BAGAIMANA MEMILIH PASANGAN HIDUP YANG TEPAT?
Sahabat rapat saya nak kahwin. Dia tanya saya macam mana nak pilih pasangan
yang tepat? Mula-mula saya gelak kuat sebab Pak We punya ler ramai macam BERSIH
4.0, tapi nak pilih satu pun pening. Tiga hari saya berfikir. Ada juga manusia
macam ni. Hari keempat, dia ajak saya pergi ngeteh. Dia tanya soalan yang sama.
Saya pun aper lagi, sambil menyuap nasi kandaq gulai kambing beku, saya pun
goreng ler citer macam mana nak pilih Mr. Perfect ni.
Ni soalan mudah sebenarnya tapi sukar dijawab. Kalau kita perasan, sejak
tahun lepas ramai artis-artis tanah air
naik pelamin seperti Anzalna, Siti Elizad, Salma M5, Azri AF9, Zul Huzaimy,
Yana Shamsudin, Marsha, Adira, Nabila, Nad Zainal dan banyak lagi. Isu rebung
muda dah tak galak lagi. Dan ramai juga yang runtuh pelamin. Sejak kebelakangan
ini, pasangan yang dipilih oleh artis-artis kita banyak yang kontroversi atau
artis itu sendiri yang ada banyak kontroversi. Bukti kegagalan perkahwinan
artis tempatan dengan pasangan dari luar negara yang runtuh pelaminnya, banyak
sekali. Tetapi bukti-bukti tersebut tidak diendahkan oleh artis-artis kita yang
mula cenderung mengikuti budaya artis barat iaitu perkahwinan seperti urusan
membeli ikan di pasar atau semudah mendaki Gunung Nuang. Hari ini beli ikan
tenggiri, esok beli ikan kembung, dan lusa beli ikan tamban kering yang
bersisik. Kahwin dan cerai bagi pasangan artis di barat seperti kita naik bas
dan turun bas semasa pergi kerja. Mudah sangat sama ada menggunakan kad
bulanan, atau beli tiket.
Hakikatnya rumah tangga yang bahagia akan menyebabkan hidup kita lebih
tenang dan menjadikan kita bekerja di pejabat dengan lebih baik dan hidup dalam
sifar tekanan. Manakala rumah tangga yang tidak bahagia akan memberi kesan
negatif kepada seluruh kehidupan seharian termasuk mempertingkatkan peluang
melakukan kesilapan dalam kerja dan menghasilkan mutu kerja atau produk yang
tidak memuaskan pelanggan atau majikan. Oleh yang demikian, kalau anda masih
single atau bujang trang tang tang, berhati-hatilah dalam proses dan pada saat
memilih dan memutuskan pasangan anda. Sebenarnya, adalah lebih baik untuk terus
kekal membujang atau single mingle daripada berkahwin dengan pasangan yang
silap kaw kaw. Hari-hari berendam air terjun, sapa yang suruh? Malam kena
pukul, siang kena lempang dan kat tepi jalan pun kena bedal. Yang banyaknya
menjadi mangsa kesilapan memilih pasangan ialah wanita. Ini bukan bermakna
semua lelaki kaki pukul atau tak sayang bini tetapi kerana jumlah wanita yang
terlalu ramai, maka kes begini kelihatan wanita jer yang asyik kena. Lelaki pun
banyak yang kena tapi sebab nak kontrol macho, tak nak ler citer. Nyatanya zaman
wanita tidak ada peluang memilih telah berlalu. Zaman menjelang abad 2020 ini,
wanita juga mempunyai hak memilih dan menolak. Masalahnya paling besar ialah
bagaimana memilih pasangan yang tepat? Macam mana nak pilih? Banyak sangat ker
pilihan yang anda ada sehingga pening nak pilih?
