Saturday, November 20, 2010

DRAMA PLATUN HARIMAU - 15 EPISOD

[Dari kiri: Nurhalim (pengarah), radzi (penulis) dan Ajk Teknikal, Peg Perhubungan artis dan penasihat teknikal]
Mesyuarat akhir AJK Produksi telah dilakukan pada 11 Nov 2010. Melibatkan staf teknikal, pengarah, pengurus, penasihat teknikal perang dan Pegawai Perhubungan artis. Mesyuarat di maklumkan antara artis yang telah di pilih setakat ini ialah Norman KRU sebagai CO, Zeq Zaidi sebagai Fauzi, Safura sebagai Mak Kiah, dan Baini setakat ini masih dalam pertimbangan pengarah antara Fasha Sandha, Sir Saleha, Fauziah Ghous. Maimun sebagai Mak Teh dan beberapa pelakon lagi.

Penulis skrip adalah Asmira. Penggambaran akan dilakukan pada 28 Nov 2010 di Pusat Latihan Peperangan Khas, Komando Sg Udang, Kem Tapah, Kem Grik, banding, Kuala Lipis, Kuala Lipis dan beberapa tempat lagi. Drama Platun Harimau akan ke kaca TV pada 1 Mac 2011 sempena Hari Ulang tahun Tentera Darat. Semoga drama ini selari dengan hasrat saya menulis novel ini iaitu menyedarkan anak generasi Malaysia bahawa pengganas komunis adalah bangsat dan penderhaka. Mereka telah bertindak kejam kepada rakyat. Keduanya ialah Tentera Darat khususnya Askar Melayu telah dengan gigih berjuang. Dalam perjuangan itu, ramai perajurit askar Melayu yang terkorban, tercedera, putus kaki, cacat penglihatan dan sengsara hingga ke saat ini. Bangkitlah anak-anak Malaysia menentang golongan yang memperjuangkan komunis

Dengan bantuan dan kerjasama Tentera Darat, drama ini akan di jayakan. Sebagai penulis novel, saya terharu dan berterima kasih kepada Nadi Budaya Production, RTM dan Panglima Tentera Darat kerana telah memilih novel saya. Terima kasih tidak terhingga.

1 comment:

Unknown said...

salam tuan..

pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kerana cerita platun harimau akan dijadikan drama ketenteraan. diharapkan drama yang dihasilkan adalah berkualiti dan tidak hanya dipenuhi dengan kisah cinta semata-mata.

keduanya, saya ingin bertanya sedikit. dlam cerita platun harimau, tuan ada menceritakan kebaikan memakan akar pokok sutun. jika kita makan akar pokok sutun ini berterusan selama 14hari, maka badan kita tidak akan menarik lagi perhatian pacat/lintah/nyamuk dll. betul ker tuan? tuan ada tak gambar pokok sutun atau akar pokok sutun ni. sebab saya amat berminat untuk mencubanya.

sekian, terima kasih