakyat kita sendiri yang mendapat musibah seperti sekarang ini di kedah, Kelantan dan Terengganu; kenapa orang kita tidak berebut menubuhkan tabung itu dan tabung ini. Semuanya mengharapkan bantuan kerajaan. Memang ada bantuan yang dihulurkan tetapi ianya tidak bersungguh-sungguh seperti mana yang diusahakan kepada mangsa yang bukan rakyat kita. Adakah sikap kita memang macam tu. dalam hal yang lebih kecil, kalau belanja kawan-kawan makan walaupun mahal, kita tidak ambil kisah tetapi bila nak belanja adik beradik sendiri atau anak sendiri, kita sentiasa berkira-kira. Kenapa kita macam tu ye?.Satu persoalan lagi, kenapa kita tidak mahu berubah? Pada tahun 1984, saya terlibat dalam operasi menyelamat mangsa banjir di Pahang dan 14 tahun kemudian (1998), saya sekali lagi terlibat dalam operasi menyelamat mangsa banjir di pahang, di tempat yang sama juga. dalam hati saya berkata, kenapa mangsa-mangsa ini yang setiap tahun di landa banjir tidak mahu berhijrah ke tempat yang lebih tinggi? Tak ada duit nak beli tanah. Kenapa tak bina rumah yang tinggi seperti mana rumah di tepi pantai. Berdasarkan pengalaman banjir, kita semestinya tahu takat air paling tinggi. Maka rumah kita bina di mana lantainya berdasarkan ketinggian takat air tersebut. Ada suara-suara yang mengatakan, inilah musim mengumpul beras, sardin, maggi, ikan kering, duit, kain tuala dan lain-lain lagi. Dalam masa yang sama juga, inilah masanya YB menjadi popular dan menunjukkan sikap prihatinnya kepada pengundinya. Bagus jugakan. Tetapi dimanakah sikap berdikari atau 'survival' kita?. Setiap tahun kena banjir dan hampir pada bulan yang sama, kenapa kita tidak mahu belajar darinya?
Apapun saya bersyukur kerana tidak ditimpa musibah dan belum lagi menerima dugaan tuhan yang seumpama itu. Lawatan kami ke kawasan mangsa-mangsa banjir kedah meriah dalam konsep 1Malaysia kerana mangsa-mangsa tersebut adalah pelbagai bangsa. Yang banyaknya adalah petani, yang banyak jadi petani adalah - MELAYU.

Saturday, November 21, 2009

JELAJAH JUARA-JUARA

Jelajah juara-juara kali ini ke negeri Kedah Darulaman dan Perlis Indera Kayangan. Tahniah ke pada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian negara dan JKKN Kedah dan Perlis. Semalam persembahan kami di Dewan Budaya Kedah sangat mengujakan. Walaupun kedatangan penonton disambut dengan hujan renyai-renyai yang kemudiannya menjadi semakin lebat. Hujan semakin lebat sebaik sahaja kami menyempurnakan solat isyak (Saya, Faizal (Syair Sarawak), dan Pak Wan (berjalan jauh dari rumah hampir 4 km semata-mata nak tenguk persembahan). Bernasib baik kerana surau yang selesa hanya bersebelahan dengan dewan. Walaupun hujan lebat tetapi dewan tetap sendat hinggakan ada penonton yang terpaksa duduk di atas tingkat tangga hingga ke tingkat tangga sebelh VVIP. Tahniah JKKN Kedah. 3 x tahniah. Tahniah, tahniah, tahniah. Saya ada buat 'survey' perihal aliran promosi mana yang berkesan. Maklumlah student komunikasi. Banyak yang datang kata mereka mendapat tahu mengenai persembahan melalui siaran radio. Saya tak pasti radio mana. semestinya radio kedah ku maju 2010 laaa kan.

Persembahan kami menggunakan buah tangan en roslan dari JKKN Ibu pejabat. Biasalah mamat penang ni, tak pernah kering dengan idea. Memang dia ni, kena tabik. sangat kreatif dan idea dia sangat cepat dan gila. Kali ini dia lebih santai dan tak arrogant sangat seperti mana yang banyak-banyak peserta SPBK yang lepas komplain. Persembahan di bahagikan kepada 3 segmen. Segmen pertama adalah nostalgia negara yang diukir melalui perlambangan lagu-lagu P.Ramlee dan lakonan dari Kumpulan Akrab Kedah yang diketuai oleh Johan Raja Lawak (Yus). Memang kelakar habis uuuuu. Saya dan faizal sampai sakit perut gelak. Segmen kedua adalah segmen patriotik, faizal membukanya dengan syair sarawak bertajuk Malaysia1. Kemudian tampil juara mentor (Khairudin), juara lagu asli (Adzrina), Haziq, dan adzrina tampil semula dengan lagu-lagu kepahlawanan lama, kemudian aku tampil dengan kumpulan teater kedah dengan sajak 'Pemuda-Pemudi Tiang Negara', . Karya sendiri. Sajak ni sajak lama yang dicipta bagi dibaca oleh Fauziah Ghoush semasa acara Menjunjung Damai di Bukit Jalil. Segmen akhir ialah segmen 1 Malaysia. Lim Fheng-Fheng dengan sajak 'Delegasi Tun Mahathir', dia sedikit terganggu kerana kena ikat dengan prop seperti maya karin terbang dalam filem sundal malam tuuu.

