Saturday, November 20, 2010

DRAMA PLATUN HARIMAU - 15 EPISOD

[Dari kiri: Nurhalim (pengarah), radzi (penulis) dan Ajk Teknikal, Peg Perhubungan artis dan penasihat teknikal]
Mesyuarat akhir AJK Produksi telah dilakukan pada 11 Nov 2010. Melibatkan staf teknikal, pengarah, pengurus, penasihat teknikal perang dan Pegawai Perhubungan artis. Mesyuarat di maklumkan antara artis yang telah di pilih setakat ini ialah Norman KRU sebagai CO, Zeq Zaidi sebagai Fauzi, Safura sebagai Mak Kiah, dan Baini setakat ini masih dalam pertimbangan pengarah antara Fasha Sandha, Sir Saleha, Fauziah Ghous. Maimun sebagai Mak Teh dan beberapa pelakon lagi.

Penulis skrip adalah Asmira. Penggambaran akan dilakukan pada 28 Nov 2010 di Pusat Latihan Peperangan Khas, Komando Sg Udang, Kem Tapah, Kem Grik, banding, Kuala Lipis, Kuala Lipis dan beberapa tempat lagi. Drama Platun Harimau akan ke kaca TV pada 1 Mac 2011 sempena Hari Ulang tahun Tentera Darat. Semoga drama ini selari dengan hasrat saya menulis novel ini iaitu menyedarkan anak generasi Malaysia bahawa pengganas komunis adalah bangsat dan penderhaka. Mereka telah bertindak kejam kepada rakyat. Keduanya ialah Tentera Darat khususnya Askar Melayu telah dengan gigih berjuang. Dalam perjuangan itu, ramai perajurit askar Melayu yang terkorban, tercedera, putus kaki, cacat penglihatan dan sengsara hingga ke saat ini. Bangkitlah anak-anak Malaysia menentang golongan yang memperjuangkan komunis

Dengan bantuan dan kerjasama Tentera Darat, drama ini akan di jayakan. Sebagai penulis novel, saya terharu dan berterima kasih kepada Nadi Budaya Production, RTM dan Panglima Tentera Darat kerana telah memilih novel saya. Terima kasih tidak terhingga.

Thursday, November 11, 2010

BATU '0' @ PUSAT TANAH MELAYU

[Penulis di sebelah Batu Kosong]

Batu ‘0’ adalah sesuatu yang agak pelik. Saya tidak mempunyai banyak maklumat bagi berkongsi dengan semua rakan. Pelbagai cerita yang di dengar. Antaranya, ada yang mengatakan batu kosong ialah PUSAT Semenanjung Malaysia. Kalau Tuan tanya balik, macam mana di katakan sebagai pusat Semenanjung Malaysia. Saya minta maaf banyak-banyak kerana saya pun tak tahu. Ada yang kata, dari sinilah jarak jauh lokasi di negeri Pahang di ukur tapi kat negeri lain tak ada pun. Ada pula yang kata batu itu dipercayai merupakan pusat bagi Semenanjung Malaysia jika diukur dari satu sudut Garis Pusat. Menurut satu catatan lain menyatakan bahawa Jabatan Ukur Dan Pemetaan mengesahkan batu kosong ialah GPS (Global Positioning System) merupakan batu tanda pengukuran yang digunakan oleh jabatan itu. Sumber lain pula mengatakan Sir Clifford mengarahkan supaya semua pengukuran jarak lokasi di Tanah Melayu hendaklah bermula di Kuala Lipis dan beliau juga memutuskan bahawa Kuala Lipis adalah pusat Tanah Melayu. Entah betul ke tidak, saya pun tak pasti.

[Inilah Batu Kosong yang asal. Masih Tertanam dan mungkin usianya lebih 54 tahun]

Saya telah sampai ke Batu Kosong. Menurut maklumat seorang rakan, Batu Kosong yang berada di tepi jalan di Pekan Kuala Lipis bukanlah batu yang asal. Bahkan lokasinya pun telah berubah. Maka itu, saya dan beberapa rakan meneroka kawasan sekitar bagi mencari batu yang asal. Batu kosong yang asal di katakan di tanam semasa zaman pemerintahan British. Bermakna usia penanda Batu Kosong ialah lebih 54 tahun (jika di tanam pada tahun 1957) tetapi British telah menduduki Kuala Lipis sejak 1860an lagi. Lama tuuu. Akhirnya, kami menemui batu asal Batu Kosong.

[Inilah yang menghairankan sebab di sebelah sana tanda Batu Kosong dicatat jarak Kuantan 156 batu. Macam mana diukur sebab disebelah sana '0']

Selain daripada itu terdapat beberapa peninggalan sejarah yang masih kekal hingga hari Rabu lepas iaitu Rumah Rehat Residen yang dibina pada 1867, Sekolah Menengah Clifford yang didirikan pada 1913 dan sebuah masjid di tepi sungai iaitu Madrasathul Firdaus yang dibina pada tahun 1888 oleh saudagar Arab Yaman yang bernama Habib Hassan. Reka bentuknya mempunyai identiti seni bina Melayu Nusantara dan persamaan pada pengaruh Minangkabau.. Kami singgah berjemaah di sini. Rasa saya tiang-tiang kayu di dalamnya adalah yang asal. Bumbung dan syiling mungkin telah ditukar. Berdasarkan kronologinya, maka masjid ini adalah bangunan tertua di Pekan Kuala Lipis.

DOA SEORANG RAKYAT

[INGATAN: APA YANG DICATAT DI SINI BERDASARKAN PENGAMATAN SAYA. IA TIDAK ADA DATA EMPIRIKAL ATAU SATU KAJIAN KHUSUS. JUSTERU PENDAPAT YANG DILONTAR ADALAH BERSANDARKAN KEPADA PREMIS SEDEMIKIAN]

Sama ada kita sedar atau tidak sedar, ia berlaku disekeliling kita dan mungkin dalam diri kita. Ia berlaku dan semakin kerap terjadi di hadapan kita. Di mana-mana sahaja, di kedai kopitiam atau kopi putih (yang tidak memberi lesen francais kepada bumiputra), di stesyen teksi, di pejabat dan di mana sahaja terdapat sekelompok rakyat Malaysia yang bercakap tentang rasa tidak puas hati terhadap pemerintahan kerajaan. Pelbagai kritikan terhadap apa sahaja inisiatif atau projek yang dijalankan oleh kerajaan. Laporan Ketua Audit Negara menjadikan perbincangan kelompok ini semakin panas berbahang. Kelompok ini tidak mengira sama ada mereka dari kumpulan penyokong ataupun pembangkang. Bab kumpulan pembangkang tak payahlah kita perkatakan kerana memang pembangkang harus begitu. Malangnya kelompok ini melibatkan kumpulan penyokong kerajaan sendiri. Lebih malang lagi kumpulan ini terdiri dari manusia yang memakai tali leher dan kot hitam ataupun biru. Semestinya golongan profesional.

