Tuesday, January 18, 2011

Latihan Akhir Platun Harimau

[Platun Harimau berlatih di Kem Komando. Mempersiapkan diri, mental dan fizikal bagi menyelinap ke dalam kem musuh - membunuh atau terbunuh]

Setelah mendapat khabar malang dari sahabat-sahabat di perbatasan, Platun Harimau yang sedang menjalani latihan lanjutan khas di Kem Komando, Sg Udang, menamatkan latihan lebih awal.

Kata Jurulatih Komando:

"Hari ini, sudah sampai masanya, anak-anak harimau kembali ke hutan. Ingatlah pesan terakhir, anda hanya ada dua pilihan iaitu 'membunuh atau terbunuh"

Latihan diteruskan dengan pelbagai kaedah penerjunan tali.

Kata jurulatih PARPU komando:

[Belantara tidak menyediakan tilam dan karpet merah untuk anda. Jangan hebat di atas tetapi jika jatuh ke bawah, anda tidak hebat. Nyawa di tangan anda sendiri]

Maka itu keseluruhan pelakon drama Platun Harimau mengambil masa lebih seminggu terjun dari menara tertinggi di pusat latihan komando, siang dan malam. Latihan ini diperlukan sebelum terjun dari pesawat NURI.

[Gambar kanan: Zul Huzaimi dan Yus Waisar terjun gaya spider. Memerlukan keberanian dan latihan yang gigih]

Kata Jurulatih PARPU:

"Zul Huzaimi dan Yus Waisar, anda telah lulus dan layak terjun dari pesawat. Tetapi ingat, nyawa ditangan anda sendiri. Jika jatuh adalah maut".


[Kesemua anggota Platun Harimau berjaya di turunkan dengan pesawat di tiga lokasi; tasik Banding, Hutan Pahang dan Sempadan negara. Empat buah pesawat NURI terbang rendah iaitu 'tactical flying' membawa empat KTK Platun Harimau ke kawasan musuh] Gambar kanan: Kapten Fauzi (Zul Huzaimi) orang yang pertama turun bagi menyelamatkan kawasan sebelum anggota lain turun. Begitulah budaya Platun Harimau]

Krew NURI: "Tuan, pesawat hanya boleh ke turun ke jarak 300 meter kerena pucuk pokok terlalu tinggi"
Lt Fauzi: "Terlalu tinggi. Tali tidak sampai. Turun lagi 50 meter"
Krew NURI: "Negatif tuan. Turun dan terjun"
Lt Fauzi: "Harimau! Turun dan terjun. Go! go! go!"
[Hero dan Heroin Platun Harimau. Yatt sebagai Kapten (Dr) Baini dan Zul Huzaimi sebagai Lt Fauzi]

4 comments:

kudabesi said...

ooh ada twist sket ek. watak Baini dalam novel tu polis, dalam drama jd medic

PENA CELORENG said...

he he, dia mesti lain ckit sebab kalu tidak nanti boring. Saksikanlah, saya yakin drama ini akan menarik dan kbooooommmm sebab pengarahnya kaya dengan elemen kreativiti.

trooper_knife said...

tak sabar nak tonton drama ni tuan.

Wan said...

insya'Allah tua..den tak sabar nie nk tgk..