Pada pendapat saya faktor pemilihan yang teras dan utama ialah KEPERIBADIAN YANG BAIK. Keperibadian
yang bagaimana?Anda senaraikan nilai-nilai keperibadian yang wajib ada pada
pasangan anda. Tidak ada kompromi kepada calon-calon yang tidak ada nilai
keperibadian wajib ini. Antara nilai keperibadian yang saya maksudkan ialah
mungkin saling menghormati, bersyukur, bijaksana, memahami, boleh mengawal diri
dan banyak lagi. Ini tidak bermakna anda mengesampingkan hal-hal lain seperti
kacak, cantik, body aumm, abang sado gitu, CITB, CIMK, dan ada duit banyak
(bukan syiling). Mengapa hal-hal macam ini saya letakkan dia sebagai faktor
sebab sampingan sahaja? Ini kerana semua hal macam CITB, body aumm, cantik, abg
sado dan HTMB, DBMAB boleh dijadikan sekejap sahaja atau zam zam ala kazam,
semalam hidung kembang, esok tengok hidung dah macam abang Pakistan. Bangla tak
mahu la. Kulit hitam mcm kuali, esok tengok dan qu puteh. Tetapi personaliti
yang baik tidak boleh dibina dalam masa yang sekejap atau sekali lelap. Personaliti
dibentuk sejak kecil yang mencerminkan acuan dan keturunan. Personaliti adalah
acuan kukuh yang tidak boleh diubah dan yang akan menjadi antara tulang belakang
kepada sebuah rumah tangga atau perkahwinan yang baik. Anda setuju?
Tetapi semua orang bergolok bergadai dalam melaksanakan majlis perkahwinan.
Ada yang sudah beranak tiga pun, hutang bank bagi membayar kos perkahwinan
masih belum langsai. Ada yang sehingga pelaminnya runtuh pun, hantaran perkahwinan
yang dijanjikan riban riban belum habis bayar. Kira touch and go ler tu. Ada
yang main kongsi separuh-separuh. Maka itu, hari ini kita dapat ramai kaum
wanita yang berkahwin dengan jejaki pilihannya yang disangka putera yang telah
bertahun disumpah menjadi katak, tetapi rupa-rupanya hulk hogan. Saat bajunya
koyak dan badannya menjadi hijau daun pisang tua, baru kau tahu macam mana lebuh
raya ke utara jem masa musim perayaan. Ataupun orang lelaki yang histeria
sangat dapat kahwin cinderela yang tertinggal kasut croc akibat tersepit
eskalator kat sogo, rupa-rupanya lebih teruk daripada emak bawang putih dan bawang
merah.
Okay! Okay!, macam mana nak tahu dan
kenal pasti keperibadian pasangan itu tulen?
Bukan berlakon atau buat-buat. Saya kongsi rahsia mengenal pasti keperibadian
tulen pasangan anda. Pertama, anda lihat pasangan anda ketika dia berhadapan dengan
tekanan atau masalah. Semua orang ada masalah. Teliti bagaimana dia berurusan
dengan orang lain ketika berhadapan dengan masalah. Dengar perkataan-perkataan
yang keluar dari mulutnya. Kalau dah kerana pintu lift lambat buka pun, dia dah
gaban semua orang, dia dah sumpah pihak pengurusan jadi duit banyak dan mulut
asyik cakap 'park, park' atau ‘taman’, ‘taman’. Kalau selalu sangat perangai
pasangan anda macam tu, janganlah buang masa atau anda cuba nak tunjuk teror
untuk 'try dan error'. Nanti sedar-sedar tulang rusuk bukan bergesel lagi,
bahkan bersilang. Baru nyesalkan!. Jangan kata abang tak payung tau.
Kalau orang Islam, panduan telah sedia ada. Baginda Rasulullah telah
memberi garis panduan yang tepat. Haa aaa tu lerrr, bila abg cakap macam gini,
ko kata abg nak jadi ustaz azhar idrus plak. nak tunjuk warok ler, nak jadi
lebai ler. Abang payung jer ni supaya kau tak nyesal kemudian hari. Ni abg
belum baca hadis lagi ni.
Maka itu, berkahwinlah lah dengan pasangan yang mempunyai personaliti yang
baik yang anda sendiri lihat bahawa personaliti itu sentiasa konsisten, tidak
berlakon, dan secara lahiriah dia memang begitu. Tetapi apa yang saya baru
tulis ni, baru sebahagian sahaja panduan.