Isu yang di perdebatkan adalah sangat rencam seperti keresahan bangsa khususnya bangsa Melayu, biasiswa, sekolah, perbelanjaan wang kerajaan, pemimpin yang lemah, populariti isteri pemimpin, bonus dan banyak lagi. Pendek kata semuanya tidak kena, semuanya tidak wajar, maka pemikirannya sahaja yang betul. Persoalannya benarkah isu-isu yang digunakan bagi mengkritik kerajaan. Pada pengamatan saya, golongan ini tidak membincangkan isu yang belum terjadi dan mereka juga tidak mencipta cerita. Isu yang diperdebatkan ialah isu yang memang berlaku kerana perbincangan kelompok ini di sertakan bukti-bukti pendengaran, penglihatan dan pengalaman. Isu yang paling banyak di perkatakan ialah pembaziran wang kerajaan. Paling menyedihkan, isu ini juga diperbualkan di Mekah bagi mereka yang pergi menunaikan ibadah haji.

Ia umpama kakitangan jabatan yang memperkatakan tentang 'boss' baru. Kebiasaannya 'boss' baru semuanya tak betul. Hanya golongan yang berpihak sahaja yang kata 'boss' betul. Justeru mantan 'boss' atau boss lama yang juga menerima nasib yang serupa, pula kini dikatakan lebih baik dari 'boss' baru. Kes ini tak sama dengan orang yang kahwin dua atau tiga atau empat kerana isteri yang baru sentiasa baguihhhhhh. Sama juga dengan kes beli rumah baru atau kereta baru. Yang baru sentiasa terbaik. Tapi dalam bab pemimpin ia tidak begitu.

Akhir kata, perkara yang ingin saya angkat ialah adakah dengan cara sedemikian iaitu mengutuk dan mengkritik pemimpin atau kerajaan, ia boleh mengubahnya kerana pihak yang dikritik tetap terus dengan agenda mereka seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Pernahkah kita berdoa kepada Tuhan supaya pemimpin kita diberi kekuatan dan petunjuk. Pernahkah kita berdoa supaya negara kita di luruskan perjalanannya. Pernahkah golongan yang mengkritik projek-projek kerajaan di kota Mekah, memanjatkan sekelumit doa kepada Tuhan ketika berhadapan dengan Masjidil Haram supaya dikurniakan pemimpin yang berwibawa. Ataupun berdoa seusai solat sunat di Hijir Ismail ataupun yang paling ekstrim ketika memegang Kota Kaabah. Manakala kita yang tidak ke Mekah, pernahkah berdoa ketika saat-saat paling mustajab. Ataupun yang paling ekstrim, pernahkah kita melakukan sembahyang sunat hajat supaya Tuhan menganugerahkan kita seorang pemimpin lagi yang hebat.

Berdoalah Malaysiaku.

Friday, November 5, 2010

KOS PILIHANRAYA KECIL

Jika dicampur pilihanraya di Galas dan Batu Sapi, kalau tak silap saya dah hampir sepuloh pilihanraya kecil diadakan. Bermula dengan Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selaambau, Batang Ai, Penanti, Galas dan Batu Sapi. Lapan semua sekali. Mungkin lepas ni ada dua ke tiga lagi pilihanraya kecil sebelum PRU 13. Pilihanraya ini terpaksa dilakukan bagi mendapatkan calon baru bagi menggantikan calon lama yang meninggal dunia atau melompat parti. 90% darinya adalah meninggal dunia dek pelbagai jenis penyakit seperti serangan sakit jantung, darah tinggi, kanser, dll. Tak terkecuali juga dek kecederaan kemalangan jalan raya. Persoalannya berapakah gamaknya jumlah wang kerajaan iaitu wang rakyat digunakan bagi mengadakan pilihanraya kecil tersebut. Semestinya banyakkan!. Kerajaan tidak ada pilihan, pilihanraya kecil tetap diadakan, sama ada suka atau tak suka.

Bagi lima pilihanraya kecil iaitu Permatang Pauh, KT,BG,BS dan Btg Ai, kerajaan telah membelanjakan RM 2.6 juta yang digunakan oleh SPR sahaja. Jumlah ini tidak termasuk kos yang paling tinggi yang digunakan oleh PDRM, Jabatan Penerangan dll. Juga tidak termasuk kos projek-projek kilat yang bertunas dengan tiba-tiba semasa pilihanraya. Sedangkan dalam rancangan belanjawan projek kilaat tidak terlintas langsung. Mungkin ada satu atau dua tidak boleh dinafikan.

Dalam lima pilhan raya kecil yang lalu, SPR telah membelanjakan RM 2.6 juta dan 3 pilhanraya bersiri ialah RM 1.5 juta (Permatang Pauh (Parlimen) : RM500,000, Kuala Terengganu (Parlimen) : RM600,000, Bukit Gantang (Parlimen) : RM600,000, Bukit Selambau (DUN) : RM400,000, Batang Ai (DUN) : RM500,000, Penanti (DUN) : Dianggarkan RM300,000, Galas: RM ?, Batu Sapi: ?, dan mana pula selepas ini.

Manakala PDRM sebagai jabatan yang paling banyak membelanjakan wang bagi menjaga kelicinan pilihanraya yang jumlahnya ialah RM 31 juta (Permatang Pauh (Parlimen) : RM2.5 juta, Kuala Terengganu (Parlimen) : RM11.5 juta, Bukit Gantang (Parlimen) : RM7 juta, Bukit Selambau (DUN) : RM5 juta, Batang Ai (DUN) : RM5 juta, Penanti: ?, Galas : ? dan Batu Sapi: ?

Saya tidak mempersoalkan pasal kos dan pilihanraya yang mana kerajaan terpaksa mengadakannya kerana ia tersurat dalam perlembagaan. Walau bagaimanapun, saya ingin mengangkat beberapa cadangan bagi membuka minda kita semua atas kesedaran sayangkan wang rakyat jutaan ringgit.

Pertamanya, apakah ukuran atau variables yang digunakan bagi menentukan jumlah yang diperuntukan di setiap satu tempat pilihan raya kecil?. Adakah berdasarkan permintaan oleh SPR semata-mata? Contohnya, plihanraya kecil di Batang Ai hanya melibatkan 8,000 pengundi sahaja tetapi SPR memerlukan hampir RM 500 000.00.

