Saturday, February 26, 2011

Platun Harimau Memburu Komunis

[Platun Harimau Dalam Pancaindera (27 Feb 11)]
ATAS semangat menyedarkan generasi muda bahawa komunis adalah pengganas yang pernah bertindak kejam kepada rakyat negara ini, novel berjudul Platun Harimau kini diangkat menjadi drama bersiri.
Drama yang mengisahkan kegigihan perajurit Tentera Darat khususnya Rejimen Askar Melayu DiRaja dengan menggempur kubu-kubu kuat pengganas komunis dan menangkap tali barut yang membantu pengganas.
Berlatarkan operasi-operasi khas dan rahsia sekitar tahun 1980an, anggota Platun Harimau seramai 20 orang dipilih khas di kalangan perajurit Askar Melayu.
Mereka kemudiannya dilatih khas oleh komando bagi menyelinap ke dalam kem-kem komunis dengan amanat yang dipegang iaitu ‘membunuh atau terbunuh'.
Drama arahan pengarah pengalaman, Nurhalim Ismail itu akan mula ditayangkan pada 1 Mac ini sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat.
Menjanjikan kisah perang yang luar biasa, Platun Harimau membariskan ramai pelakon hebat antaranya Norman Hakim, Safura Ya'cob, Yatt, Zamarul Hisham, Zul Zuhaimi, Watie Elite, Zaidi Omar, Wendy Wong, Rosnah Mat Aris, Zarina Akademi Fantasia dan Afzan Anak Wayang.
Drama 15 episod itu menjalani penggambaran di Kem Tapah, Pusat Latihan Peperangan Khas (kem latihan komando), Markas Taktikal Kem Banding, Markas Taktikal Kem Gubir, Kem Klian Intan, Kem Erskin, Tanah Perkuburan Kuala Woh, Kampung Changkat, Pekan Chenderiang dan kawasan hutan di Perak.
Sementara itu, Platun Harimau diterbitkan dengan kerjasama Tentera Darat, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Nadirasa Budaya Produksi, Muzium Tentera Darat dan Institut Perisikan Angkatan Tentera Malaysia.
Drama tersebut turut mendapat kerjasama Tentera Udara DiRaja Malaysia, Rejimen Gerakhas, 4 RAMD, 4 Skuadron Semboyan dan pakar-pakar letupan dari Rejimen Jurutera.
Novel Platun Harimau muncul novel terlaris di pasaran pada 2009, ditulis oleh Leftenan Kolonel Mohd. Radzi Abd. Hamid.
Novel keluaran DBP itu berdasarkan pengalaman Mohd. Radzi sendiri ketika memimpin Platun Harimau dalam puluhan operasi memburu pengganas komunis di perbatasan negara dan negeri Pahang.

12 comments:

nur_emyinda12 said...

Hi there Pena Celoreng,
Know what? I read PH for the 5th time already. Had it read again yesterday; sunday aftn after zohor and finished it in time for Asar. Gracious me! Sounds silly perhaps... got other books in array; line up to be read...some new ones as well. But for PH...indeed a special companion. Need to browse,skim, scan, read up and all the kind so that i will be in and between the scenes and wont miss any major scenes during viewing the premiere. Truly excited...Cant wait. Another thing, 4sure, i've got my other partners ...haha my favourite raisins and pitted prunes + H2O..all ready to take off and set to have my eyes glued on the screen tomorrow.
Bravo Pena Celoreng! You are one of the nation's unsung heroes. U deserved to be praised. You did it! Proud of you my friend...coz you are not my enemy. keep up the magnificent ideas and the pen dancing and twisting and tango as you wish them to be...its just like the hulala...your writings - i love them all!

Syed Fairus said...

Saya ada buat entry khas sempena sambutan ulangtahun 78 Tentera Darat. Silalah berkunjung ke http://ditelanzaman.blogspot.com/2011/03/pakaian-tempur-celoreng-tentera-darat.html

Naim Qlate said...

Salam Tuan, saya minat pasal Platun HArimau, ada terbaca dalam utusan, kata drama platun harimau ditayangkan pada 1 Mac semalam d RTM...saya tgk tiada pon cerita PH tersebut di RTM, sampai tgh malam saya tunggu..Sebenar bila cerita tu di tayangkan, tak sabar rayanya nak tgk..Harap dapat maklum balas...

nur_emyinda12 said...

Konnichiwa...waited for the premiere on the 1st march, but in vain...wonder what's up!! perhaps due to unforseen cicumstances. Well, we made plans but the Creator has better plans for us. I'm pretty sure it would be aired soon. Check it out. Once again, Congratulations Pena Celoreng. YOU DID IT. PROUD OF YOU. Your writings would come to live...it's just like pinnochio,talking...and the gingerbread man, running... it's disneyland cum memory lane of yours for us; the nation, to together as well cherished and treasure...God bless..

canang said...

Saya pun dah beli buku platun harimau...Penggarapan cerita memang baik. Rasa macam penulis terlibat dengan operasi ni masa dulu...

solareagle300 said...

bravo tuan. ayat baik punya dari nureminda12. sangat supportive. banyak memberi semangat pada mamat tiarap hijau cam kita. hehehe. misi murni lom capai.

solareagle300 said...

bravo tuan. ayat baik punya dari nureminda12. sangat supportive. banyak memberi semangat pada mamat tiarap hijau cam kita. hehehe. misi murni lom capai.

PENA CELORENG said...

He he he. It need a special skill to capture the soft part dalam hati dan sanubari kaum hawa ni. Mereka suka pada perlambangan yang melampau, contohnya kalau mahu dikatakan tidak. Kaum hawa diciptakan sangat dan lebih cerdik dari lelaki tetapi merekalah yang paling banyak ditipu kaum adam. he he he jgn mare. Sebab apa, mereka tak beberapa suka mende-mende yang tak ada thrill. Lelaki yang jujur dan lurus bendul selalunya gigit jari. Tak caya? tenguklah sekeliling dan fikir-fikirkan akan hakikat yang berlaku.

solareagle300 said...

kesiannya mereka2 hawa ni kalau ditipu...tapi kesian jugak kita2 adam ni yang bendul sangat apasal??? apapun biasak la tuuuu.. member bro sorang kapitan, partnernya pasti cam jenderal... hehehe..........

solareagle300 said...

kesiannya mereka2 hawa ni kalau ditipu...tapi kesian jugak kita2 adam ni yang bendul sangat apasal??? apapun biasak la tuuuu.. pernah dengar, member bro ni pun sorang kapitan, partnernya pasti cam jenderal.walau apapun nur-emyinda12 ni ada x-factor. hehehe. mission impossible lagi niiiii...

solareagle300 said...

dataran merdeka happening tu bro...ramai geng2 kita hijau je. bangga jadi askar walau ada gak suara2 sinis. biasaaaalaaaa. tabik tuan naikkan martabat kita ni. sokongan kengkawan penting tu bro suma. nureminda perahsia ni..... hehehe..... mekacih bebaaaanyaaakkkk sokongan selalu geng2 hijau dalam blog tuan kami ni.

Cob Nobbler said...

Che An

Tidak boring membaca buku karangan anda. Jika boleh, cuba ketengakan lagi unsur satria atau perwira untuk menjadikan cerita anda lebih membangkitkan semangat pembaca. Saya telah menghabiskan bacaan cerita anda pada hari yang sama saya membelinya. Sungguh bersemangat. Teruskan usaha anda.