Kedua, JADILAH INSAN YANG MEMPUNYAI
PERSONALITI YANG BAIK. Pasangan yang baik dicipta untuk pasangan yang baik
baik juga. Jika anda sememangnya mempunyai personaliti yang baik, anda jarang
atau 99.9 % tidak akan menemui pasangan yang bermasalah keperibadian. Ada
skandal ler, ada macam-macam ler, yang tak der cuma personaliti yang baik. Pokoknya,
adakah anda ingin memiliki pasangan hidup yang tepat atau nenek saya cakap Mr
or Ms Right? Jika mahu, anda sendiri harus menjadi Mr atau Ms Rght terlebih
dahulu sebelum memilihnya.
Kita balik semula kepada senarai keperibadian yang dibuat pada awal
perbincangan tadi. Sema semula. Adakah ciri-ciri keperibadian pasangan yang
baik yang anda mahu itu dan anda senaraikan itu ada dalam diri anda? Maksud
saya, anda pun mestilah bagus macam mana pasangan yang anda hajatkan tetapi
tidaklah perfect sangat. Maksud saya, kalau anda ni haprak; mana adil anda nak
pilih pasangan yang macam putera katak. Kalau anda ni kaki kelab malam dan tak
jumpa pintu rumah, mana adil anda nak pilih pak lebai yang tak tinggal sejadah.
Tiba-tiba jer ko nak jadi ustazah, mana boleh macam tu. Ustazah yang jadi
menteri pun macam-macam orang kata dia silap. Nikan ko dalam sekelip mata nak jadi
ustazah. Buang tabiat ker apa ko ni. kalau kau ni pemalas nak mampus, mana adil
kau nak pilih calon yang rajin macam bawang putih. Kalau ko ni kaki tido, dalam
istana pun tido, mana adil nak pilih putera katak. Kalau dapatpun nasib anda
baik. Ini bukan bermakna saya menafikan hak anda untuk mendapatkan pasangan
yang baik. MAKSUD saya, jika nada ingin calon pasangan yang berperibadi yang
mulia, anda juga harus mula membentuk nilai-nilai peribadi yang mulia itu dalam
diri anda. Dari kaki kelab malam, jadi kaki masjid. Dari kaki kedai mamak, jadi
kaki dapur, dari tak jumpa pintu rumah, anda menjadi penunggu rumah. Belum
terlambat, masih ada ruang dan masa kerana zaman sekarang kalau perempuan umur
36 tahun belum kahwin macam Fafau tu, biasak laaa. kalau lelaki nak cecah 40
tahun, baru nak kahwin dah jadi lumrah. Berubahlah jadi pasangan yang ingin
dipilih oleh orang lain. Kan? Magik gitu?
Abang ni memang payung kau habis-habis. Personaliti, personaliti jgak. Jangan
ler plak kau pun lupa dan merahkan gincu sikit, calit-calit qu pteh sikit, seksi
sikit, ubah perangai, dapatkan karier yang lebih baik. Kalo ko jenis ninja,
pilihlah calon dari kumpulan ninja sebab macam mana nak lihat ko cantik mantik
ke tidak kalau nampak mata jer. Dalam facebook ada kata "behind every
successfull man is a woman". jadi kalo nak lebih sucsess, carilah banyak
woman kan.
Kata falsafah barat 'you got some,
you lose some'.
He he he he
By: Pena Celoreng
22 Feb 16
Filipina
1 comment:
شركة مكافحة الحمام بالدمام
شركة تنظيف مكيفات بالدمام
شركة تنظيف مجالس بالبخار بالجبيل
شركة تنظيف مجالس بالبخار بالخبر
شركة تنظيف مجالس بالبخار بالقطيف
شركة تنظيف مجالس بالبخار بالاحساء
شركة مكافحة النمل الأبيض ببقيق
شركة مكافحة النمل الأبيض بالخبر
Post a Comment