Keduanya, tidak adakah kaedah lain atau ukuran yang tetap dalam menentukan kos perbelanjaan pilihanraya kecil ini?

Ketiganya, ada atau tidak pihak yang mengaudit perbelanjaan dalam pilihanraya supaya ia tidak mebazir.

Keempatnya, adakah barang atau peralatan yang dibeli bagi satu pilihanraya kecil di guna habis atau di guna buang? Macam mana dengan peralatan yang boleh digunakan semula bagi pilihanraya yang akan datang. Ini bagi mengurangkan kos.

Maka itu, saya mengangkat cadangan yang mana sudah sampai masanya, kerajaan memikirkan kaedah baru bagi mengurangkan pembaziran wang rakyat. Antaranya ialah syarat wajib menjadi calon hendaklah sihat tubuh badan yakni tidak mempunyai penyakit yang boleh menyebabkan kematian mengejut seperti sakit jantung, darah tinggi dll. Sekiranya calon sihat tubuh badan, maka ia akan mempunyai kekuatan kudrat dan mental bagi menjelajah kawasan yang dimenanginya bagi membuat jasa kepada rakyat. Kalau calon tidak sihat atau berpenyakit, macam mana dia hendak bersama rakyat. Sepagi bersama rakyat, petang dah lelehhh.

Keduanya, calon-calon yang meletak jawatan tanpa sebab munasabah atau melompat parti perlu dikenakan denda bagi menampung kos pilihanraya kecil yang disebabkan oleh kepandaian beliau. Dengan cara ini, barulah calon-calon berkenaan akan fikir dua tiga kali, nak letak jawatan, nak lompat atau nak teruskan. Ataupun sebelum bersetuju menjadi calon, mereka akan berfikir panjang.

p/s 1] Jumlah bonus sebulan kakitangan awam ialah RM 3.1M
p/s 2] Kos menteri pelancongan membuat lawatan ke luar negara RM 3.58M (setahun).

Saturday, October 23, 2010

PASAR! KEMBALILAH

[Inilah dia PASAR. Kalau terjumpa, mohon dikembalikan. Terima kasih]

Enam tahun yang lalu seorang sahabat menitipkan saya seekor kuching parsi campur siam. Beliau terpaksa berpisah dengan kuching tersebut kerana mengikuti suaminya berpindah ke luar Negara. Maka saya diberikan kuching tersebut. Sunguhhh! Kuching tersebut sangat cantik. Pada mulanya hati saya berbelah bahagi antara menerima atau menolak kerana saya tidak suka rumah berbau tahi dan kencing kuching. Katanya, kuching berkenaan hanya membuang air sama ada wee wee atau pun waa waa di dalam bekasnya sahaja yang diisi dengan pasir khas. Maka saya terima seorang rakan rumah baru iaitu ‘Maggie’.

Maggie tidak banyak cakap dan tidak suka bergesel. Dia suka duduk bertimpuh dan merenung tajam. Maklumlah baru nak kenal. Makanannya hanya pelet khas. Sebungkus pelet berharga rm 25.00/seminggu. Agak kuat makan. Maka buangnya pun agak kerap. Harga pasirnya plak, puhhhh. Maleh nak cite. Bil tefon aku sebulan pun tak sampai puncak kos memelihara Maggie. Pada mulanya, bekas pasir khas diletakkan di beranda luar rumah. Kadang2 angin memupuk masuk bau yang harum semerbak. Lepas tu, aku letak kat dalam tandas plakkk. Dia punya bau sekali buka tandas sehari, pencuci rumah yang datang sekali sehari tu pun merungut. Oleh dek kerana tak tahan bau, maka aku letak kat luar rumah, sebelah dekat lot parking (masih dalam pagar rumah). Nak jadi cite Hindustan, satu petang anjing jiran ‘rotwiller’ depan rumah terlepas dari pegangan anaknya. Lalu menerpa masuk ke dalam kawasan umah aku melalui saluran longkang dan menggigit Maggie. Mati.

Balik je keje, aku lihat Maggie yang tidak bernyawa dan berdarah di sana sini terdampar kat tepi longkang. Kepala terkulai ke tepi longkang dan badannya di atas longkang. Pada mulanya tak siapapun tahu macam mana Maggie boleh mati. Tapi aku dah syak sebab diserang anjing sebab ada kesan tapak kaki anjing. Tapi tak syaklah anjing jiran depan umah sebab anjing ada lima ekor. Semua di tambat. Jiran aku pun tak approach dan tak cakap apa-apapun. Hampir sebulan lepas tu, baru aku tahu cite sebenarnya.

Pada satu hari, anak jiran aku (Kannama) yang bela anjing dan jatuh ketika anjing rotwiller tu terlepas dimasukkan ke hospital kerana demam denggi. Aku pergi melawat dia tiap-tiap hari. Balik dari keje je aku singgah kat spital, jenguk dia sebab dia selalu tolong siram bunga aku, bila aku pergi out station. Dan bila balik outstation, dia dapat coklat laaa. Jadi kami ni ada hubungan tersendiri. Pada hari ketiga lawatan, sebelum aku balik. Dengan tiba-tiba, Kannama cakap:

Kannama: Uncle, I’m very sorry.

Aku: Ehhhh! Don’t worry. Uncle will visit u everyday because u re mu bestfnd.

Kannama: No No Uncle. It’s not that. This regard yr Cat, Maggie.

Aku: Ye lahhh. Apa boleh buat. Sudah ajal dia. Uncle pun dah rasa silap bela itu Maggie.

Kannama: Actually, my father dog, the black one, TIGER has attack Maggie and bite it.

Aku: Ternganga sekejap tapi cepat-cepat recover dari terkejut. No problemlahhh!

Gitulah, bagaimana cite jenayah kejam pembunuhan Maggie terbongkar. Lebih kurang cite Sosilawati gituuu.