Persembahan kami sangat sistematik sebab dah dua hari berlatih, kerja keras sampai nak pergi pekan rabu pun tak sempat. Sistem bunyi pun bagus, ala-ala konsert mcihael jackson gitu, kumpulan tari KKJ Kedah dan Perlis sangat bersemangat. Persembahan kami juga dibantu oleh Normi, Aierel, Marina, Doria dan Boss baru (pompuan juga) JKKN pun datang setiap latihan. Tabiklah puan, boss kena macam tu lahh. Menentukan persembahan bagus sejak dari latihan lagi. Tapi semalam baju dia pakai warna cerah dan kuning air, lawaaaa sangat walaupun dia lokek senyum. Tahniah semua, persembahan kita diakhiri dengan tepukan yang maha riuh.

Jelajah kami belum berakhir kerana malam ini, kami akan membuat persembahan di Dewan Indera Kayangan Perlis. Jelajahlah katakannnn. Jam 12 tghari check-out holiday villa dan bertolak ke perlis. Dari aspek pentadbiran, Cik Normi and the geng had done an excellent job. Ada yang datang dengan kapalterbang, ada yang datang dengan coach yang disediakan. Penginapan di hotel terbaik dalam bandar Alor Star, makan tak putus-putus. Yang paling cemerlang ialah acara tambahan iaitu melawat mangsa banjir di Kedah sambil menyampaikan bantuan beras, gula, kopi, susu, kain dan banyak lagi. Semua bantuan disediakan oleh JKKN dan disampaikan oleh peserta jelajah juara-juara. Semoga semua yang terlibat diberi pahala dan siapa-siapa yang mencetuskan idea ini, saya mendokan beliau medapat pahala yang paling banyak. Saya tak ada gambar semasa kami memberi bantuan. Sedihhhhh u, rumah semua tenggelam, padi di sawah jadi masam dan reput. Semua peserta dengan pakaian 'ready to damage', ada yang dengan pakaian 'ready to die'. Berselut, lecahhhh macam buat bendang.

Tabikkk kepada semuaaa.

Thursday, November 12, 2009

JALANRAYA OH JALANRAYA

Sekarang ni musim hujan. Lebattt. Ianya bermula terlalu awal. Mengikut ramalan musim hujan akan bermula mulai Disember tetapi sekarang dah mula hujan. Di KL setiap petang hujan lebat. Apabila hujan lebat, jalanraya kita di sesetengah lokasi dan banyak lokasi, jalan akan ditenggelami air yang bertakung. Ianya bertakung kerana sama ada longkang dah penuh dan membuak atau tersekat. Selepas itu jalan akan berlubang yang amat merbahayakan penunggang motosikal. manakala Pemilik kereta terpaksa membuat 'alignment' semula kepada tayar kereta yang terjejas kestabilannya. Jika kita perhatikan, sebenarnya jalanraya kita tidak bermutu tinggi. Kaedah binanya ikut mudah dan asalkan untung. Kadang-kadang kita lihat jalan kita rendah ditengah, di tepi dan dimana-mana. Jalan yang kita bina tidak ada resolusi pada air hujan. Satu masalah lagi ialah jalan kita asyik sangat di korek. Turap hari ini, esok lusa korek semula. Bab korek tu oklah. Mungkin ada keperluan tetapi bab menampalnya semula tidak dibuat dengan sempurna. Berdasarkan pengalaman saya di negara orang, jalan mereka dibina dalam bentuk cempung di tengah atau di tepi. Makanya, apabila hari hujan, air hujan akan terus mengalir ke longkang di kiri atau di kanan dan kiri jalan. Sebab itu jalanraya di negara maju lain tidak berlubang. Majlis perbandaran atau mana-mana pihak yang bertanggungjawab, sewajarnya meronda ketika hujan lubat bagi mengenalpasti jalan yang bertakung air dan membuat perubahan. Sudah sampai masanya kita memikirkan persoalan ini, memiliki jalan yang bermutu, pengorek dan perbandaran yang lebih bertanggungjawab.