Maka selepas kematian Maggie, aku dah serik nak bela menatang lagi. Tapi lima bulan yang lalu, pada satu pagi ahad, aku pergi ke pasar sebab nak buat BBQ kat umah. Ketika di pasar, saat aku melangkah, tiba-tiba seekur anak kuching yang baru dilahirkan melintas di bawah tapak kaki aku. Kalau aku teruskan berjalan, maka terpijaklah anak kuching tuu. Nasib baik aku nampak. Dengan segera aku menolak anak kuching tersebut ke bawah meja penjual sayur. Dan aku meneruskan urusan pembelian daging. Dalam hati, tak terlintas langsung pasal kuching tadi. Ketika aku nak perhi beli arang, sekali lagi hamper-hampir aku terpijak kuching tadi lagi. Mulai saat itu mula aku terfikir semula tentang kuching. Jadi dalam hati, aku berniat “sekiranya sekali lagi kuching tadi melintas depan aku, maka akan aku ambil dan bela dia”. Memang tak payah cakap, dalam perjalanan ke keta, kuching tu melintas sekali lagi. Aku pun tak banyak cakap. Lepas Tanya pada pak cik sebelah, siapa yang emounya kuching. Katanya tak ada tuan, jadi aku ambil masuk kotak dan bawa balik umah. Sempena peristiwa tu di pasar ikan, maka kuching itu aku namakan dia dengan nama istimewa iaitu ‘PASAR’. Memang lekat dan serasi. Bila panggil je PASAR, mencicit dia datang. Macam kes AHMAD ALBAB la plakkk. Termasuk dua hari sudah, Pasar telah berumur hamper lima bulan.

Haaaaaaa! Inilah isu yang sebenarnya saya nak sampaikan. Bukannya cite yang berjela kat atas tu. Menurut kata si pencuci rumah (selepas di soal siasat).

Cleaner: Saya pun tak tahu la encik, tiga hari lepas ada lagi.

Saya: kalau ada mana dia pergi?

Cleaner: Saya pun tak tau la encik. Tak mungkin dia keluar sebab dia tak suka main kat luar.

DENGAN INI SAYA MELAPORKAN KEHILANGAN PASAR. SAPA YANG TERJUMPA ATAU MENGAMBILNYA DENGAN SENGAJA ATAU TIDAK SENGAJA, SILA PULANGKAN SEMULA. KALAU TAK NAK PULANGKAN JUGA, SILA PELIHARA PASAR SEBAIK MUNGKIN.

[Close-up PASAR]

Sebabnya saya tak larat nak tunggu enam tahun, baru dapat tahu cite sebenar kehilangan pasar. Macam mana cite Maggie meninggal dunia.

Sebabya saya dah tak de orang yg siram bunga, jadi dah tak de la orang yang demam denggi, jadi taklah pergi hospital lagi. Lagi plak, bunga dah lama sedekah kat orang. Sebab selalu sangat outstation dan lama. Kesian kan bunga, maka bagi lah pada kawan-kawan yang datang. Sepasu seorang.

Kesiankan pasar!

Tuesday, October 19, 2010

Lahar Gunung Berapi di Malaysia


[Di pulau ini, hanya di perdu batang kelapa ini shj yang ada line hp. Khusunys pd waktu tghari. kalau nak buaat call, kena datang ke pokok kelapa ini]


[Salah satu kawah gunung berapi. Selutnya diambil bagi melembutkan kulit muka. terdapat 11 buah kawah di pulau ini]

Percaya atau tidak bahawa di Negara kita juga terdapat lahar gunung berapi yang membusa setiap masa. Selut lahar yang panas menghasilkan gelembung-gelembung gas yang meruap keluar dan menghasilkan bau belerang di sekitar kawasan tersebut. Perjalanan saya dari pulau ke pulau selama dua minggu memberi banyak pengalaman dan kenangan. Bak kata orang ‘jauh berjalan, jauh pandangan’. Bermula di Sandakan, saya dan beberapa sahabat menaiki bot dari Pulau ke pulau hinggalaah ke Kudat.

[Pintu masuk ke pos di Pulau Kaniogan]

Bermalam di pulau yang hanya dihuni oleh burung laut seperti camar putih dan bangau kecil dan beberapa ekor burung ciak rumah sangat menakjubkan akan kejadian Tuhan. Di sesetengah pulau terdapat ular laut yang menjalar. Pada pemerhatian saya, Pulau yang paling cantik ialah Pulau Bilean Kecil yang berdekatan dengan sempadan Filipina yang mana hampir 70 meter darinya adalah Pulau Bileaan Besar kepunyaan Filipina. Pulau Bilean Kecil sangat natural dan belum terganggu sepenuhnya. Ori lah katakan. Tidak ada penempatan, yang ada hanyalah penempatan terup tentera dan rumah jabatan perikanan yang menjaga penyu dll. Rumah tersebut telah agak lama kosong. Pulau ini tidak mempunyai sumber air tetapi satu-satunya kawasan Malaysia yang ada lahar gunung berapi.

[Jeti/Pintu masuk ke Pulau Langkayan]

[Pada malamnya ada penyu belimbing yang dtg bertelur di bawah calet aku tidur]

Lebih kurang 45 minit menaiki bot kita akan bertemu dengan Pulau Langkayan. Ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu akan kecantikan pulau ini. Bagi divers, pulau ini menjadi satu tempat yang mesti pergi. Kalau tak pergi, dunia divers mereka tidak lengkap. Terdapat calet yang cantik dan persekitaran dunia divers. Pada waktu malam, jajaran pantai penuh dengan penyu sedang bertelur. Ikan-ikan berkuak di air cetek. Juga terdapat penempatan tentera di pulau ini bagi menjaga keselamatan penduduk tempatan. Bagaimana nak ke pulau ini? Ianya perlu melalui Sandakan. Diurus terus oleh pengurus calet berkenaan. Kalau tak silap saya, kos bagi satu malam ialah RM500 ke 800.

[melepas anak-anak penyu ke dada laut]

Banyak lagi pulau-pulau yang di datangi oleh saya bagi melengkapi satu perjalanan merentas tanahair. Antaranya Pulau mandi darah, Pulau jambongan, pulau bangi, dll

[Bye-bye, jumpa lagi]

KENANGAN KONVO UPM 2010

[Graduan sebarisan ngan aku]


[Haa, ni satu lagi pensyarah yang sangat baik dan sangat2 membantu. Dr Mohd Pauzi. Dia juga supervisor tesis aku. Orgnya sangat 'fatherly'.]
Bayangkan lah, dua minggu sebelumnya aku sibuk dengan lawatan rentas sempadan dan balik cun cun hari ahad plakk tu. Hari isnin aku konvo plak. Itu tak jadi hal, yang mengejar dari belakang ialah pada hari selasa tepat jam 9 pagi kena hantar 9 salinan draf tesis bagi diagihkan kepada ahli panel sebab minggu berikutnya ialah pre-viva voce di ipoh. Memang kalut sangat. Nasib baik masa dalam konvo, aku bawa notebook. Jadi apa lagi. masa menunggu giliran tu, aku pun pulun la siapkan tesis part mana yang patut. Kira orait gak la sebab hampir empat jam dalam tu, notebook aku plak boleh bertahan 5 jam.

Member sebelah pakat dok tanya, apa yang aku taipkan. Sibuk kena explain plakkkk. Konvo ni adalah satu kenangan sebab aku bermula denagn group BCOM 04/07 seramai 112 orang. Kami tamat pada Nov 2008. Ada 15 orang yang terus sambung ke peringkat sarjana termasuklah aku. Sebenarnya kami dah hampir setahun selesai tapi sebab konvo lewat diadakan, maka lewatlah konvo. Macam biasa lah, abis je konvo, terus cari kedai makan sebab dah kebulur. Kalau UUM, alumni ada bagi bungkusan sarapan pagi, UPM tak de la plakk. Pensyarah hantar sms ingat utk bergambar. Sempat cari Dr Pauzi dan Dr Nizam, yg lain dah hilang. Pak Ngah plak sakit gigi dan dah lari ke klinik gigi plakkk. Dia yang pertama hantar sms nak bergambar. Dah empat kali konvo rasanya, asyik telan air liur je tenguk orang lain dpt bunga. Ada yang sampai tiga jambangan bunga. Bagi la kat saya satukan oraittttt. Boring punya pasal, bergegas ke kedai gambar di pekan serdang, ambil gambarrrrrrrrrrrr laaaaa sebagai kenangan.[Awe sebelah ni satu jurusan dengan aku, tapi dia group lain. Cantik gak kannn? Aku pun tak sempat nak tanya no hp]

Kali ni CGPA tak berapa bagus iaitu 3.825 jeee sebab tak menduduki satu peperiksaan pertengahan. Prof plakkk tak nak bertolak ansur. Saya plak 'out station', bukan sengaja tak nak hadir exam. Dah hantar surat dan emailpun tak nak terima gakkkk. Terima je laaakan. Tapi pensyarah ni memang mcm tu. Masa buat degree dulupun macam tu. Bukan profesor pun, bykan dr pun. Kata orang master diapun JPA tak iktirafkan. Dahla mengajar syok sendiri.

UPM, mahasiswa peringkat sarjana tidak dinilaikan pencapaiannya.

Jubah dah hantar, yes[Bersama Dr Mohd Nizam, Penyelaras Jurusan Sarjana. Beliau sangat membantu dan sangat baik hati. Tabik tn]
Skroll dan ambil, yes
Transkrip dah ambil, yes

Maka wadah dan perjalanan baru pun bermula. Peringkat Habis Darjah.

Di Sempadan Sipadan

Disebabkan bajet di potong, maka perjalanan ke Australia di batalkan dan kos yang ada digunakan bagi meneliti permasalahan sempadan negara. Rancangan di atur sebaik sahaja mengetahui trip ke Ausie di batalkan. Persinggahan yang pertama ialah di Pulau Layang-Layang yang menjadi rebutan antara kita dengan Indonesia dan akhirnya mahkamah antarabangsa memutuskan ianya milik Malaysia. Pulau tersebut telah dibangunkan dan mempunyai satu chalet dan landasan kapal terbang. Dihujungnya pula didirikan kem sementara TLDM. Sebuah pulau buatan di bina di sebelah timur bagi memindahkan burung-burung laut yang sering menganggu pendaratan kapal terbang. Sebelum mendarat, teringat saya akan satu peristiwa kehilangan seorang pegawai tentera laut satu ketika dulu bersama kapalnya. Menurut cerita rakan navy, Pulau Layang-Layang ketika musim angin, memanglah sangat kuat.

Setelah habis taklimat dan lawatan sekeliling, kami dijamu jamuan makan tengahari dengan ikan kerapu masam manis. Lebih kurang jam 3 petang, pesawat berlepas ke kota kinabalu dan meneruskan lawatan ke Pangkalan TLDM yang baru di Teluk Sepanggar dan perjalanan hari pertama berlabuh di Hotel Promonade.

Hari Kedua

Jam 6 pagi kapal terbang berlepas ke Tawau, check in hotel promonade tawau dan bergegas bersama beberapa rakan mencari sup payau (rusa). member bawa ke satu tempat, tapi sayang tak buka pula. Kami bergegas ke sebuah kedai lagi dan adalah rezekinya. Sembelih ke tidak akupun tak pasti. yang pasti kedainya muslim. Malam ada sesi taklimat.

Hari ke3.

jam 7 pagi telah berlepas ke Semporna. Dengan dua buah bot PV dan tiga buah bot rover kami bertolak ke Pulau Sipadan. Perjalanan agak jauh dan laut mula bergelora. Kami selamat tiba di Sipadan. Usai taklimat, kami dijamu ringkas oleh trup di Pulau Sipadan. dari Sipadan, kami bertolak ke Pulau Kepalai iaiti chalet di atas air. Tidak ada daratan disini. Makan tengahri di Kepalai dan petangnya bertolak balik ke Semporna. Dalam perjalanan balik kami di sapa ribut, sebuah bot rover rosak dan dibawa ombak. nasib baik sempat diperbaiki dengan segera. Kumpulan saya agak bernasib baik kerana kami menaiki bot PV TLDM yang besar. Jadi taklah rasa sangat ombaknya. Sebaik sahaja sampai di Jeti Azumi, Semporna; kisah bot rosak menjadi bahan ketawa. Bertolak balik ke hotel, penat dan lelap.

hari ke-4.

jam 5 pagi, kapal terbang telah berlepas ke Kuching. Perjalanan lebih kurang dua jam. Lawatan ke Mk 1 Div dan balik ke hotel Riverside Majestic.

Hari ke-5

Bertolak dengan bas ke Pos Biawak. Perjalanan yang panjang dicampur dengan jalan yang berbatu dan berlopak memang menyeksakan. Kenapalah tak minta NURI je, tak sampai 10 minit terbang dah sampai. saya pernah bertugas di pos biawak pada tahun 1991. Kini telah dbangunkan. Kompleks Immegresen separuh siap.

Hari ke-6

balike KL.

Monday, October 11, 2010

GRADUAN SARJANA 11 OKT 2010


Tahniah kepada rakan-rakan BCOM 04/07 kerana telah berjaya hingga ke peringkat sarjana. Seramai 13 orang best 04/07 telah bergraduat semalam. Saya rasa best kita buat sejarah kerana yang paling ramai lanjut hingga ke peringkat sarjana. Kepada Sdr Helmi, terima kasih kerana sangat membantu. Jom la buat makan beb geng kitaa yang konvo ni. Roni, helmi, bob (konvo lebih awal), rita, khairul, masyitah, alem, hayati, khaairun sakinah, aly, ......? TAHNIAH.

Saturday, August 7, 2010

niat puasa dan solat terawih

1. Lafaz Niat Puasa Ramadan Untuk Harian:


Nawaitu shouma ghodin ‘an adaa-i fardhi syahri romadhoona haadzihis sanati lillaahi ta ‘aala.

Maksudnya :


”Aku berniat puasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini karena Allah Ta’ala”


2. Lafaz Niat Puasa Ramadan Untuk Sebulan:


Nawaitu shouma shahri romadhoona kulihi lillaahi ta ‘aala.


Maksudnya:

“Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini
kerana Allah Taala”


3. Niat berbuka puasa :


Allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Maksudnya:

“Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.


4. Doa Selepas Berbuka Puasa.


Maksudnya:

Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.


SOLAT SUNAT TARAWIH

5. Lafaz Niat Sembahyang Terawih: (Solat Sendiri)


Usolli Sunnatal Taraawihi Rak'ataini Lilaahi Ta'ala

Maksudnya: Sahaja aku Solat Sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Ta'ala


6. Lafaz Niat Solat Tarawih: (Solat Berjemaah)


Usolli Sunnatal Taraawihi Rak'ataini Imaman/makmuman Lilaahi Ta'ala

Maksdunya: Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat(Imam atau makmum) kerana Allah Ta'ala

7. Lafaz niat sembahyang sunat Witir.


a. Bagi dua rakaat yang pertama:


Usoli Sunnatal witri Rak'ataini makmuman Lilaahi Ta'ala


Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witir dua rakaat ma'mum kerana Allah Ta'ala.


b. Bagi rakaat yang akhir:


Usoli Sunnatal witri Rak'atan makmuman Lilaahi Ta'ala


Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr satu rakaat ma'mum kerana Allah Ta'ala.


PERKARA-PERKARA YANG DAPAT MEMBATALKAN PUASA.


1. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.

2. Memasukkan sesuatu ke dalam dubur (jalan belakang) atau qubul (jalan depan) dengan sengaja.

3. Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa).

4. Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak mengeluarkan mani.

5. Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk cium dan sebagainya.

6. Kedatangan haid atau nifas.

7. Gila sekali pun hanya sekejap masa.

8. Mabuk atau pengsan sepanjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

9. Bersalin.

10. Murtad-iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan atau perbuatan.

Monday, August 2, 2010

1MALAYSIA DALAM KEKELIRUAN

[Dalam blog ilmiah saya, pada 11 Sep 2009 saya telah membincangkan tentang kekeliruan maksud sebenar konsep 1Malaysia dan mencadangkan pemahaman saya. Dan pada hari ini, YAB Tun Dr Mahathir memutuskan bahawa konsep 1Malaysia adalah tidak jelas. Bersama ini saya 'paste' kan pandangan saya pada Sep 2009 sebagai maklumat semua]

Friday, September 11, 2009

1MALAYSIA: BUKAN SATUKAN MELAYU, CINA DAN INDIA SAHAJA

Gagasan 1Malaysia sangat bagus dan luas ruang lingkupnya. Idea Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak sangat besar wawasan dan hasrat. Malangnya ia tidak diberi penjelasan lebih rinci apakah yang dimaksudkan dengan 1Malaysia. Maka itu, wawasan ini membuka ruang kepada rakyat untuk memberi interpretasi masing-masing. Hari ini, kita dapati rata-rata masyarakat memberi dan memahami pada perspektif yang sama sekali silap dan bercelaru. Ia mesti diperbetul secepat mungkin. 1Malaysia, bukannya Melayu, Cina dan India. 1Malaysia ialah penyatuan Kaum Melayu (native), Orang Asli (obrigine) dan Kaum Bumiputra Sabah (native) dan Sarawak (native). Penyatuan empat kaum utama ini yang perlu di dahulukan dan diberi keutamaan. Kemudiannya barulah penyatuan dengan kaum-kaum lain (lihat Perlembagaan Negara) Kaum-kaum lain seperti Siam, Singh, India, Cina, Portugis dll adalah kaum yang asalnya pendatang yang datang untuk mencari rezeki atau dibawa penjajah sebagai buruh, tidak disebut langsung dalam Perlembagaan Negara. Dalam perlembagaan negara mereka disebut ‘kaum-kaum lain’. Kenapa kita hari ini sangat beriya-iya hingga melupakan yang empunya hak.

Diplomasi kita akan memakan diri jua akhirnya. Fikir-fikirkanlah.

Saturday, July 17, 2010

SAYEMBARA PUISI KEBANGSAAN: TERCANTASNYA SATU CABANG BUDAYA

15 Jul 2010: Saya masih dalam situasi waswas sama ada mahu percaya ataupun tidak tatkala membaca sms dari seorang sahabat sayembara iaitu Sdr Amran Ibrahim Rashidi. Dek kerana sibuk nak menyiapkan tesis dan permintaan seorang sahabat bagi menyediakan satu artikel bertema ‘patriotik’ bagi dimuatkan dalam makalah kementerian beliau, saya tak ingin percaya khabar sms Sdr Amran. Katanya dah baca berita pembatalan sayembara puisi kebangsaan dalam Berita Harian? Maafkan saya kerana dah lama tak baca surat khabar. Bukan apa, ini kerana selepas membaca satu laporan kajian ilmiah berkaitan ketepatan berita akhbar perdana yang mana menemui 73% dari maklumat yang disampaikan melalui akhbar perdana adalah tidak tepat. Maka saya tidak lagi merujuk pada akhbar. Sebagai lulusan dalam bidang ‘research’, saya percaya keputusan atau dapatan kajian ilmiah akademik adalah tepat.

16 Jul 2010: Sdr Amran memaklumkan berkaitan satu penemuan deklamator bagi membincangkan isu itu di Kg Baru akan diadakan pada malam tersebut. Sms tersebut agak lambat saya terima kerana ketika itu kereta saya telah melepasi Simpang Nilai dalam perjalanan ke selatan bagi menjalankan kajian tesis. Saya hanya ada Sabtu dan Ahad sahaja bagi melakukan kajian seperti temu bual dan menghantar borang soal selidik. Hari-hari lain kuliah melalut sampai ke petang. Malamnya dan lepehhhhh. Kemudian Sdr Azmi (perak) memaklumkan berkaitan hal yang sama. Kami berbalas sms ke arah kepastian berita berkenaan. Beliau mengatakan BH telah siarkan berita tersebut dan boleh capai di BH Online. Dek kerana tak sabar nak tahu lebih lanjut, saya membelok kereta ke Tol Alor Gajah dan berhenti di tepi jalan. Buka komputer, cucuk ‘broadband’ dan mencari berita tersebut. Akhirnya baru dapat baca. Ia ada dalam blog Sdr Amran.

Selepas membaca berita tersebut saya masih tidak mahu percaya kerana maklumat tersebut datang dari orang ketiga. Sejak-sejak ini saya sangat berhati-hati terhadap setiap maklumat yang diterima. Selepas menyemak dengan beberapa orang kuat di kementerian, memang sah acara ‘Sayembara Puisi Peringkat Kebangsaan’ bagi tahun 2010 tidak akan diadakan kerana masalah peruntukan. Terkejut dan tidak percaya kerana acara seni ini telah diadakan sejak tahun 1987 dan telah menjadi acara tahunan dalam kalendar kemerdekaan negara. Sedih pun ada juga sebab dengan tiba-tiba budaya seni ini ingin ditamatkan. Sebabnya masih belum pasti dan kemungkinan pihak JKKN ada sebab yang tersendiri mengapa acara hebat ini ingin dihentikan. Bagi saya masalah peruntukan adalah masalah kecil bagi mereka. Kerana menterinya adalah seorang pencinta seni totok. Tak mungkin Dato’ Sri Rais yatim ingin membatalkannya. Bagi saya sekiranya beliau yang membuat keputusan itu, ia ibarat membunuh diri dalam karier politik beliau. Merakyat juga peminat acara ini. Sudah tentu beliau tidak akan mendapat sokongan dari peminat seni tersebut. Bagi saya, kalau masalah peruntukan tidak ada; di manakah magisnya perkataan ‘USAHA’. Kalau peruntukannya kurang, maka kita buat dalam serba kekurangan. Yang pentingnya ialah acara itu. Bunga-bunga, bunting, iklan, dll hanyalah hiasan sahaja. Kurangkan tenaga kerja yang tidak perlu.

Ataupun kembalikan penganjuran acara berkenaan kepada GAPENA kerana mereka berpengalaman menjalankan acara dalam keadaan kekurangan dana ataupun ketiadaan dana. Dan orang-orang seni akan memahaminya. Sebagai Johan Kebangsaan, saya tidak berkecil hati apabila dijemput dalam mendeklamasi sajak pembukaan dalam satu acara besar anjuran GAPENA dan kemudiannya saya dibayar dengan jumlah yang sangat ‘ciput’. Itupun selepas ditanya. Bukan saya mementingkan bayaran tapi nak kena tampung duit minyak dan tol yang saya bayar. Bertolak dari selatan ke Kuala Lumpur sebanyak dua kali iaitu raptai dan hari sebenar, mesti ada kosnya. Kalau GAPENA sendiri melondehkan martabat Johan Kebangsaan dengan bayaran ‘ciput; itu, bagaimana dengan pihak lain. Tapi dek kerana minat dan memahami masalah peruntukan, saya hanya berkecil hati sekejap sahaja. Sejak itu, saya tidak lagi berkunjung ke rumah GAPENA. Dan sejak itu juga saya menolak semua jemputan membaca sajak. Termasuk sajak perpisahan Tan Sri PAT, saya tolak untuk mendeklamasi. Saya kena buat surat tunjuk sebab. Maafkan saya Tan Sri dan Puan Sri. Bukan kerana merajuk tetapi kerana saya masih belum berjaya memujuk hati saya yang menjeruk.

Maka itu, saya pun tak nak ambil kisah lagi bab sayembara puisi ini. Laman web Kelab Deklamator yang baru dua minggu lebih saya lancarkan dengan menggunakan wang poket sendiri, saya tutup. Bye-bye.

Bagi pendeklamator, berita pembatalan sayembara ini memang sangat serius. Ia umpama letusan gunung berapi ataupun lebih hebat dari letusan atom di Hiroshima dan Nagasaki. Kerana acara ini adalah acara kemuncak tahunan deklamator. Para deklamator hebat dari negeri-negeri akan bertarung bagi menobatkan seorang Juara bagi setiap tahun. Bagi yang bukan deklamator, mungkin tidak faham ‘sentimen’ ini. Ini kerana puisi dan deklamator sudah terikat jiwa mereka. Telah bersemadi gitu. Dalam hal ini, kita tak boleh menyalahkan golongan yang tidak memahami ikatan puisi dan deklamator kerana ia sangat unik. Saya dulu pun tak faham kenapa beria-ia benar deklamator. Setelah berada dalam dunia ini baru saya faham. Dia macam orang mengutuk permainan golf dan mereka menjadi hairan kenapa ada manusia sanggup berjemur di tengah panas separuh hari kerana bermain golf. Tetapi setelah mereka memegang kayu golf dan mula memukul bolanya, baru mereka tahu dunia ke tarikan dan ketagihan atau kecanduan permainan ini.

Cubalah, kita tanya pada diri kita empat soalan ini:

1. Bagaimana jika keputusan membatalkan sayembara ini dibuat oleh menteri yang bukan Melayu?. Mungkin YB Kamalanathan ke, atau YB Chua Soi Lek. Ataupun keputusan ini dibuat oleh Pak Anwar Ibrahim.
2. Manakah lebih penting antara sayembara ini dengan acara citra warna yang memakan berjuta ringgit sedangkan sayembara ini tak sampai ratusan ribu ringgit? Sedangkan citra warna ini tidak ada kaitan langsung dengan budaya.
3. Adakah bangsa kita sendiri yang akan memusnahkan budaya kita sendiri?
4. Adakah bangsa kita sudah tumpul usahanya atau kekeringan idea lagi?

Janganlah macam tu bro, acara sayembara tu taklah susah sangat nak dianjurkan. Taklah menelan ratusan ribu ringgit. Ada banyak pilihan anjuran iaitu anjuran terbaik, atau anjuran sederhana baik atau anjuran biasa- biasa je gitu. Saya tahu standard pihak JKKN memang tinggi. Mereka sentiasa mahu menganjurkan sesuatu pada tahap yang paling cemerlang. Dan mereka tidak boleh menerima acara yang batuk-batuk di tangga gitu. Sdr Roslan memang sangat kreatif dan standardnya tinggi. Bab ni, memang kena puji beliau sebab beliau berani dan banyak memberi nafas baru dalam sayembara ini. Kalau GAPENA, rasa saya saban tahun ada masalah dan mengelirukan. Bukaan GAPENA saja buat macam tu. Ini kerana GAPENA tidak mempunyai kakitangan yang cukup, terlatih dan boleh membuat keputusan.

Macam mana kalau sayembara Puisi Peringkat Kebangsaan 2010, JKKN minta atau serahkan kepada PENA bagi menganjurkannya. Saya percaya kepada kebolehan dan kesanggupan untuk berkorban tenaga dan masa oleh orang-orang kuat dalam PENA. Banyak manusia berjiwa besar dalam PENA. Banyak orang yang memperuntukkan hidup mereka pada PENA. Cuba lahhhhh!

Thursday, July 15, 2010

PERUTUSAN CINTA MAHARAJAH 2

Kalamku menari lagi

menjejak liuk cinta dan igau
yang telah berdasawarsa pergi
ingin ku kutip kembali sisa tari cinta lama
tapi jejak lenggok tak mungkin ku jumpa

kerana semilir angin dara mengheret titisan cinta

kerana semilir angin dara mengheret purnama

lemah gemalai tariku mungkin sasar jua


Kalamku ingin menari lagi

tapi bukan dengan liuk lentok yang dulu
tapi dengan lenggok tari pari-pari

yang bersimpuh di makam Nabi

kerana aku tidak mampu melenggok janji berseni

yang tak mungkin tertunai

kerana gemalaiku telah ku langsaikan

kerana terlalu lama menunggu di pentas rindu


Aku ingin bebas dari akad cinta lepas
jejak tari lemah lenggok gemalai yang dulu

tak mungkin akan bertandang

menyulam melor menjadi karangan

kerana kini aku hanya mampu

mengakad cinta bukan janji

berdoakah dikau?

Monday, July 12, 2010

Di Tepi Kain Orang

Selepas hampir sebulan tidak ke ibu kota pada waktu siang hari kerana kuliah menjerut hingga ke lewat petang. Pelbagai rancangan menjelma tetapi tatkala sampai di rumah, belum sempat mandi lagi, dah terlelap. ‘Assignment’ yang perlu dihantar pada esok hari mengejut saya bangun dari beradu. Sungguhpun penginapan saya di Gurney Height berhadapan dengan masjid dan azan berkumandang pada waktu Maghrib tetapi ia tidak membawa langkah saya ke rumah Tuhan. Saya pun hairan, penat yang amat sangat. Maka, sembahyanglah dalam keadaan yang malas. Mandi air panas adalah penawar kepada keletihan minda dan fizikal. Cepat-cepat mandi kerana waktu solat Maghrib di penghujung.

Dua hari lepas, sekembali dari Sibu, saya meluangkan masa berjalan-jalan di ibu kota Kuala Lumpur. Sebenarnya mencari idea. Duduk di tepi jalan di Jalan Masjid India melihat kelaku manusia. Ada yang sesetengahnya manusia di situ bukan lagi manusia. Inilah keadaan sebuah Negara yang mana agama Islam adalah agama rasmi tetapi corak kehidupan masyarakat sangat ‘unislamic’. Tak tahulah apa nak jadi. Barangkali ibu kota yang penuh dengan manusia yang bukan lagi manusia memerlukan satu sentuhan Tuhan bagi menyedarkan kita semua supaya kembali menjadi manusia. Manusia yang bukan lagi manusia di Acheh dan Nias telah kembali menjadi manusia setelah Tuhan mengirimkan Tsunami. Hati sayu pun berdoa ‘semu-semulah Ya!Tuhanku’.

Pada hari ini, manusia di ibu kota sangat suka kepada kekotoran. Zahirnya sampah merata-rata. Tong sampah kaya dengan sampah hingga melimpah ruah. Bayangkanlah kalau manusia di Kuala Lumpur kaya dengan bahasa budi seperti kayanya tong sampah. Baunya, tak perlulah dijelaskan kerana kita akan menjadi majai dengannya hingga akhirnya deria bau kita menjadi kabur dan seterusnya buta akan bau tengit sampah. Semua sama, yang tua, yang muda, yang belia, yang baru bertatih dan yang baru tiba dari desa. Juga membuang sampah di tong yang kaya itu. Mata menjadi sakit melihat anak-anak membuang sampah melalui tingkap kereta sambil gelak-gelak. Apa yang sebenarnya berlaku? Dimanakah kesilapan kita?

Berlandaskan isu ini, saya ingin berkongsi satu pengalaman berkaitan sampah di sebuah negara yang baru selesai berpesta bola. Wakaka Amina Ehhhhh. Apa yang berbeza ialah di setiap sudut ruang di mana ada manusia, tong sampah merata-rata. Bukan sampah merata-rata. Setiap enam ke tujuh langkah terdapat satu tong sampah. Jangan katakan jalan atau ‘street’ berlorong gelap tempat tikus dan anjing liar bercengkerama seperti di ibu kota kita; di sana tong sampah pun bersih. Tatkala membuka penutupnya ketika membuang sampah, hidung kita akan tertancap bau chemical yang di guna bagi mencuci tong sampah. Di dalamnya berminyak. Bersih dan sangat bersih. Tong sampah pun bersih, maka jalannya juga sangat bersih. Pekerja bandaran sentiasa ada bagi memeriksa tong sampah. Seperti di Capetown iaitu kawasan pelancongan, pekerja bandaran memeriksa tong sampah setiap setengah jam. Bagai mana dengan kita? Berapa kerap pekerja Majlis bandaran kita memeriksa tong sampah? Hairankan? Kalau di ibu kota sudah sedemikian, bagaimana pula di Kampung Limau Manis atau di Daerah Daunan Hijau – Sik. Dah ulu, banat plak. Jangan kata tempat jin berdendang, Jin pun tak ingin pergi berdendang di daerah kami. Jauhkannnn!.

Sebagai renungan bersama saya titipkan beberapa keping gambar yang sempat saya rakam bagi membuktikan tong sampah mereka yang ada di mana-mana.

Wednesday, June 30, 2010

PERUTUSAN CINTA MAHARAJA

Ini perutusan cinta
dari jendela rindu seorang maharaja
terhadap bau sekuntum bunga
yang tidak pasti di mana mekarnya.

Di atas kulit pelepah palma
dengan tajam mata belati
di lorekan sumpah cinta
‘aku cinta padamu’
sangat naif dan hati terbuka
tiada langsung simbolika

Sumpah cinta sudah sedemikian acuannya
kadang kala sengaja menjadi nyata
kadang kala menyembunyikan malu
sungguhpun pada detik yang tidak perlu
jauh dalam kelam dan tidak pasti
jeti mana
pelabuhan mana
teluk mana
bagi mengubati singgahsana rindu


29 Jun 2010
Jln Semarak